Pisang, tanaman yang banyak didapati di negara kita. Ada pelbagai jenis pisang seperti pisang emas, embun, montel, nangka, rastali dan lain lagi. Harga buah ini juga tidak terlalu mahal dan mampu dibeli oleh kebanyakan rakyat.
Dari sudut kesihatan, pisang sangat baik dimakan. Bukan saja sebagai pencuci mulut malah ia baik untuk pencernaan makanan selain membantu untuk mendapatkan kecantikan secara semulajadi.
Buah pisang kaya dengan kaya dengan vitamin B, C, B6, magnesium, zat besi dan kalsium di mana pisang terbukti dapat membantu dalam proses merawat wajah secara semula jadi.
Sebiji pisang mengandungi tiga jenis gula semulajadi iaitu sukrosa, fruktosa dan glukosa. Malah didapati dengan hanya pengambilan dua biji pisang sahaja, atlet akan mendapat energi dengan segera. Bukan saja dapat memberikan tenaga tapi juga tubuh tetap fit.
Masa yang sama, buah pisang mempunyai kandungan fiber yang tinggi. Malah dengan mengamalkan makan pisang ia dapat mencegah gangguan jantung dan pembuluh darah.
Bahkan pisang turut berkhasiat untuk menurunkan kadar gula dalam darah, mengurangkan rasa mual selain mampu mencegah depresi dan mengubati imsomnia.
Kenapa sebegitu banyak khasiat pisang dinyatakan?
Mungkin tanpa kita sedar, pisang sebenarnya adalah makanan penghuni syurga. Dalam surah Al-Waqiah ayat 29 dinyatakan,
وَطَلْحٍ مَنْضُودٍ
Ertinya :- Dan pohon pisang yang bersusun-susun (buahnya).
Dalam surah Al-Waqiah yang bermaksud Surah Hari Kiamat, ada di nyatakan bahawa akan terjadi hari Kiamat. Kejadian (kiamat) ini merendahkann satu golongan dan meninggikan satu golongan lain.
Golongan kanan sangat beruntung di mana mereka akan masuk syurga berbanding golongan kiri yang akan masuk neraka (ada dinyatakan di Padang Masyhar nanti kalau kita menerima kitab amalan di tangan kanan maka kita akan masuk syurga dan jika kita menerima kitab amalan di tangan kiri, maka nerakalah tempatnya).
Malah diceritakan betapa beruntungnya golongan kanan yang mana akan dilayan oleh bidadari dan percakapan mereka juga baik-baik.
Makanan mereka juga mewah tidak seperti di dunia ini.
Surah Al-Waqiah ayat 27- 33 menyatakan,
“Dan golongan kanan, alangkah bahagianya keadaan golongan kanan itu? Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri. Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya, Dan naungan yang tetap terbentang, Dan air yang sentiasa mengalir, Serta buah-buahan yang banyak, Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya,”(Al-Waqiah : 27-33)
Jadi kalau mahu rasa makanan syurga, makanlah buah pisang mulai hari ini dan bayangkan makanan inilah kita akan makan di syurga Allah kelak.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI