Masjid adalah tempat suci untuk kita beribadah menyembah diri padaNya d dengan menunaikan urusan solat lima waktu. Lagi cantik masjid yang dikunjungi semakin berkobar-kobar semangat untuk kita mengunjungi dan beribadat di rumah Allah ini.
Jika sebelum ini kita sudah ada beberapa seni bina masjid yang cantik dan menarik, seperti, Masjid Besi Putrajaya, Masjid Wilayah Persekutuan, Masjid Shah Alam atau Masjid Negara. Seni bina yang cukup unik dengan hiasan kaligrafi ayat Al-Quran menambah kecantikan masjid berkenaan.
Dan terbaru Masjid Sri Sendayan pula mula mencuri tumpuan. Bukan sahaja kerana seni binanya dikatakan menerapkan konsep Masjid Nabawi, Madinah tetapi insan yang begitu bermurah hati memberi wakaf kepada masjid yang terletak di Bandar Baru Sendayan, Negeri Sembilan.
Masjid yang mula dibina pada tahun 2015 dengan kos RM100 juta ini telah diwakafkan oleh Pengasas Syarikat Perbankan Kumpulan RHB. RHB ini adalah bermaksud Rashid Hussain Berhad, singkatan kepada nama Pengasas Syarikat Perbankan Kumpulan RHB, Tan Sri Abd Rashid Hussain, 73 tahun.
Jika anda berkesempatan ke sana nanti, cuba lihat pada ukiran kayu dinding di dewan solat, penggunaan saduran berwarna emas, tulisan khat serta penggunaan bongkah jubin sebagai dinding berhampiran mimbar yang merupakan hasil seni arkitek yang dibawa hampir sepenuhnya dari luar negara seperti Mesir, Turki, Dubai, Maghribi dan China.
Untuk pengetahuan, idea rekaan dalaman masjid ini diilhamkan oleh Tuan Haji Zailan yang merupakan kontraktor interior.
Malah, cat siling dalaman dilakukan secara manual hasil kerja tangan orang Morocco, kubah dalaman menggunakan ‘gold paper’ 24K, serta pintu dan kayu kubah diambil dari India.
Dalam satu perkongsian di laman sosial Facebook Farhan Che Hassan, memberitahu info menarik yang ramai tidak tahu di sebalik pembinaan masjid ini yang boleh memuatkan 5,000 jemaah dalam satu masa.
Masjid Ini dibina di atas tanah seluas 4.5 hektar yang dibeli dan diwakafkan oleh Abd. Rashid sendiri. Allahuakbar, betapa mulianya insan ini.
Ads
Orang Islam Kaya dan Berjaya, Dunia dan Akhirat
Korang tau RHB Group? maksud dia RASHID HUSSAIN BERHAD. Rashid bin Hussain, nak cerita pasal hebat dunia dia korang google lah, memang power dan kaya.
Tapi nak cerita pasal power akhirat dia, viral pelancaran dan solat Jumaat pertama di Masjid Sri Sendayan macam masjid kat luar negara. Haa masjid ni beliau yang sumbangkan.
Sebelum ni “Masjid Hussain Seremban 2” (masjid putih) juga hasil sumbangan beliau yang dinamakan atas nama bapanya “Hussain” yang memakan belanja RM 100 juta lebih kurang.
Dan kini masjid Sri Sendayan sepatutnya dinamakan atas nama nya sendiri , “Masjid Rashid Sri Sendayan”.
Ads
Tapi wallahualam kenapa hanya “Masjid Sri Sendayan”, mungkin beliau nak jaga hatinya sendiri dari terkena fitnah.
Dan ada juga khabar mengatakan beliau ada menyediakan ruang dan berniat hendak dikebumikan di masjid ini, SubhanAllah hebat Allah yang menggerakkan hati hamba2 nya
Moga Allah menerima niat baik beliau, mengalirkan semua pahala orang dtg beribadat pada beliau dan ramai org dapat manfaat dari Rumah rumah Allah di dunia ini.
Kita yang tak kaya dunia ni tak nk usaha kaya akhirat ?
Sembahyang pun malas malas …. Saya lah ni. (Amar Sufi Ali)
P/S : Ini adalah masjid ke-3 hasil sumbangan Tan Sri Abdul Rashid Hussain. Masjid yang pertama dibina di Langkawi dan dinamakan atas nama ibunya iaitu Masjid Aishah Sg. Mengulu.
Ibarat pokok yang memerlukan baja untuk terus hidup begitu jugalah dengan alam rumah tangga. Perlu dijaga agar terus hidup dan ‘berkembang.’
Kata pepatah, sedangkan lidah lagi terigigit, inikan pula suami isteri. Pepatah ini ada benarnya kerana tiada hubungan yang sentiasa sempurna. Tak dapat tidak, pasti ada gelora yang melanda.
Gambar sekadar hiasan.
Isteri pilihan hati adalah penyejuk hati suami walaupun apa jua masalah yang mendatang. Biarpun didatangi onak dan duri namun kebahagiaan tetap menjadi keutamaan.
Seorang isteri itu menjadi ‘nadi’ kebahagiaan sesebuah rumah tangga maka sebab itulah amat penting seorang isteri itu membahagiakan seorang suami.
15 TIP BAHAGIAKAN HATI SUAMI
1. Jangan terlalu mengongkong suami
2. Berilah perhatian pada suami walaupun anda sibuk
3. Jangan sesekali abaikan makan, minum dan pakai suami
4. Sekali sekali, izinkan suami keluar dengan teman-temannya
5. Percayalah pada suami
6. Jangan kedekut memuji suami
7. Kalau anda nampak suami keletihan dan kepenatan , urutlah dia dengan rela hati tanpa disuruh
8. Kalau suami tidak suka mengikut anda keluar membeli-belah, jangan paksa,minta izinnya untuk keluar seorang diri, bersama anak-anak atau rakan-rakan
9. Sentiasalah hadiahkan suami senyuman yang paling manis setiap masa
10. Jagalah penampilan anda khas untuk suami
11. Sentiasa beritahu suami dia seorang yang hebat
12. Jangan melarang suami melakukan apa yang diminatinya selagi tidak memudaratkan anda sekeluarga
13. Elakkan daripada menjadi pegawai penyiasat yang sentiasa ingin tahu apa yg suami buat dan ke mana dia pergi. Berikan dia sedikit ruang untuk dirinya sendiri
14. Selalulah ucapkan terima kasih pada suami
15. Beritahu suami betapa anda sayang dan cintakan dia dengan sepenuh hati
Sama-samalah membahagiakan hati suami/isteri kita… Semoga kita semua akan beroleh keluarga yang bahagia…
Sumber Kredit: Dr Suhana Abd Wahab
VIDEO KASHOORGA:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Pengalaman menunaikan ibadah umrah sangat memberi makna besar kepada jemaah yang pertama kali menjejakkkan kaki ke Tanah Suci.
Biarpun belum menunaikan ibadah haji, tetapi pengalamannya boleh menjadi panduan jika dapat dipanggil menjadi tetamuNya satu hari nanti.
Sebelum ini jemaah wanita yang mahu melakukan umrah bagi wanita perlu ditemani mahramnya, tetapi kini tiada masalah lagi.
Seperti perkongsian wanita ini, Rusila Yusof yang menceritakan kisah dan pengalamannya melakukan ibadah umrah tanpa ditemani mahram baru-baru ini.
Menurutnya niat untuk mencari pengalaman dan pengertian ibadah berjaya diperoleh sepanjang mengerjakan umrah di sana bersama teman-teman wanita bujang yang lain.
Umrah Tanpa Mahram (Wanita Bujang)
Alhamdulillah pada 20 November – 2 Disember 2019 yang lepas saya selamat mengerjakan umrah tanpa ditemani mahram. Saya hanya pergi seorang sahaja tanpa kawan atau saudara mara namun bersyukur kerana mendapat kawan-kawan di sana yang juga pergi secara solo.
Saya terdetik menulis di sini sebagai posting pertama saya bagi menjelaskan mengenai umrah tanpa mahram ini kerana masih ramai yang bertanya adakah boleh umrah tanpa mahram saya lihat di kebanyakan postíng orang lain dan juga ramai pm tanya tentang hal ini.
Kerajaan Arab Saudi telah membenarkan wanita bujang untuk mengerjakan umrah tanpa mahram sejak September 2019. Namun bukan semua travel agen pada masa itu mula membuka pakej. Saya mempunyai kawan bujang yang turut mengerjakan umrah tanpa mahram tetapi menggunakan kaedah DUMMY MAHRAM… yang tu panjang cerita…. Hihihi… Dia menggunakan visa umrah yang masih memerlukan mahram yang hanya valid selama 30 hari sahaja jika tidak silap…
Untuk wanita bujang, anda perlu menggunakan visa pelancong yang mana ia valid selama setahun. Sebelum ini wanita yang berumur 45 tahun sahaja dibenarkan umrah tanpa mahram… Tetapi sejak undang-undang telah berubah, wanita yang berumur 18 tahun sudah boleh mengerjakan umrah tanpa mahram….
Saya mengikuti pakej bersama Rarecation Travel dan alhamdulillah semuanya berjalan lancar. 12 hari 10 malam di mana saya berada di Mekah selama 5 malam dan madinah 5 malam.
Terdapat juga orang memberi komen yang tidak menyenangkan apabila saya mengerjakan umrah secara tanpa mahram kerana katanya seolah-olah fokus ibadah telah berkurang dan lain2. Sebenarnya tujuan mengerjakan umrah adalah lebih dari sekadar ibadah secara manasik umrah. Tetapi pengertian di sebalik umrah itu lebih penting iaitu maqasid umrah.
Saya pergi dengan niat untuk mencari pengalaman dan pengertian ibadah dan alhamdulillah apa yang saya ingin fahamkan telah saya dapat. Jangan takut dengan cerita-cerita pelik bila buat umrah. InsyaAllah bila niat kita baik akan dipermudahkan semuanya.
Semoga kalian semua wanita-wanita bujang boleh la menyimpan wang untuk ke sana juga. Ada pakej murah ada yang mahal. Kalau berani boleh cuba secara backpackers.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
“Amalkan bersama. Bacaan nya simple dan mudah. Jangan di abaikan walau sesaat. Kita memang tak akan lari dari dosa. Ada sahaja cara dan peluang untuk mengumpul dosa. Tapi Allah Maha Menerima Taubat.
“Setiap pagi, tarik nafas dalam dalam. Letak tangan di dada. Bacakan zikir ini berulang kali. Inshaallah, dengan solat yang dijaga, dengan sedekah yang dilaksana, dengan hubungan ibu ayah yang sentiasa dipeliharq, hati akan benci dengan maksiat.
“Badan akan letih dan malas untuk buat maksiat. Bila maksiat dapat ditinggalkan, barulah doa senang dimakbulkan, barulah rezeki datang mencurah curah, barulah bencana dan bala akan segera dihilangkan.
“Sebarkan pada semua. Moga zikir dan amalan baik dari para ulama dapat memandu jasad dan roh kita ke SYURGA Allah Swt. Kita amalkan bersama
Seronok beraya, pergi rumah terbuka bertemu saudara mara dan rakan taulan tapi tanpa sedar kita turut sama melakukan dosa.Dikongsi oleh Ustazah Asma' Harun, terdapat...