Kematian Ustazah Taslimah dicemburui. ‘Guru mengaji, meninggal ketika memimpin bacaan Surah Al-Baqarah.’ Guru mengaji ini di dalam sebuah majlis dan dia pergi di saat berbuat kebaikan. Allahuakbar!

Pemergian seorang guru mengaji ketika sedang membaca al-Quran disifatkan kematian dicemburui apatah lagi ketika melakukan ibadah dan amal soleh.

Itu yang berlaku kepada Ustazah Taslimah dari daerah Tebet, Jakarta Selatan Indonesia.

Artikel Berkaitan: Subhanallah, Kematian Yang Dicemburui. Lelaki Ini Bertemu Ilahi Pada Saat Sujudnya Yang Terakhir!

Kematian Ustazah Taslimah Dicemburui

Menerusi video yang tular, seorang wanita tiba-tiba rebah ketika sedang membacakan ayat suci al-Quran.

Okezone dalam laporannya menyatakan, hasil semakan mendapati, wanita tersebut adalah Taslimah yang rutin menjadi guru mengaji di Masjid Al Barokah As Syafi’iyah Tebet, Jakarta Selatan setiap pagi Khamis.

Difahamkan Taslimah sedang menjayakan Majlis Taklim As-Syafiyah Ummahat, pada pagi kejadian.

Guru Mengaji

Berdasarkan video yang dimuatnaik Assalam TV, Ustazah Taslimah dirakam sedang membacakan ayat suci al-Quran Surah Al-Baqarah ayat 5-6 di hadapan peserta majlis taklim menggunakan mikrofon.

Namun selang beberapa minit, wanita itu terjatuh dan kelihatan beberapa orang berusaha untuk menolong guru tersebut.

IKLAN

“Astaghfirullah.., Astaghfirullah,” suara jemaah yang dapat didengar dalam video di akaun Youtube tersebut.

Meninggal Ketika Memimpin

Sementara itu, CNN Indonesia melaporkan, Pengerusi Masjid Al Barkah As Syafiiyah, Alwy Rasyid mengesahkan kejadian tersebut.

“Allahyarham meninggal pada pagi antara jam 7.30 (waktu tempatan). Dirinya sedang bertugas membaca khatam al-Quran dan tahlil.

“Sebelum itu, dia telah pun membacakan surah-surah lain. Namun pada minit ke 22 menjelang minit ke 30, suaranya sedikit bergetar dan mulai melemah. Tetapi dia tetap berusaha,” kata Alwy kepada CNNIndonesia.com.

IKLAN

Bacaan Surah Al-Baqarah

Alwy memberitahu, Taslimah merupakan salah satu ustazah yang kerap bertugas memimpin doa dan pengajian di masjid tersebut.

Sebelum meninggal, Alwy menjelaskan bahawa keadaan tubuh badan dan kesihatan Taslimah kelihatan dalam keadaan baik-baik saja.

Taslimah, tambahnya sudah datang ke Masjid As Syafiiyah sebelum jam 6.00 pagi lagi.

Allahyarham juga sempat berziarah ke makam orang tua Alwy yang berada di sekitar masjid sebelum memulakan majlis tersebut.

“Jemaah pada awalnya menyangka beliau pengsan, lalu ikhtiar bawa ke hospital namun dimaklumkan sudah meninggal,” katanya.

IKLAN

Baca Di Sini:

Kematian Yang Dicemburui, Imam Amalkan Baca Surah Al-Mulk Sebelum Tidur, Bertemu PenciptaNya Ketika Solat

Husnul Khatimah Kematian Yang Dicemburui, Meninggal Di Hari Jumaat Ketika Iktikaf Di Masjid

Kematian Indah, Ulama Meninggal Dunia Setelah Ucap “Lailahaillallah” Semasa Berceramah

Kashoorga : Menjadi harapan setiap orang muslim meninggal dalam keadaan husnul khatimah dan di saat berbuat kebaikan. Al-Fatihah buat Ustazah Taslimah.

Sumber : UtusanTV, Instagram Azza Elite

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.