Kenduri Kahwin Musim COVID-19, Ini Yang Perlu Tuan Rumah & Tetamu Lakukan

Share

Biarpun penularan wabak COVID-19 semakin serius, namun majlis perkahwinan yang sudah dirancang perlu diteruskan memandangkan kad jemputan telah dihantar.

Masih boleh mengadakan majlis kenduri perkahwinan tetapi perlu mengambil kira beberapa perkara demi keselamatan bersama.

Dan sebagai tetamu diundang kita juga tidak mahu mengecewakan tuan rumah yang telah mengundang beberapa bulan sebelum ini.

Gambar sekadar hiasan

Ini antara perkara boleh dilakukan sebagai tuan rumah dan juga tetamu yang mahu mengadakan majlis perkahwinan:

Tuan rumah/ empunya majlis

-Memandangkan virus ini mudah berjangkit melaluit ceciar dari rongga mulut dan sentuhan tangan. Anda disaran agar tak bersalaman dengan tetamu yang datang. Gantikan dengan meletakkan tangan kanan di dada belah kiri sebagai hormat kepada mereka.

-Kalau anda demam, batuk, atau selesema. Jangan berada berdekatan dengan khalayak sebaliknya anda berada pada jarak 1 meter daripada mereka.

-Kerap cuci tangan dengan sabun. Kalau mustahil nak cuci tangan selalu sebab ramai tetamu nak kena tegur, ambil hand sanitizer dan letak dalam poket selalu.

-Sediakan tempat yang cukup dan sabun untuk tetamu.

-Kalau ada duit lebih sikit, apa salahnya tuan rumah hadiahkan hand sanitizer kepada tetamu.

Artikel Berkaitan: Musibah COVID-19. Ustazah Asma Minta Lakukan Amalan Ini

Tetamu

-Sama juga, elakkan bersalaman sebaliknya gantikan dengan meletakkan tangan kanan di dada belah kiri sebagai hormat kepada mereka.

-Cuci tangan dengan sabun sehingga bersih. Jangan ala kadar sahaja tau.

-Kalau anda mempunyai gejala, jarakkan diri 1 meter bila bersembang dengan individu lain.

-Pakai topeng muka untuk datang ke majlis kenduri atau kalau rasa macam tak sihat atau lebih baik elakkan untuk hadir langsung.

Boleh juga ikut panduan ini:

Untuk perkembangan lain berkenaan Covid-19, dapatkan maklumat terkini di sini.

Published by
Siti Zurina Mat Saman