Hubungan

Keputusan IVF Negatif, Achey Reda. “Harap Anne Kembali Kuat, Moga Allah Gantikan Yang Terbaik.’

Share

Keputusan IVF negatif, Achey reda. “Harap Anne kembali kuat, moga Allah gantikan yang terbaik.’

Sudah tentu apa yang sedang pelawak dan pelakon, Achey ini lalui dengan isterinya, Anne bukanlah sesuatu yang mudah ditelan. Namun dia nyatanya pasrah apabila keputusan rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) yang dilakukan isterinya, Anne tidak berjaya.

Artikel Berkaitan

Bersedia Lakukan IVF Lepas 8 Tahun Berkahwin, Wanita Ini Sebak Bila Doktor Maklum Rahimnya Perlu Dibuang

Keputusan IVF Negatif

Menerusi perkongsian  video dalam Instagram miliknya, Achey atau nama sebenarnya Mohd. Nasir Hamzah, 36, dilihat menenangkan isterinya yang tidak dapat menahan sebak setelah mendapat tahu keputusan rawatan itu.

“Syukur alhamdulillah, reda. Anne (isterinya) mohon bangkit dengan kuat,” tulis Achey menerusi ruangan kapsyen.

Achey Reda

Dalam masa yang sama, memahami situasi yang dilalui isterinya, Achey juga meminta sedikit ruang buat isteri tercinta. Seperti wanita lain, Anne atau nama sebenarnya Nor Hasanah kini masih dalam keadaan berduka.

“Anne akan kembali lebih kuat… aku? Kerja tetap jalan cuma perasaan masih di situ…” luahnya ringkas.

Harap Anne Kembali Kuat

Ternyata perkongsian Achey itu mendapat sokongan daripada rakan selebriti dan pengikut Instagram yang tidak putus-putus memberi kata-kata semangat buat Achey, termasuklah pelakon dan penyampai radio, Elizad Sharifuddin yang pernah melalui dua kali rawatan IVF.

“Moga yang baik-baik untuk kamu, Achey dan Anne. Tahu perasaan itu, dua kali percubaan, belum berhasil.

Moga Allah Gantikan Yang Terbaik

“Cakap (pada) Anne, kita semua kuat. Moga ALLAH gantikan kesedihan kita dengan kegembiraan, kebahagiaan, rezeki daripada setiap sudut,” ujarnya.

Terdahulu, Achey dan Anne mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 dan masih belum dikurniakan cahaya mata. Namun begitu pada tahun 2018, pasangan itu mengambil seorang anak angkat yang diberi nama Nur Tiara Zinnirah.

Baca Di Sini

10 Tahun Menanti & 17 Kali Rawatan Kesuburan, Tunku Azizah Tekad Bantu Pasangan Tiada Zuriat

Rezeki Allah Itu Indah. 11 Tahun Hidup Berdua, Mizz Nina & Noh Kini Miliki Musa

Kashoorga : Semoga Allah men

ggantikan kesedihan pasangan ini degan sesuatu yang lebih baik.

Sumber : Instagram Achey, Sinar Plus

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Dosa Bulanan Wanita, Sengaja Tangguh Mandi Wajib!

 

 

Published by
Syazwani Mehat