Selawat ke atas Rasulullah SAW merupakan satu tuntutan di dalam agama. Ini kerana, di sana terdapat banyak kelebihan bagi orang yang sentiasa berselawat ke atas Nabi SAW sebagaimana yang dikhabarkan oleh Baginda SAW:
Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda:-
فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى الله عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا
Maksudnya: “Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.” [Riwayat Muslim (384)].
Dalam pada itu, antara kelebihan orang berselawat ialah nama akan disebut di hadapan Rasulullah SAW. Bukan saja nama kita tapi juga nama mak ayah yang melahirkan, menjaga dan membesarkan kita.
Ads
Menurut Ustaz Don Daniyal Don bin Don Biyajid dalam ceramahnya berkongsi kebaikan selawat.
Jelasnya, salah satu cara kita nak berkebajikan dengan mak ayah kita, banyakkan baca selawat sebab Malaikat sebut nama mak bapa kita depan Nabi SAW.
“Ianya hadith sahih. Ini kerana ketika mana kita berselawat akan wujud seorang Malaikat sebelah Nabi SAW. Dia akan bagitahu kepada Nabi SAW “Wahai Rasulullah SAW, ada seorang daripada masjid Seberang Jaya (contoh), nama si fulan bin fulan (contoh) berselawat kepada kamu.
Ads
“Kerana kita selawat, nama ayah dan mak kita dimaklumkan di hadapan Baginda Nabi Rasulullah SAW, MasyaAllah,”katanya.
Justeru, marilah kita memperbanyakkan berselawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW bersesuaian dengan firman Allah SWT di dalam al-Quran:
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”
Edika Yusof Layan isteri yang sakit macam bidadari. ‘Walau ada wanita lain menggangu, saya tak pernah melayan.’ Baginya, isterinya wanita yang paling dia sayangi.
Biarpun sudah bertahun isterinya sakit, ia bukanlah tiket untuk dia curang atau meninggalkan wanita yang pertama bertakhta di hatinya. Respek sungguh!
Kemelut yang melanda rumah tangga pengarah Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana secara tidak langsung membuatkan nama pelakon kacak Edika Yusof, 55, pula kembali menjadi bualan warganet di media sosial.
Semuanya kerana kesetiaan pelakon popular era 90-an itu yang menjaga isterinya, Nor Hidayah Yusri, 44, yang mengalami lumpuh separuh badan sejak 18 tahun lalu.
Nor Hidayah menghidap penyakit meningitis sehingga menyebabkannya koma, bisu, hilang deria pendengaran selama setahun, diikuti lumpuh separuh badan selepas melahirkan anak kedua.
Dalam laporan sebelum ini, Edika pernah memaklumkan, cabaran amat besar bila bergelar pelakon kerana sentiasa ada wanita yang cuba mendekatinya.
Isteri Macam Bidadari
“Sejak mula isteri sakit, saya sering menerima panggilan daripada wanita di media sosial sampai hari ini tetapi saya tidak pernah melayannya,” katanya.
Malah, Nor Hidayah ketika ditemubual satu portal sebelum ini juga pernah meminta suaminya itu berkahwin lagi tetapi Edika menolaknya.
Walau Ada Wanita Yang Menggangu
“Saya pernah suruh suami kahwin lagi tetapi suami beritahu untuk apa tambah masalah lagi? Cukuplah satu wheel chair (kerusi roda) ini saya tolak,” katanya.
Sementara itu, seorang pengguna aplikasi TikTok, @eyka_talib memuat naik klip video meninggalkan pesanan agar suami di luar sana dapat menjadikan kesetiaan Edika sebagai contoh dalam melayari alam perkahwinan.
Saya Tak Pernah Melayan
“Jadilah seperti Edika Yusof yang sentiasa ada dengan isterinya yang lumpuh. Isteri suruh kahwin lain pun tak nak sentiasa jaga isterinya macam bidadari. Masih lagi wujud lelaki sejati zaman sekarang ini?”tulisnya yang turut meletakkan tanda pagar ‘Puteri Sarah Liyana’.
Sementara itu, menerusi tinjauan di instagram Edika pula, rata-rata pengikutnya memuji kesetiaan pelakon itu menjaga isterinya serta mendoakan kebahagiaan rumah tangganya supaya berkekalan.
Ternyata isu buat bodoh-bodoh untuk urusan jodoh menerima pandangan pelbagai pihak. Terkini, Pakar Runding Obstetriks dan Ginekologi (O&G), Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Hj Siraj mengulas isu ini dan seharusnya semua pihak lebih berhati-hati dalam memperkatakan urusan jodoh orang lain.
Bacalah dengan sudut pandangan mata hati kerana itu lebih baik dari menurut hawa nafsu.
BAB KEPIMPINAN LELAKI & URUSAN JODOH WANITA
Hari ini saya dihujani perkongsian beberapa rakan, mengenai kenyataan Bonda Prof Datuk Dr Muhaya dalam satu sedutan video berdurasi 56 saat yang menyentuh perihal kepimpinan lelaki dan urusan jodoh wanita.
Perlunya menghargai dan meraikan (celebrate) kepimpinan lelaki sebagai ketua, walau setinggi mana pun kedudukan dan berpangkat besarnya seorang wanita. Alasan yg diberikan : Lelaki tetap menjadi imam dalam solat berjamaah (walaupun pangkat rendah) dan semua Nabi2 juga adalah lelaki.
Larangan kepada wanita supaya jangan sibuk2 nak bebaskan diri (liberate) dan mahu demand kedudukan supaya sama dan setaraf dengan lelaki.
Pandangan mengenai naiknya tahap hormon testosteron bila wanita sibuk nak buat apa yg lelaki buat. Bila testosteron tinggi – wanita nak drive, nak achieve dan nak independent, akhirnya menyebabkan wanita itu lambat bertemu jodoh.
Lelaki suka wanita yg lembut2, high estrogen, mengharapkan, perlu ditolong, biarlah macam bodoh2 sikit.
Siapa yang lambat jodoh tu, kena tengok karakter masing2.
Reaksi spontan selepas selesai menonton video itu – Dr Har rasa kaget, terkejut besar dan kecewa bercampur-baur dengan apa yang dinyatakan. Dr Har memahami mengapa ramai warga netizen yg turut merasa terkilan.
Malahan pastinya ada yg tersinggung, terguris dan berkecil hati – khususnya bila aspek sensitif spt jodoh disentuh secara langsung, tanpa berlapik dan berselindung. Terus Dr Har hubungi sendiri Prof Muhaya dan tim beliau untuk mendapatkan pengesahan sama ada video tersebut asli dan original. Tabayun atau clarification ini Dr Har anggap sangat penting sbgmn yg disarankan dalam Al Quran (Al Hujurat : ayat 6) untuk menyemak sumber berita, dan mengesahkannya sebelum membuat sebarang kesimpulan dan keputusan.
Dr Har difahamkan video itu merupakan sedutan dari sesi pengisian ilmu yang Prof Muhaya pernah sampaikan. Dr Har tiada maklumat mengenai tajuk besar sesi perkongsian ilmu tersebut, dan apa yg menjadi fokus perbincangan sebelum dan selepas segmen yg menyentuh bab kepimpinan lelaki dan urusan jodoh wanita tersebut.
Dr Har memberitahu Prof Muhaya yang Dr Har akan memberikan respon kepada isu yg hangat diperkatakan. Beliau sedia maklum dan tidak menghalang Dr Har berbuat demikian. Dr Har hargai sifat keterbukaan Prof Muhaya dan yakin beliau sudi menerima maklum balas konstruktif Dr Har ini dengan lapang dada, inshaa Allah.
Berikut adalah pendirian Dr Har berkaitan isu yang berbangkit :-
Kepimpinan adalah amanah yg dipikul secara kolektif oleh semua lelaki & wanita. Rujukan hadis Rasulullah SAW yg diriwayatkan oleh Muslim : “Ketahuilah setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan setiap daripada kamu akan diminta pertanggungjawaban terhadap apa yang dipimpin. Dlm beberapa urusan khusus yg telah digariskan di dalam AlQuran & Hadis – lelaki diberi tanggungjawab memimpin keluarga (qawama) – sbg suami dan bapa yang menjaga dan menyediakan keperluan ahli keluarganya, menjadi ketua pembangunan spiritual famili sebagi imam solat berjamaah ; kewajipan yg mesti dilaksana dan tanggungjawab yang akan dipersoalkan di akhirat. Qawama bukanlah keistimewaan & kelebihan utk disalah guna dan alasan untuk menindas atau menganiaya.
Selepas tanggungjawab kepimpinan dan setiap peranan dilaksanakan dengan sebaiknya, setiap lelaki dan wanita berhak mendapatkan pengiktirafan terhadap sumbangan masing2. Hak2 ini mesti dipenuhi dan dihormati pula oleh orang lain. Kesetaraan dan kesaksamaan ini yang amat perlu digapai dalam keluarga sehingga lahir hubungan harmoni yang berdasarkan rasa percaya-mempercayai dan saling hormat yang tinggi terhadap potensi dan kebolehan setiap seorang – baik lelaki mahupun wanita. Kesetaraan, kesaksamaan dan keadilan ini yang mesti diperjuangkan oleh setiap individu.
Bukannya secara bertanding dan bersaing dengan kaum yang berlainan jantina, yang dianggap jauh lebih baik, mulia dan hebat. Emansipasi, liberasi atau usaha pembebasan wanita seperti itu sudah lapuk ditelan zaman. Kaedah ini berasaskan tanggapan lelaki lebih baik dari wanita, sehingga formula utk wanita berjaya, mestilah bersifat dengan ciri-ciri kelelakian. Lelaki & wanita sepatutnya saling membantu, berkolaborasi dan memanfaatkan kekuatan masing2 untuk kebajikan semua.
Pernyataan mengenai naiknya tahap hormon testosteron bila wanita sibuk nak buat apa yg lelaki buat – ini belum pernah Dr Har temui dalam pembacaan ilmu perubatan dan pengalaman klinikal Dr Har setakat ini.
Jodoh pertemuan di tangan Allah SWT. Lambat & cepat jodoh seseorang itu juga dlm ketentuan-Nya. Faktor tarikan & penolakan jodoh juga sangat subjektif dan tidak konsisten.
Sememangnya masih ramai lelaki yg lebih suka kalau psgn isterinya mempunyai ciri2 yg lebih rendah & kurang dalam segala aspek berbanding dirinya. Kurang rasa tercabar dan dicabar. Lelaki begini mungkin lebih suka isteri yang kurang cerdik dan sentiasa bergantung dengannya.
Namun terdapat lelaki yg lebih suka wanita yg independent, tegas & cerdik. Tidak lembut2, tidak manja serta tidak lemah gemalai. Tidak bodoh -bodoh – biarpun sedikit, apatah lagi kalau jelas kebodohannya. Pernah terbaca : The most attractive part of a woman, is her intelligence & wisdom! ( Bahagian seorang wanita yang paling menarik adalah kepintaran dan kebijaksanaannya)
Begitu juga bila wanita memilih suami, masing2 punya cita rasa yg berbeza. Dan wanita tidak perlu menjadi orang lain dan menyekat potensi akal serta diri yang dianugerahkan Allah SWT semata-mata untuk mempercepatkan jodoh dan dikahwini oleh seorang lelaki.
Manusia hanya mampu merancang, Allah SWT yang menentukan segalanya.
Dr Har sangat berharap agar kita semua lebih berhati-hati apabila menyentuh aspek jodoh pertemuan dan tidak dengan mudah @ secara simplistik, menyalahkan faktor2 yang sangat variabel seperti karekter, personaliti dan jangkaan seseorang semata-mata.
Semoga Prof Muhaya dapat menerima maklum balas Dr Har ini dengan terbuka, sebagai tanda persahabatan yang selama ini terjalin. Yang baik itu datangnya dari Allah SWT. Sementara yg silap dan salah itu, adalah lambang kekurangan Dr Har sebagai makhluk biasa. Wallahu a’lam
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Nampaknya pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19 ini.
Bagi umat islam sendiri telah mengadakan bacaan Yasin, Solat Hajat serta berdoa tidak putus-putus agar negara terus dilindungi.
Walaupun buat masa ini masjid tidak boleh dikunjungi, orang ramai digalakkan melakukan amalan itu di rumah masing-masing.
Dan semalam dalam posting di laman Instagram Menteri Agama, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri muat naik kenyataan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberitahu berita gembira yang sedikit sebanyak memberi kelegaan dalam perkembangan terkini COVID-19.
Namun semuanya itu bergantung kepada rakyat Malaysia dalam tempoh dua minggu ini. Jika arahan untuk terus duduk rumah dipatuhi dan patuhi langkah pencegahan tidak mustahil negara kita akan pulih sepenuhnya.
Dr. Zulkifli memberi kapsyen memberitahu berkat kerjasama semua rakyat Malaysia yang mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan ini ada tanda-tanda negara semakin pulih dari penularan wabak pandemik ini
Malah menurut beliau ia juga turut disertakan doa serta munajat kepada-Nya daripada umat Islam, masalah ini insya-Allah akan berakhir.
Berkat usaha dan kerjasama semua rakyat Malaysia yg mematuhi #MCO. Begitu juga doa dan munajat kepada-Nya. #StayStrong semua! Alhamdulillah. #dudukdiamdiam#stayathome
Perkongsian ini mendapat respon postiif dari warganet. Masing turut mengharapkan semua umat Islam untuk tidak putus berdoa dan terus mengikut perintan PKP ini.