Ungkapan I Love You mungkin biasa sahaja kedengarannya. Namun percayakah anda bahawa ungkapan itu sangat berkuasa? Malah ayat itu sebenarnya boleh menjadikan seseorang runtun hatinya mengikut situasi yang sedang berlangsung.
Jom perhatikan situasi anda yang mungkin terusik dengan ungkatan ‘aku cintakan kamu’
KETIKA BERGADUH
Ketika bergaduh antara suami dan isteri, jika ada salah seorang mengungkapkan ‘I love you‘ pasti pihak yang satu lagi akan mudah terusik. Malah mungkin akan membuatkan anda berdua terimbas kembali saat-saat dilamun cinta.
Keadaan bergaduh suami isteri memang tidak dapat dielakkan. Maklumlah dua individu berbeza perlu berkongsi semuanya. Maka akan wujudlah situasi berbeza yang boleh mencetuskan perselisihan faham.
Justeru jangan kedekut untuk mengungkapkan ‘aku cinta kamu‘ kepada pasangan.
KETIKA BERJAUHAN
Jika ada antara anda yang perlu bertugas di luar kawasan, cubalah telefon pasangan anda dan bisikkan ‘I love you‘. Pasti si isteri akan tersentuh dan boleh menitiskan air mata. Terasa ingin terbang memeluknya.
Ungkapan ini sungguh berkuasa hingga mampu mencetuskan rasa rindu yang teramat kepada pasangan.
KETIKA DIA SUDAH TIADA
Ungkapan ‘I love you‘ jika ditulis pada kertas oleh pasangan anda, simpanlah kertas itu sebaik mungkin. Jika umur si dia tidak panjang, dan anda menatap kembali tulisannya di atas kertas itu, pasti emosi anda terganggu.
Terasa-rasa si dia masih ada. Terasa-rasa ingin bersama si dia. Kenangan manis bersamanya akan bermain di mata. Begitulah hebatnya ungkapan ‘I love you‘ yang hanya ada tiga perkataan tetapi sangat bermakna bagi mereka yang tahu menghargai.
VIDEO KASHOORGA:
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Anak Degil & Keras Kepala, Lembutkan Hati Dengan Doa Mustajab Ini Sambil Usap Ubun-Ubun Mereka
Anak adalah kurniaan Ilahi yang tiada nilainya. Menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu bapa untuk mencorakkan apa yang baik untuk anak-anak ini.
Beruntungnya jika dikurniakan anak yang ramai. Namun setiap satunya mempunyai acuan berbeza-beza. Ada yang baik dan ada pula yang nakal sikapnya.
Walaupun begitu ada beberapa doa boleh diamalkan untuk mengatasi anak-anak yang mempunyai sikap istimewa ini.
Insya-Allah jika diamalkan doa tertentu.
#1. Doa untuk anak degil – Surah Ali Imran; Ayat 200
Sebelum membaca doa untuk anak degil ini, adalah lebih afdhal memulakannya dengan bacaan Surah Al-Fatihah, Ayat kursi dan selawat Syifa sebanyak tujuh kali.
Kemudian, usap ubun-ubun anak dengan penuh kasih sayang, berserta niat yang baik.
Setelah itu, baca doa untuk anak degil sebanyak tujuh kali dan tiup ke atas ubun kepala anak.
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).
#2. Doa untuk anak degil : Doa supaya dilembutkan hatinya dari Surah As-Syura Ayat 19
Dalam Asmaul Husna ada menyebut “Ya Latiff” yang bermaksud Maha Lembut.
Dengan kelembutanNya, adalah sangat mustajab untuk memohon kepada Allah SWT supaya melembutkan hati anak kita yang bersikap degil dan keras kepala.
Maksud:Allah Maha Lembut tadbirNya serta melimpah ruahkan kebaikan dan belas kasihaNya kepada hamba-hambaNya.
Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan) Dialah jua Yang Maha Kuat lagi Maha Kuasa.
Dua kaedah membaca doa untuk anak degil
Kaedah satu:
– Membaca doa tertentu pada air seperti Surah Al-Fatihah, Doa pelembut hati (Surah Taha ayat 1 hingga 5)
– Selawat Syifa, selawat Tafrijiyah
– Doa menghindar maksiat (Surah Al-Mu’min ayat 3) bersama beberapa doa yang lain.
– Air yang telah dibacakan dengan doa ini diberi minum kepada anak yang bermasalah dan boleh juga dibuat mandi.
Kaedah kedua:
Bagi menangani masalah anak degil dan suka melawan cakap ibu bapa, anda boleh juga ambil air tadahan wuduk dan beri anak mandi. Caranya begini:
1. Bersihkan dahulu badan dengan sabun terutama bahagian anggota wuduk. Ia termasuk anggota yang rukun dan sunat.
2. Setelah dibersihkan anggota wuduk tersebut, gunakan air biasa minuman atau air mineral untuk mengambil wuduk
3. Cara mudah, duduk atas kerusi dan letakkan baldi di bahagian bawah antara kedua-dua belah kaki. Minta isteri/suami untuk membantu mengambil wuduk.
4. Basuh semua anggota wuduk sebanyak tiga kali. Mulakan dengan membaca bismillah. Kemudian ambil wuduk seperti biasa.
5. Setelah suami selesai melakukannya, isteri pula mengambil wuduk dengan cara yang sama.
6. Setelah selesai, air lebihan wuduk yang terkumpul dalam baldi tadi campurkan dengan air biasa.
7. Gunakan air tersebut untuk mandian anak-anak yang bermasalah.
Artikel Berkaitan: Jika Alami Kemurungan, Amalkan Segera Doa Nabi Yunus. Ayatnya Pendek Tapi Manfaatnya Sangat Luar Biasa!
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Neraka Enggan Jamah Badan Kita, Kalau Buat Perkara Ini
Neraka bukan satu tempat yang ingin kita pergi. Sebagai muslim, kita wajib mempercayai adanya balasan api neraka dan syurga pada hari pembalasan. Oleh itu, hindari beberapa perkara ini agar ia takut jamah badan kita.
Sebagai hambaNya sudah tentu pintu neraka bukan satu pilihan dan menjadi ahli syurga sebagai sasaran sewaktu di dunia.
“…maka peliharalah diri kami dari api neraka yang bahan-bahannya bakarannya: manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu neraka) yang disediakan untuk orang-orang kafir” Quran al-Baqarah:24
Rasulullah SAW turut takut akan api neraka dan senantiasa mengingatkan umatnya agar menjauhkan diri daripada sebarang perkara yang akan menjerumuskan kita ke sana.
Dan baginda turut menyatakan beberapa perkara atau perbuatan yang dapat membantu kita tidak terjerumus ke dalamnya.
1. Beriman Kepada Allah Dan Mempercayai RasulNya
Ubada Ibn Samit dari nabi Muhammad SAW bersabda:
“Sesiapa yang bersaksikan bahawa tiada tuhan selain Allah dan nabi Muhammad adalah utusanNya, Allah akan menghindarkan tubuhnya dari api neraka”
2. Menyayangi Sesama Manusia
Abdullah Ibn Masood menyatakan, nabi Muhammad SAW ada bersabda:
“Tidak kah aku telah memberitahu siapakah yang akan masuk dan tidak masuk neraka?
Setiap manusia yang berbuat baik sesama manusia dan saling mempermudahkan yang lain tempatnya adalah di syurga”
Artikel berkaitan: Takut Masuk Neraka, Remaja Istimewa Asif Tetap Bersolat Walaupun Pergerakan Tak Sempurna
Artikel berkaitan: Dosa-Dosa Merosakkan Amalan Isteri Dan Menjerumuskannya Dalam Api Neraka
3. Tidak Tinggal Solat
Solat adalah tiang agama. Ia adalah hak Allah yang perlu kita tunaikan.
Sabda Rasulullah SAW:
“Siapa meninggalkan solat Asar, maka gugurlah amalannya” (HR Bukhari No.528)
4. Menangis Takutkan Allah
Siapa lah kita untuk beradu kekuasan Allah. Hanya kepadanya kita mendapatkan pertolongan. Sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Pangasih dan Penyayang.
Tangisan kerana takut dan ingat akan kekuasaanNya sahaja cukup membantu kita.
Daripada Anas RA katanya, Rasulullah SAW telah memberi satu khutbah yang belum pernah aku dengar dalam khutbahnya sebelum ini, Nabi SAW bersabda,
“Sekiranya kamu mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis”
Katanya (yakni Anas): Lalu para sahabat Rasulullah menutup muka mereka dan menangis teresak-esak.
5. Berpuasa Sunat
Orang yang rajib berpuasa dengan ikhlas dan penuh keimanan adalah golongan yang layak mendapat rahmat dan kenikmatan daripada Allah.
Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang berpuasa satu hari pada jalan Allah, nescaya Allah SWT menjauhkan mukanya dari api neraka selama 70 tahun.” (Al-Bukhari:2840)
6. Amal Kebajikan
Saling membantu melakukan kebajikan adalah amalan yang mulia dan disukai Allah.
Nabi Muhammad SAW bersabda,
“Peliharalah dirimu dari azab api neraka, walaupun dengan hanya separuh buah tamar,”
7. Mencari Perlindungan Dengan Allah
Dari Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda,” Sesiapa yang mencari tempat perlindungan dari api neraka sebanyak tiga kali, api neraka akan berkata kepada Allah: “Ya Allah, selamatkan akan dia dari api neraka.”
Sumber artikel: onepathnetwork.com
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Ini 8 Amalan Boleh Dilakukan Oleh Wanita Dalam Haid Ketika Ramadan, Untuk Kumpul Pahala
Ketika dalam haid, ramai wanita mengeluh kerana tidak dapat melakukan amal ibadah apatah lagi di bulan Ramadan yang mulia ini.
Ramadan merupakan peluang untuk mengumpul pahala sebanyak mungkin. Jangan kecewa jika anda berada dalam haid kerana beranggapan bahawa anda tidak berpeluang untuk mendapat pahala.
Sebenarnya anda masih boleh mengumpul pahala dengan melakukan beberapa perkara berikut:
MENYIAPKAN HIDANGAN SAHUR
Makan sahur sangat dianjurkan dalam Islam. Ia bagi memberikan tenaga sepanjang menjalani ibadah berpuasa di siang hari. Menyediakan makanan sahur ketika ahli keluarga anda bersahur juga memberikan ganjaran pahala buat anda. Walaupun anda tidak berpuasa kerana haid, anda tetap mendapat pahala kerana menyediakan juadah sahur.
MENYEDIAKAN HIDANGAN BERBUKA PUASA
Rasulullah SAW Bersabda:
“Barang siapa yang memberi ifthar (hidangan untuk berbuka) orang-orang yang shaum/berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang shaum/berpuasa tanpa dikurangi sedikitpun.” (H.R. Bukhari Muslim).
Selain menyediakan hidangan untuk bersahur, menyediakan hidangan berbuka puasa juga menyediakan pahala buat diri anda. Maka sebab itulah telah dijelaskan dalam hadis, bahawa mereka yang menyiapkan hidangan berbuka bagi orang yang berpuasa maka pahalanya akan setara dengan mereka yang berpuasa.
MEMELIHARA LIDAH
Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa Tidak meninggalkan perkataan dusta dan ghibah maka tiada artinya di sisi Allah baginya shaum/puasa dari makan dan minum.” (HR Bukhari).
Elakkan daripada bercerita tentang orang lain. Bukan sahaja di bulan Ramadan tetapi pada waktu-waktu biasa. Sesungguhnya diam itu lebih baik daripada berkata-kata perkara yang buruk.
MEMPERBANYAKKAN DOA
Allah SWT Berfirman:
“Dan Rabbmu Berfirman: Berdoalah Kepada-Ku Niscaya akan Aku perkenankan bagimu.” (QS. Al-Mu’min: 60)
Memang ketika haid wanita tidak dapat menunaikan solat namun anda boleh berdoa. Berdoa menjadi salah satu alternatif amalan bagi wanita yang sedang haid untuk mengumpul pahala. . Tentunya fokuskan doa anda untuk kebaikan.
BANYAKKAN BERZIKIR
Dari Abu Hurairah r.a. Bahwa Rasulullah SAW Bersabda:
“Tidak ada kaum/seseorang yang Berdzikir kepada Allah kecuali mereka di kelilingi oleh malaikat-malaikat, di liputi oleh Rahmat, turun kepada mereka ketentraman, dan Allah menyebut mereka sebagai orang-orang yang di sisi-Nya.” (HR. Muslim)
Berzikir adalah salah satu bentuk amalan yang boleh diamalkan ketika wanita dalam haid. Ketika berzikir, pusatkan perhatian anda untuk mengingati Allah.
MELAKUKAN AKTIVITI KEMASYARAKATAN
Kegiatan sosial seperti membersihkan perkarangan masjid/surau juga antara perkara yang dapat membantu anda menambah pahala. Aktiviti seperti ini merupakan cara untuk meraih pahala yang lebih besar. Sibukkan diri anda dengan aktiviti kemasyarakatan agar pengisian hari anda jadi lebih bermakna.
BERSELAWAT KE ATAS NABI
ALLAH Ta`ala menyuruh sekalian mukminin agar berselawat ke atas Nabi sallAllahu `alaihi wasallam melalui firmanNYA:
Maksudnya:
“Sesungguhnya ALLAH dan malaikat-malaikatNYA bersolawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, bersolawatlah kamu sekalian ke atas Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.” (Surah al-Ahzab, 33 : 56)
Berselawat ke atas Nabi boleh dilakukan meskipun dalam keadaan haid. Berselawatlah ke atas Nabi junjungan kita, Nabi Muhammadh SAW kerana ia merupakan salah satu bentuk amalan wanita ketika dalam haid di bulan Ramadan.
MENAMBAH ILMU
Rasulullah SAW Bersabda:
“Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk menuntut Ilmu, Niscaya Allah SWT menunjukkan jalan menuju Surga Baginya.” (H.R. Muslim)
Berada dalam keadaan haid tidak menjadi penghalang untuk anda untuk belajar. Anda boleh mengikuti kelas agama (yang bukan diadakan di dalam masjid) untuk mendalami tentang hukum hakam agama. Ini merupakan pilihan yang tepat sebagai bentuk amalan di bulan Ramadan.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI