Terdapat banyak surah dalam kitab suci Al-Quran, ada yang panjang dan pendek sangat baik untuk diamalkan.
Setiap surah ini mempunyai manfaatnya yang tersendiri. Misalnya kelebihan membaca surah 3 Qul sebelum tidur.
Digalakkan untuk amalkan membaca ketiga-tiga surah tersebut sebanyak tiga kali sebelum tidur kerana mempunyai beberapa kelebihan yang sangat luar biasa.
Sangat merugikan jika kita tidak amalkan benda semudah ini. Kebanyakan orang Islam tahu apa yang dimaksudkan membaca 3 Qul. Ianya bermaksud membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas.
Amalkan membaca ketiga-tiga surah tersebut sebanyak 3 kali sebelum tidur kerana amalan ini mampu:
1.Menolak gangguan jin
2.Menolak gangguan syaitan
3.Menghindarkan dari terkena sihir
4.Menghindarkan penyakit was-was
5.Menghindar dari segala kejahatan
6.Menghindar dari perkara-perkara buruk
“Nabi SAW ketika berada di tempat tidur pada setiap malam, Baginda mengumpulkan kedua telapak tangannya lalu ditiup dan dibacakan ’Qul huwallahu ahad’ (surah Al-Ikhlas), ’Qul a’udzu birobbil falaq’ (surah Al-Falaq) dan ’Qul a’udzu birobbin naas’ (surah An-Naas).
Kemudian Baginda mengusapkan kedua telapak tangan tadi pada anggota tubuh yang mampu dijangkau dimulai dari kepala, wajah, dan tubuh bahagian depan. Baginda melakukan yang demikian sebanyak tiga kali.
Jika anak-anak anda masih kecil, Ibu atau bapa boleh sahaja membaca surah tersebut, hembus pada tapak tangan dan kemudian sapukan pada keseluruh badan anak.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Dah Buat Sumpah Laknat Tapi Mahu Batalkan
Isi Kandungan
ToggleSoalan
Seorang suami telah curang dan terlanjur dengan teman wanitanya dan perkara itu diketahui oleh isteri. Suami kemudian dipaksa membuat sumpah laknat (memegang al-Quran) dengan mengatakan dia tidak akan bersama (bersetubuh) dengan teman wanita tersebut. Sekiranya dia melakukannya dia akan mati disambar petir.
Akan tetapi suami tetap mahu bernikah dan bertanggungjawab atas ketelanjurannya. Bolehkah dia membatalkan sumpah laknat tersebut?
Jawapan
Suatu sumpah dianggap sah sekiranya menggunakan nama Allah SWT atau salah satu daripada sifat-sifatnya.
Begitu juga sah suatu sumpah itu dengan menggunakan al-Quran, seperti berkata: “Aku bersumpah dengan al-Quran tidak akan melakukan perbuatan itu”. Ibnu Qudamah dalam kitab Al-Mughni menyatakan bahawa sesungguhnya bersumpah dengan Al-Quran adalah sumpah yang sah, dan wajib membayar kaffarah jika dilanggar.
Adapun bersumpah dengan memegang al-Quran adalah untuk mengukuhkan atau menguatkan lagi kesungguhan untuk bersumpah dan ia bukan merupakan syarat sah sumpah.
Sumpah tidak boleh ditarik balik dan sekiranya sumpah itu dilanggar maka wajib baginya membayar kaffarah, iaitu dengan memilih salah satu dari 3 perkara di bawah:
1. Memberi makan 10 orang miskin, setiap orang miskin 1 cupak makanan asasi. Iaitu memberi makan bermaksud memberi milik kepadanya dan tidak memadai dengan mengundang mereka menikamati jamuan makan dan seumpamanya. Sebagai alternatif, bayaran boleh dibuat secara online kepada pihak Baitulmal, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
2. Memberikan pakaian yang biasa dipakai kepada 10 orang miskin. Pakaian iaitu sesuatu yang selayaknya dipanggil pakaian. Sepakat fuqaha menyatakan tidak sah jika hanya kasut, songkok, stokin kerana dengan yang demikian tidak dikatakan sebagai berpakaian melainkan perlu berbaju.
3. Memerdekakan seorang hamba beriman, lelaki atau perempuan
Jika tidak mampu mana-mana di atas, wajib berpuasa salama 3 hari tanpa disyaratkan berturut-turut.
Merujuk kepada soalan yang diajukan, sekiranya syarat sah sumpah dipenuhi dan suami tersebut berkahwin dengan perempuan itu, maka dia wajib membayar kaffarah. Namun, dia tetap perlu bertaubat atas dosa zina yang dilakukan kerana ia merupakan salah satu daripada dosa-dosa besar.
Sumber: Mufti Selangor
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
“Dibolehkan Pukul Anak Belum Baligh Jika Enggan Solat”-Habib Ali Zaenal Abidin
Isi Kandungan
ToggleRamai ibu bapa ragu dan bimbang memukul anak yang belum baligh dalam urusan mendidik mereka. Sebagai ibu bapa, didikan anak cara Rasulullah SAW memang menjadi rujukan.
Tentunya kita mahu anak itu nanti menjadi anak soleh dan solehah; sempurna semua ibadatnya apabila dewasa kelak. Tapi jika didikan hanya bicara di mulut dan niat di hati namun tiada kesedaran menyegerakan untuk diterjemahkan menerusi perbuatan harian, maka lupakan lah impian tadi.
Artikel berkaitan: Hukum Tidak Pisahkan Tempat Tidur Anak Lelaki Perempuan
Artikel berkaitan: Mak Ayah, Jangan Bandingkan Anak, Yang ‘Kurang’ Itulah Nanti Sudi Jaga Kita
Mendidik anak kena dari usia muda. Bak kata pepatah Melayu, melentur buluh, biarlah daripada rebungnya. Selagi mana suruhan itu tidak memudaratkan kesihatan dan keselamatan anak yang masih hijau, maka ibu bapa harus istikomah mendidik anak cara Rasulullah SAW.
Kita ikuti penjelasan ringkas oleh pendakwah terkenal tanahair; Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid berkenaan cara mendidik anak di peringkat usia muda.
Biasakan anak dengan nama Allah SWT dan Rasulullah SAW
Hendaklah seseorang itu bermula daripada dia itu (anak) apabila sudah mula untuk berbicara. Diajar dan diingatkan kepada si anak untuk menyebut nama Allah. Agar supaya anak tersebut terbiasa menyebut nama Allah SWT. Dan menyebutkan nama Allah dengan benar dan nama Rasulnya Muhammad SAW.
Dirikan solat sebelum baligh
Demikian berterusannya tanggungjawab pendidikan kepada anak. Bermula dari usia tamyiz, usia anak itu sudah matang. Berfikir walaupun belum baligh.
Perintahkan anakmu untuk solat pada usia 7 tahun.
Umur 7 tahun kebanyakan anak-anak belum baligh.
Usia baligh minimum dalam ASWJ adalah usia 9 tahun qamariah. Kalau ada orang nampak tanda-tanda baligh sebelum umur 9 tahun qamariah, ia tidak dikira baligh kerana ia lain dari kebiasaan.
Bila dikatakan baligh? Dia (anak) dikatakan sudah baligh apabila nampak tanda pada usia 9 tahun qamariah dan maksimum usia baligh ialah 15 tahun.
Kalau sampai usia 15 tahun tidak nampak tanda-tanda baligh seperti air mani, haid bagi perempuan pada usia 15 tahun. Maka dia dianggap sudah baligh. Dalam kes ini, anak itu baligh bukan disebabkan tanda-tanda tadi tapi kerana lengkapnya usia 15 tahun.
Dibenarkan memukul anak belum baligh yang enggan solat
Maka seseorang memiliki tanggungjawab mendidik anaknya sebelum baligh. Pukullah ketika meninggalkan solat sebelum baligh juga supaya terbiasa menjaga solat sebelum diwajibkan solat kepadanya dengan baligh.
Kalau sudah baligh, baru di suruh solat? Mungkin dia tidak akan dapat ilmu itu dengan sempurna kerana masih belajar tetapi kalau dibiasakan sebelum baligh, lama -kelamaan dia faham dan dapat hayati cara dan kepentingan solat 5 waktu.
Pisahkan tempat tidur anak pada umur 10 tahun
Pisahkan pada mereka pada alas tidurnya atau tempat tidurnya. Ini merupakan didikan awal batasan pergaulan walaupun antara ahli keluarga sendiri.
Ajar anak makan guna tangan kanan
Anak itu bilamana sudah selesai atau berhenti daripada menyusui, maka kita akan dapati dia suka makan coklat, biskut. Pada tahap ini. Perlu ajarkan kepada anak agar makan dengan tangan kanan dan mengucapkan bismillah sebelum makan dan dalam setiap keadaan.
Baginda duduk dan hidangkan makanan, di depan Nabi ada budak kecil makan juga bersama dengan Nabi, tapi makan tak ikut aturan, dia ambil sana, dia ambil sini. Sebahagian orang mengatakan masih budak-budak tak apa. Mana dia faham dia tak faham. Justeru kepada budak-budak tu mesti diajarkan pada awal.
Sempurnakan pakaian anak kecil
Suatu hari Al Habib Abdul Qadir bin Muhammad As Seggaf rahimallah. Ada seorang datang kepada beliau, guru kepada Habib Umar. Bawa anak perempuan masih kecil mungkin umurnya 2 tahun 3 tahun dan masih kecil sangat. Pakai baju panjang tapi tidak memakai seluar panjang.Kalau budak kecil pakai baju begitu memanglah kelihatan comel.
Maka orang tuanya bawa kepada Habib Abdul Qadir. Habib doakan saya agar dianugerahkan anak, kemudian Habib Abdul Qadir berpesan kepada orang tuanya. Pakailah pakaian yang sempurna, tutup bahagian bahunya dan pakaikan seluar kerana bajunya kelihatan terangkat. Ya mungkin kerana memakai pampers.
Maka Habib Abdul Qadir mengatakan pakaikan pakaian yang menutup badannya dan pakai seluar. Kata orangtuanya, anak ini masih kecil. Lantas Habib Abdul Qadir berkata, justeru itulah anak masih kecil amat mudah untuk engkau bentuk dan pantau.
Pokok kalau masih hijau, bengkok sana bengkok sini. Nak bagi lurus letak kayu dan terus kayunya lurus ke atas. Apa sebabnya? Masih hijau. Kalau sudah kering sudah tua nak luruskan? Kemudian patah. Kholas!
Sumber Artikel : Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Akhirnya Kemelut Pembahagian Faraid Ternoktah. Balu Abam Lega.
Kita sedia maklum kemelut pembahagian faraid ke atas harta pusaka antara keluarga Allahyarham Abam Bocey dan balunya telah berlarutan lama dan tular di media sosial.
Lebih menyedihkan, media sosial menjadi medan kedua belah pihak mempertahankan hak masing-masing.
Keadaan dihangatkan pula baru-baru ini apabila berlaku tuduhan daripada adik Allahyarham iaitu Ali Puteh tentang usaha balu mengeluarkan wang RM10,000 dari akaun arwah untuk kegunaan peribadinya.
Dan tuduhan tersebut dinafikan yang mana wang dikeluarkan adalah untuk kegunaan anak Allahyarham dan dia tidak menggunakan sesen pun untuk kegunaan peribadi. Tidak kurang juga dengan tuduhan yang mengatakan kereta mewah milik arwah ditarik namun ia dinafik oleh Hidayah.
Namun, Alhamdulillah, akhirnya kemelut pembahagian faraid ini menemui titik noktah. Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam telah putuskan pada hari ini, 10 September 2020 pembahagian harta pusaka mengikut faraid. Sebagai rekod, tuntutan faraid ini telah difailkan oleh Nor Hidayah pada 15 Julai lalu,
Memetik sumber berita arus perdana, balu Allahyarham, Nor Hidayah, 28, memaklumkan bahawa pembahagan faraid merangkumi rumah, kereta, wang tunai, jam tangan, kamera, telefon bimbit dan barang peribadi lain peninggalan Allahyarham suaminya. Namun untuk penjagaan anak, ia belum diputuskan lagi.
Mengulas lanjut, Hidayah bersyukur kes ini dapat diselesaikan dan berpuas hati dengan keputusan mahkamah.
Dan beliau juga tidak kisah apabila prosiding mahkamah yang diadakan secara tertutup hari ini tidak dihadiri oleh keluarga arwah suaminya kerana pembahagian faraid telah ditetapkan secara adil.
Memandangkan ibu mentua tidak hadir dalam prosiding pembahagian faraid, pihak mahkamah juga telah menetapkan tarikh baharu pada Oktober nanti bagi membolehkan ibu mentuanya, Sabariah Arshad mendengar prosiding hadanah (hak penjagaan anak) pula.
Bagi Nor Hdayah, beliau snagat mengharap agar ibu mentuanya dapat hadir bagi memastikan semua proses tuntutan diselesaikan dengan baik.
Kashoorga: Semoga kisah yang melanda keluarga Allahyarham Abam Bocey ini menjadi pengajaran buat kita.
Ia sesuatu yang menyedihkan apabila banyak keaiban keluarga timbul sehingga menjadi fitnah besar dan mengheret netizen ke kancah kemelut yang tidak sepatutnya mereka tahu dan libatkan diri dengan pelbagai komen dan kata nista.
Sebagaimana hadis yang diriwayatkan dari Ibn ‘Abbas r.a, dari Rasulullah SAW, Baginda bersabda,
”Bahagi-bahagikanlah harta warisan itu kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), sedangkan sisanya adalah untuk laki-laki yang terdekat dengan orang yang meninggal. (5:59- Sahih Muslim)
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI