Ikan di laut, asam di darat. Dalam periuk, bertemu jua. Kalau sudah jodoh, lautan dan sempadan tidak menjadi halangan. Percintaan itu indah, soal hati dan perasaan yang tidak boleh dipaksa namun ada ketentuannya. Menyemai cinta dengan warga negara asing bukan semudah yang diangan-angankan. Ia banyak melibatkan penyatuan antara dua insan daripada golongan berbeza sama ada agama atau bangsa mahupun negara. Moga perkongsian ceritera (Nurin bukan nama sebenar) yang dipaparkan ini memberi teladan kepada mereka yang sedang bercinta. Usah kita menjadi buta dek kerana cinta.
Perkenalan aku dengan Jesse tidak dirancang. Kami bertemu ketika aku terlanggar belakang kereta yang dinaiki oleh Jesse, seorang jejaka warga Afrika. Walaupun aku telah melanggar keretanya, tetapi Jesse kelihatan tenang sahaja meskipun memang ketara kesalahanku. Pada mulanya aku menganggap perkenalan antara aku dan Jesse berakhir di situ sahaja, namun Jesse kerap bertanya khabar melalui kad nama yang diberikan ketika kemalangan kecil itu berlaku sehingga aku merasakan amat selesa bila bersamanya.
Aku juga sudah berani untuk menerima pelawaan Jesse untuk keluar bersamanya. Tidak tahu mengapa aku boleh jatuh jati dengan Jesse sedangkan aku tahu, sudahlah Jesse berlainan agama dan bangsa denganku, cara hidup dan budayanya juga berbeza. Ah, mungkin kerana Jesse bijak mengusik jiwa wanita sepertiku. Dia juga bijak berkata-kata sehingga aku mudah ‘cair’ padanya.
Pertemuan demi pertemuan kami lalui bersama. Selepas tiga bulan berkenalan dengan Jesse, dia menyuarakan hasrat hati untuk serius denganku. Ketika itu aku sebenarnya keliru, sama ada gembira mahupun takut. Gembira kerana sudah bertemu dengan cinta sejati, takut kalau-kalau dihalang oleh kedua ibu bapaku. Hati kecilku sudah boleh mengagak, cintaku dan Jesse pasti akan mendapat tentangan daripada kedua orang tuaku.
Ads
JAUH TERPESONG
Cinta oh cinta! Demi cintaku yang semakin kuat pada Jesse, aku beranikan diri dan tekadkan semangat untuk berterus-terang dengan kedua ibu bapaku. Apa lagi, sudah tentulah kedua ibu bapaku menghalang cinta aku dan Jesse. Lebih-lebih lagi apabila sudah banyak kisah buruk tentang ‘awang hitam’ yang sering digembar-gemburkan di media cetak mahupun media elektronik. Sudah tentulah ia menambah kegusaran kedua ibu bapaku.
Kalau sudah mabuk cinta, nasihat dan teguran sudah tentu tidak diendahkan. Ibarat masuk telinga kiri, keluar telinga kanan Segala nasihat yang diberikan oleh kedua ibu bapaku dan rakan-rakan, semuanya ku tolak ke tepi lantaran cintaku yang terlalu mendalam pada Jesse. Oh! Sukar digambarkan betapa aku sudah ‘mabuk’ cinta dengan Jesse.
Ads
Sejak perhubungan aku dengan Jesse semakin serius, aku semakin melupakan tikar sembahyang. Diri ini semakin leka dengan dunia cinta yang aku bina bersama Jesse. Paling teruk, aku sudah mula berjinak-jinak dengan rokok. Dari seorang gadis yang bertudung litup, aku kini gemar membiarkan rambut lurusku ditatap dan dibelai oleh Jesse.
Perubahan pada diriku sudah tentu menghancur luluhkan perasaan kedua ibu bapaku. Setiap malam, tatkala aku pulang ke rumah, ibuku kerap merayu padaku agar aku memutuskan perhubungan dengan Jesse. Aku sudah jauh terpesong. Mana mungkin dapat ku terima nasihat daripada ibuku. Bukankah aku sedang khayal dalam dunia cinta yang dicipta oleh lelaki bernama Jesse.
KEMBALI KE PANGKAL JALAN
Ads
Demi mahu melihat aku kembali ke pangkal jalan, kedua ibu bapaku telah melakukan solat hajat selain meminta pihak masjid melakukan solat hajat. Tujuannya agar pintu hatiku terbuka semula untuk kembali ke pangkuan mereka. Usaha dan kesungguhan yang dilakukan oleh kedua ibu bapaku ternyata dengan izin Allah SWT berjaya membuka pintu hatiku untuk memutuskan perhubungan dengan Jesse.
Seakan tersedar daripada lamunan yang panjang, aku menangis semahu-mahunya. Aku berasa cukup kesal kerana terlalu mengikut perasaan dan darah mudaku. Aku bernasib baik kerana mahkotaku masih terjaga dengan rapi meskipun aku kerap bersama dengan Jesse. Dengan linangan air mata, aku kembali melutut di kaki kedua ibu bapaku. Sungguh aku menyesal dengan apa yang aku lakukan pada mereka.
Menyedari yang aku sudah kembali pada kedua ibu bapaku, Jesse mula menjauhkan diri. Baru ku sedar, sejak berpacaran dengan Jesse, sudah banyak wangku dihabiskan oleh Jesse. Dia bijak memujuk hingga aku sanggup memberikan wang dan barang kemas untuk digadaikan oleh Jesse.
Jesse akhirnya telah ditangkap oleh pihak polis atas kesalahan melakukan jenayah siber. Mengucap panjang tatkala aku terbaca artikel Jesse di dada akhbar. Aku sangat bersyukur kepada Allah kerana tidak lagi hanyut dengan cinta pura-pura Jesse. Berhati-hatilah jika bercinta dengan warga asing. Restu ibu bapa itu amat penting kerana tiada ibu bapa yang mahu melihat anak-anak mereka sengsara. Kini aku semakin gembira melalui hari-hari baruku dan semoga Allah mengampunkan dosa-dosaku yang lalu.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Adakah wajib haji bagi seorang wanita yang menunaikan haji secara bersendirian. Secara umumnya seorang wanita adalah diwajibkan untuk menunaikan fardhu haji sekiranya dia berkemampuan.
Maksudnya: “Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya.” (Surah Ali Imran: 97)
Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Tidak dihalalkan bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat melakukan perjalanan jauh (safar) sejauh perjalanan sehari semalam tanpa bersamanya mahram” Riwayat Bukhari (1088)
Walaubagaimanapun, sekiranya terdapat halangan-halangan yang membawa kepada keadaan tidak berkemampuan terhadap seseorang, maka gugurlah kewajipan tersebut ke atasnya.
Berdasarkan persoalan di atas, tidak wajib bagi wanita tersebut untuk menunaikan haji dan dia disyaratkan pergi bersama-sama dengan suami atau mahramnya atau perempuan yang tsiqah iaitu yang dipercayai sekurang-kurangnya dua orang.
Akan tetapi harus baginya pergi dengan seorang perempuan tsiqah atau seorang diri sekiranya dia yakin terjamin keselamatan dirinya.
Sebelum ini kita pernah beberapa kali melihat video tular imam rebah sewaktu mengimamkan solat jemaah. Ada juga individu yang rebah dan meninggal ketika solat berjemaah di masjid.
Biar pun ramai yang menganggap ia satu pengakhiran yang cukup indah, di masjid ketika solat namun mungkin sudah tiba juga masanya dibincangkan isu tatacara atau fiqh kecemasan ketika di masjid dan surau. Apa yang perlu dilakukan ketika ini, terus solat atau bantu jemaah yang nazak?
Perkara ini dikongsi Profesor Psikologi dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Dr Rafidah Hanim Mokhtar .
“Saya rasa sudah sampai masanya asatizah membincangkan Fiqh Kecemasan di masjid atau surau,” komen beliau dalam satu hantaran yang memuat naik video tular sebelum ini seorang imam di sebuah masjid di Balik Papan Indonesia yang rebah ketika mengimamkan solat.
Jelas beliau ketika seorang makmum naik menggantikan imam yang tidak sedarkan diri, makmum yang lain yang terdekat boleh mufaraqah dan habiskan solat untuk memberi bantuan kecemasan seperti CPR dan segera memanggil ambulan.
“Ironinya, jika ditempat-tempat lain, kita bersungguh-sungguh mengamalkan Maqasid Syariah iaitu menjaga nyawa. Kita akan buat CPR, cari doktor dan cari ambulan,” katanya lagi.
Terang Prof. Dr Rafidah dalam isu ini beliau mengutarakan dua perkara yang perlu difahami ramai berdasarkan perbincangan yang dibuat.
Pertama, Fiqh Al-Muwazanat : bagaimana untuk membuat pertimbangan diantara kebaikan (maslahah) dan mafsadah (keburukan).
Kedua, dari Dr Sanusi : Dalam Islam kita ada solat khauf, kaedah solat dalam perang utk mempertahankan nyawa. Kalau ikutkan lebih baik syahid ketika solat, lebih baik mati ketika solat, tetapi Allah tetap bagi kita mempertahankan nyawa sekalipun dalam solat ketika perang.
“Saya mahu surau/masjid menjadi tempat yang selamat, dan jemaah faham akan keutamaan. Wajib bagi yang hidup dan sihat ini, “resuscitate” dan memberi bantuan kecemasan,”katanya lagi.
Dalam pada itu beliau turut memberi berkongsi fakta perubatan yang perlu difahami bila mengamalkan prinsip Maqasid Syariah
Menurut AHA, setiap minit bantuan CPR lewat diberikan, peluang mangsa untuk terus hidup berkurang sebanyak 10%. Bantuan kecemasan CPR dari mereka yang terdekat boleh meningkatkan peluang mangsa untuk terus hidup bertambah dua atau tiga kali ganda.
Menerima hakikat disahkan sebagai penghidap kanser bukanlah mudah. Pesakit bukan sahaja menerima kesan dari segi mental tetapi juga emosi. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Bukan sesuatu yang mudah untuk berhadapan dengan penyakit serius kerana penerimaaan setiap pesakit tidak sama. Mungkin ada yang cepat menerima kenyataan dan takdir tak kurang juga yang mengambil masa untuk menerima kenyataan itu.
Namun satu keajaiban dan mungkin juga peluang kedua apabila seorang pesakit yang pada mulanya disahkan menghidap kanser otak namun akhirnya ‘diisytiharkan’ bebas daripada kanser tersebut. Ya! Inilah kuasa Allah. Ikuti perkongsian daripada seorang pemuda, Muhamad Amirul Ashraf Zaidee tentang dirinya yang pada mulanya disahkan kanser pada awal bulan Ogos 2018 dan kini pemuda berusia 23 tahun ini bebas daripada kanser.
JANGAN PUTUS ASAS DAN YAKIN DENGAN KUASA ALLAH
KANSER OTAK
SOKONGAN RAKAN-RAKAN TWITTER
Kuasa Allah tiada siapa yang mampu menidakkannya. Yakinlah sepenuhnya kepada Allah tanpa ada rasa curiga.
Sumber kredit: Twitter@Xmirxl
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Anak yang selalu beri duit dimanja dan disayangi, tapi anak yang jarang hulur duit kerana hidup susah dilayan kasar dan dimarah-marah. Bukan hanya dalam...