Pelbagai kisah dikongsi petugas di hospital terhadap pesakit jemaah tabligh yang menerima rawatan di sana.
Walaupun pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap golongan ini, tetapi mereka sebenarnya tidaklah seteruk seperti kita bayangkan.
Dalam satu perkongsian daripada seorang jururawat Zulaikha Zaki yang mendedahkan sekeping surat bertulisan tangan dipercayai dari seorang pesakit tabligh yang telahpun discaj dari menjalani rawatan.
Pengisian surat berkenaan sangat menyentuh perasaan sesiapa yang membacanya. Dalam surat itu, memberitahu mereka sangat menghargai jasa pejuang serta pengorbanan jihad kerana memantau kesihatan mereka sepanjang berada di dalam wad.
Dalam surat itu juga penulis mewakili rakan-rakan lain turut menyatakan rasa kasıhan dan sedih melihat pengorbanan barisan hadapan ini.
Walaupun penat dan letih tetapi tetap melemparkan senyuman sepanjang menjalankan tugas berkenaan.
Penulis turut mendoakan agar semua barisan pejuang ini diberikan kekuatan dan semangat serta dipermudahkan dalam segala urusan.
Mereka juga turut berkongsi amalan baik dari ulamak untuk diamalkan oleh petugas semua dalam berhadapa dengan pandemik wabak penyakit ini.
Pesakit ni discharge petang tadi. Seorang tabligh. Then before dia balik, die selit surat ni celah2 kertas kt kaunter wad dalam n xde bgthu sape2 pon. Maybe dia thu dia x leh sentuh or bg kami ape2 brg even kertas.
Terharu….
Jangan kecam dorang. Dalam wad, dorang smua behave. Sangat dengar kata.
Kita kecam org alim dalam kita tak sedar bila akhir zaman ni Allah tarik manusia yg golongan baik n arif dengan ilmu agama dulu.
#MalaysiaTanpaCovid19
#TheDayWillCome
Assalamua’laikum, semua pejuang-pejuang yang kami kasihi dan sayangi sentiasa. Kami akan ingat pengorbanan jihad anda sebab pantau kesihatan kami selama berada di wad 26/tingkat 5.
Selamanya anda semua (pejuang-pejuang) layan kami dengan penuh kasih sayang.
Tujuan saya tulis ini ialah nak kongsi beberapa amalan untuk pejuang-pejuang semua. Sebab kami kasihan dan sedih lihat pengorbanan anda semua. Kami tahu anda letih dan bertarung nyawa untuk rawat kami. Anda pun ada keluarga yang nak diuruskan tapi anda tetap bagi senyuman kat kami. Anda sembunyikan letih dan risau anda daripada kami.
Kami tahu anda sembunyikan letih dan risau anda.
Kami doakan anda semua kuatkan semangat, untuk Allah dan rasul, sentiasa dalam rahmat Allah, diberi sihat afiah, dimudahkan segala urusan begitu juga buat keluarga anda semua. Allahumma Aamiin.
Amalan yang ulama kongsi kat kita
Baca surah Taghabun (Surah 64, juzuk 28) sampai habis (ayat 1 hingga 18 serta makna) setiap pagi. Kalau sibuk, cari masa lapang. Sebaiknya pagi.
Mula dengan
Baca selawat 3 kali
Al-Fatihah 3 kali
Al-Ikhlas 3 kali
Hasbi Allah wani’malwakil 313 kali
Tutup dengan selawat 3 kali. Tiup ke dalam air dan minum. InsyaAllah, Allah beri sembuh dan jaga kita semua.
Wallahua’lam.
Zulkhairi.