Siapa yang tidak mengenali Khabib Nurmagomedov yang terkenal dalam sukan lasak seni bela diri campuran (MMA).  Bukan hanya tangkas di gelanggang apabila bertemu musuhnya, tetapi atlet ini juga dikenali sebagai seorang yang begitu menjaga hubungannya dengan Allah.

Malah apa yang lebih membanggakan umat Islam seluruh dunia apabila Khabib meletakan Allah SWT sebagai keutamannya.

Ini boleh dilihat apabila pada sekeping foto terbaru pemain berusia 30 tahun ini tular di media sosial di mana kelihatan sedang mengimamkan solat kepada kenalan serta rakan media sebelum memulakan perlawanan Sabtu lalu.

Khabib Kekal Juara Lightweight UFC Kalahkan Lawan, Rahsianya Imamkan Solat Sebelum Perlawanan

Menerusia Astro Awani Dalam entri seorang pengembara Islam, Dr Waleed Hakim di akaun Facebook peribadi, beliau juga memuat naik foto Khabib menjadi imam solat.

Foto ahli sukan ternama dunia yang berasal dari Rusia itu menjadi imam solat turut diiringi kapsyen yang menyentuh hati netizen.

IKLAN

Kata Dr Waleed, kejayaan yang dicapai bukan dengan hanya mencatat rekod 28-0 dalam gelanggang, namun, apa yang paling utama ialah berdiri di hadapan Sang Pencipta dan mengabdikan diri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khabib Nurmagomedov (@khabib_nurmagomedov) on


Dan kapsyen itu merujuk pada Khabib sebagai imam yang menyerahkan diri secara total ketika menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim.

“Tidak kira bagaimana kuatnya seseorang itu, sebijak atau semasyhur mana orang melihat anda, apa rekod yang anda pecah, kita semua pada akhirnya akan menjadi seorang yang lemah, dilupakan.

IKLAN

Artikel Berkaitan: 10 Fakta Menarik Tentang Khabib Nurmagomedov

“Namun, apa yang paling utama ialah apa yang akan ditulis oleh malaikat untuk anda. Saya mendoakan kita semua akan mendapat catatan yang baik di tangan kanan pada hari akhirat kelak dan meraih trofi… insya’Allah,” tulis Dr Waleed dalam catatan beliau lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khabib Nurmagomedov (@khabib_nurmagomedov) on


Dalam pertarungan Sabtu lalu itu menyaksikan jaguh dari Dagestan, Rusia berkenaan berjaya mengekalkan kejuaraan lightweight UFC setelah mengalahkan Dustin Poirier selaku juara interim lightweight menerusi ‘submission’ (kuncian) pada minit 2:06 pusingan ketiga di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

IKLAN

Ternyata kejayaannnya ini memberikan kegembiraan kepada penyokongnya. Malah warga net juga rata-rata turut mengucapkan tahniah serta syukur dan kagum dengan tindakan Khabib yang boleh dijadikan ikon terbaik dalam perlawanan sukan.

Rahsia jadikannya ‘unbeatable fighter’

Khabib Kekal Juara Lightweight UFC Kalahkan Lawan, Rahsianya Imamkan Solat Sebelum Perlawanan

Layak jadi leader

Khabib Kekal Juara Lightweight UFC Kalahkan Lawan, Rahsianya Imamkan Solat Sebelum Perlawanan

Sentiasa jaga hubungan dengan Allah

Khabib Kekal Juara Lightweight UFC Kalahkan Lawan, Rahsianya Imamkan Solat Sebelum Perlawanan

 

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI