Tempoh perkenalan walaupun bertahun-tahun tidak menjaminkan apa-apa. Walau bagaimana sekalipun kita menyayangi seseorang, tidak semestinya dia akan menjadi milik kita selamanya. Bersedialah untuk menerima dan reda bahawa tidak semestinya apa yang diinginkan akan diperolehi.
Bersedialah menerima perasaan kecewa dan sedih.Memang akan rasa sakit, tetapi kesakitan itulah yang akan membuatkan diri kita menjadi lebih kuat pada masa akan datang. Usah dipertikai kenapa diri kita yang ditimpa ujian ini. Usah ditanya kenapa diri kita yang mesti melaluinya. Kerana setiap ujian yang kita lalui itu ada hikmahnya.
Ikuti perkongsian lelaki ini.
Itulah realiti kehidupan. Tidak sama seperti dalam novel cinta yang dibaca. Tidak sama seperti drama TV yang dilihat. Segalanya penuh dengan tanda tanya dan misteri.
Sumber kredit: Twitter @Bangyeem
VIDEO KASHOORGA:
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Kalau Nak Hidup Bahagia, Jangan Banding Dengan Orang Lain
Apabila kita sering membanding-bandingkan kehidupan kita dengan kehidupan orang lain maka sampai bila-bila pun hidup kita tidak akan bahagia. Mana tidaknya, apa yang orang lain ada, kita mahu tapi kita tidak mampu, dari situ hidup kita akan tenteram.
Saya ingat lagi kata mak saya sebelum berkahwin, “Kalau nak bahagia, jangan banding hidup dengan orang lain. Bahagia itu apa yang ada dalam hati. Redha dan tenang, syukur apa yang ada di depan mata.”
Tapi entah kenapa ada satu tahap saya seakan lupa dengan semua ni. Sehingga Allah turunkan satu demi satu untuk ajar saya.
Untuk ajar hati untuk lebih kuat.
Untuk ajar mensyukuri apa yang ada.
Untuk redha apa jua jalan yang Allah tentukan.
BERKAHWIN MEMANG TAK MUDAH
Bahagia ni bukan bila kita tengok orang happy, kita banding hidup dengan mereka.
Dan Allah banyak ajar saya, terutama selepas berkahwin.
Who said marriage was easy? When I first got married,I always saw him as the most abnormal and complicated man ever known to mankind.
When my friends got married before me I
I remember them always sharing pictures of gifts their spouses spoil them with, exciting holidays and date nights at extravagant restaurants.
Mine on the other hand was the complete opposite!
Firstly he would never buy flowers, instead he would pick it from bushes and hand it to me as we were walking by.
Totally unromantic.
“Orang lain dapat bunga, kenapa aku tak dapat macam kawan aku tu?”
Haha, cukuplah dengan membandingkan hidup dengan orang lain.
USAH AMBIL ‘PUSING’ APA ORANG NAK KATA
We never went on a honeymoon, instead we’d go for walks by the river, that was his idea of a day out and lastly he’d never take me out for romantic meals like all other couples do! .
So I’m sure you can all imagine how I’d feel when my friends asked me what I’d been up to with my husband
As time went by and his strange ways became ordinary for me, I slowly began to realise the beauty behind his intentions and how he’d never care of what people would say or think.
As his main focus was always building his hereafter with me .
Wallahi now I look back and realise that what we had was truly special.
Love was him taking the time and effort to pluck flowers with his own hands instead of walking into a shop and having them readily picked for him.
He didn’t need to spend thousands to whisk me away abroad to Europe, instead walking by the river side at Nile river and showing me that we can enjoy each others company no matter where we were, whilst admiring Allah’s creation together became love for me.
Love was him telling me to sacrifice those 3 scoops of frozen yogurt and to give the money to charity instead as it could easily feed a poor family for a week and as a result Allah will gift me something much greater.
I no longer restricted the definition of love to going out for dinner or drowning in endless gifts from my husband.
CINTA ITU APABILA SALING MEMBAHAGIAKAN
Love is pure when you don’t depend on anything other than each other’s presence to make you happy.
Its funny how we perceive happiness to be what the norm is and how we can easily make our marriages miserable by comparing our life to others.
If only we realised that happiness lies in knowing the value of intentions, not the norm or the price.
Yet we don’t even do fair comparisons. We often compare our worst to someone else’s one moment of best.
And even though we know better, we still continue to be unfair to ourselves. We are our own worst bully.
Take time each day to appreciate all that you have and all that you are.
If you constantly focus on something you dont have, you might miss out on realizing how wonderful your life actually are.
Bahagia itu bila kita bersyukur dengan apa yang ada di depan mata kita.
Sumber kredit: Nur Farah Ahmadi
VIDEO KASHOORGA:
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Belanja Hanya RM10K Untuk Seribu Jemputan & Majlis Kahwin Berlangsung Meriah, Wanita Ini Kongsi Caranya
Tidak dinafikan, jika kita bercakap mengenai majlis perkahwinan pasti akan terbayang perbelanjaan bajetnya yang besar.
Apatah lagi jika tetamu yang dijemput melebihi dari jangkaan, lebih-lebih lagi jika melakukan kenduri anak sulung atau pertama.
Namun jangan risau mengenai bajet jika kita berniat untuk mendirikan masjid. Pasti ada jalan terbaik untuk mengatasi masalah kekangan bajet.
Perkongsian wanita ini Puan Atikah di laman sosial twitter di mana dia membelanjakan hanya RM10 sahaja mengadakan majlis kahwin.
Walau bagaimanapun semua perbelanjaan termasuk dalam duit hantaran RM10K kecuali untuk photobooth, mekap dan juga barang hantaran. Untuk ini dia menggunakan duit simpanan bulanannya.
Ayuh ikuti perkongsiannya.
Total bajet kenduri hanya RM10K sahaja
Semuanya sekali termasuk dalam duit hantaran RM10K kecuali..
Buat di rumah arwah Tok & Wan kerana cucu sulung
Pelamin simple tapi cantik
Untuk gambar kahwin pula minta tolong teman dan bayar sekitar RM500. Kemudian edit sendiri kerana kedua-duanya graphic designer
Upah DJ untuk memeriahkan majlis dan bajet untuk goodies pun ikut kemampuan
Ini tipnya kalau nak beli emas time murah
Ada duit lebihan beli baju Melayu untuk keluarga. Manakala untuk baju kahwin guna bajet bulanan
Murah dan cantik beli bunga tangan di Kaison
Untuk perbelanjaan duit sendiri ini yang diperuntukan
Bajet untuk mekap sanding & nikah
Total untuk barang hantaran
Beli baju siap, simple dan lawa seperti diinginkan
Duit RM10K itu adalah duit bersama, tapi tambah sedikit duit sendiri untuk keperluan lain
Allah mudahkan majlis, benda baik akan dipermudahkan olehNya
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Meminang Wanita Tanpa Menerusi Wakil, Apakah Hukumnya?
Seorang lelaki ingin meluahkan perasaan cintanya kepada seorang wanita. Persoalannya bolehkah seorang lelaki meluahkan rasa cintanya kepada seorang wanita sebagai contoh, “Saya berkenan dengan saudari”, atau bolehkah meminang seorang perempuan terus kepadanya tanpa melalui wakil?
Kedua-duanya dibolehkan bagi tujuan perkahwinan berdasarkan nas al-Quran:
وَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا عَرَّضْتُم بِهِ مِنْ خِطْبَةِ النِّسَاءِ أَوْ أَكْنَنتُمْ فِي أَنفُسِكُمْ ۚ عَلِمَ اللَّهُ أَنَّكُمْ سَتَذْكُرُونَهُنَّ وَلَٰكِن لَّا تُوَاعِدُوهُنَّ سِرًّا إِلَّا أَن تَقُولُوا قَوْلًا مَّعْرُوفًا ۚ وَلَا تَعْزِمُوا عُقْدَةَ النِّكَاحِ حَتَّىٰ يَبْلُغَ الْكِتَابُ أَجَلَهُ ۚ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ مَا فِي أَنفُسِكُمْ فَاحْذَرُوهُ ۚ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ غَفُورٌ حَلِيمٌ
Maksudnya: Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan (yang kematian suami dan masih dalam idah), atau tentang kamu menyimpan dalam hati (keinginan berkahwin dengan mereka). Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut atau mengingati) mereka, (yang demikian itu tidaklah salah), akan tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka di dalam sulit, selain dari menyebutkan kata-kata (secara sindiran) yang sopan. Dan janganlah kamu menetapkan dengan bersungguh-sungguh (hendak melakukan) akad nikah sebelum habis idah yang ditetapkan itu. Dan ketahuilah sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada dalam hati kamu, maka beringat-ingatlah kamu akan kemurkaanNya, dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.
(Surah al-Baqarah, 2:235)
Imam Abu Jaafar al-Tabari Rahimahullah berkata:
Firman Allah Taala itu bererti, ‘Tidak menjadi kesalahan bagi kalian, wahai para lelaki, meminang wanita-wanita itu dengan sindiran, yakni wanita-wanita yang beriddah akibat wafatnya suami mereka, sewaktu waktu iddah mereka, tanpa menyatakan dengan jelas untuk berakad nikah.’
Berkata Ibn Abbas RA : Sindiran itu seperti seseorang berkata kepada seorang perempuan semasa iddahnya, ‘Sesungguhnya aku tidak ingin berkahwin selain daripadamu Insya Allah’, atau ‘Aku suka untuk mendapatkan isteri yang solehah’, (dan dalam riwayat lain, ‘Sesungguhnya aku ingin berkahwin’) tanpa dia menetapkan secara jelas selama mana perempuan itu masih dalam iddah.
Rujuk Jami’ al-Bayan (5/95)
Kesimpulannya harus bagi seorang lelaki menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan seorang wanita meskipun secara langsung, atau berwakil. Cuma yang tidak dibenarkan ialah menyatakan dengan jelas pinangan itu sewaktu seseorang wanita itu masih dalam iddah. Namun begitu hendaklah dijaga adab dan tatasusila yang ma’ruf sebagai seorang Muslim dengan tidak melangkaui batas-batas yang telah ditetapkan.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI