Kata-kata yang lahir dari mulut ibu bapa itu merupakan suatu doa. Maka, sudah sewajarnya seseorang itu perlu berhati-hati sebelum berkata-kata. Benar apa yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w, betapa hebatnya kata-kata yang muncul dari bibir orang tua terhadap anaknya.
“Sesungguhnya seorang hamba berbicara dengan satu kalimat yang dibenci oleh Allah yang dia tidak merenungi (akibatnya), maka dia terjatuh dalam neraka jahanam.” (Riwayat Bukhari).
Cukup dengan satu kalimah sahaja, boleh menjadi punca hancurnya keperibadian anak. Misalnya anak berbuat salah walaupun sudah cukup berhati-hati. Lalu si ibu bersuara lantang dan terus memarahi anak. Dan ini menyebabkan hati anak anak putih bersih menjadi hancur dengan kata-kata yang keluar dari mulut si ibu.
Hakikatnya, sebesar mana pun kesalahan anak, tidak sewajarnya seorang ibu itu melontarkan kata-kata kasar dan boleh mengguris hati anak. Bukankah proses membentuk anak itu memerlukan toleransi? Kata-kata kasar dari seorang ibu itu sangat menyakitkan hati dan meruntuhkan konsep dirinya.
Tindakan ini juga akan membuatkan anak berasa terasing, rendah diri, sering melakukan kesalahan, dan rasa tidak dihargai. Dan lama-kelamaan keperibadian anak akan menjadi negatif, pasif dan tiada keyakinan dalam diri.
Ads
Alangkah indahnya jika si ibu menahan lidah dan berkata, “Tidak mengapa nak….. jangan ulangi kesalahanmu’. Dengan kata-kata indah ini, anak akan berasa dihargai meskipun dia pernah berbuat salah. Tidak lagi terasa asing, semakin cekal dan mempunyai keperibadian yang positif.
Membentuk keperibadian diri
Konsep diri adalah cara anak memandang dirinya. Jika anak berasa tenang, gembira dan bangga dengan dirinya, ia membawa maksud dirinya adalah positif. Jika sebaliknya, anak akan mudah sensitif terhadap perkara-perkara yang negatif.
Ads
Kebiasaan ibu bapa menyampaikan kata-kata yang positif ini akan dapat membantu anak membentuk nilai-nilai yang baik dalam diri. Malah, ibu bapa juga disarankan agar mengawal emosi dan godaan dari berbicara tentang hal-hal yang boleh merosakkan peribadi anak.
Hati yang terluka
Ads
Seperti mana orang dewasa, anak juga memiliki perasaan yang harus dijaga agar tidak tersentuh dan terluka. Salah satu perkara yang boleh menyebabkan hati si kecil terguris adalah, melalui kata-kata negatif yang boleh merendahkan harga diri seorang anak. Misalnya, ‘ dah besar tapi masih suka menangis,’ atau ‘buat malu je, pakailah otak sikit’.
Segelintir ibu bapa mungkin beranggapan, kata-kata seumpama ini merupakan satu hal yang biasa. Namun ia akan menjadi luar biasa sekiranya, anak-anak tidak diberi ruang untuk dihormati. Sesuai dengan tahap perkembangan anak, adalah wajar jika setiap anak itu berasakan dirinya mampu kerana inilah permulaan tumbuhnya rasa percaya dalam diri.
Walaupun secara umumnya, anak itu masih belum faham tentang kemampuannya untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Namun, perasaan dan tindakan inilah yang perlu di dihargai oleh setiap ibu bapa. Bantu dan doronglah anak, sekiranya dia menemui jalan buntu dan kegagalan. Jangan mudah marah dan lontarkan kata-kata nasihat agar anak tidak rasa ketinggalan di belakang.
Seperti mana yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w, kata-kata yang dilontarkan itu merupakan satu doa. Maka elakkanlah memarahi dan menegur anak dengan kata-kata yang kesat.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Tiada yang lebih menyakitkan bagi seorang ibu apabila kehilangan cahaya mata yang disayangi. Anak yang dikandung selama sembilan bulan, lahirnya ditunggu-tunggu dan apabila lahir ke dunia di tatang bagai minyak yang penuh pergi menemui pencipta buat selama-lamanya. Sungguh ia sesuatu yang amat memedihkan namun siapalah kita untuk menidakkan ketentuan Ilahi.
Meskipun rindu datang tanpa diundang namun sebagai hambaNya kita harus reda dan pasrah dengan takdir yang telah diatur oleh Allah SAW. Hanya doa dititipkan buat si kecil agar anak syurga ini ‘bahagia’ di alam sana.
Ikuti perkongsian Siti Nurhazirah yang kehilangan cahaya matanya, Aminuddin Safwan.
Anak saya meninggal dunia disebabkan demam influenza A cardiogenic shock. Kami sekeluarga sangat terkejut sebab anak saya demam pada hari Sabtu dengan suhu 38.9 darjah celcius. Tapi kami bagi dia ubat demam.
Selepas diberi ubat lepas tu kami tengok dia aktif dan kami pantau suhu badan. Suhu badan semakin menurun jadi kami tidak bawa dia ke klinik. Namun pada hari Isnin anak saya muntah dua kali. Ini merupakan kali pertama anak saya muntah. Saya pun bawa anak ke klinik.
Hasil pemeriksaan doktor di klinik, doktor kata anak saya tak demam. Doktor minta saya berikan anak saya makan ubat muntah. Selepas makan ubat, anak saya tidur. Bangun sahaja daripada tidur, anak saya cakap dia nak buang air. Saya pun bawalah anak saya ke tandas untuk buang air. Tiba-tiba anak saya macam sujud. Saya tanya kenapa dia buat macam tu dan angkat dia. Sambil tu saya tanya sama ada dia nak makan apa-apa, jawab anak saya dia teringin nak makan ais krim.
TERINGIN NAK MAKAN AISKRIM
Selepas makan ais krim, anak saya muntah lagi. Kali ini muntah dia banyak sampai mukanya pucat. Risau dengan keadan anak, saya segera bawa anak saya Pantai Hospital Ampang. Sampai di sana saya beritahu doktor yang saya ada bagi anak makan ubat muntah. Mungkinkah anak saya tidak sesuai dengan ubat tersebut.
Doktor tanya ubat muntah apa yang saya beri pada anak saya tapi saya pula lupa nama ubat tersebut kerana ubat tertinggal di rumah. Lepas tu doktor buat ujian suhu badan anak saya, rupanya anak saya demam.
DISERANG SAWAN
Doktor bagi ubat punggung atau nama perubatannya suppository (supp) sebab anak saya disyaki demam Influenza A. Beberapa jam selepas itu anak saya saya kena sawan dan dibawa ke OCU. Lepas tu diaorang kata virus tu dah attack jantung anak.
Saya nak bawa anak saya ke Gleaneagles hospital tapi tak sempat sebab keadaan anak saya tak stabil. Dalam pukul 4.00 petang hari yang sama, saya dimaklumkan bahawa anak saya cuma ada 45 minit sahaja untuk hidup. Anak saya meninggal pada 3 Disember 2018.
Sesungguhnya mati itu pasti. Saya cuba bercakap dengan dia bagi semangat pada dia untuk hidup tapi 4.45 petang anak saya pergi tinggalkan saya dan keluarga.
Hanya selepas pemergian anak saya, pihak hospital mengatakan yang anak saya
kena radang jantung, padahal anak saya tidak pernah ada kes jantung pun. Keputusan itu hanya diketahui hasil daripada ujian darah anak saya, itu pun selepas anak saya meninggal dunia. Di Pantai Hospital Ampang tak ada doktor pakar jantung. Walau pun sedih dengan pemergian anak saya namun saya reda. Allah lebih menyayanginya. Bermainlah di taman wahai anak.
Setiap ibu bapa yang dikurniakan anak, mengharapkan agar zuriat dilahirkan sempurna dari segi fizikal dan mental. Namun kita hanya merancang dan hanya Dia yang menentukan segala-galanya.
Namun yang tidak sempurna itu tidak bermakna mereka tidak tahu segala-galanya. Malah ada yang dikurniakan kelebihan oleh Allah dengan diterangkan hati mereka untuk menghafal ayat Al-Quran biarpun diri serba kekurangan.
Seperti perkongsian wanita ini yang juga seorang ibu, Mastura Mohd Seni, 32 tahun yang mana viral kisah anaknya penghidap Autisme mengalunkan surah Al-Fatihah hingga membuatkan warganet kagum dengan kehebatannya.
Anak istimewa, Muhammad Ammar.
Dalam video yang berdurasi 30 minit dikongsi oleh ibunya menerusi laman sosial Facebook, Mas Mawar, anak istimewa, Muhammad Ammar Mursyid Mohd Azwa minat membaca surah dalam al-Quran.
Mastura ketika di hubungi Sinar Harian berkata, anaknya, Muhammad Ammar, mula menunjukkan minat membaca ayat-ayat al-Quran.
Mastura berkata, dia bukan sahaja kagum dengan anaknya malah terharu dengan perkembangannya yang bersungguh-sungguh mengenal kitab ALLAH.
“Selain surah al-Fatihah, anak saya juga boleh membaca surah An-Nas dan Asma ul Husna serta boleh mengalunkan azan tapi dalam ‘bahasa’ dia namun kadang-kadang ada yang betul ayat-ayat yang dibaca olehnya.
“Dia tidak dapat membaca namun dia suka mendengar surah-surah yang saya pasang. Saya dan suami memang dah nampak kelebihan dia,” katanya.
Suka dengar ayat-ayat al-Quran.
Suri rumah itu berkata, walaupun anak merupakan seorang anak istimewa namun dia tetap memberi pendidikan awal seperti kanak-kanak lain.
“Dia sekolah juga di taska tapi dia tak macam budak normal yang boleh duduk dan fokus, dia akan mendengar sahaja namun dia akan mengambil buku muqadam apabila berseorangan.
“Anak saya juga akan mencari balik surah-surah atau azan yang dia dengar untuk dia membacanya semula. Dia akan baca mengikut ‘bahasa’ dia tetapi kadang-kadang ada yang betul ayat-ayatnya,” katanya.
Doakan semoga dia boleh berkomunikasi.
Perkongsian anak istimewa ini dimuat naik oleh Facebook Kumpulan Autisme Malaysia dengan kapsyen memberitahu
“Doakan anak saya boleh berkomunikasi. Berminat sangat dengan ayat-ayat al-Quran, anak autisme masuk lima tahun,”
Ternyata perkongsian ini mendapat reaksi positif dari warganet. Masing-masing kagum dengan semangat Muhammad Ammar yang bersungguh-sungguh menyebut membaca dan mempelajari ayat al-Quran walaupun dirinya berstatus Orang Kurang Upaya (OKU).
Rata-rata memberi komen di Sinar Harian sangat membina dan boleh dijadikan teladan dengan sikap anak istimewa ini.
Ni MurAlhamdulillah bagus . Setiap individu adalah unik, ada keistimewaan nya
Azizi RahimSemoga Adik menjadi Hafiz Al Quran 30 Juzuk…..
Hukum menceraikan isteri ketika hamil adalah harus.
Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman berkata, talak boleh saja jatuh pada bila-bila masa.
“Cerai ada waktu harus dan haram. Kalau cerai ketika hamil hukumnya harus dan sah talaknya.
“Tiada tempat tidak jatuh talak kecuali ketika gila.
“Apa saja, sebab itu orang hendak ceraikan isteri ada waktu haram iaitu ketika haid,” katanya ketika diminta mengulas tindakan seorang pendakwah bebas menceraikan isterinya yang sarat mengandung tujuh bulan.
Beliau berkata, bagaimanapun perceraian itu perlu mengikut prosedur dan persetujuan mahkamah syariah.
“Cerai perlu ada persetujuan mahkamah kalau tidak ikut peraturan, mahkamah boleh menjatuhkan hukuman,” katanya.
Jumaat lalu, kecoh apabila bekas isteri Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan, Ain Afini meluahkan perasaannya di media sosial selepas mendedahkan diceraikan pendakwah itu ketika sarat mengandung.
Bagaimanapun, PU Abu meminta semua pihak memberi ruang untuknya memberi penjelasan berikutan dia juga mempunyai cerita tersendiri di sebalik kemelut rumah tangga mereka.
Sumber kredit: Harian Metro
VIDEO KASHOORGA:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Qada solat tarawih boleh atau tidak? Mungkin ramai kalangan kita yang bekerja pada waktu malam termasuklah pada bulan Ramadan hingga menyebabkan kekangan masa untuk...