KELEMAHAN PASANGAN TOP IMAGE (1)

Pasangan kita pasti ada kekurangan dan kelebihan. Dia tidak dilahirkan sempurna untuk kita begitu juga sebaliknya. Disebabkan ini lah, kita lihat Allah jadikan kita berpasang-pasangan supaya saling lengkap-melengkapi.

Perbezaan ini perlu dirai kerana ia mengajar kita give and take serta bersyukur dengan jodoh kita itu.

Cabaran bagi setiap pasangan ialah bagaimana cara agar perbezaan yang kadangkala dilihat sebagai kelemahan ini tidak menggugat ikatan kasih sayang yang disemai sebelum ini. Jika sewaktu bercinta boleh menerima seadanya, mengapa selepas berkahwin lain pula kisahnya?

Artikel berkaitan:Rumahtangga Lesu. Peluk Pasangan Minimum 5 Kali Sehari Untuk Kembalikan Kemesraan

Artikel berkaitan:Dalam Soal Mencari Jodoh, Berterus-Terang Itu Lebih Baik. Semak 9 Lagi Tip Lain!

Mengupas hal ini, kita selami entri Fidaus Syakirin di facebooknya yang mungkin boleh membuka mata kita perihal menangani kekurangan pasangan.

Kalau Pasangan Ada Kekurangan, Cakap Dengan Dia Bukan Pada Orang Lain
Berbincang secara matang

Kalau ada kelemahan, berterus teranglah

Kalau ada kekurangan dan kelemahan pada pasangan, beritahulah pada dia. Jangan sesekali kita bemberitahu orang lain pula. Kadang-kadang kita suka ambil jalan mudah, jalan pintas iaitu memberitahu kekurangan dan kelemahan pasangan kita pada org lain.

IKLAN

Tapi yang sedihnya, pasangan kita sendiri tidak tahu apa-apa sebab kita tidak pernah pun utarakan (heads up, highlight) pada dia akan apa yg dia perlu perbaiki, perbetulkan.

Kenapa kita nak salahkan dia?

Ini memang sering terjadi. Kita selalu menyalahkan pasangan berbanding kita lihat kelemahan pada diri kita. Kita salahkan dia sedangkan dia sendiri tak tahu apa kesalahan dia.

Kita pun kena dengar apa yang dia nak beritahu pasal kita

Benda basic, kalau kita tak puas hati cara dia, beritahu pada dia. Kalau kita nak dia perbaiki kekurangan dia, kita kena beritahu dia apa yang kurang itu.

IKLAN

Setelah kita beritahu kekurangan dia, kita pun jangan lari pula kalau dia pun nak beritahu kelemahan kita. Kena duduk dan dengar apa pula yang dia nak beritahu. Baru adil.

Tak nampak kesalahan sendiri

Kadang-kadang kita nampak kesalahan org lain sehingga tak nampak kesalahan sendiri. Dalam senarai kita; dia lemah, dia kurang, dia buruk.

Kita sahajalah yang tetap sempurna sebab dia tak kata apa-apa pun tentang kita. Tapi, yakin kah kita yang dia tak kata apa-apa? Sedangkan kita pun canang merata tentang dia.

Sama-sama perbaiki kelemahan diri.

IKLAN

Dalam kehidupan berumahtangga, perkara ini yang sepatutnya kita bincang suami isteri. Kita tak boleh terus menyalahkan dia jika kita tak tahu apa kesalahan kita. Boleh jadi puncanya dari kita juga. Masing-masing kena berterus terang dan bermuhasabah.

Sama-sama improve. Sama-sama perbaiki diri, sama-sama perbetulkan. Hidup berpasangan ini adalah untuk melengkapi, menyempurnakan hidup yang esorang lagi.

Mustahil boleh bahagia kalau hanya seorang sahaja yang cuba melengkapi dan menyempurnakan, manakala yang seorang lagi hanya nampak kekurangan dan kelemahan.

Dia manusia, kita juga manusia, Kalau dia ada kurang, kalau dia ada lemah, maka kita pun ada benda yang sama. Kita sama sahaja.

Kashoorga: Susah senang bersama-sama. Tak kan dek kerana ada sedikit kelemahan, kita dah mula tak puashati. Sempurna sangat kah kita?

Jika anda ada perkongsian yang ingin dikongsikan bersama Kashoorga, sila emailkan ke: emma_masri@ideaktiv.com

 

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI