Surah Al-Ikhlas hanya mengandungi empat ayat. Ia surah ke 112 dari keseluruhan surah dalam Al-Quran.
Pernah diceritakan langit menjadi mendung selepas selepas 70,000 malaikat membaca surah Al-Ikhlas ini selepas kematian Muawiyah bin Muawiyah yang sering membaca surah ini semasa hidupanya.
Namun parawi hadis terdahulu mempunyai berbagai pendapat mengenainya. Berikut adalah kupasan dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengenai kelebihan membaca surah Al-Ikhlas. Moga kita tidak lupa membacanya setiap masa.
Riwayat ini dimasukkan oleh Imam al-Qurtubi di dalam tafsirnya bagi Surah al-Ikhlas. Berkata Anas bin Malik RA:
كُنَّا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِتَبُوكَ، فَطَلَعَتِ الشَّمْسُ بَيْضَاءَ لَهَا شُعَاعٌ وَنُورٌ، لَمْ أَرَهَا فِيمَا مَضَى طَلَعَتْ قَطُّ كَذَلِكَ، فَأَتَى جِبْرِيلُ، فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: [يا جبريل، مالي أَرَى الشَّمْسَ طَلَعَتْ بَيْضَاءَ بِشُعَاعٍ لَمْ أَرَهَا طَلَعَتْ كَذَلِكَ فِيمَا مَضَى قَطُّ [؟ فَقَالَ: [ذَلِكَ لان معاوية بن مُعَاوِيَةَ اللَّيْثِيَّ تُوُفِّيَ بِالْمَدِينَةِ الْيَوْمَ، فَبَعَثَ اللَّهُ سَبْعِينَ أَلْفَ مَلَكٍ يُصَلُّونَ عَلَيْهِ [. قَالَ] وَمِمَّ ذَلِكَ [؟ قَالَ: [كَانَ يُكْثِرُ قِرَاءَةَ (قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ) آنَاءَ اللَّيْلِ وَآنَاءَ النَّهَارِ، وَفِي مَمْشَاهُ وَقِيَامِهِ وَقُعُودِهِ، فَهَلْ لَكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنْ أَقْبِضَ لَكَ الْأَرْضَ. فَتُصَلِّي عَلَيْهِ [؟ قَالَ] نَعَمْ [فَصَلَّى عَلَيْهِ ثُمَّ رَجَعَ. ذَكَرَهُ الثعلبي، والله أعلم.
Maksudnya: Pernah suatu ketika kami bersama Rasulullah SAW di Tabuk. Matahari terbit dengan sinaran dan cahaya putih, tidak seperti terbit yang biasa dilihat sebelumnya. Lalu datanglah Jibril dan Rasulullah SAW bertanya kepada beliau, ‘Wahai Jibril, mengapakah aku melihat matahari terbit dengan sinaran yang tidak pernah aku lihat terbitnya sebegitu sebelum ini?’ Jibril menjawab, ‘Itu kerana Muawiyah bin Muawiyah al-Laitsi meninggal di Madinah hari ini, maka Allah membangkitkan 70 000 malaikat untuk berselawat ke atasnya.’ Dia berkata, ‘Mengapa begitu?’. Jawab Jibril, ‘Adalah (Muawiyah) banyak membaca Qul huwaLlahu Ahad (Surah al-Ikhlas) sepanjang malam dan siang, ketika berjalan, bangkit dan duduknya. Maka adakah anda ingin wahai Pesuruh Allah aku tahan bumi ini supaya anda boleh berselawat (berdoa) juga keatasnya?’ Jawab Nabi, ‘Ya.’ Lalu Baginda berselawat ke atas Muawiyah kemudia pulang.Rujuk al-Jami’ li Ahkam al-Quran (20/250)
Kata al-Qurtubi: “Kisah ini disebut oleh al-Tsa’labi. Allah lebih mengetahui.”
Kata Imam Ibn al-Jauzi dalam al-`Ilal al-Mutanahiah (1/298) : “Tidak sahih.”
Kata Imam Ibn Hibban dalam al-Majruhin (2/173) : “Hadis munkar yang tidak dapat dikuatkan dengan mutaba’ah.”
Kata Imam al-Nawawi: “Ulama sepakat atas kedaifan hadis ini antaranya al-Baihaqi dengan katanya, ‘al-Ala’ mengambil hadis daripada Anas dengan hadis-hadis munkar.”
Berkata Imam al-Baihaqi: “Hadis ini juga diriwayatkan dalam riwayat lain yang juga daif.”
Kata Imam al-Bukhari: “Munkarul Hadith”. Begitu juga pendapat Abu Hatim dan Ibn `Adiy. Rujuk Khulasah al-Ahkam (2/964).
Selawat para malaikat dalam hadis ini bermaksud mendoakan keampunan dan rahmat bagi Muawiyah.
Fadilat-fadilat yang sahih berkenaan surah al-Ikhlas:
1. Allah SWT mencintai orang yang mencintai Surah al-Ikhlas
Daripada Aisyah R.anha:
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعَثَ رَجُلًا عَلَى سَرِيَّةٍ، وَكَانَ يَقْرَأُ لِأَصْحَابِهِ فِي صَلاَتِهِمْ فَيَخْتِمُ بِقُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ، فَلَمَّا رَجَعُوا ذَكَرُوا ذَلِكَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: سَلُوهُ لِأَيِّ شَيْءٍ يَصْنَعُ ذَلِكَ؟، فَسَأَلُوهُ، فَقَالَ: لِأَنَّهَا صِفَةُ الرَّحْمَنِ، وَأَنَا أُحِبُّ أَنْ أَقْرَأَ بِهَا، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَخْبِرُوهُ أَنَّ اللَّهَ يُحِبُّهُ
Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi SAW mengutus seseorang kepada sekelompok pasukan, dan ketika orang itu mengimami sahaba-sahabatnya yang lainnya di dalam solat mereka dan beliau mengakhiri bacaannya dengan Kulhu allahu ahad , maka apabila mereka pulang, mereka menceritakan hal itu kepada Rasulullah SAW, lalu Baginda pun bersabda: “Tanyalah beliau, mengapa beliau berbuat demikian?” Lalu mereka bertanya kepadanya. Beliau pun menjawab: “Kerana surat ini (mengandung) sifat al-Rahman, dan aku mencintai membaca surah ini,” lalu Nabi SAW bersabda: “Beritahu beliau, sesungguhnya Allah pun mencintainya” Hadis riwayat Imam al-Bukhari (7375)
2. Al-Ikhlas bersamaan sepertiga al-Quran
Daripada Abu Sa`id al-Khudri RA:
أَنَّ رَجُلًا سَمِعَ رَجُلًا يَقْرَأُ: قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ يُرَدِّدُهَا، فَلَمَّا أَصْبَحَ جَاءَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَذَكَرَ ذَلِكَ لَهُ، وَكَأَنَّ الرَّجُلَ يَتَقَالُّهَا، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ إِنَّهَا لَتَعْدِلُ ثُلُثَ القُرْآنِ»
Maksudnya: “Sesungguhnya seseorang mendengar orang lain membaca Kulhu allahu ahad dengan berulang kali, lalu dia datang bertemu Rasulullah SAW dan menceritakan hal itu kepadanya, dan seolah-olah orang itu menganggap remeh surah itu, maka bersabdalah Rasulullah SAW : “Demi Dzat yang jiwaku berada di tanganNya, sesungguhnya surat itu sebanding dengan sepertiga al Qur`an.” Hadis riwayat Imam al-Bukhari (5013)
3. Surah al-Ikhlas penyebab masuk Syurga
Daripada Abu Hurairah RA:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: أَقْبَلْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَمِعَ رَجُلًا يَقْرَأُ: قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ اللَّهُ الصَّمَدُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: وَجَبَتْ. قُلْتُ: مَا وَجَبَتْ؟ قَالَ: الجَنَّةُ
Maksudnya: “Aku datang bersama Rasulullah SAW lalu aku dengar seorang lelaki membaca Kulhu allahu ahad Allahussamod, Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Telah wajib.” Aku bertanya: “Apa yang telah menjadi wajib?”. Kata Baginda: “Syurga (baginya).” Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunan (2897). Beliau berkata: “Hadis hasan sahih gharib.”
4. Menjadi perlindungan dengan izin Allah SWT, jika dibaca bersama Surah al-Alaq dan Surah al-Nas.
Daripada `Uqbah bin `Amir al-Juhani RA berkata:
بَيْنَا أَنَا أَقُودُ بِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَاحِلَتَهُ فِي غَزْوَةٍ إِذْ قَالَ: يَا عُقْبَةُ، قُلْ فَاسْتَمَعْتُ، ثُمَّ قَالَ: يَا عُقْبَةُ، قُلْ فَاسْتَمَعْتُ، فَقَالَهَا الثَّالِثَةَ، فَقُلْتُ: مَا أَقُولُ؟، فَقَالَ: قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ فَقَرَأَ السُّورَةَ حَتَّى خَتَمَهَا، ثُمَّ قَرَأَ: قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ وَقَرَأْتُ مَعَهُ حَتَّى خَتَمَهَا، ثُمَّ قَرَأَ قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ فَقَرَأْتُ مَعَهُ حَتَّى خَتَمَهَا، ثُمَّ قَالَ: مَا تَعَوَّذَ بِمِثْلِهِنَّ أَحَدٌ
Maksudnya: Ketika mana aku memimpin kenderaan Rasulullah SAW dalam sebuah peperangan, tiba-tiba Baginda bersabda: “Wahai Uqbah, katakanlah,” Aku pun mendengarkan, kemudian beliau berkata (lagi): “Wahai Uqbah, katakanlah,” Aku pun mendengarkan. Dan Baginda mengatakannya sampai tiga kali, lalu aku bertanya: “Apa yang perlu aku katakan?” Baginda pun bersabda: “Katakan Kulhu allahu ahad”, lalu Baginda membacanya sampai selesai. Kemudian Baginda membaca Kul auzubirobbilfalaq, aku pun membacanya bersamanya hingga selesai. Kemudian Baginda membaca Kul auzubirobbinnas, aku pun membacanya bersamanya hingga selesai. Kemudian Baginda bersabda: “Tidak ada seorang pun yang berlindung (dari segala keburukan) seperti orang orang yang berlindung dengannya (tiga surat) tersebut” Hadis riwayat Imam al-Nasaie (5430)
Daripada Aisyah R.anha:
أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم كَانَ إِذَا أَوَى إِلَى فِرَاشِهِ كُلَّ لَيْلَةٍ جَمَعَ كَفَّيْهِ ثُمَّ نَفَثَ فِيهِمَا فَقَرَأَ فِيهِمَا {قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ} وَ{قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ} وَ{قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ} ثُمَّ يَمْسَحُ بِهِمَا مَا اسْتَطَاعَ مِنْ جَسَدِهِ يَبْدَأُ بِهِمَا عَلَى رَأْسِهِ وَوَجْهِهِ وَمَا أَقْبَلَ مِنْ جَسَدِهِ يَفْعَلُ ذَلِكَ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ
Maksudnya: Bahawa Nabi SAW apabila menuju ke pembaringannya (untuk tidur) setiap malam, Baginda akan menghimpunkan kedua tangannya (yakni menadah tangan) dan meniupnya setelah Baginda membaca Surah al-Ikhlas, al-Falaq, dan al-Nas, kemudian menyapu kedua-dua tapak tangannya pada tempat yang mampu dicapai olehnya dari setiap tubuhnya, dimulakan dari kepala, muka, dan apa yang boleh ditemui daripada badannya, sebanyak tiga kali. Hadis riwayat Imam al-Bukhari (5017)
Daripada Buraidah bin al-Hasib RA:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَمِعَ رَجُلًا يَقُولُ: اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ أَنِّي أَشْهَدُ أَنَّكَ أَنْتَ اللَّهُ، لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، الْأَحَدُ الصَّمَدُ الَّذِي لَمْ يَلِدْ، وَلَمْ يُولَدْ، وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ، فَقَالَ: لَقَدْ سَأَلْتَ اللَّهَ بِالِاسْمِ الَّذِي إِذَا سُئِلَ بِهِ أَعْطَى، وَإِذَا دُعِيَ بِهِ أَجَابَ
Maksudnya: Bahawa Rasulullah SAW mendengar seorang lelaki berdoa: “Ya Allah, sesungguhnya aku meminta kepada-Mu, bahwa diriku bersaksi sesungguhnya Engkau adalah Allah yang tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau Yang Maha Esa, Yang bergantung kepada-Mu segala sesuatu, Yang tidak beranak dan tidak pula diperanakkan, dan tidak ada seorang pun yang setara dengan-Nya,” kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Sungguh dirimu telah meminta kepada Allah dengan nama-Nya, yang jika Dia diminta dengannya (pasti akan) memberi, dan jika Dia diseru dengannya, (pasti akan) mengabulkannya”. Hadis riwayat Abu Daud (1493)
Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan