
Majlis perkahwinan yang dirahmati ialah yang dilakukan mengikut kesanggupan dan kemampuan masing-masing. Majlis kahwin atau walimah ini diadakan sempena kesyukuran dan rasa gembira atas berlangsungnya perkahwinan itu.
Majlis ini hendaklah dijalankan dalam keadaan yang mendatangkan rahmat dan berkat daripada Allah. Antara perkara yang mendatangkan keberkatan dalam sesuatu majlis itu ialah:
*Tiada percampuran antara lelaki dengan wanita yang boleh mendatangkan fitnah.
*Kenduri yang diadakan jangan sampai membazir. Memadailah dengan apa yang termampu.
*Jangan hanya menjemput orang berada dan melupakan yang miskin.
Sabda Rasulullah SAW:
“Seburuk-buruk makanan ialah makanan kenduri kahwin yang diundang orang kaya dan dibiarkan orang-orang miskin.”-Riwayat al-Bukhari

*Selain itu tuan rumah hendaklah memastikan tetamu yang hadir tidak meninggalkan solat hanya kerana menghadiri majlis perkahwinan.
*Jangan pula majlis perkahwinan itu dicemari dengan perkara-perkara maksiat seperti tari menari yang diiringi muzik kononnya untuk meraikan pengantin.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Jika Masih Single Tak Payah Risau Rasa Kesunyian, Ini Tip Mudah Hadapi Ramadan Dengan Gembira

Ramadan adalah masa untuk keluarga dan saudara-mara berkumpul, buka puasa sambil luangkan masa bersama. Sayangnya, tak semua orang bertuah untuk alami situasi seperti ini.
Ramai juga diantara kita sebenarnya yang tak teruja dengan datangnya Ramadan, sebab kesunyian itu akan lebih terasa.
Mungkin saudara baru dalam agama, atau orang-orang yang tinggal jauh dari keluarga, atau tak ramai kawan yang sama-sama puasa di sekeliling mereka. Jadi sesi buka puasa akan terasa sangat sunyi.
Nabi Muhammad SAW bersabda yang Allah SWT berfirman yang bermaksud;
“Semua amal anak Adam untuk dirinya kecuali puasa, ia untuk aku. Aku akan membalasnya” (HR BUKHARI)
Jadi, tak kira macam mana pun situasi kita, kita kena sentiasa ingat bahawa kita akan diberi ganjaran yang besar untuk puasa kita. Tak kira betapa susah pun, ganjaran itu akan datang dari Allah SWT. Dia yang nampak susah senang kita. Dia yang sentiasa ada dengan kita, dan Dia takkan biarkan usaha kita untuk taat kepadaNya jadi sia-sia.
Untuk anda yang rasa kesunyian di bulan yang penuh dengan berkat ini, nah kami sediakan beberapa tips yang boleh anda cuba;
Kunjungi Masjid Terdekat
Kalau anda tak biasa ke masjid, nah inilah masa terbaik untuk mulakan! Sebab anda tak berseorangan. Ramai orang yang akan mula berjinak ke masjid dalam bulan Ramadan jadi anda boleh gunakan peluang in untuk beribadat, baiki diri dan mulakan silaturrahim yang baru.
Untuk permulaan, cuba pergi untuk solat terawikh dulu. Kalau ada kesempatan, boleh berjemaah masa solat-solat wajib juga. Sambil tu, tengok sekali kalau ada apa-apa majlis atau kelas-kelas yang anda rasa selesa nak ikuti.
Tetapi untuk tahun ini rasanya, lebih elok duduk saja di rumah memandangkan semua rumah ibadat telah ditutup kerana COVID-19.
Hargai Masa Yang Ada
Mungkin bunyinya pelik sikit, tapi cuba “enjoy” masa yang anda ada untuk bersendirian. Walaupun Ramadan biasanya dipenuhi pelbagai majlis, ia sebenarnya adalah masa untuk anda fokus pada ibadat, tingkatkan iman dan baiki hubungan anda dengan Allah SWT.
Tanya pada diri sendiri, apa yang anda nak capai Ramadan ini? Nak baca lebih buku agama? Nak baiki pemahaman Al-Quran? Ada tak tabiat buruk yang anda nak hentikan? Atau ada tabiat baik yang anda nak kembangkan? Nah, inilah masanya untuk lawan rasa sunyi itu dengan sibukkan diri dengan kerja atau aktiviti yang akan meningkatkan iman anda. Bukankah ini juga salah satu tujuan kita berpuasa di bulan Ramadan?
Sediakan Juadah Sahur Atau Berbuka Untuk Orang Lain
Nabi Muhammad SAW bersabda;
SIAPA MEMBERI MAKAN ORANG YANG BERPUASA, MAKA BAGINYA PAHALA SEPERTI ORANG YANG BERPUASA TERSEBUT, TANPA MENGURANGI PAHALA ORANG YANG BERPUASA ITU SEDIKIT PUN JUGA.” (HR. TIRMIDZI)

Ramadan memang akan terasa sunyi kalau anda tak tinggal dengan keluarga atau tak ada ramai kawan yang sama-sama single. Untuk kurangkan rasa sunyi, apa kata anda beranikan diri dan kenalkan diri kepada orang-orang sekeliling yang mungkin anda selalu nampak tapi tak pernah bertegur sapa? Bila ada masa lapang, masakkan satu juadah atau kuih dan beri pada mereka. InshaAllah dengan cara ini, hubungan ini akan kekal walaupun selepas Ramadan.
Kalau anda rasa tak yakin, boleh juga cuba bawa makanan ke masjid berdekatan dan edarkan pada orang sekeliling sebagai “pembuka kata” bila mula-mula nak bertegur sapa.
“Sedekah” Masa Anda
Seperti yang anda tahu, Ramadan adalah masa untuk anda fokus untuk tingkatkan iman dan perbaiki diri. Dan salah satu perkara yang anda boleh buat untuk capai objektif ini adalah dengan melibatkan diri sebagai sukarelawan di mana-mana badan kebajikan dan “sedekah” kan sedikit masa anda.
Cuba tawarkan diri sebagai sukarelawan menggunakan apa-apa kemahiran yang anda ada. Paling kurang pun, boleh bantu masjid untuk pastikan ia sentiasa bersih dan rapi untuk kegunaan jemaah yang lain. Masa anda akan dihabiskan dengan perkara yang bermanfaat dan anda pun berpeluang berjumpa dengan kawan baru di samping mendapat ganjaran pahala dari Allah SWT.
Perbanyakkan Doa
Bila anda rasa sunyi, carilah Allah SWT. Tadahkan tangan dan doa yang Dia akan bantu anda. Hanya Dia yang berkuasa untuk berikan anda semua cita-cita dan harapan anda. Ramai orang yang selalu dikelilingi ramai orang, tapi hatinya masih terasa sunyi dan tak tenang. Jadi jangan lupa berdoa pada Allah SWT sebab hanya Dia yang boleh tarik rasa sunyi itu dari hati kita.
VIDEO KASHOORGA:
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Pengantin Lelaki Sunat Lakukan Solat Zifaf Lepas Akad Nikah, Mohon Perlindungan Allah Dari Segala Keburukan

SOALAN :
Saya hendak tahu apakah dia yang dinamakan solat sunat zifaf itu ustaz?
JAWAPAN :
Solat sunat zifaf yang tuan bertanyakan itu ialah yang dinamakan solat sunat mempelai ertinya solat sunat yang dilakukan oleh pengantin selepas bernikah.
Ianya sunat dilakukan oleh kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan ketika ditemukan.
Diriwayatkan daripada Abu Said Maula Abu Usaid r.a. berkata bahawa para sahabat Nabi yang dijemput ke majlis pernikahannya telah berkata :
إذا أدخل عليك أهلك فصل عليك ركعتين ثم سل الله تعالى من خير ما دخل عليك وتعوذ به من شره ثم شأنك وشأن أهلك
Ertinya : “Apabila kamu bertemu dengan isterimu maka solatlah dua rakaat kemudian mintalah doa kepada Allah dari segala kebaikkan isterimu dan mintalah perlindungan dengan Allah dari keburukkannya kemudian hal kamu dengan isteri kamu.” (Riwayat Ibnu Abi Syaibah)
Berkata Syeikh Nawawi Bintan :
ومنه ركعتا الزفاف تسن هذه الصلاة لكل من الزوج والزوجة ينوي بها سنة الزفاف .

Ertinya : “Dan setengah dari solat-solat sunat itu ialah dua rakaat solat sunat zifaf. Disunatkan solat ni bagi setiap suami dan isteri yang berniat dengan solat itu akan sunat zifaf yaitu pengantin.” (Kitab Nihayah Az-Zain)
Berkata setengah ulamak solat sunat zifaf ini ialah solat sunat nikah manakala setengah ulamak berkata solat sunat nikah itu sunat dilakukan sebelum aqad manakala solat sunat zifaf ini selepas aqad dan ketika bertemu suami dan isteri.
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Artikel Berkaitan: Elak Solat Laju-Laju & Buat Dengan Tenang. Ini Panduan Lakukan Solat Sunat Tahajjud Jadi Lebih Berkat!
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Untungnya Pasangan Menetap Di Kedah, Tak Payah Hadiri Kursus Kahwin Sebaliknya Hanya Jalani Temuduga Ringkas

Walaupun kita dalam fasa Perintah Kawalan Peregerakan Bersyarat (PKPB), namun tidak membataskan pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga.
Jika sebelum ini ada yang menggunakan cara kaedah online untuk majlis akad nikah terutama untuk pasangan di Lembah Klang.
Dan terbaru pasangan yang berada di Negeri Kedah juga diberi kelonggaran untuk tidak menghadiri kursus perkahwinan. Sebaliknya hanya dikehendaki menghadiri temuduga ringkas.
Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata temu duga ringkas selama kira-kira 15 minit itu dijalankan oleh pegawai pejabat agama daerah dan pasangan tidak dikenakan sebarang bayaran.
“Kelonggaran yang diberikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) itu mampu menjadi alternatif terbaik menyelesaikan masalah pasangan yang mahu berkahwin disebabkan kursus praperkahwinan tidak dapat diadakan buat masa ini.
“Sesi ini akan berlangsung pada hari akad nikah di pejabat agama daerah. Jadi maksudnya, mereka boleh bernikah walaupun tiada sijil (kursus praperkahwinan),” katanya di sini.
Jadi kepada pasangan menetap di negeri Jelapang Padi ini boleh mengambil kesempatan berbuat demikian dan hanya menjalankan acara wajib sahaja seperti akad nikah.

Artikel Berkaitan: Alhamdulillah, Selesai Urusan Nikah Online, Pengantin Lelaki Tunai Tanggungjawab Drive Kereta Terus Jumpa Isteri
SUMBER: ASTRO AWANI
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI