“Bila nak kawin ni? Kerja dah bagus, pendek kata semua dah lengkap.” Tak dapat dinafikan soalan begini seakan satu soalan ‘puaka’ buat mereka yang masih bujang. Yang si tukang tanya pun lontar soalam macam tak ada perasaan.
Ya! memang semua orang ingin hidup berpasangan namun andai belum sampai jodoh, apa lagi yang mampu dilakukan selain terus berdoa agar dikurniakan jodoh yang sesuai.
Namun buat mereka yang masih berseorangan dan masih belum ketemu dengan jodoh anda, usahlah bermuram durja. Hidup single bukan bermakna kehidupan anda akan suram.
Ikuti perkongsian lelaki ini, Syafiq Ridhwan tentang perihal jodoh.
Jangan risau kalau masih ‘single’.
Jangan risau.
Awak bebas untuk buat apa sahaja. Tidur di hari ahad macam ini, dan ketika awak bangun, awak masih tidak perlu memikirkan untuk terus mencuci muka, atau merapikan rambut seperti orang lain. Awak boleh pakai apa pun pakaian yang awak mahu, bebas tanpa perlu dikritik oleh orang lain.
Awak boleh berikan reward kepada diri awak, atas apa jua pencapaian kecil yang telah awak tetapkan. Awak boleh lepak di kedai kopi sambil menghabiskan berapa lama untuk membaca novel. Atau mungkin menonton drama di laptop. Ia lebih kepada kebebasan yang telah awak rancang sendiri.
Single ini membolehkan awak menyimpan duit. Menyimpan seberapa banyak duit awak mahu dan berjalan mengelilingi dunia, membeli cenderamata kenang-kenangan untuk diri sendiri dan menyimpannnya sebagai memori di masa hadapan kelak.
Awak boleh bila-bila masa ketawa, menangis bila menonton drama sedih, atau menjerit sekuat hati ketika menonton filem seram. Setidaknya awak menjalani setiap satu saat dalam hidup awak dengan gembira, menghargai setiap satu nafas yang ditarik dan dihembus.
Tiada siapa cakap menjadi single, atau masih belum bertemu jodoh itu adalah satu perkara yang teruk. Atau awak menjadi orang yang paling malang. Tidak sama sekali.
Sebenarnya, awak tengah memupuk diri sendiri untuk menjadi yakin. Yakin bahawa awak mampu untuk berdiri atas kaki sendiri. Dan sebenarnya, awak sedang bercakap dengan diri awak sendiri.
“Satu hari kelak, aku pasti akan berdua, tapi biarlah untuk masa sekarang, aku menjalani setiap satu pengalaman dan peluang hidup ini dengan penuh makna”
Jangan risau.
Jodoh hatta pertemuan itu semua, tuhan dah tentukan. Seberapa lama pun, seberapa lambat pun, pasti suatu hari kelak, tuhan akan ketemukan juga.
Untuk ketika ini, kekal tenang, tersenyum, dan berdoalah.
Tuhan Maha Mendengar.
P/S : Sampai-sampaikan pada kawan-kawan yang masih single dan masih kecewa dengan jodoh yang tak kunjung tiba. Moga Allah permudahkan urusan kita.
Syafiq Ridhwan
Dalam satu ada dua.
Dalam dua.
Ada kita.
Sumber Kredit: FB: Syafiq Ridhwan