Ramai di antara kita mungkin tidak perbuatan ini salah. Niat kita baik iaitu mahu membersihkan kubur yang nampak selerak seolah-olah sudah lama tidak diziarahi oleh sanak saudara si mati.
Tapi dari segi hukumnya, perbuatan mencabut rumput di atas kubur orang yang kita tidak kenal hukumnya haram kecuali kubur itu milik ahli keluarga terdekat kita seperti ibu ayah dan sebagainya. Tapi di atas kubur mak ayah kita juga hukumnya jadi haram kalau kita cabut semuanya tanpa meninggalkan apa pun kerana sebahagian rumput itu hak mayat.
Bacalah pandangan Ustaz Azhar Idrus mengenai perbuatan mencabut rumput di atas kubur ini khususnya kubur bukan ahli keluarga kita. Ia mempunyai pandangan dan hukum berbeza menurut mazhab.
Sebelum masuk kepada perbahasan hendaklah diketahui bahawa maksud rumput di atas kubur yang dibahaskan oleh ulamak ialah segala yang tumbuh di atas tempat yang di tanam mayat di bawahnya yang dinamakan sebagai kubur.
Ada pun kawasan yang tidak ada ditanam dibawahnya mayat seperti jalan yang ada dikeliling kubur dan tanah lapang yang ada di dalam sempadan tanah perkuburan itu bukan termasuk kubur yang dibahaskan dalam masalah ini.
Hukum mencabut rumput dan pokok yang tumbuh di atas kubur ini berlaku khilaf di kalangan ulamak mazhab padanya.
PENDAPAT ULAMAK MAZHAB SYAFIE
Haram Cabut Tumbuhan Di Atas Kubur.
Tersebut pada kitab Fathul Mu’in :-
Dan haram mengambil (cabut) suatu dari keduanya (iaitu pelepah kurma atau pokok yang ditanam diatas kubur) selama ia belum kering (mati) kerana mengambil (umpama pelepah kurma yang ditanam di atas kubur) itu menghilangkan hak mayat yang datang kisahnya dari hadith Nabi saw.”
Yang dimaksudkan haram di sini ialah jika yang mencabut rumput yang ada di atas kubur itu ialah bukan pemiliknya (waris atau penjaganya).
Ada pun pemiliknya maka tidak haram mencabutnya.
HARUS PEMILIKNYA MENCABUT TUMBUHAN ATAS KUBUR
Tersebut pada kitab Hasyiah Al-Qalyub :-
Ads
Dan tidak harus mencabut tumbuhan di atas kubur oleh selain pemiliknya selama tumbuhan itu masih hidup kerana bergantung hak mayat dengannya.
Dan apabila tumbuhan itu telah mati nescaya harus bagi sesiapa sahaja mencabutnya.”
Maka difahami dari perkataan Syeikh Qalyubi ini bahawa kalau pemilik kubur yang mencabutnya maka tidaklah haram.
Dan tersebut pada kitab An-Nihayah bagi Syeikh Ramli:
Dan tertegah atas selain pemiliknya mencabut tumbuhan di atas kubur sebelum tumbuhan itu mati.”
Dan tersebut pada kitab Hasyiah Syarwani ala At-Tuhfah:
Dan maksud perkataan Syeikh Ibnu Hajar haram mencabut tumbuhan atas kubur itu ialah atas yang bukan pemiliknya.”
Ads
Dan tersebut pada kitab Al-Iqna’ bagi Syeikh Khatib As-Syarbini:
Dan tidak harus bagi selain pemilik kubur mencabut tumbuhan atas kubur itu jika ia belum kering (mati).”
PEMILIK DIHARAMKAN MENCABUT TUMBUHAN ATAS KUBUR
Dan maksud pemilik atau waris empunya kubur boleh mencabut tumbuhan atau rumput di atas kubur itu ialah selama masih ada tinggal sebahagiannya.
Ada pun mencabut semuanya hingga tidak ada satu pun yang tumbuh di atas kubur itu hukumnya tetap haram.
Berkata Syeikh Al-Bujairimi:-
Dan kesimpulannya jika adalah sedikit yang tumbuh di atas kubur itu seperti beberapa helai sahaja nescaya tidak harus bagi pemiliknya mencabutnya ketika masih hidup kerana ia menjadi hak mayat maka haram mengambilnya.
Ada pun jika banyak yang tumbuh hidup maka sungguhnya harus bagi pemiliknya mengambil sebahagian daripadanya.”(Hasyiah Bujairimi)
Ads
Maksudnya jika banyak tumbuh rumput atau pokok di atas kubur itu maka pemiliknya hanya boleh mencabut sebahagian sahaja bukannya kesemuanya.
Dan jika hanya sedikit yang tumbuh maka tidak boleh mengambilnya kerana akan hilang kesemua yang ada.
MAZHAB HANAFI MEMAKRUHKAN CABUT RUMPUT ATAS KUBUR
Berkata Syeikh Al-Khadimi Al-Hanafi :-
Dan setengah dari yang dilarang itu ialah mencabut pokok dan rumput yang masih hidup keduanya yang tumbuh di atas kubur maka sungguhnya hukumnya adalah makruh.
Dari kerana bahawsanya segala yang tumbuh itu selama ia hidup ia bertasbih akan Allah maka pada ketika itu akan memberi guna kepada mayat dan menumpang rahmat dari tasbihnya itu.”(Kitab Bariqah Mahmudiyyah)
Kesimpulan:-
Haram atas bukan pemilik atau waris penghuni kubur mencabut atau mengambil tumbuhan yang hidup di atas kubur orang lain daripada rumput atau pokok-pokok.
Harus ke atas pemiliknya mengambil atau mencabut rumput dan pokok yang tumbuh di atas kubur dengan syarat ditinggalkan hidup sebahagiannya.
Jika dicabut semuanya sekali maka hukumnya adalah haram.
Harus memotong atau membuang pokok-pokok dan rumput yang bukan di atas kubur yang tumbuh di sekeling kubur kerana memudahkan orang lalu dan ziarah atau supaya tidak tinggal haiwan yang berbisa padanya.
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
‘Dapat panggilan tapi saya reject.’ Tolak tawaran haji kedua, hendak beri peluang kepada orang lain yang belum pernah lagi berpeluang menunaikan haji dan menjejakkan kaki ke sana.
Memang besar pahala mengorbankan peluang yang diberikan kepada orang lain. Hanya orang yang berjiwa besar mampu mengambil tindakan sebegini.
Ikuti perkongsian Noraini Salleh tentang pengorbanan insan yang berjiwa besar ini:
Saya dapat panggilan haji, tetapi saya tolak. Kenapa tolak? Tanya saya.
Sebenarnya sebelum saya tolak, saya terlebih dahulu buat solat istikharah. Saya juga mendapat nasihat daripada kakak supaya melepaskan peluang itu.
Kenapa? Orang lain ada yang merayu kerana nak pergi sangat tunai haji, tetapi awak tiba-tiba melepaskan peluang keemasan itu.
Tapi Saya Reject
Sebenarnya ini panggilan haji kedua saya. Sebelum ini, saya sudah tunai haji pertama beberapa tahun lalu. Lagi pun baru saja balik daripada menunaikan umrah.
Saya tolak bukan kerana tambang haji kedua cecah RM38, 000. Dari segi kewangan saya tak ada masalah. Saya mampu membayarnya.
Saya tolak kerana saya hendak beri peluang orang yang belum menunaikan haji mengisi kekosongan itu.
Tolak Tawaran Haji Kedua
Saya teringat bapa saudara saya di kampung dah berusia 70-an masih belum mendapat tawaran tunai haji. Kalau boleh galang ganti hendak saja saya bagi kepada bapa saudara tempat saya itu.
Bagaimanapun, saya tak boleh membuat membuat penukaran itu. Tabung Haji kata, sistem tukar ganti tak boleh dibuat begitu. Hanya Tabung Haji yang berkuasa menentukan calon bakal jemaah haji.
Saya begitu terharu mendengar pengorbanannya itu. Kalau ramai orang berfikiran begitu, tentu ramai yang belum menjejakkan kaki ke Tanah Suci dapat peluang menunaikan haji pertama mereka.
Hendak Beri Peluang Kepada Orang Lain
Kita dikehendaki menunaikan haji yang difardukan hanya sekali, itu pun jika ada kemampuan.
Kalau sudah terlebih mampu, apa salahnya beri ruang itu kepada mereka yang masih menunggu peluang pertama untuk menunaikan haji.
Tabung Haji juga patut utamakan yang belum menunaikan haji untuk dimasukkan dalam senarai bakal jemaah mereka.
Esok umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa. Bergembiralah dengan kedatangan Ramadan kerana ia bulan penuh keampunan, keberkatan dan kerahmatan. Rasulullah sendiri mengajarkan kita untuk membaca doa apabila tibanya bulan mulia ini.
Antara doa diajarkan oleh Rasulullah SAW ﷺ agar semua urusan kita dipermudahkan dan memperoleh keberkatan. Bahkan para sahabat berdoa enam bulan lebih awal agar usia mereka disampaikan sebelum datangnya Ramadan.
Antara doa Rasulullah ﷺ saat menyambut Ramadan adalah seperti berikut:-
“Allah Maha Besar, Ya Allah jadikanlah hilal (bulan) itu bagi kami dengan membawa keamanan dan keimanan, keselamatan dan Islam. Rabbku dan Rabbmu (wahai bulan) adalah Allah.” (HR At-Tirmidzi 9/142)
Riwayat lain menerangkan dengan hadis yang hampir sama.
Allahu Akbar! Allahumma ahillahu ‘alayna bil-amni wal iimaani wassalaamati wal islaami, wat-taufiiqi Limaa tuhbbu wa tardho, Robunaa wa Robbukallahu.
“Allah Maha Besar, Ya Allah jadikanlah Hilal itu bagi kami dengan membawa keamanan dan keimanan, keselamatan dan Islam, dan membawa taufik yang membimbing kami menuju apa yang Engkau cintai dan Engkau redhai. Tuhan kami dan Tuhan kamu (wahai bulan), adalah Allah.” (HR Ahmad 888, Ad-Darimi 1729, dan dinilai sahih oleh Syua’ib Al-Arnauth dalam Ta’liq Musnad Ahmad, 3/171).
Allahumma sallimnaa ilaa Romadhona wa Sallimli Romadhona wa tasallimhu minni Mutaqobbala.
“Ya Allah, sampaikan diriku hingga sampai Ramadan, dan hantarkanlah Ramadan kepadaku, dan terimalah amal-amalku di bulan Ramadan.” (Lathaif Al-Ma’arif Hal 264). Sumber :- Sindonews
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
‘Dahi adalah 7 anggota sujud.’ Boleh terbatal solat bila dahi terlapik kain telekung sendiri. Wanita terutamanya ambil berat bab ini kerana disebabkan dahi terlapik telekung, solat kita terbatal.
Bayangkan jika perkara ini telah kita lalui bertahun-tahun lamanya dan disebabkan kita kurang pengetahuan agama, rupa-rupanya solat kita tak sah.
Ikuti perkongsian Ustaz Farid Rashidi ini dan hadam baik-baik perkongsiannya.
Boleh terbatal solat jika dahi terlapik dengan kain telekung sendiri saat bersujud. Sebab dahi ni adalah 7 anggota sujud yang wajib diletak pada lantai bagi menyempurnakan solat kita. Hati-hati ya.
Tujuh anggota sujud ini adalah dahi, kedua-dua tapak tangan, kedua-dua lutut dan kedua-dua tapak jari kaki.
Boleh Terbatal Solat
Di ruangan komen, terdapat beberapa kemusykilan lain yang kita dapat kongsikan bersama berkaitan isu ini.
Adakah terbatal solat seseorang jika tapak tangan terlapik dengan telekung?
Jelas Ustaz Farid Rashidi, anggota sujud yang tak boleh berlapik adalah dahi. Yang lain tak ada masalah. Kaki perempuan memang wajib tutup aurat.
Bila Dahi Terlapik Kain Telekung Sendiri
Manakala pertanyaan seterusnya, Adakah sebaiknya seseorang itu kena solat atas tanah atau lantai yang bersih oleh kerana sejadah juga sejenis kain yang melapik 7 anggota sujud.
Jawapannya, sejadah bukan pakaian yang dipakai. Jadi tak ada masalah sujud atas sejadah. Dari 7 anggota itu dahi yang wajib sujud tanpa berlapik dengan pakaian yang bersambung dengan badan sebagaimana telekung.
Manakala bagi lelaki yang bentang ridak atau sejadah kecil di tempat sujud itu tidak mendatangkan sebarang masalah. Ini kerana serban atau kain rida’ yang dipakai berpisah daripada badan seseorang boleh untuk sujud di atasnya dan tak batalkan solat.
Namun begitu, jika tali serban atau kain rida’ itu bersambung dengan badan dan bergerak dengan pergerakan orang yang solat. Maka tidak boleh untuk sujud di atasnya dan solatnya adalah terbatal.
Pemakaian Pelitup Muka
Bagaimana pula dengan pemakaian mask ketika solat, sebenarnya memakai pelitup muka dibenarkan kerana tak menghalang dahi ketika bersujud.
Kashoorga: Bba solat ini adalah perkara utama yang perlu kita ambil berat kerana dia adalah tiang agama.
Menjadi rutin atau satu kemestian buat kebanyakan kita pergi ke pasar mahu pun pasar raya bagi membeli keperluan rumah dan diri.Namun satu perkara yang...