Saban hari rakyat berdoa angka mereka dijangkiti Covid-19 menurun supaya mereka boleh menjalani kehidupan normal seperti dahulu. Paling tidak tentunya mahu kembali bekerja untuk mencari rezeki buat keluarga. Sudah banyak yang mula mengibar bendera putih untuk dibantu tetapi saban hari rakyat semakin hampa kerana angka tidak menunjukkan tanda-tanda akan turun sebaliknya hampir mencecah ke angka tujuh ribu.
Ternyata angka ini membuatkan ramai keluh kesah kerana PKP akan terus diperketatkan termasuk Selangor dan beberapa kawasan di Wilayah Persekutuan akan dikenakan PKPD mulai 3 Julai hari ini.
Hal ini turut mendapat perhatian dari Ustazah Asma’ Harun yang banyak berkongsi ilmu. Dalam catatan di fbnya semalam penceramah terkenal ini mengajak orang ramai agar tidak menangguhkan empat perkara ini.
Berikut adalah perkongsiannya.
Sayu sungguh kes naik hampir 7 ribu. Khabar kematian bersilih ganti di FB, ada yang ada tanda seperti sakit, ada yang sihat perginya mengejut. Sementara kita masih lagi hidup, JANGAN TANGGUHKAN 4 PERKARA INI, terus buat tanpa bersoal dan fikir lagi ;
1) Taubat Nasuha kepada Allah, taat segala perintah, tinggal segala larangan – HIJRAH.
2) Mohon atau beri maaf sesama manusia, soal siapa yang silap letak tepi. Jumpa, mesej atau telefon segera.
Ads
3) Lunaskan hutang jika mampu. Jika tidak mampu, nekad dan niat dahulu, Allah Maha tahu dan Maha Pengampun.
4) Baiki hubungan dengan manusia, berhenti sakiti sesiapapun walau di alam maya. Cuba jadi manusia yang banyak beri manfaat, bantu urusan kerja rumah, mendengar luahan, beri senyuman dari hati, buat baik pada binatang dan pokok, dll. Semua tu amal soleh. Jadi orang yang menyenangkan mata memandang dan telinga mendengar, insyaAllah hidup akan tenang dan rasa bermakna. Kita tak dituntut untuk jadi sempurna, tapi kita boleh usaha jadi orang baik kepada semua.
Mulai esok, umat Islam akan menyambut Aidilfitri. Tanda berakhirlah sudah bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan, bulan penuh keampunan serta penuh kerahmatan. Aidilfitri adalah hari kemenangan umat Islam sebulan berpuasa.
Tiada beza dengan tahun lalu, ini kali kedua masyarakat Islam akan beraya di rumah masing-masing di mana syaratnya lebih ketat berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari 12 Mei hingga 6 Jun di seluruh negara. Tiada boleh rentas dearah mahu pun negeri malah ziarah hari raya juga tidak dibenarkan demi memastikan rantaian COVID-19 dapat diputuskan.
Bagi yang sudah berkeluarga tentu sekali ingin menjadi imam solat sunat Aidilfitri. Solat sunat Aidilfitri ini sunat muakad (dituntut). Hukum menunaikan solat hari raya di rumah sama ada sendirian atau berjemaah adalah harus dan sah. Bagi yang mempunyai ahli keluarga, imam harus membaca khutbah manakala yang bujang, tiada keperluan membaca khutbah.
Apa yang harus difahami, solat sunat Aidilfitri dua rakaat ini, segala rukun dan syaratnya adalah perlu bertakbir tujuh kali pada rakaat pertama dan lima kali pada rakaat yang kedua dan disertakan dengan bertasbih di antara tiap-tiap takbir.
Berikut adalah panduan yang boleh diikuti oleh ketua keluarga untuk solat sunat Aidilftri esok. Panduan ini dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM).
Mulakan dengan takbir raya
Bacaan untuk rakaat pertama
Bacaan bagi rakaat kedua
.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Ramai menantu terutamanya menantu perempuan yang mungkin tak sebulu atau susah nak serasi dengan ibu mertua atas alasan kerana suami jenis anak mak atau disebabkan mertua terlalu cerewet.
Payah dan tak seronok kalau menantu perempuan jenis tak ‘sekepala’ mertua. Akan ada sahaja perkara yang tidak kena di mata ibu mertua. Sudah tentulah rumah tangga akan sentiasa ‘panas’ dan bergolak.
Buat ibu mertua pula, usahlah terlalu ikut hati. Restuilah pilihan anakmu. Doakan kebahagiaan rumah tangga anak menantu.
Ikuti perkongsian yang dipetik dari catatan Firdaus Shakirin di laman Facebooknya.
“Mak, isteri saya tu, mungkin bukan seperti yg mak impikan, yg mak bayangkan, yg mak harapkan, tapi dia pilihan saya”
“Saya terima baik buruk dia, kekurangan, kelemahan dia seadanya dirinya, dan saya harap, mak pun sama, dapat terima…”
Entah kenapa…masih ada segelintir mertua yg xdpt menerima siapa menantunya seadanya diri menantunya itu walhal menantunya itu adalah seseorang yg merupakan pilihan anaknya sendiri…buah hati anaknya…cinta anaknya…
JANGAN BANYAK TANYA
“Kenapa bini kau bangun lambat?” semalam anak buat perangai mak, dia xbleh tdo…”kenapa bini kau balik keje lewat?” dia ada meeting mak, pastu jem, sbb tu dia lewat sampai…”kenapa bini kau dduk dlm bilik” dia menyusu anak mak, xkan nk menyusu kat ruang tamu, abg nmpk nnt…
Kenapa…kenapa…kenapa…
Byk perkara yg mertua boleh persoalkan semata2 utk mencari kesalahan si menantu…kadang2 ada yg sengaja menyalahkan menantu atas sebab2 yg tidak logik dek akal…kesalahan yg sengaja diada2kan, dibuat2 utk menampakkan buruk si menantu, utk membuatkan anaknya meninggalkan menantunya itu…atas alasan, dia xsuka menantu itu, dia tak sebulu dgn menantu itu, dia tak expect yg dia akan dpt menantu mcm tu…
Expectation dia lebih tinggi…
Tolong terima menantu anda seadanya dirinya…itu pilihan anak anda dan bukannya anda…anak anda yg bakal berkongsi hidup dgnnya, dan bukannya anda…tolong jgn membebankan mental, emosi dan perasaan menantu hanya disebabkan DIA BUKAN PILIHAN ANDA.
KASHOORGA: Doakan sahaja kasih sayang anak menantu terus kembang mekar hingga ke syurga.
Viral di media sosial tindakan Raja Bomoh, Mahaguru Ibrahim Mat Zin yang dilihat melakukan satu ritual menolak musibah banjir yang dilakukan di Dataran JPS di Teluk Intan semalam.
Dipenuhi tumbuh-tumbuhan selain sayur-sayuran dilihat Raja Bomoh ini dan sepupunya, Wan Zaleha bertindak melakukan ritual di tebing sungai tersebut. Ramai mengecam tindakan dilakukan olehnya dan beranggapan ia menjurus kepada perkara bidaah dan syirik.
Ekoran kejadian viral ini, memetik laporan Astro Awani, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) membuka kertas siasatan terhadap Ibrahim Mat Zin atau gelarannya Raja Bomoh berhubung ritual menolak musibah banjir yang dilakukan di Dataran JPS di Teluk Intan seperti yang tular di media sosial pada Rabu.
Pengarahnya, Datuk Mohd Yusop Husin berkata, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 atas kesalahan mencela dan menghina agama Islam.
“JAIPk membuka kertas siasatan berhubung perkara ini. Orang ramai dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan perkara-perkara seumpama ini dan menjauhi apa juga amalan yang menjurus kepada khurafat,” katanya hari ini.
Dalam pada itu menyedari upacara tersebut viral di media sosial, Raja Bomoh berkenaan telah mengadakan siaran langsung di fbnya bagi menjelaskan tindakannya. Menolak ianya perkara syirik, jelasnya, upacara itu dilakukan bertujuan untuk menyelamatkan pusara ibu bapa dan keturunannya daripada tenggelam jika banjir melanda ke beberapa daerah di negeri Perak.
“Saya datang bukan dijemput sesiapa. Datang dengan sukarela. Lagi pun saya bukan puja air. Saya hanya melakukan adat apa pernah dilakukan pada zaman dahulu bahkan ia dilakukan untuk menyelamatkan pusara ibu ayah saya yang berketurunan Dato Maharajalela dari tenggelam.
“Usaha ini hanya ikhtiar saja dan mengikut adat istiadat raja-raja Melayu,” katanya yang menolak ia perbuatan syirik kerana dia hanya melindungi keturunannya dan mendakwa banyak kubur-kubur raja Melayu yang dikebumikan di tepi sungai.
Jauhi perbuatan syirik kerana merupakan dosa yang amat besar di sisi Allah SWT.
Firman Allah: (Maksudnya): “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Dulu timbul persoalan lafaz cerai What's App tapi terbaru tular pula cerai ketika 'live' di TikTok. Ia berikutan situasi seorang usahawan wanita yang diceraikan...