
Ada pasangan yang bertahun-tahun berkahwin, masih menanti kehadiran zuriat. Buat pasangan yang sedang diuji masih belum ada rezeki anak bersabarlah. Teruskan berusaha dan berdoa kepada Allah agar suatu hari nanti akan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.
Walau yang berkahwin itu manusia, tetapi bukan hak manusia itu untuk meminta haknya (zuriat) kepada Allah SWT. Kerana itu adalah hibah dari Allah SWT.
Beza antara hibah dan hak. Pemberian kepada orang yang tidak layak untuk diberi. Manakala hak adalah pemberian kepada orang yang berhak untuk mendapat. Allah SWT berfirman, “Kami (Allah) memberikan hibah…” kepada Ibrahim a.s iaitu Ishak a.s. Dan setelah Ishak a.s, anaknya iaitu…”Yaakub…ke semuanya adalah bahagian daripada hibah.”
https://www.facebook.com/CocombeeCom/videos/1487612231344080/UzpfSTEwMDAwMDA3MjQwODc4NzoyMjIyNjAxODUxMDg1NTQw/

Sumber kredit: FB: Cocombee
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Jenazah Mangsa COVID-19 Hanya Ditayammum Atas Beg. Ini Prosedur Pengurusan Mayat Yang Beragama Islam – Menteri Agama

Isi Kandungan
TogglePenularan virus COVID-19 memasuki fasa serius apabila negara kita mencatat dua kematian.
Salah seorang yang meninggal dunia akibat COVID-19 ini adalah seorang lelaki Islam berusia 34 tahun.
Mangsa yang merupakan kes ke 178 dikatakan sebelum itu telah menghadiri perhimpunan Tabligh di Masjid Sri Petaling hujung Februari lalu. Dia dikatakan tidak ada sejarah penyakit kronik dan meninggal dunia disebabkan penyakit merbahaya ini.
Sehubungan itu, jenazah mangsa yang berasal dari Johor perlu diuruskan megikut hukum pengurusan mayat pesakit ebola menerusi kenyataan yang dikeluarkan Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.
Menerusi kenyataan itu dinyatakan jenazah mangsa Covid-19 hanya ditayammum atas balutan beg jenazah berdasarkan muzakarah berkaitan hukum pengurusan mayat pesakit Ebola.
Datuk Dr Zulkifli juga berkata bahawa kaedah itu dibuat pada permukaan beg berdasarkan muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia pada Februari 2015.
“Kelonggaran diberikan sekiranya ada kemungkinan wujud kemudaratan kepada nyawa manusia yang menguruskan jenazah,” tambahnya lagi.

Perkongsian mengenai pengurusan jenazah COVID-19 ini juga telah dijelaskan oleh seorang pengguna @HasrulRizwan di laman sosial di twitter
Dia turut menjelaskan pertanyaan berkaitan oleh warganet.
Ikut prosedur Ebola
Kaedah jika jenazah mangsa AIDS
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Walau Ditimpa Dugaan Berat, Jangan Minta Dicabut Nyawa Pada Allah

Meminta dicabut nyawa atau mati kepada Allah SWT bukan lah jalan yang baik. Siapa kita mahu menentukan ajal maut kita? “Kau cabutlah nyawaku ya Allah, aku dah tak mampu tanggung derita ini” Siapa kita untuk mengarahkan Allah agar mencabut nyawa kita? Biar seberat mana pun masalah dan dugaan melanda, carilah jalan penyelesaian dan bertaubatlah.
Usia tidak boleh dijual beli atau ditawar ganti. Ikuti kupasan pendakwah terkenal dan disegani iaitu Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid berkenaan perangai manusia yang selalu meminta mati pada Allah tatkala diuji.
Menurut Habib Ali Zaenal, sebagai hamba Allah SWT, jangan ada antara kita yang meminta mati hanya kerana ada musibah yang menimpa diri. Baginda Rasulullah SAW bersabda: “ Mintalah kamu kepada Allah SWT Husnul Khatimah”
Di dalam hadis yang lain, Nabi SAW juga bersabda: “Kata-kata atau penyesalan yang disampaikan oleh iblis bilamana mendengar ada orang yang minta kepada Allah SWT mati dalam Husnul Khatimah, “Macam ditusuk tulang belakang aku,”kata iblis, bilamana dia mendengar orang meminta kepada Allah Husnul Khatimah.
Husnul Khatimah akan menyebabkan usaha iblis untuk menyesatkan kita menjadi sia-sia, sehingga iblis menjadi sangat geram bilamana orang meninggal dunia dalam Husnul Khatimah.
Seseorang digalakkan mati dalam keadaan Islam atau Husnul Khatimah namun DILARANG meminta mati kerana tertekan atau stress. DILARANG meminta mati disebabkan berhadapan dengan masalah dalam kehidupan.
Artikel berkaitan: Kematian Indah, Ulama Meninggal Dunia Setelah Ucap “Lailahaillallah” Semasa Berceramah
Artikel berkaitan: Muhammad Haziq Meninggal Dunia, Perginya Dalam Keadaan Husnul Khatimah
Kalau pun mesti juga meminta mati, maka berdoalah kepada Allah SWT,” Ya Allah, hidupkan diriku bilamana kehidupan ini memberikan kebaikan kepada diriku, dan matikanlah aku bilamana kematian itu membawa kebaikan untuk diriku”.
Kalau dia orang yang diberikan umur oleh Allah SWT ialah daripada orang yang baik, maka dia boleh menambahkan keberkatan umur yang diberikan dengan kebaikannya semakin bertambah.
Kalau dia orang yang berbuat jahat, tapi masih dikurniakan umur oleh Allah SWT, ini adalah peluang supaya dia boleh insaf dan bertaubat.

Dengan demikian, TIDAK BOLEH meminta mati disebablan apa pun juga sama ada orang itu adalah orang yang baik-baik atau orang tidak baik. Peluang dikurniakan umur yang diberikan oleh Allah SWT adalah untuk menambahkan kebaikan bagi orang yang baik dan peluang untuk bertaubat bagi orang yang berbuat maksiat.
Kashoorga : Mintalah bantuan daripada Allah. Jangan meminta dicabut nyawa walau sekalipun. Sekecil mana pun masalah, ia adalah ujian daripada Allah. Allah menguji kita untuk melihat sejauh mana percayanya kita kepada kekuasaanNya.
Dia yang memberikan masalah kepada kita, maka Dia juga lah yang berkuasa mengangkat masalah itu. Berusaha cari jalan penyelesaian diiringi dengan doa dan tawakal kepadaNya.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
“Pengkid Pakai Ihram Seperti Lelaki Tunai Umrah.’ Makin Berani Undang Murka Allah, Mereka Nak Cabar Siapa?

Isi Kandungan
Toggle“Pengkid pakai ihram seperti lelaki tunai umrah.’ Semakin lama, makin berani undang murka Allah. Mereka nak cabar siapa sebenarnya?
Lepas satu, satu perkara yang tak masuk akal dilakukan. Kes atau perkara ini turut mendapat perhatian Ustazah Asma Harun. Sepertimana orang lain, Ustazah Asma turut terkesan dengan tindakan wanita terbabit.
Artikel Berkaitan: “Suatu Masa Dia Akan Menyesal.’ Da’i Wan Sedih, Nasihat Aliff Syukri Berkali Tak Berhasil
Pengkid Pakai Ihram
Peristiwa sedih bulan muharam, bulan peristiwa hijrah. Yang di sana isu pengkid pakai ihram, yang di sini sengaja buat video soft-porn dan gadai maruah muslim.
Jika dahulu timbul isu seorang lelaki tanpa segan silu berpakaian wanita pergi menunaikan umrah hingga menimbulkan respon pelbagai pihak, sekarang timbul pula isu seorang wanita memakai ihram seperti lelaki menunaikan umrah. Allahu Akbar, sungguh tenat fitnah akhir zaman sekarang.
Bukan itu sahaja, di negara kita pula sedang tular klip video dua artis yang dalam proses mengeluarkan muzik video mereka. Rata-rata mengatakan pakaian dan tarian dalam video tersebut seperti pelakon lucah.
Seperti Lelaki
Kedua-dua isu ini pernah ditegur oleh ramai pihak berkali-kali, namun kita lihat golongan seperti ini semakin berani melakukan perbuatan yang mengundang kemurkaan Allah SWT. Mereka nak cabar siapa sebenarnya?
Rasulullah SAW, para sahabat dan alim ulama sanggup bersusah payah, bermandikan darah, bahkan ada yang terkorban nyawa semata-mata untuk sampaikan agama ini kepada kita. Mohon maaf, perkara begini memang sangat menyedihkan.
Islam ialah agama yang melindungi umatnya.
Kita selalu dimomokkan dengan slogan Islam itu mengongkong penganutnya hingga tiada kebebasan dalam kehidupan, khususnya oleh golongan Liberal, tetapi hakikatnya adalah sebaliknya, iaitu untuk memelihara maruah manusia, sama ada lelaki atau wanita.
Tunai Umrah
Jika tiada kefahaman agama yang jelas, kita dapat lihat betapa murahnya nilai sebuah maruah itu di mata sendiri. Paling membimbangkan, kemungkaran yang dibuat bukan hanya memberi kesan kepada diri mereka sahaja, tetapi anak-anak muda yang melihat akan mula terikut-ikut, seolah-olah ia menjadi satu kebiasaan. Allahu Akbar.
Hukum agama tentang transgender atau Mukhannath ini sudah sangat jelas. Bahkan, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MJFK) Kali Ke-4 yang bersidang pada 13-14 April 1982 telah memutuskan bahawa:
i) Pertukaran jantina dari lelaki kepada perempuan atau sebaliknya melalui pembedahan adalah haram dari segi syarak.
ii) Seseorang yang dilahirkan lelaki, hukumnya tetap lelaki walaupun ia berjaya tukarkan jantinanya melalui pembedahan.
iii) Seseorang yang dilahirkan perempuan, hukumnya tetap perempuan walaupun ia berjaya tukarkan jantinanya melalui pembedahan.
Baca Juga Di Sini:
‘Ini Bukan Kerja Saya, Tapi Allah Izinkan.’ Hafiz Mahamad Buat Kejutan, Bawa 120 Staf Tunai Umrah
Makin Berani
Jangan campurkan perkara hak dan batil…
Firman Allah SWT:
وَلَا تَلْبِسُوا الْحَقَّ بِالْبَاطِلِ وَتَكْتُمُوا الْحَقَّ وَاَنْتُمْ تَعْلَمُوْنَ
Maksudnya: “Dan janganlah kamu mencampurkan kebenaran dengan kebatilan dan (janganlah) kamu sembunyikan kebenaran, sedangkan kamu mengetahuinya.”
(Surah Al-Baqarah 2: 42)
Dalam isu pengkid tunaikan umrah, mungkin pelakunya tidak sedar bahawa perbuatannya itu dicampurkan antara perkara hak dan batil, iaitu dia tunaikan umrah (hak) dalam keadaan menyerupai lelaki (batil).
Sekali lagi saya tegaskan, sebab itu pentingnya kita dalami ilmu agama, bukan untuk menjadi ustaz atau ustazah, tetapi supaya perbuatan kita selamat dunia akhirat sama ada dalam urusan harian atau ibadah. Sama-sama kita ambil pengajaran.
Undang Murka Allah
Benarlah peringatan yang pernah diberikan oleh Rasulullah SAW di dalam hadisnya, daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda:
لَتَتَّبِعُنَّ سَنَنَ الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ، شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ، حتَّى لَوْ دَخَلُوْا فِي جُحْرِ ضَبٍّ لَاتَّبَعْتُمُوهُمْ قُلْنَا: يَا رَسُولَ اللهِ، آلْيَهُودَ وَالنَّصَارَى؟ قالَ: فَمَنْ؟
Maksudnya: “Sungguh kalian akan mengikuti jalan orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta sampai jika orang-orang yang diikuti itu masuk ke lubang dhob (sejenis biawak), pasti kalian akan mengikutinya.” Kami (para sahabat) berkata, “Wahai Rasulullah, apakah yang diikuti itu adalah Yahudi dan Nasrani?” Baginda menjawab, “Lantas siapa lagi?”
(HR Muslim, hadis sahih)
KEMBALILAH KEPADA ALLAH, KERANA DIA SENTIASA MENANTI KITA
Allah sentiasa memberi kita peluang untuk berhijrah, tetapi kena ingat, kematian tidak pernah dilewatkan walau sesaat. Siapa yang bertangguh pasti akan dihantui penyesalan jika peluang itu sudah tiada lagi.
Iya, Allah Maha Menerima Taubat, tetapi jangan kita mempermainkan sifat Allah yang Maha Pengampun. Semua yang kita mahu Allah bagi dalam bentuk makan minum, keluarga, harta, kedudukan, dll, maka apa lagi yang kita mahu untuk buat apa yang Dia minta?

Mereka Nak Cabar Siapa?
Balaslah cinta Allah, walaupun kita memang tak akan mampu membalas pemberian Allah yang percuma seperti mata, tangan, kaki, kesihatan, udara untuk bernafas, nyawa, tetapi sekurang-kurangnya tunjuklah sikit, bahawa kita hamba Allah yang berbudi dan sedar diri.
Bagaimana caranya? Taatilah perintah Allah, tinggalkanlah larangan-Nya. Jika kita seorang Ibu Bapa sanggup tumpahkan kasih sayang sepenuh hati, berkorban siang malam, berikan macam-macam kepada anak dengan satu permintaan, iaitu supaya mereka menjadi anak yang baik, maka begitu juga Allah memberikan kita segala nikmat dengan permintaan kita ikuti perintah-Nya dan tinggalkan larangan-Nya. SubhanAllah.
TAHNIAH DAN SYABAS PIHAK MENTERI AGAMA ATAS RESPON YANG PANTAS
Terima kasih kita ucapkan kepada pihak Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato’ Haji Ustaz Idris Ahmad di atas respon pantas yang diberikan terhadap isu wanita yang menunaikan umrah sebagai lelaki.
Kita mengharapkan juga semoga ada tindakan yang boleh diambil terhadap pihak-pihak yang cuba mempromosikan soft-porn secara terbuka. Jika dibiarkan, ia akan semakin parah dan melarat.
Di akhir zaman ini, memang mudah nak meraih dunia jika menggunakan jalan yang haram, namun ingatlah peringatan Nabi Muhammad SAW di dalam sabdanya, daripada Anas bin Malik r.a., bahawa Nabi Muhammad SAW berkata:
يَأْتِيْ عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ الصَّابِرُ فِيْهِم عَلَى دِيْنِهِ كَالقَابِضِ عَلَى الجَمْرِ
Maksudnya: “Akan datang kepada manusia satu zaman di mana orang yang sabar daripada kalangan manusia yang berpegang dengan agamanya seperti seorang yang menggenggam bara api.”
(HR Tirmizi, hadis sahih)
DOA MOHON DITUNJUKKAN KEBENARAN
اللَّهُمَّ أَرِنَا الْحَقَّ حَقَّا وَارْزُقْنَا اتِّبَاعَهُ وَأَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلًا وَارْزُقْنَا اجْتِنَابَهُ وَلاَ تَجْعَلْهُ مُلْتَبِسًا عَلَيْنَا فَنَضِلُّ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ إِمَامًا
Maksudnya: “Ya Allah, tunjukkanlah yang benar itu benar, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya, dan tunjukkanlah yang batil itu batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya. Jangan jadikan yang benar dan batil itu samar-samar bagi kami, yang akan menyebabkan kami sesat. Dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa.”
Semoga bermanfaat buat semua.
SILAKAN SHARE, KITA BERKONGSI KEBAIKAN DAN GANJARAN PAHALA.
Asma’ binti Harun & Tim Penyelidikan
#UAHSahabatDuniaAkhirat
Kashoorga: Semoga suatu hari mereka sedar dengan kesilapan yang dilakukan dan diberi hidayah.
Sumber : Ustazah Asma Harun
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI