Jika dalam setiap solat fardhu kita membaca surah al-Ikhlas, ini bermakna kita telah membaca lima kali surah yang penuh keberkahan ini. Bayangkan kalau kita turut berzikir 33 kali surah ini setiap hari ditambah pula dengan membacanya dalam solat sunat.

Subhanallah kita boleh duduk menangis mengetahui khasiat-khasiat atau manfaat besar yang diberikan Allah kepada kita hanya dengan membaca surah pendek yang mengandungi 4 ayat ini.

Artikel berkaitan:  Rasulullah Pesan Baca Surah Al-Ikhlas 3 Kali Sebelum Tidur, Ibarat Khatam Sebuah Al-Quran

Artikel berkaitan: Baca Surah Al-Ikhlas Terutama Lepas Solat, Manfaatnya Sangat Menakjubkan. Insya-Allah Selamat Dunia Akhirat!

Cuba darabkan sahaja jika dalam seminggu, sebulan dan setahun! Khabarkan kepada anak-anak kita agar hafal dan hayati ertinya lalu amalkan bacaannya setiap hari.

Untuk meringkaskan khasiat besar surah ini, kita baca senarai yang telah disusun cantik oleh Mohd Ibrahim untuk menaikkan semangat kita agar istikomah dalam membacanya setiap hari.

Tercapai Setiap Hajat

Bacalah Surah al-Ikhla 1,000 kali selepas solat Subuh dan Maghrib, berdoalah minta apa yang dihajati, Allah akan mengabulkan semua yang dimaksudkan.

Penawar Penyakit

Apabila kita membaca Surah al-Ikhlas 3 kali selepas setiap solat fardu, kita mengubati diri kita sendiri. Daripada Abu Hurairah; Rasululllah SAW bersabda: “Surah Al Ikhlas adalah penawar segala penyakit (Rohani / Jasmani).” (HR: Ibnu Majah r.a.)

IKLAN

Menghindari Kesukaran

a)Jika dibaca 3 surah ini; al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas pada waktu pagi dan petang, nescaya kita terhindar daripada mengalami apa-apa kesusahan.

b)Bacalah Surah al-Ikhlas 3 kali sebelum terbit matahari dan 3 kali selepas terbenam matahari. Allah selamatkan dari segala kejahatan.

Menundukkan Orang Zalim

Bacalah Surah al-Ikhla 1,000 kali selepas solat fardhu, kemudian bacalah doa berikut;

“Sesungguhnya daku menguasakan roh surah ini, panas dan sejuk, kepada roh…. (sebutlah nama orang berkenaan) yang zalim itu.”
InsyaAllah berhasil.

Dijauhkan Dari Ketamakan Orang Lain

a)Bacalah lafaz ‘YA SHAMAD’ 133 kali setiap hari secara konsisten. InsyaAllah, akan selamatlah kita dari maksud jahat orang-orang yang rakus lagi aniaya.

b)Bacalah lafal ‘YA SHAMAD’ 40 kali setiap hari. InsyaAllah selama hayat masih dikandung badan kita selalu selamat dari maksud jahat orang-orang yang rakus.

Mengurangkan Rasa Lapar dan Dahaga

Bagi menghindari perasaan lapar dan haus, terutama orang yang dalam bermusafir atau ditempat yang jauh dari keramaian dan sukar dapat air atau makanan, maka bacalah Surah al-Ikhlas dan dikuti lafaz ‘YA SHAMAD’ sebanyak-sebanyaknya. InsyaAllah rasa payah, letih, dahaga dan lapar akan sirna dengan sendirinya, sehingga badan kuat untuk meneruskan tujuan.

Menghindarkan Dari Segala Bala Bencana

Baca Surah al-Ikhlas ini 1,000 kali pada waktu antara solat Maghrib dan Isyak. Berkat dari bacaan ini, InsyaAllah semua bala bencana dan mara bahaya akan terhindar.

Beroleh Kebaikan Dunia dan Akhirat

Bacalah Surah al-Ikhlas selepas selesai solat fardhu sebagai amalan harian. InsyaAllah berkat surah al-Ikhlas yang kita baca itu, kita akan mendapatkan kebaikan di dunia dan akhirat.

Terhindar Dari Fitnah Dan Siksa Kubur

Bacalah Surah al-Ikhlas pada orang yang sedang sakit. Seandainya orang sakit itu meninggal pada hari itu juga, maka InsyaAllah dia akan diselamatkan dari segala fitnah kubur.

Pelbagai Guna

Dawamkan 100 kali setiap hari sehabis solat Maghrib tanpa batas waktu, InsyaAllah banyak manfaatnya, antaranya adalah :
Sebagai bentenga atau pagar diri
Sebagai suplemen, vitamin lahir dan batin (sihat jiwa raga jauh dari penyakit apapun)
Anti sihir atau santau
Mahabbah
Murah rezeki
Perubatan
Membuka hijab
Perlindungan dari zina
Bersih dan sucikan hati kita

Kita telah lihat betapa besarnya fadhilat dan kelebihan orang yang membaca Surah al-Ikhlas ini. Khasiat yang telah disebut di atas cukup berguna untuk bekalan hidup, baik untuk suatu hajat atau untuk perisai badan agar sihat wal afiat dan terhindar dari sebarang gangguan.

Hadiah yang begitu banyak dan pahala yang besar diberikan Allah SWT kepada mereka yang membiasakan membaca surah Al-Ikhlas secara istikomah.

Namun begitu, kita tidak seharusnya hanya memikirkan ganjaran tersebut kerana ia merupakan kehendak Allah SWT bagi sesiapa sahaja yang dikehendakiNya.

Dengan membaca Surah al-Ikhlas adalah merupakan kecintaan kita kepada al- Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Maka marilah kita mempraktik dan memperbanyakkan membaca surah ini secara konsisten.

Kashoorga: Daripada Anas r.a bahawa seorang lelaki berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku sangat suka kepada surah ini (al-Ikhlas) lalu Baginda pun bersabda,”Sesungguhnya kesukaanmu pada surah ini akan memasukkan engkau ke dalam syurga”. IHR at-Tirmidzi)