Saat mula bergelar suami isteri, pastinya tidak sabar untuk memeluk pasangan kita sebagai tanda kasih dan cinta.
Namun apabila usia perkahwinan sudah semakin lama, amalan itu seperti jarang dilakukan dek kerana kesibukan dengan urusan masing-masing.
Namun sebenarnya dalam mengekalkan hubungan suami isteri supaya terus utuh, amalan memeluk pasangan ini memang sangat digalakkan.
Isteri sebenarnya akan rasa diri terasa selamat dan dilindungi serta merasakan dirinya sentiasa menjadi insan paling disayangi suaminya sendiri.
Ayuh kita lihat kelebihan lain amalan memeluk pasangan ini, tidak kiralah ketika mahu keluar bekerja, balik kerja atau sewaktu mahu tidur.
Ads
Rasailah kehangatan si dia sebagai Imammu yang begitu mendamaikan dan memberi seribu ketenangan.
1. Meningkatkan Sifat Romantis Antara Pasangan
Bagi anda yang memang kurang memiliki rasa romantis di dalam diri, anda boleh melakukan ini. Cukup hanya dengan memeluk isteri waktu mahu keluar bekerja, atau waktu pulang dari pejabat. Dan paling terbaik saat untuk tidur, diingatkan untuk saling memeluk pasangan.
Situasi ini akan membuat hubungan anda berdua semakin romantis dan menambah rasa cinta antara anda berdua. Malah rasa amarah sebelum ini pada pasangan akan terhapus begitu sahaja. Tak percaya boleh cuba.
Ads
2. Membantu Komunikasi
Apakah anda tahu bahawa pelukan ternyata memiliki bahasa komunikasi yang luar biasa? Kajian mendapati bahawa hanya dengan satu pelukan dapat membantu komunikasi non-verbal untuk menggambarkan rasa sayang, terharu, terima kasih, kekesalan, bahkan kemarahan.
Komunikasi seperti ini juga penting dalam menghangatkan lagi ikatan rumahtangga yang lama dibina.
3. Membantu Ringankan Beban Isteri
Satu pelukan sehari akan memberi begitu banyak kehangatan bagi isteri anda. Jika ingin menunjukkan bahwa anda peduli, maka peluklah dia. Ini kerana kadang-kadang pasangan ini lebih merasa bimbang dengan perubahan sikap suaminya. Dan hanya dengan satu pelukan saja dapat menenangkannya.
Ads
4. Menghilangkan Stres
Memeluk istri terbukti dapat menghilangkan stres. Ini kerana pelukan kepada isteri mampu mengurangi jumlah hormon stres kortisol yang diproduksi dalam tubuh. Malah pelukan yang tidak sampai beberapa minit juga mampu memberi kelegaan buat isteri yang sedang dalam stress.
5. Meningkatkan suasana hati
Ketika isteri menerima pelukan anda ketahuilah hormon oksitosin akan dilepaskan sehingga membuatkan isteri merasakan kehangatannya, tenang, dan juga perasaan bahagia yang sukar diungkap kata-kata. Hanya bahasa tubuh dengan merangkul kembali pelukan berkenaan dapat mentafsir perasaan sebenar dialaminya.
6. Meredakan Emosi
Tak dinafikan bahawa setiap kehidupan rumah tangga pasti ada salah faham atau perang dingin. Keadaan ini akan menyebabkan isteri berada dalam situasi serba-salah. Diingatkan suami agar tidak terlalu ego, segerelah maafkan isteri. Satu pelukan saja boleh menyembuhkan hati wanita. Beri dia kehangatan, rasa nyaman, cinta, dan meminta maaf secara tulus. Bandingkan dengan aanda yang hanya meminta maaf kepadanya tanpa melakukan apapun. Mana yang lebih cepat?
7. Jarang Bertengkar Dengan Pasangan
Masih berhubungan dengan poin di atas. Pelukan dapat menurunkan energi negatif dan mengembangkan energi positif. Semakin sering pasangan suami isteri berpelukan, maka akan semakin sayang dan cinta. Dua-duanya akan sangat sabar dan mau menerima perbezaan pendapat. Kemudia berpelukan lagi, untuk menyelesaikan segala masalah. Dan akhirnya rumahtangga akan kekal bahagia till jannah.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Hari ini di negara seberang diselubungi berita duka apabila pasangan suami isteri, Vanessa Angel dan suaminya, Febri Ardiansyah selamat dikebumikan dalam satu liang lahat di Tanah Perkuburan Islam Taman Malaka Daerah Pesanggrahan, Jakarta Selatan sebelum tengahari tadi.
Sejak semalam kisah pasangan selebriti ini mendapat liputan meluas selepas keduanya terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Plaza Tol Jombong selepas kenderaan dipandu pemandu mereka, Tubagus Joddy terbabas lalu melanggar pembahagi jalan.
Keduanya pasangan selebriti ini disahkan meninggal dunia dalam kemalangan dahsyat ini namun anak tunggal mereka, Gala Sky Ardiansyah, kurang dua tahun dilaporkan terselamat namun mengalami kecederaan.
Dan apa yang menyedihkan bagi kisah pasangan selebriti terkenal Indonesia ini, Febri atau disapa Bibi yang juga seorang pengusaha tekstil bagaikan tahu ajalnya sudah mendekat kerana dalam beberapa temuramah dihadiri mereka, keduanya dilihat sering berbicara soal mati. Begitu juga Vanessa yang sempat menitipkan pesanan buat putera tunggalnya yang membuatkan ramai menangis.
Dalam satu temubual bersama media di sebuah rancangan tv, saat ditanya pengacara andai ditakdirkan mereka hidup bersendirian, bagaimana perasaannya, Vanessa pantas menjawap, dia tidak mampu memikirkan jawapan itu (masih bingung) namun, jawapan dari suaminya membuatkan dirinya seakan terpempan dan tidak percaya jawapan itu keluar dari mulut suaminya.
Ini kerana Bibi mengatakan, jika Vanessa tiada, dirinya juga akan ikut mati kerana rasa kasihnya yang sangat mendalam pada isterinya itu. Dan ternyata, ajal keduanya sudah tertulis untuk mati bersama dan dikebumikan di satu liang lahat bersama-sama.
Bahkan dalam satu temubual lagi, kelihatan air mata Vanessa berjujuran saat menitipkan pesanan buat putera tunggal mereka.
“Katanya dirinya belum mampu menjadi ibu yang baik buat anaknya itu namun dirinya akan terus berusaha walau mengharungi pelbagai cabaran termasuk pernah di penjarakan sebelum ini kerana kes dadah.
Bagaimana pun dilihat Bibi tenang memberikan nasihat buat anaknya agar menghargai ibunya walau apa saja berita pernah dibacanya sebelum ini (kes penjara ibunya) dan perlu menyayanginya sepenuh jiwa.
Ternyata pemergian pasangan ini ditangisi walau pun sebelum ini pernah terlibat dengan beberapa kontroversi. Namun di akhir hayat mereka, ramai yang bersedih dan menyedekahkan Al-Fatihah buat pasangan ini. Bahkan tanah perkuburan penuh dikunjungi ramai. Semoga syurga buat mereka.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia sapa yang tahu. Siapa sangka, walaupun cacat penglihatan, tetapi menjadi rezeki lelaki ini untuk memenangi bagi kategori lelaki dalam pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1441H/2020M.
Muhammad Qayyim Nizar Sarini yang mewakili Kelantan diangkat sebagai Johan dalam majlis disiarkan secara langsung menerusi saluran Rancangan Televisyen Malaysia (RTM).
Muhammad Qayyim berjaya mencuri tumpuan ramai apabila mengetahui dia adalah Insan Kelainan Upaya (OKU).
Walaupun dia adalah qari istimewa, tetapi Muhammad Qayyim dipuji ramai kerana alunan suaranya ketika membaca Al-Quran sangat merdu dan lunak.
Biarpun tidak dapat melihat dengan sempurna, Qayyim berjaya memperoleh markah sebanyak 90.66% dalam kategori tilawah.
Sebelum ke peringkat kebangsaan, Qayyim telah berjaya menjadi johan sebanyak 3 kali di peringkat negeri iaitu pada tahun 2017,2019 dan 2020.
Ternyata kemenangan tempoh hari membuatkan dia berjaya melayakkan diri ke peringkat kebangsaan dan sekaligus menggondol tempat pertama.
Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1441H/ 2020M telah berlangsung selama enam hari dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 16 Februari lepas.
Tilawah kali ini telah disertai oleh 108 peserta tilawah dan hafazan mewakili 14 negeri. Semua mereka diadili 12 hakim tilawah dan 14 hakim hafazan.
Manakala qariah pula dimenangi oleh peserta dari Perak, Puteri Kalimatul Azzua Hamid,Susulan kemenangan itu, masing-masing membawa pulang wang tunai RM15,000 serta tambahan RM10,000 untuk menunaikan haji, cenderahati dan sijil yang disampaikan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.
Tengah-tengah solat tiba-tiba terlupa bilangan rakaat, apa perlu buat? Kadang-kadang ada di kalangan kita yang fikirannya menerawang dan akhirnya tanpa sedar dia terlupa berapa rakaat sudah dia dirikan solat.
Jika kita solat dan tidak cukup rakaat sama ada diingatkan atau kita ingat sendiri, apa yang perlu kita lakukan? Wajib ke solat semula atau hanya tambah rakaat yang tertinggal.
Ikuti penjelasan Ustaz Riza berkaitan isu ini dan bagaimana caranya untuk menyempurnakan solat tersebut.
Kadang-kadang bila solat, kita tidak tahu atau terlupa kita sedang lakukan rakaat ketiga atau empat. Dalam masa yang sama rasa solat kita sudah cukup rakaat, rupa-rupanya kurang satu rakaat.
Pernah berlaku pada zaman Nabi Muhammad saw, ketika itu sama ada waktu solat asar atau zohor, baginda hanya lakukan solat dua rakaat sahaja. Selesai solat rasulullah terus bangun dan keluar.
Kemudian apabila ada sahabat nabi menegur, dia terus lengkapkan rakaat yang tertinggal. Kemudian ditutup dengan sujud sahwi.
Tiba-Tiba Terlupa
Isunya di sini, jika kita berdepan dengan situasi terlupa atau tertinggal bilangan rakaat dalam solat, apabila kita ingat atau diingatkan maka kita tambahkan rakaat yang tertinggal tadi.
Cara kedua pula, jika kita sedang solat dan kemudian keliru atau rasa was-was dengan bilangan rakaat. Ambil saja yang minimum, kemudian cukupkan rakaat.
Bilangan Rakaat, Apa Perlu Buat?
Kenapa Nabi suruh kita melakukan sujud sahwi bila terlupa rakaat solat kerana sujud sahwi itu adalah satu penghinaan kepada syaitan yang menggangu konsentrasi kita ketika solat.
Begitulah juga situasinya jika kita terlebih rakaat, kita tutup solat dengan sujud sahwi selepas memberi salam.
Anak yang selalu beri duit dimanja dan disayangi, tapi anak yang jarang hulur duit kerana hidup susah dilayan kasar dan dimarah-marah. Bukan hanya dalam...