Salam bersalaman memohon kemaafan memang sudah jadi budaya kita ketika menyambut raya. Namun begitu batasan untuk bersalaman meskipun bersama ahli keluarga perlu juga dijaga.
Ini kerana ada kalangan ahli keluarga adalah bukan mahram yang mana ada aurat yang perlu kita jaga. Berikut adalah senarai ahli keluarga bukan mahram yang bukan saja perlu kita elakkan dari bersalam tapi turut menjaga batasan aurat serta pergaulan.
Tidak boleh bersalam & kena jaga aurat serta pergaulan
Individu yang bukan mahram bagi seorang lelaki dalam keluarga
-Isteri kepada bapa saudara.
-Sepupu perempuan.
-Kakak ipar (isteri kepada abang kandung).
-Adik ipar (perempuan).
-Anak angkat perempuan yang bukan anak susuan.
-Manakala bagi seorang perempuan pula, yang bukan mahram mereka adalah seperti berikut:
Individu bukan mahram bagi seorang perempuan pula dalam ahli keluarga
-Suami kepada ibu saudara.
-Sepupu lelaki.
-Abang ipar (suami kepada kakak kandung).
-Adik ipar (lelaki).
-Anak angkat lelaki yang bukan anak susuan.
Boleh bersalam ahli keluarga ini
Mahram bagi seorang lelaki
Mahram bagi seorang lelaki yang dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu mahram dari sudut kerabat, musaharah, dan juga susuan.
Pertama: Mahram Dari Sudut Kerabat
Ads
-Ibu kandung.
-Nenek (ibu kepada ibu).
-Nenek (ibu kepada bapa).
-Anak perempuan.
-Cucu perempuan (dari anak lelaki).
-Cucu perempuan (dari anak perempuan).
-Adik beradik perempuan seibu sebapa.
-Adik beradik perempuan seibu.
-Adik beradik perempuan sebapa.
-Anak perempuan kepada adik beradik lelaki kandung (seibu sebapa).
-Anak perempuan kepada adik beradik lelaki dari sebelah ayah atau ibu.
Iaitu anak-anak saudara perempuan @ anak perempuan kepada adik beradik lelaki atau perempuan kita.
Kedua: Mahram Dari Sudut Musaharah
-Isteri kepada bapa (ibu tiri). Begitu juga isteri kepada datuk dari sebelah bapa atau ibu.
-Isteri kepada anak lelaki (menantu perempuan). Begitu juga isteri kepada cucu lelaki dan ke bawah.
-Ibu kepada isteri (ibu mertua).
Ini berdasarkan firman Allah S.W.T:
وَأُمَّهَاتُ نِسَائِكُمْ
Maksudnya: Dan ibu kepada isteri-isteri kamu.
-Anak perempuan kepada isteri (anak tiri bagi isteri yang telah disetubuhi).
Ads
Ketiga: Mahram Disebabkan Susuan
Ibu susuan.
Adik beradik perempuan susuan.
Anak perempuan kepada adik beradik lelaki sesusuan.
Anak perempuan kepada adik beradik perempuan sesusuan.
Anak susuan perempuan.
Adik beradik susuan perempuan kepada ibu atau ayah. Iaitu ibu-ibu saudara susuan.
Kesemuanya ini adalah berdasarkan firman Allah S.W.T:
وَأُمَّهَاتُكُمُ اللَّاتِي أَرْضَعْنَكُمْ وَأَخَوَاتُكُم مِّنَ الرَّضَاعَةِ
Maksudnya: Dan ibu-ibu susuan kamu serta adik-beradik perempuan susuan kamu.
Surah Al-Nisa’ (23)
Ads
Juga berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah R.Anha bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
يَحْرُمُ مِنَ الرَّضَاعِ مَا يَحْرُمُ مِنَ النَّسَبِ
Maksudnya: Diharamkan dari susuan apa yang diharamkan dari nasab.
Riwayat Ibn Majah (1937)
Mahram bagi seorang perempuan
-Bapa kandung dan ke atas seperti datuk dan moyang.
-Anak lelaki dan ke bawah seperti cucu dan cicit.
-Adik beradik lelaki.
-Bapa saudara dari sebelah ibu dan ke atas seperti datuk saudara.
-Bapa saudara dari sebelah bapa dan ke atas seperti datuk saudara
-Anak-anak saudara lelaki iaitu anak lelaki kepada adik beradik lelaki atau adik beradik perempuan dan ke bawah seperti cucu-cucu saudara lelaki.
-Bapa susuan.
-Adik beradik susuan yang lelaki.
-Bapa mertua.
-Menantu lelaki (suami kepada anak perempuan).
Anak adalah anugerah terindah kurniaan Allah bagi setiap pasangan yang berkahwin. Walaupun ada yang terpaksa bertahun menunggu, kehadiran si kecil ini pastinya lebih menceriakan kehidupan.
Namun siapa kita mahu menindakkan qadak dan qadar Allah. Hanya Dia yang tahu bila dan di mana serta asbab seseorang itu bertemu penciptaNya.
Seperti perkongsian ibu muda ini Dalila Yusof di laman sosial Facebook yang baru kehilangan anak dikasihi baru berusia 4 bulan akibat demam sehingga menyebabkan jangkitan kuman dalam darah.
Apa yang lebih menyedihkan dia dan suaminya tidak sempat untuk mencium bayi mereka buat kali terakhir sebelum masuk bilik pembedahan dan disahkan meninggal dunia.
Catatan dari insan bernama ibu ini mengundang sebak warganet. Biarpun hanya sempat empat bulan dipinjamkan anak syurga ini, namun dia reda dengan ketentuan Illahi.
Sarah SyamimiSedih kita baca . Moga Allah berikan kekuatan luar biasa utk dal dan suami . Anaqi ank syurg dal dan suami
Nurul Shuhada Amlanbykkan bersabar yer kilah…ada hikmah di sblik cmua ni…Allah s.w.t xkan uji ssorng itu klu die x mmpu…moga Allah bg kekuatan hdpi ujian ni..
Diana PurpleAllahu akbar.. Sedih baca coretan ibu anaqi tsaqeef.. Tersentuh jiwa.. Sebak.. Semoga ank tenang d sana.. Syurga bulat2 buat ank… Smoga ibu n baba anaqi kuat, sabar hadapi semua ini..
Hazirah MohamedSalam takziah..Kuatkan semangat ya dalila..anaqi tunggu ibu & babah di syurga..
ANAQI TSAQEEF ANAK SYURGA IBU BABAH
18 Sept 2019 (Rabu) Pagi tu anak ibu bangun senyum gelak2 mcm biasa, makan minum pon mcm biasa. Tapi tengahari dlm pukul 12++ tiba2 ibu rasa mcm badan adik panas. So ibu check suhu adik 38.3. Mmg adik dah demam time tu. So ibu wassap babah cakap adik demam nak bawak p klinik/hosp. Since babah tengah further study hari2 ada kelas isnin-jumaat. So babah minta excuse utk balik halfday. Ibu try call klinik pakar kanak2 dkt SP (C.P.Ooi) tapi tak angkat.
Doktor kata demam virus, tapi tak admit. Balik rumah & monitor suhu
Then ibu try call Hosp Pantai bhg Specialist Clinic (Pakar Kanak2) dan Dr yg biasa Anaqi Tsaqeef jumpa tu ada. So decide utk p dkt hosp pantai. Dalam pukul 2.30ptg mcmtu ibu babah bwk adik p hosp pantai. Sampai sana check suhu adik 39.8 sangat tinggi utk baby 4bulan++ (Bukan demam panas).Tapi masih tak admit. Dr sumbat ubat punggung utk kurangkan suhu. Dr pakar kanak2 tu check dia kata just demam virus. Biasala baby2 kan dia kata. Ibu babah dengaq rasa lega. Dr just bagi ubat demam then kami balik. Bila balik tu anak ibu mcm aktif masih gelak2 makan pon byk. Ibu babah still monitor suhu dia tapi suhu naik turun. Bila bagi makan ubat suhu turun bila ubat habis suhu naik. Turun pon dlm range 37.5-39. So adik still demam. Tapi anaqi tsaqeef anak yg sgt baik sepanjang dia demam, takda setitik air mata yg keluar just merengek perlahan ja. Mybe adik tak nak bagi ibu babah risau. Start adik demam Ibu babah tiap masa jelum badan kepala adik utk sejukkan badan(org petua) sampai ke pagi.
Mula cirit-birit & badan start dihydrated
19 Sept 2019 (Khamis) Sepanjang malam suhu adik still tinggi juga then adik ada cirit birit. Ibu ingatkan badan adik panas tak pon tindakbalas ubat yg menyebabkan adik cirit birit rupanya tak. Badan adik dah start dihydrated. Pagi khamis ibu cuba petua org cakap mandi dgn lemon, cool fever letak dkt bawah ketiak, belakang leher. Semua ibu cuba. Lepas mandi adik ok tapi bila sejam mcmtu panas balik. So adik minum susu mcm biasa tapi kurang sikit, cirit birit still ada. Ibu cuba nak bagi adik full bf sepanjang adik demam tapi adik tak mau sangat sedangkan adik lapar. Tapi bila ibu bagi direct bf adik still hisap cumanya kejap hisap kejap lepas. Macam dia ada something tak kena. Ibu anggap adik tak mau kot. Ibu berjaga sepanjang malam monitor suhu adik dengan jelum badan kepala adik sampaikan kain tak sempat kering ibu jelum adik sebab kesian adik tak larat. Ibu nak bagi adik segar aktif mcm biasa. Ubat still ibu bagi mcm biasa 4-6jam sekali.
Bagi ubat, suhu turun dan lega sekejap. Dan habis ubat, suhu kembali naik
20 Sept 2019 (Jumaat) Pagi jumaat adik still lemah suhu pon mcmtu juga 37.5-39 then ibu bagi ubat suhu turun kejap lepas habis ubat suhu naik semula. Tengahari mcmtu babah ambek halfday lagi sebab rasa kena bwk adik p hosp ni sebab demam xmau kebah. Lepas jumaat ibu babah bwk pula adik p bhgian kecemasan Hosp SP. Time tu suhu adik agak tinggi dlm 38 keatas. Adik lemah juga time tu. Tapi bila p bahagian kecemasan HSAH ibu ingatkan adik akan dpt priority sebab dia baby dan keadaan dia yg mcmtu. Tapi malangnya still kena tunggu turn yg mybe dlm 4-5 jam lagi. Bila babah tanya pon still jawab tak boleh kena ikut turn juga. Sangat2 kecewa time ni dengan bhagian kecemasan HSAH Ibu babah kesian sgt dkt adik sebab adik xlarat sangat time tu. Dengan persekitaran yg mcm2 penyakit dekat situ. So babah decide tak bole tunggu ni kena p swasta juga ni, so bwk adik p klinik bersatu tikam batu. Dr situ check mcm takda apa, still kata demam biasa dan dr bagi ubat demam juga. Bila diingatkan balik dia sebagai Dr takkan mcmtu ja buat kerja. Check pon biasa ja sedangkan baby dh demam 3hari kot suhu turun naik tak kebah. So balik tu ibu try bagi ubat yg klinik pula. Bila ibu bagi ubat klinik tu suhu adik turun sampai ke 35 mcmtu. Mmg sangat rendah dah dan tak demam. Time tu syukur sgt dekat Allah sebab suhu adik turun. Rupanya tak dia nak bagi ibu babah lega kejap ja. Bila ubat habis suhu adik naik balik. Kesian sgt time tu adik dah tak sembang tak senyum apa dah dkt ibu. Nak tidoq ja. Sepanjang mlm adik still mcmtu. Dalam kepala ibu ni tak senang rasa setiap masa pikir nak buat mcm mana lagi.
Ikhtiar bawa pergi berjumpa Ustaz. Perasan ubun-ubun di kepala sudah tenggelam
21 Sept 2019 (Sabtu) Adik masih lagi mcmtu cumanya suhu dia rendah sikit dlm 37-38. Kadang turun 36. Kadang demam kadang dak mcmtu. So ibu babah ikhtiar utk bawak adik jumpa ustaz pula kalau2 adik ada gangguan. Orang suruh cuba so ibu babah buat. Time tu adik lemah mybe adik sakit dh ibu babah tak tau Ustaz cakap biasala mybe gangguan ni. So ustaz buat air penawar suruh balik bagi mandi semua la. Takpa ibu babah ikhtiar. Balik mcm biasa adik tidoq jaa sebab tak larat tapi susu adik still minum byk. Babah perasan ubun2 adik dah tenggelam tak mcm biasa. Ingatkan berat adik turun so ubun2 pon jadi tenggelam. Rupanya apa yg dr bagitau sebab adik dihydrated. Allahu ibu babah tak tahu adik
Asyik mengerang, nafas laju dan adik seperti nak beritahu sesuatu
22 Sept 2019 (Ahad) Anaqi tsaqeef bangun pagi tu ibu gerak sebab nak bagi adik mandi awai, ibu cuba lagi bagi adik mandi ayaq daun bunga raya putih sebab org petua mcmtu kalau demam. So ibu babah buat, adik suka sangat mybe sebab sejuk kot. Lepastu bagi makan ubat dan adik tidoq. Suhu adik tak tinggi sgt dlm 37 lebih mcmtu. Tapi bila mai petang tu adik mcm mengerang mybe adik sakit sangat dah. Suhu adik pon tak tinggi time ptg tu. Tak demam dah. Sampaikan ke tengah malam adik tak bole nak tidoq mata pon dh taknak tengok orang. Asyik mengerang geleng2 nafas pon laju sangat. Adik mcm nak bgtau something dkt ibu babah tapi adik tak reti nak habaq lagi. Allahu
Bawak pergi ke hospital rupanya keadaan adik sudah teruk. Tak sempat untk cium buat kali terakhir
23 Sept 2019 (Isnin) Tengah malam disebabkan adik tak boleh nak tidoq sebab adik mcm mengerang sakit so ibu babah decide bawak adik p hosp dlm pukul 1230pagi mcmtu. Ibu babah bawak adik p kecemasan hosp kepala batas. Time tu adik dlm keadaan sgt tenat sebab nafas terlalu laju MALANGNYA bila sampai di kecemasan hosp kepala batas tu staff disitu cakap kena tunggu turn sebab ramai. Ya Allah bertapa kecewanya ibu babah bila diingatkan balik. Sampaikan anak ibu babah setenar tu masih lagi suruh ikut turn. Kali kedua ibu babah KECEWA dgn kecemasan hosp govern So keadaan adik yg mcmtu mmg tak boleh dah ibu babah nak tunggu turn so bwk adik terus ke kecemasa Hosp Pantai. Dan bila dekat situ dr cakap adik dah sangat teruk keadaan dia so pihak hosp takda peralatan nak support adik punya sakittu. So dr pantai buat surat terus refer ke kecemasan HSAH. Bila sampai di kecemasan HSAH adik terus masuk zone kuning. Ibu dukung adik sampai kali terakhir adik masuk sone merah. Time tu ibu rasa luluhnya hati ibu sebab adik terus kena tolak ke zone merah sebab keadaan adik sangat tenat dah Tak sempat ibu nak cium adik buat kali terakhir sebab Dr dkt situ dh nak buat procedure dkt adik. Lemahnya ibu dgn babah time tu. Tapi ibu babah cuba kuatkan semangat sebab ibu babah percaya adik akan kuat. Sampaikan Dr dah minta izin dkt ibu babah nak masuk wayar dkt mulut adik dan nafas melalui mesin. Time tu ibu mampu cakap dkt dr, dr buatlah yang terbaik utk anak ibu. Tak sanggup ibu babah nak tengok adik kena masuk wayar sana sini. Allah
Tak fikir akan ditinggalkan, doktor kata keadaan sangat kritikal & boleh meninggal bila-bila masa
Bila dah siap dkt zone merah dr tolak adik masuk ke NICU. Dekat situ ibu tak pernah langsung terpikir yg adik akan p tinggal ibu. Yg ibu pikir adik akan sembuh adik kuat semangat. Tak henti doa ibu babah dkt adik. Dr mai tanya ibu babah tentang adik. Dari A-Z ibu cerita. Bila Dr kata keadaan adik sangat kritikal dan bila2 masa baby akan meninggal. Time tu Allah saja yg tahu apa yg ibu babah rasa. Anak ibu Allahuakbar. Dr kata dari pukul 2-6pagi respon adik sangatlah sikit. Dr masih cuba yg terbaik utk adik. Ibu nak sangat bagi adik menyusu time tu sebab last adik minum pukul 11 semalam saja sebelum bwk adik p hosp. Tapi adik kena puasa. Dalam pukul 8pagi mcmtu ibu babah tengok dr dah kalut2 p dkt adik rupanya time tu jantung adik dah stop sekejap then dr buat cpr. Allah kesian anak ibu time tu dok tahan sakit
Waktu itu adik sudah tak larat, tepat jam 10 pagi bertemu PenciptaNya. Allah lebih sayang padanya
Then bila kali kedua pukul 9++ pagi jantung adik stop lagi dr cuba lagi yg terbaik utk adik. Tapi adik dah tak mampu adik dah tak larat. Pukul 10pagi adik pergi menghadap pencipta adik. Ibu babah minta maaf sebab takda dkt sisi adik time adik menghembuskan nafas adik sebab dr tengah buat procedure. Adik p dengan tenang tanpa sekelumit pon menyusahkan ibu dgn babah. Time tu ibu tak mampu nak berkata apa. Kosong jiwa ibu Allahu. Bertapa hebatnya kuasa DIA. Ibu babah terlalu sayang anak ibu babah tetapi Pencipta adik lebih sayang adik melebihi segalanya.
Doktor beritahu adik dihydrated & menyebabkan kuman merebak dalam darah. Keseluruhan badan sudah dijangkiti kuman.
Dr cakap badan adik dihyrated masa demam dan menyebabkan kuman merebak dlm darah adik. Keseluruhan badan adik dah dijangkiti kuman. Terlalu cepat benda ni jadi. Sekelip mata Allah ambik anak ibu babah. Allahu. Ibu babah redha dengan ikhlas Allah ambik Anaqi Tsaqeef. Adik doakan ibu dgn babah kuat ya sayang. Ibu babah dah jaga adik yg terbaik bagai menatang minyak yg penuh tapi ibu yakin Allah akan jaga adik lagi terbaik. InshaAllah anak syurga ibu, tunggu ibu dgn babah dekat sana naa. Anaqi Tsaqeef penghuni pertama rahim ibu zuriat pertama ibu dgn babah. Tetap dlm hati ibu babah sampai akhir hayat ibu babah
Sedaya upaya ibu babah dah cuba utk adik tapi mmg dah tertulis setakat tu saja adik dok dgn ibu babah. Mungkin apa yg terjadi dgn sekelip mata ni ASBAB saja sebelum Allah nak ambil adik
Anaqi Tsaqeef anak yang sangat baik. Paling sempurna. Hensem, comel, putih, baik. Sepanjang menjaga adik dari dalam pantang sampai ke akhir hayat adik sangat mudah. Rindu ibu babah dkt adik takkan hilang. Moga Allah beri kekuatan luar biasa utk ibu dgn babah tempuh ujian ni. InshaAllah
Damailah anak syurga ibu babah disana
Anaqi Tsaqeef Bin Muhammad Ikhwan 10 Mei 2019 – 23 September 2019
Dah berlari-lari dekat Taman Syurga
Perkara terindah dalam hidup
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Maksudnya: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan) Surah al-Isra’, 17:32
Sebagaimana yang kita ketahui bahawa berzina dan membunuh adalah dosa besar. Namun sebesar apa pun dosa yang dilakukan seorang hamba, apabila taubat dilakukannya sebelum nyawa sampai di kerongkong dan Allah meredhainya, maka dosa tersebut akan diampuni.
Pada zaman Rasulullah SAW ada seorang perempuan penzina dan pembunuh. Sebagai mana diceritakan oleh Abu Hurairah r.a.
“Pada suatu malam selepas salat Isyak berjamaah bersama Rasulullah SAW. Aku keluar mencari angin. Di tengah jalan aku melihat seorang wanita bercadar sedang berdiri. Ia lalu menyapaku.
“Wahai Abu Hurairah aku telah melakukan dosa besar. Apakah aku masih boleh bertaubat?”
Aku kemudian bertanya, “Dosa apa yang pernah kamu lakukan?”
Perempuan itu pun menjawab. “Aku telah berzina dan membunuh anak hasil dari perzinaanku!”
Mendengarnya Abu Hurairah sangat marah dan memekiknya “Celakalah engkau yang telah membinasakan anakmu. Demi Allah, taubatmu tidak akan diterima.”
Setelah mendengar perkataan Abu Hurairah, perempuan itu menjerit dan jatuh pengsan.
Melihat kesengsaraan perempuan itu Abu Hurairah menyesal. Abu Hurairah merasa lancang telah berfatwa sebelum bertanya kepada Rasulullah, padahal beliau ada di sekitar mereka.
Keesokan harinya, Abu Hurairah menemui Rasulullah dan melaporkan kejadian semalam.
“Ya Rasulullah, semalam ada seorang perempuan meminta fatwa kepadaku tentang masalah ini!” Kemudian Abu Hurairah menceritakan semuanya.
Mendengar cerita itu Rasulullah berkata, “Innalillahi wa inna ilaihi raaji’u. Demi Allah, engkau telah celaka dan mencelakakan orang lain. Bagaimana pendapatmu tentang ayat ini,
“Dan orang-orang yang tidak mempersekutukan Allah dengan sesembahan lain dan tidak membunuh orang yang diharamkan Allah kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina; dan barang siapa melakukan demikian itu, niscaya dia akan mendapat hukuman yang berat, (yakni) akan dilipatgandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina, kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman dan mengerjakan kebajikan, maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebaikan. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Q.S Al-Furqaan: 68-70)
Kalau mahu berbicara, pakai otakmu
Setelah mendengar fatwa Rasulullah, Abu Hurairah berlari menuju kota Madinah dan mencari perempuan itu. Hingga akhirnya ia menemukan perempuan itu di suatu tempat. Segera ia mengkhabarkan fatwa Rasulullah padanya. Mendengar itu, perempuan terebut berteriak girang. Ia berjanji untuk menyedekahkan sebidang kebun miliknya sebagai petanda taubatnya.
Wanita penzina dan pembunuh itu pun bertaubat dengan bersungguh-sungguh. Ia beribadah dan tak henti memohon ampun atas dosa-dosanya. Hingga akhirnya ajal pun menjemput wanita tersebut.
Sumber : Dahsyatnya Tubat,Isnaeni Fuad, Gema Insani : Jakarta, 2008 / Islam Pos
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Solat hajat dikerjakan apabila ada hajat yang penting atau mustahak seperti meminta selamat perjalanan atau meminta diberikan kesembuhan dari sakit atau meminta zuriat atau meminta lepas dari musibah dan yang seumpamanya.
Tidak disunatkan solat hajat untuk perkara remeh temeh seperti kerana mahu pakai baju atau mahu duduk bangun. Tidak boleh solat hajat kerana perkara yang haram seperti meminta perkara syirik dan dosa dan seumpamanya.
Solat hajat ini termasuk solat-solat yang sunat dan harus dikerjakan solat sunat hajat ini samada pada waktu siang atau malam.
Ertinya : “Sungguhnya seorang lelaki yang hilang penglihatannya telah mendatangi Nabi sollallahu alaihi wasallam maka berkata ia : Doakan aku wahai Nabi agar Allah sembuhkan aku ini.
Maka jawab baginda : Jika kamu mahu aku akan tundakan bagi kamu permintaan kamu ini. Ia lebih baik. Dan jika kamu mahu juga aku akan doakan untuk kamu.
Kata lelaki itu : Doakanlah untuk aku.
Maka Nabi sollallahu alaihi wasalllam menyuruhnya mengambil wuduk dan mengelokkan wuduknya itu dan bersolat dua rakaat dan berdoa dengan doa ini : ” Ya Allah sungguhnya aku meminta kepada Mu dan aku hadapkan wajahku kepada Mu dengan berkat Nabi Muhammad pembawa rahmat. Wahai Nabi Muhammad sungguhnya aku telah hadapkan wajahku dengan berkatmu kepada Tuhanku pada hajatku ini supaya ditunaikan ia. Ya Allah terimalah syafaatnya untuk aku.” (Hadith riwayat Ahmad dan Tirmizi dan Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)
Cara solat hajat ringkas
Solat sunat hajat sama caranya seperti solat sunat yang lain sama ada pada syarat dan adabnya.
Niat solat hajat ketika bertakbir ialah hadirkan di dalam hati :
“Sahaja aku sembahyang sunat hajat dua rakaat kerana Allah Taala.”
atau niat-niat yang mempunyai pengertian yang sama.
Selepas membaca surah Fatihah sunat dibaca surah mana yang mudah untuk dibaca tidak ada ditetapkan surah atau ayat tertentu dalam solat hajat ini. Jika dia hanya membaca fatihah sahaja tanpa membaca surah selepasnya maka solatnya itu sah cuma sunat dia membaca surah.
Begitu juga pada rakaat yang kedua. Selepas memberi salam hendaklah berdoa meminta kepada Allah agar hajatnya tercapai.
Antara doa yang elok dibaca ialah doa lelaki yang tersebut pada hadith di atas tadi atau doa berikut :
Ertinya : “Tiada Tuhan yang sebenar-benar melainkan Allah yang maha lemah lembut dan maha mulia. Maha suci Allah yang memiliki Arasy yang sangat besar. Segala pujian itu adalah milik Allah. Aku mohon kepada Mu semua yang mengundang rahmat Mu. Yang mendapatkan keampunan Mu. Dan kekayaan dari segala kebaikkan dan selamat dari segala dosa. Janganlah Engkau tinggalkan aku dalam keadaan berdosa melainkan Engkau ampunkan. Dan tidak juga dalam kegundahan melainkan Engkau berikan jalan kelepasan. Dan tiada ada sebarang hajat yang Engkau redha melainkan Engkau tunaikannya. Wahai Tuhan yang amat menyayangi dari semua yang menyayangi.”
Boleh juga berdoa ketika di dalam sujud solat sebelum memberi salam.
Solat sunat hajat afdal dikerjakan seorang diri tetapi jika dikerjakan berjemaah hukumnya adalah harus dan sah.
Download movie antara perkara yang biasa dilakukan oleh kebanyakan kita. Macam-macaam cara dilakukan asal dapat menonton movie terbaru secara percuma tanpa mempersoalkan tindakan yang...