
Pasti ramai mengingati kisah adik Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, 3 tahun. Seorang anak kecil yang menghidap ‘Germ Cell Tumour’ dan kisahnya mendapat perhatian seluruh negara pada tahun 2019 berikutan ramai yang bersimpati dan bersama-sama menghulurkan bantuan buatnya.
Perjalanan kisah manisnya bermula selepas dihubungi oleh pakar bedah warga Malaysia yang berpangkalan di United Kingdom, Dr Nur Amalina Che Bakri yang kemudiannya bersama-sama sekumpulan doktor pakar telah menjalankan pembedahan di London. Alhamdulillah pembedahan itu telah selamat dilakukan dan bermulalah proses pemulihannya.
Terkini, ibunya, Nurul Erwani di instagramnya @_nrlerwani berkongsi berita gembira mengenai keadaan anak sulungnya itu.
Kata ibunya, urat-urat tisu dekat pipi anaknya yang bengkak sembuh dengan sendiri di mana keadaan pipi sebelah kanan dan kiri sudah nampak sama.
“Alhamdulillah. Nampak tak muka Ainul dah sama pipi dia sebelah kanan dan sebelah kiri dia. Dulu waktu lepas operation nampak bengkak pipi sebelah kanan Ainul. So doktor letak dalam report untuk betulkan urat-urat tisu dekat pipi Ainul biar sama. Tapi kuasa ALLAH, dah elok dengan sendirinya.
Ramai mengucapkan syukur dengan keadaan terkini adik Ainul Mardhiah dan ramai mendoakan agar dirinya membesar dengan sihat.
Dalam pada itu, di catatan yang lain, ibunya menulis, walau dikurniakan 10 orang anak sekalipun, tapi kasih sayangnya tetap tak berubah dan menjadi anak kesayangannya sampai bila-bila.

“InshaAllah, walaupun nanti Allah bagi mama rezeki dapat 10 anak sekalipun. Ainul Mardhiah tetap akan jadi anak kesayangan mama. Sumber : IG @_nrlerwani
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Tabiat Buruk Sekeluarga Di Rumah Penyebab Rezeki Sempit

Isi Kandungan
ToggleAda orang dimurahkan rezeki, ada orang rezekinya sempit sedangkan usaha yang dilakukan tak jauh beza pun antara kedua-duanya. Pernah nampak atau alami keadaan ini?
Sudah macam-macam cara dilakukan, tetapi masih tidak berubah, rupa-rupanya ada tabiat buruk kita di rumah penyebab rezeki sempit atau kurang masuk.
Salah satu faktor penyebab utama ialah kurangnya kesedaran kita terhadap penjagaan kebersihan di rumah.
Rumah sebagai tempat berteduh dan berehat sekeluarga sepatutnya berada dalam keadaan tip top. Setiap ahli keluarga wajib mainkan peranan.
Sesungguhnya untuk mempermudahkan laluan rezeki, maka permudahkan juga lah malaikat Rahmat untuk masuk ke rumah. Rumah yang kotor, malaikat pun ‘segan’ hendak ziarah.
Sebagaimana hadis yang diriwatkan al-Tarmizi
Sesungguhnya Allah SWT itu baik, Dia menyukai kebaikan. Allah itu bersih, Dia menyukai kebersihan. Allah itu mulia, Dia menyukai kemuliaan. Allah itu dermawan, Dia menyukai kedermawanan maka bersihkanlah olehmu tempat-tempatmu dan janganlah kamu menyerupai kaum Yahudi
Tandas dan bilik air kotor
Singki berdaki, lantai dan dinding berlumut apatah lagi mangkuk tandas pun kotor. Tandas adalah antara tempat yang kotor dan ia sangat digemari oleh jin dan syaitan.
Bagaimana kita hendak menjemput malaikat Rahmat masuk sekiranya banyak jin dan syaitan di rumah? Mulai hari ini, pastikan ada jadual membersih bilik air dan tandas untuk setiap ahli keluarga mengikut kesesuaian.

Rumah bersawang
Bagai rumah ditinggal lama walaupun tuan rumah setiap hari ada dan malas hendak bersihkan sawang yang menari-nari di bucu siling.
Jika rumah bersawang, sekeluarga pemalas dan abaikan kebersihan rumah ini disebabkan oleh hasutan syaitan.Syaitan amat gemar bersahabat dengan manusia pengotor.
Pinggan mangkuk kotor dibiar tanpa dibersihkan
Kalau nak tahu keperibadian seseorang, lihat bagaimana dia titik beratkan kebersihan rumahnya. Tempat paling mudah ialah di singki dapur.
Jika singki penuh dengan pinggan mangkuk yang kotor, ini bermakna kita memberi jin dan syaitan makan sisa makanan berbaki dalam pinggan dan mangkuk kotor.
Sebelum tidur kena pastikan pinggan, mangkuk, periuk dan cawan semuanya di cuci bersih. Sisa makanan yang kotor akan menjadi habuan syaitan yang suka pada benda-benda kotor.
Malas buang sampah sarap
Sediakan tong sampah yang boleh ditutup rapat terutamanya di dapur. Untuk sampah sisa makanan, buang ke tong sampah di luar rumah sebelum tidur.
Tidak tutup rapat pintu tandas
Pastikan kita memutup rapat pintu tandas setiap masa. Tandas adalah tempat ‘kotor’ di rumah.
Jin serta syaitan amat menyukai tempat ini. Apabila syaitan bebas keluar masuk ke rumah kita, sukar untuk rezeki mengalir laju kerana malaikat Rahmat tidak mahu menghampiri rumah kita.

Pakaian kotor menggunung tinggi
Pakaian yang bersih adalah penting semasa kita ingin melakukan solat. Pastikan kita mencuci bersih pakaian tersebut dengan mengasingkan jenis pakaian yang dicuci.
Bersihkan dahulu secara berasingan pakaian dan seluar dalam kita sebelum dicampur dengan pakaian lain. Dan pastikan juga kita sentiasa membersihkan mesin basuh, kerana ia juga ‘sarang’ kekotoran.
Asasnya di sini ialah, kita wajib menjaga kebersihan di rumah bagi membolehkan rezeki mengalir lancar. Rumah yang kotor, akan turut dihuni oleh jin dan syaitan.
Artikel berkaitan: Besar Ganjaran Buat Isteri Rasa Bahagia Seronok, Allah Kurniakan Rezeki Berlipat Ganda
Artikel berkaitan:4 Doa Mustajab Buka Luas Pintu-pintu Rezeki
Kashoorga : Kebersihan bermula dari didikan awal ibubapa. Anak melihat contoh pertama di depan mata. Gaya hidup yang tidak bersih, tidak diredhai Allah.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
“Masa Mula Berhijrah, Hafal Surah Ad-Dhuha” – Ummi Nazeera Kongsi Maksud Surah Ini Yang Sangat Menyentuh Hati

Siapa tidak mengenali pelakon serba boleh Ummi Nazeera. Seperti yang kita tahu, dia sudahpun berhijrah dengan memakai tudung sejak tahun 2013 lagi.
Sebaik berhijab, Ummi Nazeera sangat istiqamah dan tidak mengikut trend kebanyakan selebriti yang kemudiannya membuka semula tudung.
Malah sebaik bertudung juga ketika itu Ummi terus membuang fotonya yang tidak berhijab di laman Instagramnya. Namun tidak ramai mengetahui kisah sebenar di sebalik penghijrahannya itu.
Rupanya menurut Umm Nazeera memberitau bahawa kelebihan Surah Ad Dhuha dan Al-Syarh yang merupakan surah kegemarannya yang menjadi titik tolak kepada penghijrahannya.
Tambahnya lagi ketika baru berhijrah surah pertama yang cuba dihafalnya adalah Surah Ad-Dhuha dan maksud disebalik ayat berkenaan memang sangat menyentuh hatinya.
Berkongsi dalam laman Istagramnya, Ummi Nazeera memberitahu sedikit maksud yang terkandung dalam surah Ad-Dhuha berkenaan.
“Ad Dhuha & Al-Syarh .. Two of my favourite surahs… Semasa saya baru berhijrah.. Surah pertama yang saya cuba hafal adalah Surah Ad Dhuha …
“ Tuhanmu tidak meninggalkan engkau(Muhammad) & tidak (pula) membencimu.
Ternyata perkongsia pelakon cantik ini mendapat respon baik dari followernya.
azmansb Surah AdDhuha ni menceritakan kesedihan Rasulullah kerana begitu lama tidak diturunkan surah oleh Allah swt.. kalau dihayati dengan mendalam, mmg akan menjatuhkan airmata..

aassnida Yes..my fev surah jugak..selalu baca dlm solat dhuha..rakkat kedua..semoga kita dimurahkan rezeki oleh Allah sentiasa..salam dhuha semuanya
hm_5393 Segala kesulitan ada kemudahan. My favourite surahs too setiap kali solat fardhu mesti akan baca one of these surahs. Thank you for sharing this Ummi. Have a good day ahead
mushishiz Yerp surah Ad Dhuha ni menjadi feveret saya setelah pemergian arwah Ibu bapa saya, sbb surah ni bagai kan ubat penenang saya dikala kesunyian dan kesedihan. Alhamdulillah
Artikel Berkaitan: Ketahui Empat Jenis Kesalahan Membaca Surah Al-Fatihah Boleh Batalkan Solat, Yang Mungkin Biasa Kita Buat
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Sajjad dan JAIS: Adakah Sedekah Menghalalkan Dosa?

Sejak dahulu lagi, usahawan Sajjad agak terkenal dengan kontroversi. Semuanya berkaitan dengan isu jantinanya yang tidak pernah selesai. Namun baru-baru ini, sekali lagi Sajjad menjadi tumpuan selepas mendapati dirinya digari dan menangis di instagramnya. Ia berikutan dakwaan dikasari oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menyiasat berikutan aduan dan dakwaan mengenai dirinya berpenampilan wanita. Masa yang sama, Sajjad berkata, dia turut berbuat kebaikan
Ikuti penjelasan Pensyarah Kanan di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Dr Ahmad Sanusi Azmi yang menulis isu ini, antara Sajjad dan JAIS, adakah sedekah menghalalkan dosa di fbnya.
1.Pihak JAIS telah mengesahkan bahawa mereka telah memanggil Encik Sajjad sebagai proses siasatan di bawah Seksyen 10, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor yang menyentuh soal menghina Islam atau menyebabkan Islam dipandang hina.
2. Berdasarkan laporan yang diterima, pihak JAIS hanya bertugas menjalankan siasatan terhadap aduan yang diterima pada tahun 2018 dan 2020. Malah apa lebih serius, peruntukan seksyen 10 tersebut menyentuh soal penghinaan terhadap Islam. Jadi, En Sajjad seharusnya memberikan kerjasama penuh terhadap dakwaan tersebut kerana ia melibatkan isu penghinaan terhadap Islam.
3. Pihak En Sajjad pula memberikan respon bahawa beliau telah dikasari sehingga mengungkit kebaikan menganjurkan majlis amal buat pelajar tahfiz. Benar, dalam hadis Rasulullah menjelaskan bahawa amalan yang baik akan menghapuskan dosa, tetapi seseorang itu juga dituntut untuk meninggalkan dosa dan bertaubat agar amalan mereka diterima Allah.
4. Seorang Muslim tidak boleh mendakwa telah banyak bersedekah sedangkan dalam masa yang sama dia turut melakukan perkara yang dicegah yang membawa kepada dosa. Apakah bersedekah kepada pelajar tahfiz membolehkan kita melakukan perkara yang dilarang oleh Allah?
5. Satu perkara yang sering diperkatakan tentang En Sajjad adalah isu pemakaian ala wanita yang ditegah keras oleh Rasulullah. Sabda Rasulullah:
لَعَنَ اللهُ المُتَشَبهِينَ مِنَ الرّجالِ بالنّسَاءِ، وَالمُتشبِهاتِ مِن النّسَاءِ بالرّجَالْ
“Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.” (HR al-Bukhari).
Menurut al-Imam al-Nawawi, lelaki yang berkelakuan seperti wanita dari aspek perbuatan dan pemakaian adalah termasuk dalam golongan yang dilaknat di dalam hadith ini.
6. Perlakuan dosa terlaknat seperti ini hendaklah diiringi dengan sesalan taubat untuk meninggalkan dosa tersebut. Ia bukan sekadar disucikan dengan memberi makan kepada pelajar tahfiz. Ini selaras dengan firman Allah:
وَآخَرُونَ اعْتَرَفُوا بِذُنُوبِهِمْ خَلَطُوا عَمَلًا صَالِحًا وَآخَرَ سَيِّئًا عَسَى اللَّهُ أَن يَتُوبَ عَلَيْهِمْ
“Dan (sebahagian) yang lain mengakui dosa-dosa mereka. Mereka telah mencampur adukkan amal yang baik dengan amal yang lain, yang buruk. Mudah-mudahan Allah akan menerima taubat mereka.”
7. Menurut al-Imam Ibn Asyur, ayat ini menjelaskan bagaimana seorang muslim seharusnya tidak mencampurkan amalan yang soleh dengan amalan dosa dan maksiat. Mereka yang melakukan sedemikian seharusnya meninggalkan dosa-dosa yang mereka lakukan. Kata Ibn Asyur:
فالاعتراف بالذنب كناية عن التوبة منه ، لأن الإقرار بالذنب الفائت إنما يكون عند الندم والعزم على عدم العود إليه

“(Ayat al-Quran tentang) mereka yang mengakui dosa mereka ini adalah sebuah perumpaan mengenai orang yang bertaubat dari dosa mereka. Kerana pengakuan mengenai dosa yang lalu menunjukkan sikap penyesalan dan (mereka seahrusnya) berazam untuk tidak kembali kepada dosa.” (Tafsir IbnAsyur)
8. Namun apabila seseorang itu memcampurkan perbuatan baik dengan dosa, dan kemudian terus konsisten melakukan dosa, ia jelas bercanggah dengan ayat al-Quran di atas yang menuntut kaum muslimin untuk bertaubat meninggalkan dosa mereka dan mudah-mudahan Allah menerima taubat mereka.
9. Malah apa yang lebih membimbangkan adalah ancaman Allah untuk tidak menerima sumbangan sedekah orang yang fasik. Firman Allah:
قُلْ أَنْفِقُوا طَوْعًا أَوْ كَرْهًا لَنْ يُتَقَبَّلَ مِنْكُمْ إِنَّكُمْ كُنْتُمْ قَوْمًا فَاسِقِينَ
“Katakanlah (wahai Muhammad kepada mereka): "Dermakanlah harta kamu sama ada dengan sukarela atau kerana terpaksa, (sumbangan kamu) tidak akan langsung diterima, (kerana) sesungguhnya kamu adalah orang-orang yang fasik".
Semoga Allah membimbing kita.
Apa yang penting, matlamat tidak pernah menghalalkan cara. Seharusnya kita hidup berlandaskan Al-Quran dan Hadis. #SinarUntukMalaysia
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI