Kesihatan

Kalau Rasa Diri Ada Sifat Baran, Cuba Kawal Dengan 5 Sunnah Nabi Muhammad

Share

Sikap cepat marah atau baran bukan saja membuatkan kita dijauhi malah boleh memakan diri. Ini kerana sudah banyak kejadian melibatkan kecederaan, kerugian serta kematian disebabkan oleh sikap ini.

Sekiranya kita sendiri tahu dalam diri ada sikap sebegini maka muhasabah diri dan lakukan sunnah yang dianjurkan Nabi Muhamad SAW jika perasaan amarah dan baran menguasai diri.

1. Duduk jika sedang berdiri, baring ketika sedang duduk

Rasulullah SAW bersabda: “Jika salah seorang daripada kalian marah dan ia dalam keadaan berdiri, hendaklah ia duduk. Jika kemarahannya hilang, maka itu baik. Jika tidak, hendaklah dia berbaring.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

2. Mengambil wuduk

Ini kerana perasaan amarah itu sebenarnya daripada syaitan, sementelah makhluk tersebut dicipta pula dari api. Maka cara memadamkannya adalah juga dengan air.
‘Atiyyah RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya marah itu daripada syaitan, dan syaitan diciptakan dari api neraka, dan api akan dipadam dengan air. Maka, jika salah seorang daripada kamu marah, hendaklah berwuduk.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Jangan buat keputusan ketika diri sedang dalam kemarahan kerana ia akan dipengaruhi oleh emosi yang mungkin bakal memberikan penyesalan pada kemudian hari.
Jangan buat keputusan ketika diri sedang dalam kemarahan kerana ia akan dipengaruhi oleh emosi yang mungkin bakal memberikan penyesalan pada kemudian hari.

3. Usah buat keputusan ketika dikuasai amarah

Ia penting kerana kerasionalan seseorang mungkin terjejas akibat emosi dan amarah yang meluap-luap.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tidak boleh seseorang itu menghakimi antara dua orang dalam keadaan marah.” (Sahih Muslim)

4. Diam

Apabila seseorang marah, perkataan yang meluncur keluar dari bibirnya boleh merugikan diri. Demikian kalam yang dinukilkan dari kitab al-Adab al-Mufrad karangan Imam al-Bukhari.

5. Banyakkan beristighfar dan berselawat

Dengan cara itu, ia berupaya membantu menenangkan jiwa sedikit demi sedikit.

Sumber: Sinar Harian

 

Published by
Team Kashoorga