Kejadian harta atau wang orang tua diambil atau dicuri anak bukan lah satu kisah pelik. Ia banyak terjadi dalam masyarakat kita. Lebih menyedihkan apabila anak itu masih sihat dan tegap tubuh badan berbanding orang tuanya. Tidak sedarkah dia apa hukumnya wang yang dicuri itu?

Ini adalah manusia yang tidak takutkan laknat Allah. Makin bertambah menyayat hati apabila wang yang dicuri itu merupakan wang bantuan zakat yang sememangnya hak mutlak orang tua yang tiada upaya dan miskin.

“Kasihan Ibu Tua, Bantuan Zakat Lesap Dicuri Anak Dalam Diam”- Amil Zakat

Artikel berkaitan:Nak Simpan Atau Pakai, Zakat Emas Wajib Bayar. Lelaki Ini Kongsi Cara Mudah Kira Zakat Emas!

Artikel berkaitan: Lepas Selesai Zakat Fitrah, Jangan Lupa Pula Bayar Zakat Emas  Wang Simpanan. Ini Syarat Membayarnya Ustaz Mustafar

Perkongsian ringkas Faisal Rahim, seorang Amil Zakat di akaun twitter nya mengenai bantuan wang zakat bulanan seorang wanita tua yang lesap sungguh menyentuh hati. Berikut adalah ciapannya.

Ada seorang makcik tua datang mengadu di pejabat zakat baru-baru ini. Katanya bantuan kewangannya dikurangkan ke RM50 sebulan.
Dia sedih sebab ia tak mencukupi. Bila disemak, bantuan beliau sepatutnya RM350 sebulan. Persoalannya di mana baki lagi RM300 itu?“Kasihan Ibu Tua, Bantuan Zakat Lesap Dicuri Anak Dalam Diam”- Amil Zakat

 

Bila disiasat, rupa-rupanya kad ATM beliau dipegang oleh anak lelakinya. Dia yang bantu keluarkan duit zakat ibunya setiap bulan. Dia juga yang bagitahu, bantuan zakat telah dikurangkan. Walhal dia yang ambil duit tersebut. Sedangkan dia bekerja dan sihat tubuh badan.

Ads

Apalah perasaan mencuri duit ibu sendiri hingga menyusahkan hidupnya. Kasihan si ibu itu berjimat untuk makan berbulan-bulan. Duit zakat. Duit yang HARAM dimakan selain asnaf yang lapan.

Nasib baik bantuan sewa rumah terus ke tuan rumah. Kalau tidak, memang sudah kena halau. Itulah.

“Kasihan Ibu Tua, Bantuan Zakat Lesap Dicuri Anak Dalam Diam”- Amil Zakat

Sebelum orang bertanya, kenapa cuma dapat RM350 sebulan? Aku dah jelaskan banyak kali sebelum ini.

Biasanya itu cuma bantuan kewangan. Ada banyak lagi bantuan lain yang biasanya mereka dapat bergantung kepada keperluan.
Kekadang asnaf ini rasa bantuan zakat itu cuma wang tunai. Tapi bantuan lain selain wang tunai dia tak perasan seperti :

Ads
  1. Sewa rumah
  2. Support Pendidikan anak dari tadika sampai university
  3. Bayar bil elektrik
  4. Makanan bulanan
  5. Modal perniagaan

Mengulas lanjut tentang pemberian zakat ini, Faisal turut menyatakan rasa terkilan apabila pihak media massa tidak memberikan maklumat penuh tentang bantuan yang diterima. Perlu ditanya kepada asnaf yang ditemui apakah bantuan lain yang diterima selain daripada wang tunai. Apabila maklumat lengkap dinyatakan, maka tiadalah laporan itu kelihatan berat sebelah.

“Kasihan Ibu Tua, Bantuan Zakat Lesap Dicuri Anak Dalam Diam”- Amil Zakat

Apa hukumnya anak yang mencuri harta atau wang orang tuanya?

Secara umum, masalah ini sama dengan pencurian. Namun dalam Islam, terdapat hukum yang berbeza sesuai dengan situasi dan keadaan yang berlaku.
Dalam Fatwa Syabakah Islamiyah dinyatakan,

فلا يجوز أن تأخذي شيئاً من مال أبيك إلا بإذنه وبطيب من نفسه، لقول النبي صلى الله عليه وسلم : لا يحل مال رجل مسلم لأخيه إلا ما أعطاه بطيب نفسه . أخرجه البيهقي في السنن.
Anda tidak boleh mengambil harta ayah anda sedikitpun, kecuali dengan izin dan kerelaannya.

Ads

Berdasarkan sabda Nabi SAW,

”Tidak halal bagi seorang muslim untuk mengambil harta saudaranya, kecuali harta yang dia berikan kepadanya dengan kerelaan saudaranya.” riwayat Baihaqi dalam as-Sunan. (Fatwa Syabakah Islamiyah, no. 27073)

Sedangkan pendapat kedua mengatakan apabila orang tua sangat bakhil sehingga tidak memberikan nafkah yang cukup bagi anaknya, maka boleh mengambil harta orang tuanya, meskipun tanpa diketahui orang tuanya.

Dalam Fatawa Nur ‘ala ad-Darbi dinyatakan,
اذا كان الأب قصّر في النفقة، والولد ضعيف لا يستطيع العمل، عاجز، فإنّه يأخذ من مال أبيه، ويسدّ حاجته، ولو بغير علمه،
Apabila ayah bakhil dalam memberikan nafkah, sementara anak masih lemah tidak boleh bekerja sendiri, maka dia boleh mengambil harta orang bapaknya untuk memenuhi keperluannya. Meskipun tanpa diketahui orang tua.”

Kemudian Syaikh menyebutkan dalil hadis dari Hindun bintu Uthbah radhiyallahu ‘anha, istri Abu Sufyan yang melaporkan kepada Nabi SAW,

يا رسول الله إن أبا سفيان رجل شحيح [يعني بخيل] لا يعطيني ما يكفيني ويكفي بنيّ، إلاّ ما أخذته من ماله بغير علمه، فهل علي في ذلك من جناح؟
“Wahai Rasulullah, sesungguhnya Abu Sufyan orang yang bakhil, tidak memberikan nafkah yang cukup untukku dan untuk anakku. Kecuali jika aku mengambil hartanya, tanpa pengetahuannya. Apakah saya berdosa melakukan hal itu?”

Lalu Nabi SAW menjawab,
خذي من ماله بالمعروف ما يكفيك ويكفي بنيكِ
Ambillah hartanya secara wajar, yang mencukupi keperluanmu dan mencukupi keperluan anakmu.” (Muttafaq)

Kashoorga: Dalam kes wang zakat dicuri makcik asnaf ini, adalah tidak wajar anak yang sihat dan masih bekerja mengambil wang bantuan zakat ibunya. Segeralah bertaubat, jangan diulangi dan serahkan kembali wang yang telah diambil.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI