‘Kasih bapa sepanjang masa.’ Ayah ini sanggup berumah dalam kereta demi anak tercinta. Baginya biarlah dia bersusah, asalkan dia berada dekat dengan anak dan isterinya yang berada di wad.
Benarlah kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Itu perumpamaan tepat buat Adi Saifullizam Abdul Sani, 40, apabila sanggup tidur dalam kereta di tempat parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, Perak, bagi menemani anak bongsunya yang dirawat di hospital itu.
Anaknya, Muhammad Afeef Mikhail, 8, sehingga kini dirawat di hospital berkenaan sejak menjalani pembedahan bagi pengambilan sampel sel serta memasukkan tiub sekitar tengah malam Sabtu lalu, selepas disahkan menghidap tumor otak sehari sebelumnya.
Sebelum itu tular video kereta Proton Satria milik bapa itu yang dipasang dengan khemah sambungan belakang kereta dan diletakkan di ruangan parkir HRPB.
Menurut bapa kepada tiga anak masing-masing berusia 15, 12, dan 8 tahun itu yang mesra disapa ‘Adi’, Muhammad Afeef kini stabil selepas pembedahan itu namun masih perlu dirawat dan dipantau di Wad Pediatrik HRPB dengan ditemani isterinya, Aminah Othman.
Ayah Ini Sanggup
Terangnya, keputusan bermalam di ruangan parkir hospital itu diambil kerana ingin sentiasa dekat menemani anak serta isterinya, selain beberapa kekangan lain termasuk kewangan serta kesukaran untuk mencari lot parkir sekiranya dipanggil doktor.
Ads
“Isteri menemani anak di wad dan saya ‘menetap’ dalam kereta sebab tidak mahu berjauhan dengan mereka.
“Keputusan bermalam dalam kereta ini diputuskan bersama isteri selepas mengambil kira tahap kemampuan kewangan kami termasuk untuk berulang-alik dari rumah inap dan sebagainya,” katanya.
Berumah Dalam Kereta
Tambah Adi yang bekerja sebagai operator sebuah kilang di Bidor dan menetap di Trolak manakala Aminah hanya suri rumah sepenuh masa Adi, dia juga mengambil cuti tanpa gaji selama seminggu hingga Sabtu ini untuk bersama-sama isteri memantau anaknya.
Katanya, dua lagi anaknya iaitu anak sulung dan anak kedua kini dijaga sementara oleh saudara terdekat.
“Tidur dalam kereta bukanlah lena mana sekadar baring untuk meregang badan dan hilangkan letih.
“Yang penting saya dapat segera sampai jika ada sebarang keputusan atau permintaan doktor yang memerlukan untuk saya sampai ke atas (wad).
Ads
“Memang ada kawan sekitar Ipoh yang menawarkan saya duduk sementara di rumah sewa mereka tetapi lokasinya di Tambun dan Pengkalan Station 18 yang mungkin mengambil masa lebih setengah jam untuk saya sampai ke hospital, tidak termasuk untuk mencari parkir,” katanya.
Demi Anak Tercinta
Jelas Adi, Muhammad Afeef pada mulanya didiagnos dengan masalah bengkak pada saluran antara bahagian mata dan tulang belakang di Hospital Slim River sebelum dirujuk ke Hospital Teluk Intan (HTI) bagi menjalani imbasan tomografi berkomputer (CT scan).
“Afeef menjalani CT Scan di HTI pada petang Jumaat dan keputusannya diperoleh malam sama, dan malam itu juga saya, isteri, dan Afeef dirujuk pula ke HRPB bagi pembedahan mengambil sampel sel dan memasukkan tiub.
“Saya bermalam dalam kereta di HRPB sejak Jumaat lalu pada malam pembedahan dilakukan. Kini keadaannya stabil, makin baik, dan sehingga sekarang tidak menunjukkan kesan akibat pembedahan.
“Pemantauan masih diteruskan termasuk bagi menunggu keputusan ujian makmal yang akan menentukan jenis tumor dihidapi anak sebelum doktor memutuskan rawatan susulan yang bersesuaian,” katanya.
Viral mengenai tindakan model wanita berpakaian pengantin mengambil gambar di sebuah perkuburan bukan Islam di Batu Pahat Johor.
Malah kisah ini turut mengundang kemarahan netizen kerana dianggap tiada menjaga sensitiviti umat Islam dan seolah-olah mempersenda penganut agama lain.
Perkara ini turut mendapat perhatian Mufti Pahang, Datuk Dr Abdul Rahman Osman yang memberi pandangan mengenai perkara ini.
Menurut beliau, tiada larangan mengambil gambar di mana saja selagi tidak mendedahkan aurat dan melanggar syariat Islam.
Namun tambanya lagi, biarlah suasana gambar itu diambil tidak menjadi penyebab fitnah.
Malah sebagai Muslim penting untuk menjaga tingkah laku dan adab terutama ketika berada di tanah perkuburan Islam atau penganut lain.
“Di mana-mana saja boleh bergambar kerana tiada larangan dalam soal itu dengan syarat tidak nampak seperti memburukkan Islam atau merestui kepercayaan agama lain.
“Bagaimanapun, jika aktiviti itu cenderung membawa fitnah, lebih baik dielakkan.
“Ini kerana kita dituntut menjaga adab dan perbuatan termasuk ketika berada di kawasan perkuburan bukan Islam kerana Rasulullah sendiri menghormati penganut agama lain,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Portal Harian Metro turut melaporkan mengenai permohonan maaf pemilik butik, Nur Amirah Mohd Amiruddin, 26, yang mengakui kesilapannya memuat naik gambar dan mengadakan sesi fotografi di kawasan perkuburan bukan Islam.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
‘Suami dayus, biarkan aurat isteri orang tengok.’ Kena pasang niat, usaha dan doa bersungguh-sungguh dapat doktor perempuan.
Sebenarnya kalau sudah sakit hendak bersalin, tiada masa lagi hendak fikir doktor lelaki atau perempuan yang sambut bayi kita. Ketika itu hanya fikirkan dan pentingkan nyawa bayi dan jua sang ibu.
Sebelum ini tular, seorang penceramah bebas yang dikenali dengan Siti Afifah Shahbudin dengan lantang melabelkan golongan suami sebagai dayus kerana membenarkan doktor lelaki melihat kemaluan isteri ketika menyambut kelahiran bayi mengundang pelbagai reaksi.
Bila tengok full video, ada betulnya juga apa ustazah cakap. Tak adalah semuanya salah. Tapi mungkin cara penyampaiannya terlalu garang itu yang ramai tak boleh terima.
Biarkan Aurat Isteri Orang Tengok
Sebagai seorang lelaki, atau suami kita kena ada effort sungguh untuk dapatkan doktor perempuan.
Kena pasang niat, usaha dan doa sungguh pada Allah supaya doktor perempuan yang akan sambut kelahiran anak kita.
Kena Pasang Niat, Usaha & Doa Bersungguh
Tapi zaman sekarang ini bukan semua suami mampu. Kalau nak memilih, kena bayar pula. Malah, jika murah tak apalah, ini sangat mahal.
Kalau tanya saya, selagi mana saya ada kudrat insyallah akan usaha semampu mungkin untuk dapatkan doktor wanita supaya isteri dapat bersalin dengan doktor wanitalah.
Tahun ini sambutan Aidilfitri sangat berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya disebabkan masalah COVID-19 yang masih belum pulih sepenuhnya.
Tiada sambutan seperti selalu dan sembahyang raya juga hanya dilakukan di rumah saja. Namun tidak perlu risau untuk tunaikan solat hari raya kali ini kerana boleh saja dilakukan di rumah secara berjemaah atau bersendirian.
Gambar sekadar hiasan.
Lebih afdal dapat dulakukan bersama ahli keluarga lain. Dan ini panduan jika mahu lakukannya di rumah.
Niat
Lafaz niat jika dilakukan secara bersendirian
Ini pula lafaz niat jika dilaksanakan secara berjemaah (imam/makmum)
Rakaat Pertama
1. Dimulai dengan takbirratul ihram.
2. Membaca doa iftitah:
3. Mengangkat tangan dan bertakbir sebanyak tujuh kali diselang-seli dengan bacaan tasbih. (Takbir tujuh kali dan tasbih enam kali).
Lafaz tasbih adalah seperti ini:
4. Membaca surah Al-Fatihah.
5. Membaca mana-mana surah dalam al-Quran (digalakkan juga membaca surah al-A’laa).
Surah al-A’laa
6. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama.
Rakaat kedua
1. Dimulai dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua).
2. Mengangkat tangan dan lafaz takbir lima kali di selang-selikan dengan bacaan tasbih (takbir lima kali dan tasbih empat kali).
3. Membaca surah Al-Fatihah.
4. Membaca mana-mana surah al-Quran (boleh juga baca surah al-Kafirun)
Surah al-Kafirun
5. Teruskan solat sehingga selesai rakaat kedua.
6. Memberi salam.
7. Membaca doa.
Khutbah Aidilfitri selepas solat sunat hari raya
Setelah selesai menunaikan solat sunat hari raya Aidilfitri, kita (umat Islam) digalakkan untuk mendengar khutbah yang disampaikan oleh khatib sekiranya solat tersebut dilakukan secara berjemaah.
Rukun khutbah Aidilfitri adalah sebagaimana rukun khutbah solat Jumaat. Namun sunat di mulakan oleh khatib dengan lafaz takbir sebanyak sembilan kali berturut-turut pada khutbah pertama dan tujuh kali berturut-turut pada khutbah kedua.
Menjadi rutin atau satu kemestian buat kebanyakan kita pergi ke pasar mahu pun pasar raya bagi membeli keperluan rumah dan diri.Namun satu perkara yang...