Kemenangan Luar Biasa Allah Turunkan Buat Palestin Menjelang Ramadan

Share

Berita luar biasa untuk warga Palestin menjelang Ramadan. Allah sentiasa bersama orang sabar. Sekian lama dibuli oleh Israel termasuk tanah diambil sewenangnya, bahkan warganya di penjara tanpa perbicaraan, semalam satu berita luar biasa diraikan warga Palestin.

Ini kerana Israel dilaporkan telah bersetuju untuk membayar pampasan bernilai dua juta shekel ($600.000) kepada seorang pemuda Palestin yang ditembak di matanya pada tahun 2015 oleh polis Israel.

Walau mengambil masa enam tahun memperjuangkan hal ini selepas dibawa ke mahkamah, akhirnya Kementerian Kehakiman Israel telah membuat keputusan untuk menutup kes ini dan membayar pampasan ke atas Ismail Khalil, 21 tahun selepas mendapati polis Israel telah melakukan pelanggaran hak awam ke atas pemuda itu dalam satu perbicaraan.

Dalam kejadian enam tahun lalu, Khalil yang ketika itu berusia 15 tahun telah ditembak di bahagian mata selepas pihak Israel menceroboh kampungnya selepas mendapat maklumat risikan dan mahu merobohkan sebuah rumah warga Palestin di kawasan terbabit.


Khalil yang ketika itu berusia 15 tahun menyaksikan kejadian itu kerana rumahnya berdekatan dengan rumah diroboh Israel. Malangnya peluru telah dilepaskan membabi buta dan sebutir peluru getah telah terkena matanya dalam usahanya menyelamatkan diri. Dirinya cedera parah. Ketika dibawa ke hospital, doktor berusaha menyelamatkan dirinya dengan mengambil mata kirinya bahkan telah menjalani beberapa pembedahan lain kerana tengkorak kepalanya rosak termasuk ada pendarahan di otak.

Selepas pulih, keluarganya membuat pengaduan ke polis Israel namun malangnya tidak berhasil. Dalam satu kenyataan dikeluarkan, pihak berkuasa Israel menyatakan mereka tidak bersalah bahkan tidak berminat untuk memperlanjutkan kes ini ke awam.

Bagaimana pun kes ini mendapat perhatian seorang peguam Shlomo Lecker yang membawa kes ini ke Mahamah Majistret di Haifa dengan alasan, penembakan itu adalah tidak sah dan bertentangan dengan aturan ditetapkan ketika melepaskan tembakan. Katanya lagi, jelas wujud kelalaian dan perilaku semberono dalam hal ini dalam kejadian tersebut.

Namun Isreal menolak tuduhan tersebut dan berkeras mengatakan Khalil yang harus dipersalahkan di atas kecederaan dialaminya. Namun baru-baru ini selepas berdiskusi panjang dan atas persetujuan kedua belah pihak, keluarga Khalil bersetuju menerima 1.92 shekel ($600.000) sebagai pampasan.

Menurut Lecker, ia adalah kes pampasan luar biasa kepada orang-orang yang alami kecederaan disebabkan oleh tinadakan semberono polis Israel di Juruselem Timur. Ia satu kemenangan buat umat Palestin menjelang Ramadan. Sumber :- Memo.

Published by
almaswa Haji Che Ros