Keputusan IVF negatif, Achey reda. “Harap Anne kembali kuat, moga Allah gantikan yang terbaik.’
Sudah tentu apa yang sedang pelawak dan pelakon, Achey ini lalui dengan isterinya, Anne bukanlah sesuatu yang mudah ditelan. Namun dia nyatanya pasrah apabila keputusan rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) yang dilakukan isterinya, Anne tidak berjaya.
Menerusi perkongsian video dalam Instagram miliknya, Achey atau nama sebenarnya Mohd. Nasir Hamzah, 36, dilihat menenangkan isterinya yang tidak dapat menahan sebak setelah mendapat tahu keputusan rawatan itu.
“Syukur alhamdulillah, reda. Anne (isterinya) mohon bangkit dengan kuat,” tulis Achey menerusi ruangan kapsyen.
Ads
Achey Reda
Dalam masa yang sama, memahami situasi yang dilalui isterinya, Achey juga meminta sedikit ruang buat isteri tercinta. Seperti wanita lain, Anne atau nama sebenarnya Nor Hasanah kini masih dalam keadaan berduka.
“Anne akan kembali lebih kuat… aku? Kerja tetap jalan cuma perasaan masih di situ…” luahnya ringkas.
Harap Anne Kembali Kuat
Ternyata perkongsian Achey itu mendapat sokongan daripada rakan selebriti dan pengikut Instagram yang tidak putus-putus memberi kata-kata semangat buat Achey, termasuklah pelakon dan penyampai radio, Elizad Sharifuddin yang pernah melalui dua kali rawatan IVF.
“Moga yang baik-baik untuk kamu, Achey dan Anne. Tahu perasaan itu, dua kali percubaan, belum berhasil.
Moga Allah Gantikan Yang Terbaik
“Cakap (pada) Anne, kita semua kuat. Moga ALLAH gantikan kesedihan kita dengan kegembiraan, kebahagiaan, rezeki daripada setiap sudut,” ujarnya.
Ads
Terdahulu, Achey dan Anne mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 dan masih belum dikurniakan cahaya mata. Namun begitu pada tahun 2018, pasangan itu mengambil seorang anak angkat yang diberi nama Nur Tiara Zinnirah.
‘Rezeki Esha dapat dikebumikan di Tanah Perkuburan Baqi’, Madinah.’ ‘Memang rindu, kalau dekat setiap hari ziarah.’ Begitulah luahan bapa kepada Nur Alesha yang arwah anaknya disemadikan di Tanah Suci.
Biarpun pedih menahan rindu, namun bapa ini reda dengan Ketentuan Allah SWT. Tidak semua berpeluang dikebumikan di sana, Alhamdulillah sudah tertulis rezeki Nur Alesha.
“Tipu kalau saya katakan tak rindu kerana jika dekat atau boleh naik bas ke sana (Madinah), setiap hari saya nak pergi ziarah pusaranya,” luah Mohamad Amirul Zolkafly.
Mohamad Amirul, 36, adalah guru Sains di Sekolah Kebangsaan (SK) Lohan, Ranau, Sabah yang pernah diuji dengan kehilangan anak bongsunya, Nur Alesha Ammara, 4.
Memetik laporan Harian Metro, Nur Alesha meninggal dunia akibat demam pada 14 Februari lalu iaitu ketika mereka mengerjakan umrah bersama.
Meskipun sudah hampir enam bulan berlalu, Mohamad Amirul mengakui masih teringat kenangan bersama Nur Alesha Ammara dan sangat merindui keletah anaknya itu yang mesra disapa Esha.
Di Tanah Perkuburan Baqi’, Madinah
Bagaimanapun, takdir menentukan Nur Alesha Ammara pergi dahulu menemui yang Esa dan menjadi insan terpilih kerana disemadikan di bumi Madinah.
Ia membuatkan Mohamad Amirul dan isterinya, Nur Ashwa Johalim, 33, hanya dapat menanggung rindu daripada kejauhan.
“Esha anak yang paling ceria, petah bercakap, suka menconteng dinding dan pastinya meninggalkan kenangan di setiap sudut rumah.
“Saya sekeluarga memang terasa sangat perubahan suasana di rumah sejak ketiadaannya dan pada awalnya isteri sangat rindukan Esha dan sukar move on tetapi beransur reda serta menganggap pemergian anak sebagai anugerah dari Allah sebagai tabungan di akhirat kelak.
“Kini, isteri rajin muat naik video Esha di TikTok dan niatnya bukan untuk raih simpati jauh sekali mahukan publisiti atau cari populariti tetapi lepaskan rindu terhadap anak kami yang sudah tiada.
“Cuma tak sangka ramai pula menonton video dimuat dan tersentuh malah ramai juga yang mendoakan,” katanya lagi.
Menurut Mohamad Amirul, selain dia dan isteri, anak sulungnya, Mohamad Arysh Ayden, 6, turut terkesan dengan pemergian Nur Alesha Ammara sehingga ke hari ini.
“Jarak usia Arysh (nama panggilan) dan Esha hanya dua tahun jadi mereka memang sangat rapat.
“Saya tahu Arysh rindukan Esha malah selalu tahan air mata dan sesekali curi-curi tengok gambar adiknya itu.
“Pernah juga dia tanya bila nak dapat adik lagi dan mahu saya juga isteri letak nama sama dengan Esha jika dapat anak perempuan nanti,” katanya.
Di sebalik ujian itu, Mohamad Amirul bersyukur kerana urusan jenazah dan pengebumian anaknya dipermudahkan serta berjalan dengan lancar.
Kalau Dekat
Lebih manis lagi buat Mohamad Amirul dan isteri apabila jenazah Nur Alesha Ammara dapat disemadikan di Tanah Perkuburan Baqi’, Madinah.
“Asbab pemergian Esha adalah demam dan sebelum itu dia koma selama diintubasi oleh doktor serta bergantung kepada bantuan pernafasan.
“Ketika koma, isteri ada bercakap dengan Esha yang dia reda seandainya Esha pergi dan tak lama selepas itu Esha pergi dengan lembut dan tenang.
“Walaupun tiada pengalaman berdepan situasi itu (kematian anak), Allah sudah susun dengan cantik semuanya kerana bil hospital Esha dibiayai individu tak dikenali,” katanya.
Setiap Hari Ziarah
Tambah Mohamad Amirul, ramai juga kakitangan hospital yang sudi membantu urusan jenazah Nur Ammara Alesha.
“Rezeki Esha juga apabila dapat dikebumikan di Tanah Perkuburan Baqi’, dengan bantuan pengarah hospital walaupun lazimnya warga asing akan disemadikan di Tanah Perkuburan Bukit Uhud.
“Urusan dokumentasi juga selesai dalam tempoh tidak sampai sehari dengan bantuan penuntut Malaysia di sana dan kami sekeluarga juga dapat pulang ke tanah air mengikut tarikh tiket dijadualkan selepas pengebumian Alesha pada 15 Februari lalu,” katanya yang turut berpeluang bertemu dengan pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar selepas pulang dari Tanah Suci.
Terima Kasih Atas Doa
Mohamad Amirul berterima kasih kepada yang mendoakan dan berharap orang ramai terus menitipkan doa supaya impiannya menjejakkan lagi ke Tanah Suci termakbul.
“Memang ada perancangan nak ke sana (Tanah Suci) malah setiap kali solat, saya sentiasa doa diizinkan Allah untuk ke sana lagi.
“Ada juga cuba kumpul wang namun belum cukup kerana ada ketika, simpanan perlu digunakan untuk keperluan lain.
“Doakan saya sekeluarga dan seandainya ada yang sudi bawa kami ke sana, saya terima dengan tangan terbuka.
“Selain beribadat dan jadi tetamu Allah, tentunya saya nak ke sana untuk lepaskan rindu terhadap Esha dengan menziarahi pusaranya,” katanya.
Kashoorga: Diuji dengan kehilangan anak bukan sesuatu yang mudah untuk ditelan. Semoga ibu dan bapa arwah Nur Alesha terus kuat menghadapi hidup mendatang.
Tidak dinafikan setiap daripada kita tidak terlepas dari perasan ingin disayangi dan dicintai oleh seseorang. Bertemu dan berkenal-kenalan dengan seseorang hinggalah akhirnya membawa kepada hubungan lebih halal.
Situasi ini tidak ada salahnya tetapi biarlah dengan cara yang betul. Jika mahu bertemu pun eloknya ditemani rakan supaya tidak mendatangkan fitnah pada kedua-duanya.
Jika bebas keluar berdua-duaan akan mendatangkan perasaan yang sukar untuk kita kawal, iaitu hawa nafsu.
Dalam perkongsian Penceramah Bebas, Da’i Wan ada memberi sepotong ayat yang boleh kita gunakan untuk mengawal gelojak hawa nafsu apabila seorang lelaki bertemu perempuan atau sebaliknya.
Menurut Da’i Wan, kata ulama ada satu keadaan syaitan akan dapat mengawal seseorang lelaki mahupun perempuan iaitu apabila syahwat seseorang itu berada naik dan tinggi.
Ayat yang dikongsi oleh Da’i Wan ini boleh diamalkann sekiranya berhadapan dengan situasi berkenaan. Katanya lagi baca ayat ini berulang kali jika rasa tak mampu untuk melawan hawa nafsu.
Semalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan dividen sebanyak 6.10 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 5.65 peratus untuk Simpanan Syariah bagi tahun 2021.
Ia lebih tinggi berbanding 2020, yang mana dividen bagi Simpanan Konvensional sebanyak 5.20 peratus dan 4.90 peratus untuk Simpanan Syariah.
Jumlah pengagihan terkumpul bagi 2021 adalah RM56.72 bilion, iaitu RM50.45 bilion untuk Simpanan Konvensional dan RM6.27 bilion lagi untuk Simpanan Shariah seperti diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Dalam pada itu, satu perkongsian dari pakar kewangan Islam, Dr. Zaharuddin Abd Rahman di fbnya memaklumkan khusus bagi umat Islam yang masih berada dalam simpanan Konvensional, sebanyak 69 peratus daripada dividen yang diterima perlu dibersihkan kepada mana-mana institusi baitulmal.
Ini kerana 69 peratus dividen yang diterima daripada simpanan Kovensional adalah datang daripada pelaburan yang tidak patuh Shariah. Permbersihan boleh dilakukan menggunakan wang lain yang dimiliki.
Contoh : Dividen 6.1 % dari jumlah caruman, katalah dividen bernilai RM 10,000 (dividen dari caruman) maka RM 6,900 perlu dibersihkan ke faqir miskin, Baitul Mal atau kegunaan kebajikan awam.Jika tak tahu nak bersih dan dermakan kemana, boleh pilih derma untuk permbersihan dari mana-mana projek ini https://myclaaz.com/app/charity/education_crowdfunding/
Berbeza dengan simpanan Shariah yang semua dividen adalah datang dari pelaburan patuh Shariah dan tiada pembersihan diperlukan.
Dalam pada itu, dirinya menjelaskan 84.5 % pencarum muslim masih dalam KWSP Konvensional berbanding bakinya sudah beralih ke Simpanan Shariah.
Bagi yang berada di Simpanan Shariah, tidak perlu bimbang dengan pembersihan harta ke institusi zakat ini kerana duit pelaburan Simpanan Shariah TIADA yang dilabur ke bank-bank Konvensional.
Dalam pada itu, menjawap mengapa pihak KWSP tidak secara automatik menukar Simpanan Shariah bagi pencarum muslim, Dr Zahiruddin menjelaskan perbezaan dividen begini menjadi salah satu sebab, mengapa KWSP tidak boleh sewenangnya secara automatik pindahkan semua pencarum muslim ke simpanan Shariah kerana KWSP tiada hak untuk bertindak dan paksa pencarum menurut undang-undang.
“Masa yang sama, ada ramai muslim di luar sana yang tidak endah halal haram. Kelak jika ditukar secara auto dan dilihatnya dividen konvensional lebih tinggi, dia memprotes dan ambil tindakan undang-undang ke atas KWSP.
Selain itu, KWSP juga hanya wakil bertindak bagi pihak pencarum maka perlukan mandat utk perubahan. Secara automatik TIDAK boleh. perlukan perlantikan melalui akad jelas secara online atau di kaunter,” katanya menjelaskan pertanyaan banyak pihak mengenai hal itu.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Menjadi rutin atau satu kemestian buat kebanyakan kita pergi ke pasar mahu pun pasar raya bagi membeli keperluan rumah dan diri.Namun satu perkara yang...