Puas berdoa, tetapi seakan tidak diterima. Pastinya ramai dalam kalangan kita pernah mengalami situasi tersebut.
Malah sehingga kadang kala membuatkan kita putus asa dan mengalah untuk terus berdoa kerana merasakannya sebagai perbuatan sia-sia.
Firman Allah SWT bermaksud: “Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya kepadamu (Rasulullah SAW) tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang-orang yang berdoa kepada-Ku.” (al-Baqarah: 186).
https://www.youtube.com/watch?v=eWyBSnyhSFc
Menerusi ayat ini (di atas), Allah menggunakan kalimah Ujibu bukannya Astajibu. Ini kerana Astajibu bermaksud Allah akan memperkenankan doa pada masa yang ditentukan, sebaliknya Ujibu ialah Allah akan memperkenan serta merta ketika doa itu dipanjatkan.
Ayat ini jelas memberitahu kita bahawa Allah sedang menunggu kita selaku hamba untuk meminta dan berdoa kepada-Nya. Allah juga mengatakan, tidak kira pada bila masa sekalipun, sesungguhnya Allah akan menjawab dan mendengar permohonan kita untuk dimakbulkan.
Salah satu kesalahan yang dapat menghalangi terkabulnya doa ialah sikap tergesa-gesa seorang hamba.
Ia menganggap doanya lambat dikabulkan, lantas ia pun merasa putus asa dan letih, sehingga akhirnya meninggalkan doa.
Ini ibarat orang yang menabur benih atau menanam tanaman, kemudian ia menjaga dan menyiraminya.
Namun kerana merasa terlalu lama menunggu hasilnya, orang itu pun membiarkan dan mengabaikan tanaman tersebut. (Ad-Daa’ wad Dawaa’ – Ibnu Qayyim al-Jauziyyah)
VIDEO KASHOORGA:
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Wanita Ini Sebak Bukan Je Dapat Duit Nafkah, Tapi Surat Cinta Dari Suami Pesan Belajar Bersungguh-Sungguh
Memang menjadi tugas seorang suami itu memberi nafkah zahir dan batin. Walaupun jika kedua-duanya terpaksa berpisah atau duduk berjauhan dek kerana urusan kerja atau belajar, pemberian nafkah itu tetap wajib diberikan.
Sangat beruntung jika wanita itu dikurniakan suami yang tahu tanggungjawab perlu memberikan nafkah walaupun tanpa diminta.
Seperti perkongsian wanita ini yang sangat terharu apabila menerima nafkah berupa wang walaupun dia dan suami kini tinggal berjauhan kerana tuntutan belajar apabila dia melanjutkan pelajaran di sebuah institusi pengajian tinggi di Perlis.
Wanita ini Nik Yam Chik Zainab berkongsi kisahnya menerima bukan sahaja duit nafkah tetapi juga surat cinta dari suaminya di laman sosial Facebook yang mengundang rasa sebak bagi sesiapa yang membacanya.
Ternyata Imamnya ini seorang yang bertanggungjawab dan sanggup melepaskan isteri tercinta demi mengejar ilmu dan pesannya supaya belajar bersungguh-sungguh.
Check duit dalam purse terperasan sampul
Semalam hantar suami ke stesen bas.
Otw balik tekak teringin nak minum ice blend mocha mcd.
Tengah queue check duit dalam purse dan terperasan sampul ni.
Masa pegang untuk keluarkan sampul ni rasa macam ehh tebalnya.
Otak terus fikir ni mesti keje suami.
Suami ni kalau depan orang nampak serius.
Tapi perangai kuat menyakat bini dia jelah tahu macam mana.
So fikir tebal ni mesti suami letak duit singgit singgit.
Bukak sampul meleleh air mata
Bukak je sampul terus meleleh air mata.
Dengan surat yang suami tinggalkan.
Dan ayat suami supaya belajar bersungguh sungguh.
Apa ni
Lepas kahwin itu hari suami hantar balik perak.
Teringat masa tu suami tanya, “sayang, berapa duit sayang nak pakai?”
Bagitau suami bagi RM100 cukuplah termasuk barang keperluan.
Lepas beli barang semua total baki ada RM15+-
Bagi tahu suami ada duit
Pakai duit tu sempat survive hidup untuk beberapa hari.
Dan masa tu berjinak-jinak buat bisnes sendiri.
Alhamdulillah, dengan duit suami bagi tulah ada juga duit dalam tangan sementara tunggu bisnes mencanak. Suami tak tahu pon sebab bagitau suami ada duit.
Dan keputusan untuk sambung belajar ni adalah salah satu keputusan yang kami dah bincang sebelum kahwin lagi.
Bila sampai masa memang bagitau suami yang pasal duit tu tak payah fikir.
Tapi tak sangka dalam diam suami selit juga duit.
Potong bawang betollah
Metua buat solat hajat mudahkan urusan belajar
Semalam jugak la mak mertua bagitau nak buat solat hajat minta Allah permudahkan urusan saya sambung belajar.
Belum masuk part mak mertua berlari lari stop kereta semata mata nak bagi duit belanja untuk sambung belajar. Anugerah apa lagi yang paling terindah nak dibandingkan dengan dapat mertua dan suami yang baik.
Terima kasih kepada suami
Suami banyak ajar dan tunjuk benda baik terutama sekali bab menghulur.
Menghulur bukan tanda kita kaya, tapi tanda kita sedar dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. Jangan tunggu kaya baru nak belajar menghulur sebab jadi manusia ni lumrahnya takkan pernah rasa cukup.
Apa pon terima kasih kepada suami, ummi, mertua, dan keluarga atas sokongan dan dorongan yang tak henti dari dulu sampai sekarang. Doakan moga Nik Yam dapat habiskan master secepat mungkin, dapat posting dan dapat hidup sebumbung dengan suami.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Zikir ‘Laa Ila Ha Illa Anta, Subhaanaka Innii, Kuntu Minazzolimin’, Mudahkan Isteri Bersalin. Suami Pun Patut Amalkan!
Bergelar seorang ibu adalah saat paling membahagiakan. Lagi-lagi apabila usia perkahwinan baru setahun jagung.
Bersyukur kerana dilkurniakan rezeki yang cepat oleh Allah dan paling penting setiap pasangan itu sudah bersedia bergelar ibu dan ayah.
Namun begitu, bagi yang pertama kali melahirkan anak pasti terbayang sakit terpaksa ditanggung ketika proses mahu melahirkan.
Situasi ini adalah normal dan merupakan pengalaman terindah perjalanan bergelar seorang ibu.
Janganlah takut untuk merasainya kerana hanya yang bergelar ibu saja dapat merasai sakit sebenar mahu melahirkan khalifah Allah ini.
Namun begitu sebagai orang Islam, ada beberapa doa dan zikir dari surah terpilih yang boleh bantu kita kurangkan sakit bersalin atau kontraksi.
Perkongsian di laman sosial Facebook memberitahu petua boleh amalkan. Bukan saja oleh isteri tetapi juga suami. Sentiasalah berada di sisi dari awal hinggalah selesai proses melahirkan.
Cara Mudah Bersalin Yang Patut Mommies Amalkan Sekarang!
Berikut adalah antara petua yang boleh diamalkan:
Bersujud
Tahukah anda posisi sujud bagus untuk memudahkan bukaan bersalin? Selain itu, posisi ini juga bagus untuk mengurangkan rasa sakit kontraksi.
Zikir nabi Yunus A.S
Antara zikir yang disarankan untuk diamalkan ketika hendak bersalin. Zikir nabi Yunus a.s di dalam perut ikan.
Surah Maryam
Salah satu surah yang sangat sesuai diamalkan bagi tujuan memudahkan proses bersalin.
Mencangkung
Banyakan pergerakan mencangkung. Perbuatan ini akan membantu memudahkan bukaan bersalin terbuka.
Banyak berjalan
Ini antara petua yang kita sering dengar bukan? Banyak berjalan juga merupakan salah satu cara memudahkan bukaan bersalin terbuka.
Bekalan tenaga
Proses bersalin merupakan satu proses yang sangat memenatkan dan memerlukan tenaga yang banyak. Minum air yang memberi tenaga seperti susu badam atau makan makanan yang banyak memberi tenaga seperti kurma.
Teknik pernafasan
Menguasai teknik pernafasan adalah sangat-sangat penting. Teknik pernafasan beritma boleh membantu anda bertenaga semasa proses melahirkan.
Meneran
Meneran semasa bersalin sangat memerlukan tenaga yang banyak. Cara meneran dengan betul akan membantu mengurangkan risiko terkoyak dan luka. Antar yang anda perlu ingat ialah jangan mengangkat punggung ketika meneran.
Kurangkan berehat
Anda mungkin pelik dengan petua ini. Sebenarnya, bukan tidak boleh berehat, cuma, semasa hamil elok perbanyakan senaman ringan bagi memudahkan proses melahirkan. Banyak berehat akan mengurangkan stamina anda untuk menghadapi proses bersalin.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
“Beli Rumah Untuk Pelaburan”, Pakar Hartanah Nasihat Hati-Hati Kerana Ia Idea Lapuk Pada Zaman Ini
Ramai beranggapan rumah menjadi harta pelaburan paling menguntungkan kalau dibeli.Tidak dinafikan ramai masih menanam impian sedemikian kerana ada ramai yang berkongsikan kejayaan mereka.
Tapi sebelum suami isteri buat pelaburan hartanah paling utama kena tengok LOKASI. Beli bukan sebab murah, jauh dari Kuala Lumpur dan Selangor, beli bukan sebab nak jadikan homestay dan bukan beli sebab nak duduk masa pencen ya. Kata orang tengok apa niat beli tu.
Pakar hartanah dan kewangan, Dr Azizul Azli Ahmad kongsikan nasihat terbaik untuk yang ada hajat membeli rumah jauh. Jangan sampai jadi rugi katanya. Ibarat tanam durian tapi hasil tiada.
Baca perkongsiannya
“Rumah nie jauh kedalam, hulu pula tu. Boleh ka saya beli?”
“Rumah di Selangor semua mahal, sebab tu saya nak beli di Perak”.
“Saya ingat nak buat sewa atau homestay saja nanti”.
“Bila dah pencen nanti baru saya balik duduk”.
“Ada sifoo hartanah galakkan beli disini”.
Saya selalu ditanya soalan ini. Tentang satu projek perumahan.
Kediaman ini dibina lebih dari 1000 unit dan sangat banyak.
Pernah dengar kisah “Bukit Beruntung yang tak untung?”.
Bagaimana satu ketika banyaknya hartanah dibuat dan akhirnya kediaman ini terlelong.
Idea juga sama seperti ini dulu kala.
Beli nak buat sewa, homestay, investment dan segalanya.
Saya pernah lihat kediaman di Bukit Beruntong di lelong pada harta RM3,000 hingga RM5,000 sahaja waktu gila beli lelong dulu.
“Murah giler, pintu sahaja tak ada”
Kawan kawan,
Pelaburan hidup dan hutang terbesar dalam hidup kita biasanya hutang rumah.
Hutang ini ikat kita sampai 30-35 tahun lamanya.
Ingat pesan ini ;
- Jangan beli sebab ianya murah. “Murahnya rumah ini, bawah RM180,000 sahaja”. Hutang kita dengan bank akan tetap jadi RM300,00-400,000 akhinya.
- Beli untuk pencen nanti, percayalah rumah tetap akan rosak jika beli dan tak guna. Bahan binaan ada jangka hayatnya.
- Nak buat sewa. Kita dah buat kajian pemasaran?. Rumah dalam hutan sapa akan sewa nantinya.
- Boleh buat homestay. Apa tarikan pelancongan yang ada atau sekadar tunggu kenduri kahwin hujung tahun sahaja.
- Rumah mesti naik harga. Teori lapuk ini tidak laku lagi. Jika tidak masakan ada rumah lelong harga RM10,000 sahaja.
- Tak beli sekarang, bila lagi akan beli. Jangan terburu buat hutang. Dalam keadaan pandemik ekonomi begini, biar lambat asal tak menyesal. Banyak rumah pemaju terpaksa buang harga.
- Jangan risau, beli rumah tak rugi. Ramai orang rugi sebenarnya. Tapi malulah nak cerita, biar rugi sama sama impian mereka. Buat apa mengaku, buat malu saja.
- Ramai saja orang Key El beli situ. Sebab marketing strategy dan ayat manis juru jual untuk ciptakan impian pembeli. Komisyen mereka luar biasa jika berjaya jual rumah tak laku ini.
Sasaran mereka penjawat awam sekarang ini, mereka tahu ramai penjawat awam tak terkesan dengan pandemik ini.
Jika nak duduk saja, beli dan duduklah. Tiada masalah, kita yang faham keperluan kita.
Jika tujuan pelaburan, pertimbangkan semula. Ada banyak penilaian yang perlu ada.
Azizul Azli Ahmad
Beli Hartanah Yang Baik
#Kisah Beli Benih Durian bila dah besar tak ada buah.
Nak cari suami sebijak ini dalam bidang hartanah, jom sertai webinar jodoh kami. Kami akan ajarkan cara mengenal pasti imam yang baik dan bersama-sama menuju jannah.
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-jodoh-suami-kiriman-ilahi/
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI