Ada berbagai posisi digayakan ketika tidur. Ada yang mengiring, menelentang, meniarap dan sebagainya. Rasululah SAW mengajarkan kita untuk tidur dengan cara mengiring sebelah kanan dan bukan dengan posisi lain.
Ternyata, apa diajarkan Rasulullah iaitu dengan posisi mengiring sebelah kanan itu, saat bernafas, rahang akan dalam keadaan relax. Manakala lidah pula akan masuk ke dalam iaitu ke bahagian tekak dan boleh menghalang saluran pernafasan dan menyebabkan kita berdengkur.
Bagaimana dengan posisi tidur yang lain khususnya dalam keadaan meniarap? Dalam satu perkongsian dari Mufti Wilayah Persekutuan, ternyata tidur meniarap dilarang. Kenapa Rasulullah melarang kita tidur meniarap dan kenapa Baginda mengejutkan sahabat tidur meniarap dengan kaki? Ini pandangan ulama mengenai posisi tidur meniarap.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Memang terdapat hadis dari Nabi SAW mengenai larangan untuk tidur secara meniarap. Ini sepertimana riwayat daripada Ya`ish daripada ayahnya, Tikhfah bin Qaysi al-Ghifari RA bahawa pada suatu hari ketika beliau sedang tidur di dalam masjid dalam keadaan meniarap, lalu ada seseorang yang menggerakkanku (membangunkanku) dengan mengunakan kaki lalu berkata:
إِنَّ هَذِهِ ضِجْعَةٌ يُبْغِضُهَا اللَّهُ. قَالَ فَنَظَرْتُ فَإِذَا رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم
Maksudnya:Sesungguhnya ini adalah cara tidur yang dimurkai Allah. Kemudian Tikhfah RA berkata: “Lalu aku melihat lelaki itu (yang membangunkanku) adalah Rasulullah SAW. Riwayat Abu Daud (5040) & al-Bukhari di dalam Adab al-Mufrad (1187)
Dalam hadis dengan lafaz yang lain, Rasulullah SAW telah bersabda:
قُمْ وَاقْعُدْ فَإِنَّهَا نَوْمَةٌ جَهَنَّمِيَّةٌ
Ads
Maksudnya:Bangun dan duduk, sesungguhnya ini adalah cara tidurnya penghuni neraka. (Riwayat Ibn Majah (3725)
Keharusan Mengejutkan Mereka Yang Tidur Menggunakan Kaki
Berdasarkan hadis di atas, antara faedah yang boleh diambil daripadanya adalah keharusan seseorang membangunkan orang lain yang sedang tidur dengan menggunakan kaki. Perbuatan yang ditunjukkan oleh Nabi SAW melalui hadis di atas menjadi dalil akan keharusannya bahkan Nabi SAW adalah manusia yang paling tawadhu` dan perbuatan tersebut tidaklah dikira sebagai takabbur.
Sekiranya yang mengejutkan itu padanya perasaan takabbur maka pada perbuatan tersebut ada hukumnya yang lain. Namun, jika hanya semata-mata membangunkan seseorang dengan menggerakkan kaki dan mencuit maka tidaklah mengapa dan tidak dikira sebagai takabbur.
Namun perlulah juga melihat kepada keadaan orang yang ingin dibangunkan itu. Sekiranya ditakuti orang yang akan dibangunkan itu merasa diperkecilkan dan dipandang rendah dengan perbuatan membangunkan dirinya dengan menggunakan kaki, maka perbuatan itu haruslah dielakkan.[1]
Hukum Tidur Meniarap Jelas terdapat larangan agar tidak tidur secara meniarap. Di dalam kitab-kitab fiqh mazhab al-Syafi`e, tidur secara sengaja dalam keadaan sebegini adalah makruh. Ini sepertimana yang disebutkan oleh al-Imam al-Nawawi Rahimahullah di dalam kitabnya al-Majmu`: وَيُكْرَهُ الِاضْطِجَاعُ عَلَى بَطْنِه Maksudnya:dan dimakruhkan untuk tidur di atas perut (secara meniarap).[2] Al-Khatib al-Syarbini Rahimahullah juga menyebutkan bahawa sunat juga mengejutkan mereka yang tidur dalam keadaan meniarap.[3] Kesimpulan Larangan dari tidur secara meniarap berdasarkan hadis yang disebutkan di atas difahami oleh ulama` Syafi`eyyah adalah bersifat makruh. Seeloknya dijauhkan dari perbuatan tersebut. Di akhir perbincangan ini, ingin kami kongsikan di sini bagaimana adab serta sunnah yang boleh dipraktikkan oleh muslim ketika mana ingin tidur. Antaranya:
Ads
Tidur dalam keadaan berwudhu`.
Rasulullah SAW telah bersabda: إِذَا أَتَيْتَ مَضْجَعَكَ فَتَوَضَّأْ وُضُوءَكَ لِلصَّلاَةِ Maksudnya:Jika kamu mendatangi tempat pembaringanmu, maka berwudhu`lah seperti mana wudhu`mu untuk melakukan solat. Riwayat Al-Bukhari (247), Muslim (2710) & Abu Daud (5046)
Tidur pada lambung kanan (mengiring ke kanan)
Ini juga berdasarkan hadis Nabi SAW: ثُمَّ اضْطَجِعْ عَلَى شِقِّكَ الأَيْمَنِ Maksudnya:…kemudian berbaringlah kamu di atas lambung kamu di sebelah kanan. Riwayat Al-Bukhari (247) & Muslim (2710)
Membaca Ayat al-Kursi
Membaca ayat al-Kursi sebelum tidur dapat memelihara diri dari gangguan syaitan sehingga subuhnya. Fadhilat ini berdasarkan hadis sahih diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari di dalam Sahihnya.[4] Ianya adalah sebuah hadis yang panjang dan kami sertakan sekali takhrijnya bagi rujukan para pembaca.
Membaca 3 Qul
Ini berdasarkan hadis Nabi SAW daripada `Aisyah R.Anha: أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم كَانَ إِذَا أَوَى إِلَى فِرَاشِهِ كُلَّ لَيْلَةٍ جَمَعَ كَفَّيْهِ ثُمَّ نَفَثَ فِيهِمَا فَقَرَأَ فِيهِمَا {قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ} وَ{قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ} وَ{قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ} ثُمَّ يَمْسَحُ بِهِمَا مَا اسْتَطَاعَ مِنْ جَسَدِهِ يَبْدَأُ بِهِمَا عَلَى رَأْسِهِ وَوَجْهِهِ وَمَا أَقْبَلَ مِنْ جَسَدِهِ يَفْعَلُ ذَلِكَ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ Maksudnya:Adalah Nabi SAW jika ingin tidur pada setiap malam akan menadah tangannya lalu dihembuskan pada keduanya dan dibacakan padanya Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Naas kemudian Baginda menyapu pada kedua tapak tangannya it uke bahagian badan (yang boleh dicapai) dimulai dengannya pada bahagian kepala. Muka dan bahagian depan badan Baginda dan Baginda melakukannya sebanyak tiga kali. Riwayat al-Bukhari (5017)
Membersihkan Tempat Tidur
Ini berdasarkan hadis Nabi SAW: إِذَا أَوَى أَحَدُكُمْ إِلَى فِرَاشِهِ فَلْيَأْخُذْ دَاخِلَةَ إِزَارِهِ فَلْيَنْفُضْ بِهَا فِرَاشَهُ Maksudnya:Jika salah seorang dari kamu ingin mendatangi tempat tidur kamu, maka ambillah sebahagian kain lalu dikibaskannya (bagi membersihkan tempat tidur itu) Riwayat Muslim (2714)
Maksudnya: Dengan nama-Mu Tuhan aku meletakkan lambungku Dan dengan Nama-Mu pula aku bangun daripadanya. Apabila Engkau menahan rohku (mati), maka berilah rahmat padanya. Tetapi apabila Engkau melepaskannya, maka peliharalah, sebagaimana Engkau memelihara hamba-hamba-Mu yang soleh.
Maksudnya:Ya Allah, aku menyerahkan diriku kepada-Mu, aku mengarahkan wajahku kepada-Mu, aku serahkan urusanku kepada-Mu menghadapkan wajahku kepada-Mu dan aku sandarkan belakangku kepada-Mu karena mengharap dan takut kepada-Mu, tidak ada tempat berlindung dan menyelamatkan diri dari (ancaman)-Mu kecuali kepada-Mu, aku beriman kepada kitab yang Engkau turunkan dan kepada Nabi yang Engkau utus.
Maksudnya: Ya Allah, dengan nama-Mu aku hidup dan aku mati.
Buanglah sifat dengki dan maafkanlah orang lain sebelum tidur.
Membaca doa ketika bangun dari tidur
Ini berdasarkan hadis Nabi SAW, daripada Huzaifah RA:
كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم إِذَا أَوَى إِلَى فِرَاشِهِ قَالَ " اللَّهُمَّ بِاسْمِكَ أَحْيَا وَأَمُوتُ ". وَإِذَا أَصْبَحَ قَالَ " الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ Maksudnya:Adalah Nabi SAW jika mendatangi tempat tidurnya akan berdoa: “Allahumma bismika ahya wa amut”. Apabila bangun dari tidur berdoa: “Alhamdulillahillazi Ahyana ba`da Ma amatana wa ilaihi al-Nusyuur”.
Riwayat al-Bukhari (7394)
Tidur secara meniarap juga menurut kajian boleh membawa kepada masalah kesihatan. Kebanyakannya adalah melibatkan sakit tulang belakang. Semoga Allah SWT sentiasa memberikan kita taufik dan hidayah-Nya untuk terus mengamalkan Sunnah Nabi SAW dalam setiap aspek kehidupan. Wallahu a’lam
[1] Lihat Syarh Riyadh al-Soliheen oleh Ibn `Uthaymeen. Dar al-Watan li al-Nasyar, (4/343) [2] Lihat Al-Majmu` Syarh al-Muhazzab. Dar al-Fikr, (4/474) [3] Lihat Mughni al-Muhtaj. Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, (1/309) [4] Dikeluarkan oleh al-Imam al-Bukhari. Kitab al-Wakalah. Bab Iza Wakkala Rajulan Fataraka al-Wakil Syai’an fa Ajazahu al-Muwakkil fa Huwa Jai’zun wa In Aqradhahu ila Ajalin Musamma Jaaz. No. Hadis: (2311). [5] Sahih Muslim (2714) [6] Sahih al-Bukhari (7488) [7] Sahih al-Bukhari (7394)
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Solat merupakan rukun Islam kedua yang wajib ditunaikan setelah mengucap dua kalimah syahadah. Perintah mendirikan solat ini telahpun bermula semenjak berlakunya satu peristiwa besar di dalam Islam yang dilalui oleh baginda Rasulullah SAW iaitu peristiwa Israk dan Mikraj.
Allah SWT berfirman dalam Surah al-Mukminun, ayat 1-2 yang bermaksud: “Benar-benar sangat beruntung orang-orang beriman. Yakni mereka yang khusyuk dalam mengerjakan sembahyang.”
Masa yang sama, kita disarankan sentiasa berwuduk kerana orang yang sentiasa berwuduk akan didoakan oleh para malaikat supaya dirahmati dan diampuni Allah. Malah orang yang sentiasa dalam keadaan berwuduk dapat menghindari dari terkena panahan Ain yang jahat.
Dipetik dari pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, timbul satu pertanyaan manakah lebih afdal, menjaga wuduk atau mengambil wuduk baru untuk solat seterusnya?
Menjaga wuduk dan sentiasa dalam keadaan berwuduk ialah satu perbuatan yang terpuji kerana kita dapat bersedia dan lebih mudah untuk menunaikan ibadah sama ada ibadah fardhu atau sunat.
Jika kita menjaga wuduk sehingga ke solat fardhu seterusnya, memadai untuk kita menggunakan wuduk yang sama untuk solat tersebut. Walau bagaimanapun, disunatkan untuk kita memperbaharui wuduk walaupun kita masih lagi dalam keadaan berwuduk kerana ia merupakan sunnah dan kebiasaan yang diamalkan Rasulullah SAW.
Oleh itu, mengambil wuduk baharu bagi solat fardhu adalah lebih afdhal dan lebih baik kerana perbuatan tersebut termasuk dalam kelebihan orang yang banyak berwuduk di dalam hadith. Selain itu, kaedah fiqh menyebutkan bahawa sesiapa yang lebih banyak perbuatan ibadahnya, maka lebih kelebihan dan pahalanya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
‘Bayi kerap menangis tapi tak keluar air mata.’ Elak anak terkena gangguan, amal surah dan doa ini, bila anak kalian ada tanda-tanda mengalami gangguan.
Apabila anak kecil kerap menangis pada waktu malam terutamanya waktu senja atau tengah malam, sudah tentu setiap ibu bapa pasti mempunyai perasaan bimbang dan risau.
Ia berkemungkinan si kecil itu lapar, sakit atau terkena gangguan makhluk halus. Menangis bagi bayi atau anak kecil merupakan perkara biasa, bukan semestinya kerana ada masalah atau kerana kecuaian ibu.
Malah menangis merupakan suatu pernyataan bayi atau kanak-kanak sebagai ganti kepada pertuturan yang tidak dapat diluahkan terhadap sesuatu yang berlaku.
Ada bayi yang masih dalam tempoh berpantang, tidur nyenyak di siang hari, tetapi mula menangis pada masa-masa tertentu sama ada pada tengah malam, petang ataupun bila-bila masa tanpa sebab yang jelas.
Tapi Tak Keluar Air Mata
Terdapat juga bayi yang mula menangis apabila tidurnya terganggu, biarpun oleh suara yang perlahan seperti bunyi benda jatuh, bunyi tapak kaki, bunyi pintu tertutup dan sebagainya.
Pada kebiasaannya tangisan akibat gangguan tersebut berlaku dalam tempoh yang singkat. Terkadang ada juga anak kecil menangis malam tanpa henti. Bukan sebab lapar atau sakit. Tapi sebab gangguan lain.
Elak Anak Terkena Gangguan
Menangis bayi tak berairmata. Susah hati ibu bapa bila anak-anak macam tu. Puas pujuk tetap menangis juga.
Insyallah, cuba amalkan bacaan ini untuk anak-anak kalian yang menangis.
• Membaca Surah al-Fatihah dan mengulang-ulanginya.
• Kemudian, membaca Ayat al-Kursi.
• Membaca Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah al-Nas.
• Dan membaca doa seperti di bawah sebanyak 3 kali:
Doa dan ayat al-Qur’an di atas boleh dibacakan pada air dan dipercikkan kepada mereka yang sakit. Ia berdasarkan perbuatan Nabi SAW kepada Thabit bin Qais.
[Menurut hadis Riwayat Abu Daud, no. 3885]
Semoga sedikit sebanyak memberi manfaat buat semua ya.
‘Orang yang betul-betul jaga solat, Allah uji dengan bos dan tempat kerja.’ Jika tiada pilihan, boleh buat solat jamak tamam. Tidak semua daripada kita bernasib baik dapat tempat kerja dan majikan yang baik.
Tidak semua bos memahami dan memberi izin kepada pekerjanya untuk menunaikan solat apalagi berbeza agama. Namun sikap anak muda ini harus dipuji kerana dia benar-benar menjaga solatnya.
Ikuti perkongsian Ahmad Fedtri Yahya ini dan hadam baik-baik cadangannya apabila seseorang itu berdepan dengan situasi yang sama.
Bergantung kepada situasi dan penilaian di tempat kerja anda, diharap jawapan @ustazshahrizan boleh memberi panduan untuk anda bertindak.
“Jika benar ada kepayahan yang tiada pilihan masa, tempat, tiada pengganti ( syif ) kepayahan dan kesusahan ini dikira mendesak, maka harus laksanakan solat jamak ta’khir tamam.
Tangguh maghrib dan buat pada waktu Isyak. Jika ada pilihan, maka kena solat maghrib pada waktunya mengikut kadar kemampuan ruang dan laksanakan rukun yang wajib-wajib sahaja jika ianya mendesak untuk solat dengan segera.
Allah Uji Dengan Bos & Tempat Kerja
INFO: SOLAT JAMAK TAMAM Solat jamak tamam adalah menghimpunkan dua solat dalam satu waktu tanpa mengurangkan bilangan rakaat solat berkenaan. Sebagai contoh, solat Zuhur yang dijamakkan bersama solat Asar yang mana kedua-duanya masing-masing dilakukan sebanyak empat rakaat.
Syarat solat jamak tamam sebab hajat :
1. Tidak dijadikan kebiasaan atau adat.
2. Hajat itu benar-benar mendesak ( kepayahan mendesak ).
3. Tidak dijadikan sebab atau alat bagi mempermain-mainkan agama dan muslihat bagi mereka yang malas mengerjakan solat (contoh muslihat : memilih untuk solat jamak kerana shopping / bersukan etc
P/S : Boleh berbincang dengan manager atau staf yang lain untuk aturan jadual dan masa sebaiknya.
Jika Tiada Pilihan
Rupa-rupanya ramai warganet juga berdepan situasi yang lebih kurang sama bila bekerja di tempat baru.
madihah195
Pernah juga kerja yang ada situasi macam itu. Malah mereka silap tunjuk arah kiblat lagi. Time itu tak canggih lagi hendak tengok compass kan. Hmmm, sedihnya sebab pekerja dan manager semua Islam.
Tak expect ada situasi sukar hendak solat di tempat yang ada orang Islam. Tapi what I do awal-awal kerja macam akur saja, terpaksa solat lewat dan sambung terus next solat. Makan pun hanya roti saja sempat.
Tapi next day itu rasa tak sedap hati buat macam itu hari-hari. End up cuba beranikan diri setiap kali masuk waktu solat, minta izin dekat manager hendak solat.
Nampk dia macam berat hati hendak bagi tapi dia bagi juga. Surprisingly, tak lama selepas itu, seorang demi seorang staf sudah mula solat.
Subhanallah rupanya mungkin ada staf lain yang tak berani hendak bangkitkan isu ini. So conclusionnya, cuba beranikan diri untuk slow talk tentang ini.
Boleh Buat Solat Jamak Tamam
norfatinsyamimi
Dulu saya pernah kerja kedai komputer milik bos India. Tapi mereka sangat baik. Bila tahu saya berjalan kaki jauh hendak ke surau untuk solat, diorang kumpul staf-staf untuk kemas satu bilik khas bagi saya solat kat situ.
Lengkap ada bilik air untuk wuduk dan mereka siap pasang almari untuk saya simpan telekung. Masyallah terharunya sangat waktu itu.
syuhadarhmt
Ayah saya selalu pesan, one of the main point kena titikberatkan masa cari kerja, adakah tempat kerja tu memudahkan kita untuk solat dari segi tempat dan masa?
Seandainya majikan atau “work-nature” kerja itu menyukarkan untuk solat, tinggalkan segera (andai sudah bekerja) atau jangan apply at the first place. Kita kerja hendak cari rezeki jangan sampai lupa pada Pemberi Rezeki (Ar-Razzaq)
milkywithstars
Sebak baca, orang yang betul hendak jaga solat. Allah uji dengan bos dan tempat bekerja.
Solat jenazah ibu bapa, anak lebih afdal jadi imam...Hati mana yang tak tersentuh bila mana melihat anak yang kematian ibu bapa mengambil tanggungjawab menyempurnakan...