Kita sering mendengar perempuan itu sukar diduga. Dijadikan dari rusuk kiri lelaki, suami adalah orang bertanggungjawab membentuk isterinya agar bersama-sama dapat ke Jannah. Namun kalau suami berfikiran ambil mudah seperti kebanyakan terjadi, jangan terkejut walau baru dirikan rumahtangga, isteri sudah berani minta cerai. Sebabnya hanya sedikit, suami kurang beri belaian dan kata pujian.

Dikongsi dari penulisan Bro Ohsem yang juga nama sebenarnya Akhtar Syamir dirinya menulis kisah isteri baru berkahwin tiga tahun pernah terlintas minta cerai hanya kerana merasakan suami kurang memberi perhatian padanya. Jadi untuk para suami, kebendaan saja tak cukup untuk isteri tapi belailah dan berikan pujian sebelum otak mereka berfikir mahu minta cerai.

Baca perkongsian ini.

“Kadang-kadang masa nak tidur malam tu saya rasa nak bercerai” kata seorang isteri yang pm saya di Telegram.

Saya cakap pada dia, sabarlah. Jangan macam tu. Dengan usia perkahwinan mereka baru nak masuk 3 tahun dan anak yang baru berumur 1 tahun, mungkin dia perlu fikir masak-masak apabila perkataan cerai itu terlintas di fikiran.

IKLAN

Tetapi ada sisi yang kita selalu terlupa. Apabila dia cakap yang “saya seorang suri rumah, tapi apa yang saya nak, suami bagi. Cuma saya rasa kurang kasih sayang macam belaian atau pujian”.

“Bila saya cakap pasal kasih sayang, pasal Bahasa cinta yang Tuan tuliskan sebelum ini, dimarahnya saya. Merepek katanya”.

Dekat sini kita boleh nampak dengan jelas sebenarnya apa yang si isteri ini mahukan.

IKLAN

Makan, pakai dan segala bentuk kebendaan itu adalah benda yang normal. Bukan tidak bersyukur ada tempat tinggal, makan dan pakai yang mencukupi. Tetapi, kita sebagai manusia ini bukan hanya mahukan perkara asas sebegitu.

Jika anak pun kita perlu belai dan sayangi, kenapa tidak isteri? Kadang-kadang perasan tak?

Orang yang kita nampak hidup mereka susah, tapi si isteri sangat sayang kepada si suami dan suami sangat sayang kepada isterinya. Mereka bergelak ketawa dan bermesra. Tak nampak macam orang susah pun.

IKLAN

Ini kerana, untuk sayang menyayang, tidak semestinya perlu kebendaan. Ada orang lebih sayang kat suami bila suami pakai kereta besar. Ada yang suami ada motor sahaja pun dah cukup rasa bahagia bila dia keluar belikan goreng pisang untuk isterinya.
Nampak tak konsep kebahagiaan kat sini? Apabila kita membahagiakan dengan layanan, kita tak perlu membuktikan apa-apa pun dengan kebendaan.

Tapi ramai suami salah faham. Mereka ingat isteri mahukan itu dan ini. Sedangkan yang mereka mahukan adalah kasih sayang suami.

Tak perlu terlalu memikir. Layan je isteri tu. Bukan orang lain, isteri sendiri dan ibu kepada anak kita. Tak perlu keras sangat dan jangan biarkan dia keseorangan. Nanti rumah tangga jadi bosan. Bukan sebab isteri tu yang membosankan, tetapi suami yang tidak melayani isteri. Jangan keliru dalam hal ini dan kemudian mencari alasan untuk curang.

Kita selalu ingat yang isteri kita terlalu memikirkan yang bukan-bukan. Tapi sebenarnya kita tersalah anggap apa yang mereka perlukan.
#BroOhsem

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI