‘Kena Tutup Bukan Balut.’ Trend Baju Lengan Pendek Pakai Handsock, Kalau Ketat Tetap Dikira Nampak Aurat

Share

‘Kena tutup bukan balut.’ Trend baju lengan pendek pakai handsock, kalau ketat tetap dikira nampak aurat iya. Lagi-lagi handsock jenis nipis dan nampak setiap lekuk tangan kita.

Handsock atau stokin tangan adalah sarung tangan yang dipakai pada bahagian lengan tangan bagi menutup aurat dengan sempurna.

Islam sendiri mengajar kaum wanita muslim menutup aurat seluruh anggota badan kecuali bahagian muka dan telapak tangan.

Artikel Berkaitan:

‘Pakai Baju Lengan Pendek, Cover Dengan Handsock.’ Berfesyen Jangan Sampai Terdedah Aurat

Kena Tutup Bukan Balut

Hakikatnya, tak semua wanita mampu berpakaian mengikut garis panduan yang ditetapkan. Mungkin mereka beranggapan dah pakai lengan panjang, kenapa nak kena pakai handsock?

Ikuti perkongsian Husna Ghani ini dan hadam baik-baik perkongsiannya:

Sekarang, ramai anak muda yang pakai style baju t-shirt lengan pendek dengan handsocks ketat. Tapi boleh ke pakai macam tu?

Kalau sekali tengok, memang sudah tutup warna kulit. Kalau pakai depan mahram, memang tiada masalah.

Trend Baju Lengan Pendek

Tapi kalau hendak pakai dekat luar, di depan ajnabi pula dan kemudian pakai untuk tujuan bergaya. Hukumnya jadi haram. Sebab lengan kita ini adalah aurat.

Tidak dinafikan, iya memang kita sudah tutup. Tapi still nampak lekuk dan pelipat tangan. Itu yang jadikan seseorang wanita nampak seksi seterusnya menarik perhatian lelaki ajnabi.

Pakai Handsock

Bagi orang perempuan, setiap bahagian tubuh badan dia ada keindahan. Dan disebabkan itulah kita kena jaga betul-betul.

Ingat aurat ini bukan untuk balut, tapi kena tutup elok-elok. Kita boleh saja nak pakai handsock yang melekap elok dekat tangan macam itu, bila kita pakai baju yang lengan besar bukaan dia.

Kalau Ketat Tetap Dikira Nampak Aurat

So bila angkat tangan tinggi ataupun buat aktiviti lasak atau angkat berat, lengan itu tidak akan terselak. Handsock itulah penyelamat.

Jadi, kalau memang baju memang berlengan pendek ada solusinya, pakai atau guna handsock jenis kain tshirt macam ni. Handsock sebegini jenis tebal dan longgar, itu yang paling penting.

Baca Di Sini:

‘Walaupun Tutup Aurat Sempurna, Elak Post Gambar Di Media Sosial.’ Tak Salah, Tapi Banyak Datangkan Fitnah

Kashoorga: Untuk melakukan perubahan dalam menutup aurat bukanlah sesuatu yang mudah. Tapi apa salahnya mencuba, dan berubah sedikit demi sedikit.

Sumber: Husna Ghani

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Published by
Syazwani Mehat