Hubungan

‘Kasihan Wife Banyak Berkorban, Beri Saya Fokus Kerjaya.’ Azizulhasni Buat Kejutan Hari Jadi Isteri

Share

‘Kasihan wife banyak berkorban, beri saya fokus kerjaya.’ Azizulhasni buat kejutan hari jadi isteri walaupun dia mengakui dirinya bukanlah seorang lelaki yang romantik apatah lagi menjadi seorang yang sukakan kejutan.

Biarpun tidak menjadi dirinya, Azizulhasni Awang menganggap inilah cara seseorang suami menghargai seorang yang telah berkorban segalanya untuk suami tanpa mengenal jemu.

Artikel Berkaitan: Terlalu Sibuk Urusan Dunia, Sampai Mak Ayah Di Kampung Tak Boleh Nak Jaga; Luahan Azizulhasni Awang Buat Hati Tersentuh

Kasihan Wife

Momen tersebut dikongsikan atlet ini di akaun Instagramnya. Luahnya….

Seminggu dua sebelum hari lahir wife saya, beliau duduk tanya saja nanti ada apa-apa surprise tak? Perkara yang agak contra antara kami berdua ini, dia suka surprise dan saya pula tidak.

Saya ini berjiwa komando, korang nak celebrate atau tak birthday saya, ianya tidak akan mengubah apa-apa dalam hidup saya.


Banyak Berkorban

Ketika pulang ke Malaysia ni, punyalah busy tu mengalahkan Perdana Menteri Amerika boh. Itu pasal lah wife saya asyik duduk tanya saja saya akan celebrate ke tak birthday dia tu.

Mungkin kalau tak, dia nak celebrate dengan kawan-kawannya. Saya buat muka keras saja. “Tengok dulu nanti macam mana, kalau ada free kita celebrate lah mana-mana” ujar saya. Dia pun muka dok jadi je.


Beri Saya Fokus Kerjaya

Tetapi dalam hati komando ini, saya kasihan juga dekat wife. Dia banyak berkorban pelbagai perkara untuk saya. Disebabkan memberi ruang untuk saya fokus kepada kerjaya saya ini, beliau dan anak-anak terpaksa berkorban pelbagai benda.

Perkara itu orang luar tak nampak. Seksa dan peritnya menjadi ahli keluarga kepada atlet negara ni. Jadi di tengah-tengah jadual yang sibuk tak kehabisan itu, saya mencari ruang untuk menyelit.

Azizulhasni Buat Kejutan

Nak tak nak saja kan. Saya put a little effort untuk buat surprise sikit untuk isteri saya ni.

Saya ni sejujurnya tak suka bagi bunga, tapi kalau saya bagi bunga tu, memang akan special level dewa lah tu. Dan wife saya faham perkara itu.

Kononnya nak merajuklah saya ni seolah-olah mementingkan kerja lagi daripada dia. Walhal dia tak tahu sang suami ni buat plot twist.


Hari Jadi Isteri

Jadi untuk para suami di luar sana, effort kecil dari anda, boleh memberikan makna yang besar buat isteri anda. Hargailah mereka yang berkorban dan bersusah payah menjadi tulang belakang kejayaan kita.

Kadang-kadang itu kita terajang sekejap ego dalam diri kita sebagai lelaki itu, tak salah, untuk isteri kita pun. Dan kalau ada di antara kita yang malu untuk buat benda-benda romantik ni takut nanti ada kawan-kawan cakap “Takut bini lah tu”.

Korang jawab saja “Aku takut bini aku, bukan bini kau!”

Ps: korang tengoklah anak-anak saya pun terduduk dan nak termuntah tengok mak bapak nya.

Baca Di Sini:

Sudah Pulang Ya Sayang, Sampai Ketemu Lagi, Ucapan Terakhir Ifan Seventeen Buat Isterinya, Dylan Sahara Korban Tsunami Meruntun Jiwa

Suami Tak Kerja Bukan Sekadar Seksa Kewangan Keluarga. ‘Tapi Kau Seksa Juga Emosi, Perasaan Isteri’

Kashoorga : Beginilah resam berumahtangga, adakalanya kita perlu berubah dan menjadi orang lain untuk menggembirakan hati pasangan.

Sumber : Instagram Azizulhasni Awang

Published by
Nur Syazwani Mehat