‘Kalau teringin makan sesuatu, usahakanlah.’ Bab makan jangan berkira dan kedekut dengan anak, isteri.
‘Nak bersedekah pun, dahulukan makanan sebab ia menjadi darah daging.’ Jadi berkat sedekah jariah kita bila kita beri makan orang-orang yang memerlukan.
Setengah orang memang agak berkira bab makan, asal kenyang sudah memadai semata-mata hendak berjimat. Tapi ketahuilah bila kita tak berkira bab makan, apa lagi meraikan tetamu yang datang, insyallah rezeki akan bertambah berkat.
Ikuti perkongsian Puan Farizal Radzali ini dan hadam baik-baik apa yang cuba disampaikan:
Artikel Berkaitan:
Bab makan, jangan berkira. Kalau nak kedekut bab lain tak apa, tapi jangan sesekali kedekut bab makan.
Ingat lagi masa kecil-kecil dulu, duduk rumah setinggan, hidup susah. Tapi bila ada tetamu jauh datang rumah, mak akan suruh saya atau adik, perlahan-lahan pergi ke kedai Uncle Maniam dekat belakang rumah.
Mak suruh ambil biskut sikit, cakap dekat Uncle Maniam, nanti mak bayar kemudian. Uncle Maniam itu pun sudah kenal sangat dengan kami. “Ada orang datang rumah ye?” Sebab mak tak akan ambil biskut mengejut macam itu. Mak mesti bayar baru ambil.
Tapi zaman itu, semua orang berbaik tak kira kaum. Uncle itu akan bagi, kadang-kadang dia kata tak payah bayar pun. Baik uncle tu.
Kalau kita selalu bancuh air tawar, bila ada tetamu datang, lebihkanlah gula. Jangan bagi air tawar pada tetamu. Letakkan air kosong sebekas supaya tetamu yang tak nak manis boleh tambah air kosong ikut selera dia.
Nak bersedekah pun, dulukan bab makan. Sedeqahlah makanan kepada orang-orang yang memerlukan. Makanan menjadi darah daging. Moga ia menjadi jariah.
Kalau teringin nak makan sesuatu, usahakanlah. Kadang-kadang bila anak-anak minta makanan, kita akan berkira-kira takut duit tak cukup. Yang tak mampu, itu lain.
Ini saya merujuk kepada yang mampu tapi rasa perkara itu tak penting. Kita rasa ada perkara lain yang lebih penting. Atau kita rasa makan sajalah apa yang ada asalkan kenyang.
Cubalah untuk tidak menjawab ‘nanti lain kali’ dekat anak-anak hanya untuk mendiamkan mereka dari terus meminta. Sebab mereka akan menanti dan terus menanti, hingga akhirnya mereka kecewa.
Jangan hampakan sesiapa bab makanan. Jangan. Jika tak mampu, jelaskan sebaiknya. Jangan bagi harapan.
Jika mampu, jangan kedekut. Tunaikanlah. Selagi kita kedekut bab makanan, selagi itulah kita akan rasa duit tak pernah cukup.
Ada seorang klien kami, dia kaya banyak duit tapi kedekut. Ada seorang isteri dan seorang anak. Orang nampak dia kaya, tapi waktu rehat makan mee segera.
Anaknya dalam seminggu itu mesti 2 hingga 3 kali akan makan nasi dengan telur saja. Tapi duit dekat bank, lima angka. Kereta mewah, rumah bagai istana. Tapi bab makan, kedekut.
Sampaikan si anak menangis nak makan KFC pun tak dapat. Sebab padanya itu tak penting. Akhirnya dia mati kerana sakit jantung akibat kuat bekerja. Duit banyak tapi bab makanan dia kedekut. Sampai anak dan isteri ‘makan hati’.
Bab lain boleh kedekut, tapi tidak bab makan. Selagi mampu.
Baca Di Sini:
Tip Murah Rezeki, Jangan Sesekali Kedekut Berkongsi Dengan Ibu Bapa
Rezeki Asyik Tak Cukup, Rupanya Sebab Berhutang Dengan Isteri. Nak Hidup Bahagia Jangan Kedekut!
Kashoorga: Selagi berkemampuan, usahakanlah gembirakan hati anak dan isteri.
Sumber: Farizal Radzali
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Dosa Bulanan Wanita, Sengaja Tangguh Mandi Wajib!