Setiap orang ingin bertemu pasangan hidup yang tepat dan meneruskan sebuah hubungan hingga ke jinjang pernikahan. Namun adakalanya pencarian jodoh ini tidak berjalan lancar seperti yang diracang. Salah satu perkara yang meyakinkan anda untuk menganggap bahawa si dia bukan jodoh yang tepat ialah apabila si dia sering berdalih-dalih.
Anda wajib mempertimbangkan kembali pilihan anda jika memang merasa belum tepat untuk memilih si dia sebagai calon hidup. Tentu anda tidak ingin menghabiskan sisa hidup bersama calon hidup yang salah.
Berikut perkongsian Firdaus Shakirin perihal tentang jodoh.
Pernah suatu ketika dahulu, saya berusaha bersungguh-sungguh keje lebih masa untuk kumpul duit supaya dapat mengahwini gadis idaman saya yang dah 5 tahun bercinta…
BELUM BERSEDIA KATANYA
Bila duit cukup, saya suarakan niat utk mengahwininya, tapi apa yang dia cakap?
“Saya belum bersedia lagi untuk berkahwin”
Ads
X pe, saya tunggu…keje, kumpul duit lagi, beli persiapan kawin sikit-sikit…then tanya dia lagi, nak kawin dengan saya ke x…dia cakap “nanti dia bagi jawapan”…
Saya suruh dia berterus-terang…sebab penantian itu satu penyeksaan…saya dah tak larat nak tunggu…saya ada matlamat saya, ada target saya, saya x bleh nk abaikan semua tu semata-mata sebab dia…
RUPANYA SUDAH ADA ORANG LAIN
Ads
Akhirnya, dia cakap dia dah ada orang lain…
Kan senang…daripada bagi alasan tak bersedia, nanti dan sebagainya, lebih baik berkata benar walaupun ianya pahit…so, life must go on isn’t? Lupakan dan tinggalkan…
Menangis? 5 tahun bercinta…x kan x sedih? Tapi sampai bila nak bersedih…kecewa? dah beli barang kawin, x kan tak kecewa?
Ads
Sebenarnya, bila kita tiada jodoh dengan dia, itu tandanya Allah mempunyai pilihan yang lebih baik lagi daripada apa yang kita pilih…Allah dah sediakan seseorang yang lain untuk kita yang hanya menunggu masa untuk kita menemuinya…bersabar jika kita berpisah dengan seseorang kerana apa yang ditakdirkan Allah itu tidak sia-sia…
Semuanya untuk kebaikan kita jugak…jika kita terus memaksa dia untuk kekal bersama kita, sampai bila dia akan rela? Benda yang dipaksa x kan kekal lama…sebab keinginan untuk bersama itu tiada…akhirnya, dia tetap akan pergi…
In the matter of time only…
Sumber kredit: FB: Firdaus Shakirin
KASHOORGA: Apabila satu-satu hubungan melalui detik-detik yang sukar, percayalah bahawa ia petanda hubungan itu tidak boleh ‘ke mana.’ Relakanlah perpisahan itu kerana ada hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap kejadian yang berlaku. Ada yang lebih baik ‘menanti’ dirimu.
https://www.youtube.com/watch?v=BgonYFU7vCM
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Butir-butir kata yang dilontar daripada mulutnya ditambah dengan kelembutan suara, menyejukkan jiwa buat sesiapa yang mendengar.
Siapa yang tidak kenal dengan Datuk Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood, ikon pendakwah wanita yang amat dikagumi.
Keakraban dan kemesraan beliau bersama Imamnya, Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid agak dicemburui.
Ramai yang ingin menjadi seperti pasangan merpati dua sejoli ini. Tidak lokek berkongsi rahsia kebahagiaan, berikut diperturunkan 10 tip untuk mengekalkan kemesraan bersama suami seperti yang diamalkan dalam kehidupan harian beliau.
Gambar sekadar hiasan.
1. Curahkan kasih sayang dengan sepenuh hati.
2. Patuhlah kepada suami dengan apa adanya.
3. Mendengar kata-kata suami dengan baik disertai ketaatan.
4. Sentiasalah isteri mempertahankan pandangan mata suami dengan memakai pakaian yang baik-baik.
5. Sentiasa menjaga ‘hidung’ suami dengan memakai bau-bauan yang wangi.
6. Sentiasa memperhatikan waktu tidur suami
7. Sentiasa menjaga makan minum suami.
8. Jagalah harta benda suami dengan sebaik-baiknya.
9. Isteri perlulah menjaga keluarga dan anak anak dengan baik.
10. Jangan sesekali menyebarkan rahsia suami.
Pujangga Arab ada mengatakan wanita itu adalah tiang negara. Seandainya wanita itu baik, majulah negara, seandainya wanita itu rosak akhlak maka mundurlah negara. Demikian juga kata penyair Arab, Ahmad Syauqi, ibu itu adalah umpama sebuah sekolah.
Jika anda memberikan peluang kepadanya nescaya ia akan memberikan kepada anda satu bangsa yang berakar umbi baik.
Jadilah wanita yang hebat dan bijaksana. Cantikkan diri dengan akhlak, bijak menambat hati suami serta mendidik anak-anak dengan iman dan takwa kepada Allah.
Namun jangan sesekali memperlakukan isteri sesuka hati. Mereka hanyalah insan biasa yang juga ada hati dan perasaan.
Peluklah isteri dengan erat.
Jika mereka penat, suruhlah dia berehat dan kalau tengah marah, redakan dengan memeluknya erat.
Perkongsian ini sangat menyentuh hati dan boleh dijadikan panduan dalam melayari hidup berumah tangga.
Kalau kita nampak isteri kita tengah naik marah, tengah membebel, tengah merapu, tengah menjerit, tengah naik angin…..
Tak payah buat benda lain. Jangan tanya. Jangan tegur. Jangan tazkirah. Lebih-lebih lagi, jangan marah dia semula.
Ambil apa saja yang ada di tangan dia, letakkan di tepi. Pimpin tangan dia, bawa di satu sudut. Peluk dia kuat-kuat. Tak payah cakap. Tak perlu pujuk. Cukup dengan peluk.
Dia mungkin menjerit dan marah. Nampak macam tenaga dia banyak sangat. Tapi saat itu sebenarnya dia berada di takah emosi yang paling lemah.
Kalau ada orang peluk dia waktu ni…. Dia boleh menangis teresak-esak. Dia boleh mengadu tersedu-sedu.
Tobat lahum. Dia taknak jadi begitu.
Dia nak jadi anak yang baik. Dia nak jadi isteri yang solehah. Dia nak jadi ibu paling sempurna di dunia.
Gambar sekadar hiasan.
Pelukan itu cukup membuatkan dia faham bahawa suami memahami.
Isteri bukan terlahir sebagai orang yang marah-marah dan suka marah. Kalau dia memang jenis baran, dari dulu pun suami takkan berkenan.
Bukan dia dari awal kenal pun jenis yang kokak kepala pekerja kedai kalau makanan lambat sampai. Tidak.
Jangan biarkan dia sendirian memujuk rasa. Perjalanan rumahtangga adalah perjalanan syurga. Tapi perjalanan ini tak semudah yang kita semua sangka. Sokonglah dia sepenuh jiwa.
Mas kahwin termasuk dalam rukun nikah yang kelima iaitu ijab dan kabul (akad). Mas kahwin juga disebut dalam akad. Justeru untuk mengukuhkan pengetahuan kepada seluruh bakal pengantin, jom kita tengok senarai mengenai mas kahwin yang perlu anda tahu.
1) Islam tidak menentukan jumlah minimum atau maksimum mas kahwin yang hendak diberikan oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan.
2) Namun jabatan agama Islam setiap negeri dalam negara kita sudah meletakkan jumlah minimum yang perlu dibayar. Jumlah ini tidak membebankan. Pengantin lelaki boleh memberikan lebih daripada nilai yang sudah ditetapkan.
3) Mas kahwin lebih penting berbanding wang hantaran dalam perkahwinan. Mas kahwin wajib diberikan manakala wang hantaran hanyalah adat. Kewajipan mas kahwin adalah berdasarkan al-Quran, hadis dan ijmak.
4) Mas kahwin ialah hak pengantin perempuan sepenuhnya. Suami dilarang menggunakan wang mas kahwin yang telah diberikan tanpa kerelaan isteri.
5) Mas kahwin yang disebut ‘tunai’ perlu diberikan sebelum pasangan suami isteri bernikah. Suami wajib membayarnya sebelum menyetubuhi isteri. Selagi mas kahwin belum dibayar, isteri berhak menghalang suami menyetubuhinya.
6) Jika mas kahwin sebut ‘hutang’ lalu isteri meninggal dunia sebelum sempat suami membayar, mas kahwin itu akan dijadikan harta pusaka yang perlu diwariskan mengikut ketetapan ALLAH.
7) Kalau suami hendak guna duit mas kahwin isteri selepas berkahwin, perlu minta izin isteri. Selepas guna, perlu ganti semula sebagai menghormati hak isteri itu sendiri.
8) Mas kahwin boleh juga diberikan dalam bentuk sesuatu yang bermanfaat selain daripada wang. Misalnya emas dan al-Quran.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Qada solat tarawih boleh atau tidak? Mungkin ramai kalangan kita yang bekerja pada waktu malam termasuklah pada bulan Ramadan hingga menyebabkan kekangan masa untuk...