Walaupun Masjidil Haram dan Kaabah dalam jagaan kerajaan Arab Saudi namun kunci kepada Kaabah dijaga oleh sebuah keluarga sejak dulu lagi.
Siapakah keluarga yang beruntung ini? Mereka adalah ahli keluarga Bani Syaibah, penjaga kunci-kunci Kaabah. Keluarga inilah yang bertanggungjawab membuka, menutup, dan mencuci Kaabah. Mereka telah diamanahkan dengan pekerjaan ini sejak zaman Nabi Muhammad.
Bani Syaibah adalah keturunan Uthman ibn Talha رضي الله عنه. Pada hari penaklukan Makkah, Nabi Muhammad memberinya kunci Kaabah dan berkata, ‘Ambillah, wahai keluarga Thalhah hingga hari kiamat.’
Tapi sebelum itu penjaga asalnya ialah cucu kepada Qusai Bib Kilab Bin Murrah. Memetik beberapa portal berita Arab Saudi yang melaporkan, selepas penaklukan Mekah, Ali Ibn Talib membawa kunci tersebut ke Kaabah daripada Othman Ibn Talha, penjaga Kaabah namun bukan Muslim.
Sebaik itu berlaku, Allah SWT berfirman agar Nabi Muhammad S.A.W mengembalikan kunci itu kepada pemilik berhak.
“Allah perintahkan kamu pulangkan amanah kepada mereka yang berhak; dan apabila kamu menghakimi dua orang, hakimilah dengan seadilnya.” (Surah An-Nisa 4:58)
Nabi Muhammad kemudian mengarahkan Ali Ibn Talib memulangkan kunci itu kepada Othman Ibn Talha dan meminta maaf kerana kekhilafan itu.
Othman Ibn Talha terkejut, bagaimana penakluk Mekah itu memulangkan kunci itu kepadanya walaupun dia bukan Muslim.
Ali Ibn Talib kemudian memberitahunya, Allah mahu dia simpan kunci Kaabah itu. Mendengar itu, Othman Ibn Talha terus memeluk Islam dan sehingga kini, Bani Shaiba terus menjadi penjaga kepada kunci Kaabah.
Justeru, mereka bertugas menjaga tempat suci itu, termasuk membuka dan menutup pintu Kaabah, menjaga dan mencuci Kishwah, kain besar yang menutup Kaabah.
Bagaimana agaknya rupa kunci Kaabah?
Kunci itu dibuat daripada nikel, disalut dengan emas 18 karat sementara panjangnya pula 35 sentimeter.
Kunci itu disimpan dalam sebuah beg hijau dengan sulaman emas di atasnya tertera petikan yang tertulis: “Allah perintahkan kamu melakukan tugas kamu demi umat.”
Sumber: Life in Saudi Arabia & Astro Awani.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI