
Isi Kandungan
ToggleSebelum berlakunya majlis ijab dan kabul, ada beberapa perkara penting yang perlu dibuat terlebih dahulu oleh bakal mempelai.
Antara yang penting adalah menghantar borang nikah. Penghantaran borang ini bukanlah seperti borang permohonan biasa, tetapi ada beberapa perkara bakal pengantin patut ambil tahu.
Perkongsian di laman twitter oleh pengguna akaun @sigadismanis_ ini boleh dijadikan panduan untuk mereka yang sedang dalam perancangan melangsungkan perkahwinan tahun ini atau tahun depan.
Ini soalan yang akan ditanya kepada bakal pengantin
Antaranya kena mengucap dua kalimah syahadah, baca surah Al-Fatihah dan doa qunut
Penting sebab bacaan ini ada dalam solat
Untuk soalan nombor 5, ini jawapannya
Beberapa fakta yang perlu diambil tahu

Ini pula jawapan kenapa perlu mandi wajib
Soalan untuk nombor 6 mengenai tanggung jawab suami
Lagi jawapan berkenaan soalan tentang perkahwinan dan rukun nikah
Kalau nak elak nervous, baca buku yang kita dapat sewaktu kursus kahwin
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
‘Kematian Itu Pasti, Tak Boleh Nego.’ Mulan Jameela Nekad Tutup Aurat Sebab Takut Mati

Isi Kandungan
Toggle‘Kematian itu pasti, tak boleh nego.’ Mulan Jameela nekad tutup aurat sebab takut mati kerana kematian boleh tiba bila-bila masa saja.
Ternyata sejak beberapa tahun kebelakangan ini, isteri kepada penyanyi Ahmad Dhani ini tampil dengan imej yang lebih muslimah dan sopan.
Perubahan yang berlaku pada ibu beranak empat ini menjadi bualan hangat pengikutnya di sana sama ada yang memuji dan jua sebaliknya.
Artikel Berkaitan : Kalau Dulu, Dialah Makhluk Tuhan Paling Seksi, Kini Mulan Jameela Tampil Cantik Dengan Jubah Tudung Labuh

Kematian Itu Pasti
Penyanyi dan ahli politik Indonesia, Mulan Jameela mendedahkan bahawa penghijrahannya menutup aurat tidak disambut baik oleh peminat dan pengikutnya.
Rupa-rupanya menurut Mulan, dia mengambil keputusan untuk menutup aurat bukan kerana sudah menjadi bergelar seorang isteri dan juga ibu. Sebaliknya ada peristiwa yang menghantuinya.
‘Dulu Bapa Angkat, Sekarang Suami’
Tak Boleh Nego
Sesungguhnya selebriti ini mengakui bahawa terdapat peristiwa yang membuatkan penyanyi berasal dari Bandung itu nekad untuk berubah seterusnya berhijrah dengan menutup aurat dengan sempurna.
“Saya menemukan kejadian yang membuatkan saya semakin yakin untuk cepat-cepat berubah dan salah satunya adalah kematian.
Mulan Jameela Nekad Tutup Aurat
‘Kematian itu adalah pasti dan tidak boleh ditolak. Siapa saja yang boleh tolak kematian? Kita tak boleh nego atau minta, ‘ya Allah saya nak meninggal pada tarikh ini,’ luahnya.
Biarpun Mulan didakwa benar-benar ingin berubah sehingga mengalirkan air mata.

Sebab Takut Mati
Tetapi netizen mendakwa rasa takut yang dialami oleh pelantun lagu Mahkluk Tuhan Paling Seksi itu adalah disebabkan kesalahannya pada masa lalu antara dirinya dengan Ahmad Dhani dan Maia Estianty.
Sebaiknya, kita sebagai manusia biasa seharusnya bersangka baik dengan perubahan yang dilalui Mulan Jameela, apatah lagi dia berubah menjadi lebih baik.
Baca Di Sini :

‘Berkat Doa dan Istiqamah Seorang Bapa.’ Dia Penyebab Oktavia Manrose Dapat Hidayah & Berhijrah
Potong Gaji, Solusi Suami Culas Bayar Nafkah Isteri
Kashoorga : Semoga Mulan Jameela istiqamah dalam hijrahnya. Insyallah.
Sumber: Suara.com, Oh Bulan
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Orang Islam Haram Makan Ulat Sagu, Ini Penjelasan Dr Zulkifli Al-Bakri

Isi Kandungan
ToggleOrang Islam haram makan ulat sagu, ini penjelasan Dr Zulkifli Al-Bakri mengapa umat Islam dilarang memakan ulat sagu atau dikenali juga dengan nama ulat mulong.
Butod merupakan sejenis ulat yang boleh didapati di dalam batang pokok Rumbia yang sedang reput. Ianya juga dikenali sebagai ulat Sagu (Bahasa Melayu) dan ulat Mulung (di Sarawak).
Ulat ini menjadi makanan tradisional suku kaum Kadazan-Dusun di Sabah dan sering dihidangkan semasa hari-hari istimewa seperti Pesta Menuai atau Pesta Makanan. Butod boleh dimakan begitu sahaja atau digoreng terlebih dahulu supaya ranggup dimakan.
Ulat ini dikatakan mempunyai kandungan protein yang tinggi dan baik untuk kesihatan. Bagi yang beragama Islam, ianya haram dimakan kerana Butod merupakan salah satu spesis ulat.
Artikel Berkaitan:
Orang Islam Haram
Soalan:
Apakah hukum makan ulat sagu, yang dikenali juga sebagai ulat mulong?
Jawapan:
Kami mulakan dengan firman Allah SWT:
قُل لَّا أَجِدُ فِي مَا أُوحِيَ إِلَيَّ مُحَرَّمًا عَلَىٰ طَاعِمٍ يَطْعَمُهُ إِلَّا أَن يَكُونَ مَيْتَةً أَوْ دَمًا مَّسْفُوحًا أَوْ لَحْمَ خِنزِيرٍ فَإِنَّهُ رِجْسٌ أَوْ فِسْقًا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ
Maksudnya:
“Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi – kerana sesungguhnya ia adalah kotor — atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain daripada Allah.’”
Begitu juga firman Allah SWT:
يَسْأَلُونَكَ مَاذَا أُحِلَّ لَهُمْ ۖ قُلْ أُحِلَّ لَكُمُ الطَّيِّبَاتُ
Maksudnya:
“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): ‘Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?’ Bagi menjawabnya, katakanlah: ‘Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang lazat-lazat serta baik.’”
Ayat di atas menunjukkan secara umumnya Allah ‘Azza wa Jalla telah menghalalkan buat kita makanan yang baik-baik. Justeru, semua yang baik-baik itu adalah diharuskan untuk memakannya, manakala semua yang buruk dan jijik pula adalah diharamkan daripada memakannya.
Penentuan sama ada makanan itu baik atau jijik — jika tiada nas mengenainya — adalah berdasarkan perasaan dan naluri orang Arab kerana al-Quran turun kepada mereka — yakni dalam bahasa mereka.
Hukum makan ulat sagu
Ulat sagu tergolong dalam jenis ulat. Justeru, bagi menjawab persoalan ini, kami datangkan pendapat para ulama berkenaan hukum memakan ulat.
Pada asasnya, dalam mazhab Syafi‘i, hukum memakan ulat adalah diharamkan melainkan ulat yang berada dalam keju, cuka, kacang hijau, buah-buahan dan seumpamanya yang terdiri daripada makanan, yang mana ulat-ulat berkenaan lahir daripada bahan-bahan suci tersebut.
Imam al-Nawawi menyebutkan bahawa terdapat tiga pendapat ulama dalam kalangan mazhab Syafi‘i berkenaan kehalalan ulat ini iaitu pendapat pertama, ia adalah halal untuk dimakan. Pendapat kedua pula, ia adalah haram untuk dimakan.
Manakala pendapat ketiga, ia halal dimakan bersama makanan yang ia lahir daripadanya, bukan secara terasing kerana haram memakannya secara terasing.
Selain itu, al-Khatib al-Syirbini juga ada menyebutkan bahawa mengikut pendapat yang kuat dalam mazhab Syafi‘i, dihalalkan untuk memakan ulat yang dilahirkan daripada makanan seperti cuka, keju dan buah-buahan, hanya jika ia dimakan secara bersama.
Begitu juga hukumnya apabila ia mati — dalam makanan itu — yakni halal untuk dimakan mengikut pendapat yang kuat. Hal ini kerana kesukaran untuk mengasingkannya.
Makan Ulat Sagu
Sebahagian ulama terkemudian menyandarkan hukum daging yang berulat dengan hukum buah-buahan — yang mengandungi ulat. Berdasarkan kepada ‘illah ini, maka jika ia mampu atau mudah untuk diasingkan seperti ulat yang berada dalam epal, maka haram untuk memakannya secara bersama.
Ibn Syahbah berkata bahawa itulah pendapat yang zahir, yakni apabila tidak kesukaran untuk membezakannya.
Di samping itu, terkeluar daripada lafaz “مَعَهُ” (yakni memakan ulat secara bersama dengan makanan itu), bagi kes memakan ulat secara berasingan. Hal ini kerana hukumnya adalah haram disebabkan oleh kenajisan bangkainya dan juga kejijikannya.
Begitulah juga — yakni haram hukumnya — jika ulat itu diangkat ke tempat yang lain sebagaimana disebutkan oleh al-Bulqini, atau ulat itu pergi dengan sendiri ke tempat lain, kemudian ia kembali semula ke sarangnya (dalam buah itu) selepas ia dapat dipelihara daripadanya seperti mana yang dibahaskan oleh sebahagian ulama terkemudian.
Pendapat kedua pula mengatakan halal secara mutlak, kerana ulat itu dianggap sebahagian daripada buah. Manakala pendapat ketiga mengatakan haram secara mutlak kerana ulat itu dikira sebagai bangkai.
Di samping itu, Jabatan Mufti Negeri Sarawak (JMNS) juga ada menyatakan bahawa memakan ulat sagu (mulong) adalah haram dan dilarang dalam Islam kerana ia dianggap jijik.

Dalam mengkategorikan sesuatu itu jijik fuqaha menentukannya berdasarkan uruf masyarakat setempat. Oleh kerana masyarakat Islam Malaysia mengkategorikan bahawa ulat adalah daripada haiwan yang menjijikkan (khabis) dan kotor termasuklah juga Ulat Mulong.
Ini Penjelasan Dr Zulkifli Al-Bakri
Berdasarkan kepada perbincangan dan perbahasan di atas, kami berpendapat bahawa ulat sagu (mulong) haram dimakan kerana ia dianggap jijik sebagaimana pendapat ulama dalam kalangan mazhab Syafi‘i. Pendapat ini juga adalah selari dengan keputusan fatwa yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Sarawak, bertarikh: 20 November 2014.
Islam menganjurkan umatnya untuk memakan makanan yang halal lagi baik berdasarkan firman Allah SWT:
وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِثَ
Maksudnya:
“Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk.”
Baca Di Sini:
Boleh Ke Makan Makanan Dimasak Oleh Bukan Islam & Tempat Itu Ada Jual Arak?
Kashoorga: Pegang atau sentuh tak apa, jangan sesekali makan ya!
Sumber: Dr Zulkifli Al-Bakri
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Ini Kelebihan Baca Surah Al-Kahfi Di Awal & Akhir Ayat Pada Hari Jumaat. Boleh Jadi Benteng Fitnah Dajjal!

Beberapa hari lalu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ada memberitahu ada tanda-tanda negara akan pulih dari COVID-19.
Ini adalah berikutan langkah Pengerakan Kawalan Pergerakan serta langkah pencegahan yang disarankan oleh kerajaan.
Bukan itu sahaja, malah umat Islam seluruh negara juga turut melakukan solat hajat dan membaca Yasin bagi memohon dari Allah agar terus melidungi negara kita dari musibah ini.
Dan hari ini pada hari Jumat, kita juga digalakkan untuk membaca Surah Al-Kahfi. Surah Al-Kahfi ini juga mempunyai banyak fadhilat jika dibaca pada hari Jumaat.

Dalam artikel di Harian Metro ada memberitahu apa yang jelas, malam Jumaat atau hari Jumaat disunatkan kita membaca Surah al-Kahfi berdasarkan dalil hadis yang darjatnya sahih daripada Nabi SAW.
Pertama: “Barang siapa membaca al-Kahfi pada malam Jumaat, nescaya cahaya akan meneranginya antara dirinya hingga ke Baitul Atiq (Ka’bah).” (Riwayat ad-Darimi)
Kedua: “Barang siapa membaca al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya cahaya akan meneranginya selama waktu antara Jumaat yang satu ke Jumaat berikutnya.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)
Antara kelebihan Surah al-Kahfi adalah seperti yang diriwayatkan Abu Darda’ bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal Surah al-Kahfi akan terpelihara daripada dajjal.” (Riwayat Muslim)
Dalam riwayat Abu Dawud pula seperti yang dikatakan oleh Qatadah, Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang menghafal ayat akhir daripada Surah al- Kahfi akan terpelihara daripada fitnah Dajjal.”
Berdasarkan hadis itu, secara ringkasnya ada dua pendapat mengenai kelebihan membaca Surah al-Kahfi iaitu bacaan 10 ayat yang terawal dan 10 ayat terakhir.
Mengapa 10 ayat terawal dan 10 ayat terakhir di-pilih?
Sepuluh ayat terawal memperihalkan mengenai kenyataan al-Quran dan keadaan orang yang kufur serta orang yang beriman terhadap al-Quran manakala 10 ayat yang terakhir pula menunjukkan natijah bagi mereka yang beriman dan kufur.
Dengan menghafal ayat awal dan ayat akhir surah itu akan menambahkan lagi keimanan bagi mereka yang benar-benar mentadabburkan ayat al-Quran serta mengharap pemeliharaan Allah SWT daripada fitnah dajjal.
Membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat sangat digalakkan ke atas setiap Muslim tidak kira 10 ayat terawal mahupun 10 ayat terakhir atau sebahagiannya dan lebih baik membaca satu surah lengkap.

Ini kerana surah al-Kahfi dapat menjadi benteng keimanan yang kukuh daripada fitnah dajjal bagi sesiapa yang mengamalkannya.

Maka surah itu memberi harapan baru bagi mereka yang tidak mempunyai harta yang banyak.
Tambahan pula pada akhir zaman ini tentangan terhadap Islam semakin kuat sehingga Rasulullah SAW bersabda: “Akan sampai satu masa manusia yang mempunyai kesabaran pada agamanya akan menjadi seperti orang yang menggenggam bara api.” (Riwayat al-Tirmizi)
Sejajar dengan keadaan itu, Allah SWT menurunkan surah al-Kahfi supaya ia dapat menjadi benteng keimanan buat seorang Muslim menerusi model utamanya sendiri iaitu segolongan pemuda yang teguh keimanannya.
Mereka meninggalkan segala harta dunia demi keimanan mereka terhadap Allah SWT dan hari akhirat sehingga ganjaran yang mereka terima berlipat kali ganda.
Penulis ialah pendakwah
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI