Hukum faraid adalah peraturan dalam hukum syarak yang mengaturkan pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang.
Tapi banyak terjadi bila berlaku kematian terutamanya ketua keluarga, isteri, anak atau ahli keluarga lain yang tidak tahu apa harus dilakukan bagi menguruskan faraid atau harta peninggalan si mati.
Sebabnya mereka tidak tahu dan tidak ada maklumat peribadi, dokumen penting malah info tentang hutang yang ditinggalkan.
Disebabkan itu adalah penting setiap dari kita terutama ketua keluarga memembuat persediaan tentang perkara berkenaan memandangkan ajal dan maut tiada siapa yang tahu harinya.
Sekiranya tidak tahu apa yang perlu disediakan, perkongsian tentang penyediaan fail faraid peribadi oleh Abdul Rahim Adam boleh dijadikan panduan.
Alhamdulillah, dah siap 90% untuk kandungan fail nie. Seyogianya, setiap orang mesti ada Fail Faraidh Peribadi masing-masing.
Ia bertujuan agar waris tahu apa yang perlu diuruskan dari harta peninggalan si mati lebih-lebih lagi sekiranya harta tersebut hendak digunakan untuk melangsaikan hutang si mati (kita).
Jikalau dokumen tak lengkap, ianya akan menyukarkan urusan waris untuk menguruskannya. Dan paling kita bimbang kalau waris dah “give up” dan malas nak uruskan pusaka kita kerana urusan yang begitu mencabar.
Jadi, jom kita tengok apa dokumen yang perlu kita lengkapkan dalam fail ini.
2. SALINAN DOKUMENT HARTA SEPERTI GERAN TANAH/RUMAH, KERETA DAN PERJANJIAN JUAL BELI
– Banyak berlaku kes yang mana, si mati meninggalkan tanah berkeping² dan dalam masa yang sama mempunyai hutang yang banyak. Tapi asset tersebut tidak dicairkan untuk membayar hutang si mati kerana waris tak pernah tau pun yang si mati mempunyai tanah.
– Sebab itulah sekali-sekala kena cerita jugak jelas² kepada waris akan harta yang kita miliki.
3. SALINAN PENYATA BANK/KEWANGAN
4. SALINAN HARTA-HARTA BERKENAAN
– Takaful perlindungan peribadi, auto-life takaful (kereta), MRRT (takaful untuk rumah) saham & lain²
5. SENARAI HUTANG (2 Jenis)
5.1 Hutang dengan Allah
✓ Badal haji
✓ Zakat yang tertunggak
✓ Fidyah puasa,
✓ Nazar & lain²
5.2 Hutang dengan Manusia
✓ Hutang rumah
✓ Hutang kereta
✓ Personal loan
✓ Kad kredit
✓ Hutang dengan kawan
✓ Hutang dengan mak ayah
✓ Hutang dengan adik-beradik
✓ Hutang sewa rumah tertunggak
✓ Nafkah anak atau bekas isteri yang
tertunggak
✓ Hutang mas kahwin (yang ditangguh
sewaktu berkahwin)
✓ Saman Parking
✓ Saman AES/Speedtrap
✓ Bil-bil utility yang tertunggak (elektrik, air,
internet, Astro, penapis air dan lain²)
NOTA TAMBAHAN :
Jika sekiranya kita ada berhutang dengan sahabat kita suatu jumlah yang agak banyak, maka seeloknya kita masukkan nombor telefon sahabat kita dan juga nombor telefon warisnya sekali. Kalau selitkan gambar pemiutang sekali pun bagus juga.
Semoha bermanfaat
Sumber: Abdul Rahim Adam