Tidak dinafikan sebelum berkahwin seorang wanita itu memang sangat menjaga penampilannya.
Tetapi apabila sudah berkahwin kebanyakan mengabaikan aspek penampilan dengan alasan sibuk menguruskan keluarga terutama dalam soal membesarkan anak-anak.
Jangan jadikan alasan untuk tidak menguruskan penampilan kerana dibimbangi jika itu yang dijadikan sebab pasangan kita beralih kepada wanita lain.
Dan sebenarnya suami itu sendiri perlu beri ruang pada isteri agar boleh menguruskan diri mereka dengan membantu meringankan beban kerja.
Perkongsian di laman sosial Facebook lelaki ini Taufiq Razif mengingatkan kepada kaum suami supaya tidak membiarkan isteri tidak cukup tidur.
Ini kerana dia mahu isterinya itu kekal ramping kerana menurutnya jika tidur lambat akan menyebabkan seseorang itu menjadi obesity dalam satu kajian dilakukan.
Ayuh baca perkongsian ini dan kepada kaum lelaki belajar-belajarlah untuk menghargai kaum isteri yang bukan saja memberikan zuriat tetapi menjaga anak-anak sejak dari dalam kandungan lagi hinggalah dilahirkan.
Jangan Biarkan Isteri Tak Cukup Tidur
Semalam saya biar je isteri saya tidur dulu. Saya pula yang ambil giliran tidurkan anak-anak.
Ada 5 sebab kenapa saya taknak isteri saya selalu tidur lambat dan tak cukup tidur :
1. Saya kan nak isteri saya kekal ramping. Saya tahu kalau selalu tidur lambat ni akan membuatkan isteri saya gemuk ( obesity ). Ada kajian pada tahun 2004 mengatakan mereka yang tidur kurang daripada 6 jam lebih berisiko untuk gemuk dibandingkan mereka yang tidur lebih daripada 6 jam.
2. Saya kan nak isteri saya cantik macam bidadari di depan mata saya. Saya tahu tak cukup tidur hanya akan membuatkan hormon cortisol ( stress hormone ) dalam badan dia makin banyak. Cortisol ni akan break down kolagen pada kulit tau. Makin cepat kurang kolagen, makin tak elastic dan tak mulus la kulit isteri saya. Bahasa mudahnya adalah, MAKIN CEPAT TUA! Aduh!
3. Saya juga taknak isteri saya pelupa. Saya sangat perlukan seorang isteri yang boleh ingatkan saya ketika saya terlupa. Kalau dua-dua pelupa memang kucar kacir rumahtangga. Tahu tak, tak cukup tidur ni boleh buatkan seseorang tu jadi pelupa? Longterm memory otak lebih mudah terbentuk pada level tidur yang paling dalam sekali. Kalau kurang tidur, kucar kacir la sistem memori tu.
4. Saya taknak isteri saya stress, depresi dan mengalami mood disorder. Saya tahu biasanya orang ada penyakit depression dan anxiety ni biasanya tidur kurang daripada 6 jam sehari. Saya nak mood isteri saya stabil dan bahagia kerana saya percaya mood bahagia isteri saya akan mempengaruhi mood saya dan anak-anak juga.
5. Saya taknak isteri saya sakit-sakit. Kekurangan tidur yang melampau dan berpanjangan boleh menyebabkan penyakit yang sangat fatal antaranya :
– serangan jantung
– risiko nak kena darah tinggi meningkat
– risiko nak kena kencing manis meningkat
– sistem imun pun jadi makin lemah
Jadi saya pesan sangat kepada diri sendiri dan para suami semua, tengok tengokkanlah kualiti tidur isteri kita ye terutamanya yang ada anak kecil. Tak salah pun bergilir jaga anak kan.
Tolong sampaikan pesanan ni ye
p/s : Suka kongsi ilmu keibubapaan di Telegram. Klik je link ni : t.me/NotaTaufiqRazif
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI