Kalau Tak Kejut Anak Bangun Solat Subuh, Ibu Yang Kena Marah

Share

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Mendidik anak-anak untuk solat pergi dilakukan sejak anak-anak masih ‘hijau’ lagi.  Untuk mengajarkan anak kecil solat memang amanah yang sukar. Apatah lagi untuk solat dengan sempurna. Tetapi semakin sukar sesuatu amanah, semakin besar ganjarannya.

Mendidik anak kecil solat bukanlah satu proses yang sukar, jika kaedah kita betul. Malah mereka akan tertunggu-tunggu untuk solat dengan anda. Berikut perkongsian seorang ibu, Yusliza Abdullah tentang tip dan cara dia mendidik anaknya solat.


Testimoni solat usia 7 tahun dan pukul kalau tak solat usia 10 tahun – Guideline Islam

Saya mengambil masa yang lama untuk decide share cerita ni. Takut timbul riak. Tapi disebabkan saya kekurangan pahala, saya terpksa cari jalan untuk menambahnya. Mudah-mudahan Allah terima sebagai ibadah.

Gambar tu sekitar jam 5.15 pagi. Anak saya paksa saya kejut pukul 5 sebab belum solat Isyak. Dan dia sedang tunggu waktu subuh sambil tido. Kalau terlepas subuh, saya pulak kena marah sebab tak kejut (ada ke patut).

Saya bukanlah alim mana. Dulu-dulu solat pun selalu miss. Tapi saya try ikut panduan ajar solat tu. Sindrom mak-mak, kesian nk kejut anak solat subuh. Alasan cliche: kesian anak bangun pagi…anak lom wajib solat. Sebagai mak yang kejam, saya suruh anak bangun amik wuduk dengan air yang sejuk (tak de water heater-nakk jimat duit karen haha). Masa tu umur 7 tahun.

MULA-MULA MEMANG SUSAH

Awal-awal memang hazab. Sebab lom bole pukul, saya gantikan dengan jeritan tarzan. Berkesan. Tapi biasa la budak-budak. Solat dengan kelajuan cahaya adalah 1 benda yang normal. Saya guna 1 kaedah untuk timbulkan minat untuk solat. Ada dalam album fb bertajuk ‘Melentur buluh’.

Magiknya, selepas 3 tahun diajak solat yang semakin lama semakin improve (daripada kelajuan cahaya kepada kelajuan keretapi bullet Jepun), saya tak perlu pukul pun masa umo 10 tahun. Dia ingat sendiri bila perlu solat. Dan akan kelam kabut dihujung-hujung waktu kalau terleka tengok katun kat tv.

Jadi, sesapa yang ada anak 7-9 tahun, ajaklah solat. Yang dah berumur 10 tahun, paksa lah dan dapat green light untuk pukul. Kalau anak umo 30 tahun? Ntah…saya lom belajar teknik yang sesuai.

Semoga Allah yang berupaya membolak-balikkan hati, akan pelihara hati anak saya supaya istiqamah. Anak saya sorang tu je. Mudah-mudahan dia jadi penyelamat saya di akhirat nanti.

Kepada kawan-kawan, tak payah percaya cakap saya ni. Buat je.

Sumber kredit: FB: Yusliza Abdullah

Published by
wan erni