Adakalanya manusia diuji berbuat kesilapan dahulu sebelum berpeluang bertaubat. Malah tiada manusia yang sempurna kerana kita semua adalah hambaNya yang lemah. Bersyukurlah kepada Allah kita masih diberi peluang berbuat kebaikan sebelum nyawa ditarik kembali.
Mengakui sentiasa meluangkan masa sehingga dua jam setiap kali waktu solat fardu membolehkan Ahmad Sarkawi Sulong, 50, bekas ahli Al-Maunah khatam sebanyak 160 kali sepanjang 20 tahun berada di penjara.
Dipetik dari Harian Metro, Ahmad Sarkawi yang mesra dengan panggilan Awie itu dijatuhi hukuman penjara sepanjang hayat mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan kerana melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong kerana menyertai kumpulan Al-Maunah pada 2000.
Bagaimanapun, pada 17 Ogos tahun lalu, dia mendapat perkenan pengampunan Yang di-Pertuan Agong sekali gus dibebaskan selepas 20 tahun di penjara.
Awie yang ditemui di rumahnya di Kampung Batu 24 di sini, semalam berkata, dia pernah menjalani hukuman di Penjara Kajang selama lapan tahun dan 12 tahun di Penjara Marang juga mampu khatam tiga kali setiap Ramadan.
"Saya biasanya membaca al-Quran sebelum dan selepas menunaikan solat fardu selain turut membaca al-Quran ketika waktu rehat berkerja.
Hidup saya hanya dengan Al-Quran, ia umpama teman ketika di penjara
"Setiap kali Ramadhan, saya akan meningkatkan jumlah juzuk al-Quran yang dibaca supaya mampu khatam lebih banyak, lagipun ganjaran membaca al-Quran pada Ramadhan jauh lebih besar berbanding hari biasa dan oleh itu berasa lebih bersemangat untuk mengamalkannya.
Ads
"Masa terluang hanya dihabiskan dengan bacaan al-Quran sahaja. Jika tidak bekerja sebagai pengukir kayu di penjara, saya akan membaca al-Quran dan tidak pernah jemu menjalani rutin berkenaan sepanjang tempoh itu," katanya.
Menurutnya, dia amat merindui amalan membaca al-Quran ketika berada di Sel Banduan Hayat Nombor 16 di Penjara Marang kerana memberi pelbagai kenikmatan dan ketenangan kepadanya.
"Walaupun 20 tahun di penjara dan terpaksa berpisah dengan dunia luar namun perasaan saya sentiasa dalam keadaan tenang serta tenteram.
"Cuma perasaan rindu kepada keluarga serta ingin menjalani kehidupan bebas itu tetap ada namun kerana terikat dengan hukuman saya perlu akur dan memujuk hati sendiri untuk terus bersabar," katanya.
Ads
Menurutnya, rutin Ramadhan yang dijalani pada tahun ini agak berlainan berbanding ketika di penjara, berbekalkan ilmu agama yang dipelajari di Penjara Marang, dia diberi kepercayaan menjadi bilal di Surau Al-Falah di sini.
Katanya, ia membuatkannya berasa bersemangat dan terharu dengan layanan serta kepercayaan penduduk kampung.
Bercerita lagi, dia juga berasa sangat seronok menyambut Ramadhan buat kali pertama selepas dibebaskan kerana dapat bersama ahli keluarga dan paling gembira kerana dapat menunaikan solat sunat tarawih berjemaah bersama penduduk kampung.
"Sepanjang menjalani hukuman penjara, saya hanya menunaikan solat sunat tarawih sendirian di bilik pengasingan.
Ads
"Pada Ramadhan tahun lalu saya berbuka puasa, bersahur dan menunaikan solat sunat tarawih di penjara, siapa sangka pada tahun ini saya menjalani semua ibadah itu bersama keluarga," katanya yang sudah bertunang dengan seorang gadis dari Kampung Sekayu di sini.
Menurutnya, walaupun tidak mampu untuk meluangkan masa sepenuhnya dengan amalan membaca al-Quran ketika ini kerana masanya perlu diseimbangkan mengikut tuntutan hidup seperti berkerja dan membuat amalan kebajikan lain.
"Tidak bermakna saya melupakan amalan membaca al-Quran, cuma tempoh waktu untuk amalan itu lebih singkat berbanding ketika berada di penjara. "Sekarang saya bekerja sebagai tukang kebun di ladang durian milik rakan di Bukit Diman sejak akhir tahun lalu.
"Walaupun pendapatan diperoleh tidak seberapa, tetapi tetap berasa seronok dan wang gaji boleh disimpan untuk majlis perkahwinan pada Jun akan datang. "Saya bersyukur kerana perjalanan hidup selepas dibebaskan daripada penjara dipermudahkan.
"Saya baru sahaja dapat lesen memandu kenderaan dan sekarang sudah bertunang serta bakal mengakhiri zaman bujang tidak lama lagi," katanya.
Sumber : Harian Metro
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Kita tidak pernah lari daripada melakukan dosa, 24 jam,7 hari. Tetapi apakah usaha kita untuk membersihkan semua dosa itu?
Sebagai hamba Allah, kita sangat beruntung kerana sesungguhnya Allah Maha Pengasih, Pemurah, Pengampun dan Penyayang.
Pelbagai amalan baik dan mudah boleh kita lakukan dan senang-senang sahaja Allah berikan pahala dan terhapus dosa.
Satu amalan yang sangat mudah dan murah malah boleh terhapus dosa-dosa kita sebanyak 80 tahun ialah dengan membaca selawat 80 kali pada setiap hari Jumaat! Bukan itu sahaja, Allah akan kurniakan pahala sebanyak 80 tahun juga mengiringi amalan kita berselawat pada hari Jumaat.
Subhanallah, mudah sungguh menghapuskan dosa dan mengumpul pahala. Maka dengan nikmat Tuhan mu yang mana ingin kita dustai?
Kita baca beberapa sabda Rasulullah yang menekankan perkara amalan selawat 80 kali ini pada setiap Jumaat, Allah menjanjikan dosa sebanyak 80 tahun terhapus dan dikurniakan 80 tahun pahala.
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah (SAW) bersabda,
“Sesiapa yang membaca selawat seperti ini sebanyak 80 kali sejurus selepas sembahyang Asar pada hari Jumaat, sebelum bangun dari tempat sembahyangnya, akan diampunkan dosanya sebanyak 80 tahun dan diberikan pahala 80 tahun ibadah”
Dari Aus bin Aus r.a.katanya, Rasulullah s.a.w bersabda,
“Sesungguhnya di antara hari-harimu yang paling utama sekali ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada hari itu, sebab sesungguhnya bacaan selawatmu itu ditunjukkan kepadaku.
Para sahabat berkata: Ya Rasulullah, bagaimanakah selawat kita semua itu dapat ditunjukkan kepada tuan, sedangkan tuan sudah hancur tubuhnya?
Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya Allah mengharamkan pada tanah untuk makan tubuh sekalian Nabi. (Riwayat Abu Dawud dengan isnad sahih)
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda,
“Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, sesiapa yang membaca selawat untuk ku sekali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberikannya rahmat 10 kali)” (Riwayat Al Baihaqi)
Hari jumaat merupakan hari yang paling digalakkan kepada kita supaya memperbanyakkan beramal, kerana itu penuh dengan keberkatan dan kebaikan seperti yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW.
Untuk mengerjakan amal kebajikan janganlah ditangguh-tangguh dan mengira masa, kerana setiap amal yang baik akan dibalas dengan ganjaran pahala.
Orang yang paling banyak berselawat kepada Rasulullah SAW akan mendapat syafaat Baginda pada hari akhirat nanti dan paling hampir dengan Baginda.
Bagi yang rajin berselawat, nama kita akan disebut malaikat di hadapan nabi.
Kashoorga: Sudah terang lagi bersuluh, apa lagi yang kita tunggu dan mengapa perlu bertangguh. Amalkan selawat sebanyak mungkin setiap hari dan digandakan pada hari Jumaat. Semoga kita dikurniakan syafa’atnya di hari kiamat nanti.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
‘Allah makbulkan doa saya.’ Hafiz Mahamad sebak dapat hantar mama, abah tunai haji pada tahun ini. Tentu saja sebagai anak, kita inginkan yang terbaik untuk bahagiakan hati mereka.
Apa lagi mak dan ayah semakin menua, tentu bermacam-macam kita ingin beri kepada mereka jika berkemampuan.
Hafiz Mahamad sekali lagi membuatkan ramai sebak apabila penat-lelahnya untuk menghantar mak dan abahnya menunaikan haji termakbul. Ini perkongsiannya:
Allah Makbulkan Doa Saya
Sebak hati saya semalam. Selagi masih sempat. Mama Abah, jangan anggap ini “hadiah” dari Hafiz.
Ini semua hasil dari kebaikan Mama dan Abah buat selama ini. Tidak ada apa yang Hafiz boleh balas.
Selepas Mama, Abah pencen tahun lepas, saya selalu cakap dengan mereka. Tahun depan, tunaikan haji tau. Doa banyak-banyak.
Hafiz Mahamad Sebak
Setiap kali saya pergi umrah, tak lepas dari doa supaya Allah izinkan kemampuan untuk saya menjadi asbab Mama dan Abah tunaikan haji. Masyallah, tahun ini Allah makbulkan.
Demi Allah, tak berhenti saya usaha selama ini. Siang dan malam. Syukur kerana hati dan akal ini Allah izinkan masih memikirkan tentang mereka.
Umur mereka meningkat. Banyak saya buat mereka kecewa dulu dan saya kena laju, selagi masih sempat. Senyuman mereka yang saya hendak lihat.
Dapat Hantar Mama, Abah Tunai Haji
Mama, semalam Hafiz tahan saja sebak dengan kacau kacau mama semalam. Kalau tak, sudah meleleh air mata jantan ini.
Untuk adik saya
Adik, terima kasih pegang amanah aku untuk tengokkan mama abah di kampung. Mu jaga kesihatan mama dan abah. Mu anak syurga Adikku
Tugas aku pula sebagai anak sulung adalah untuk mencari di luar ini.
Terima Kasih juga isteriku kerana mencintai abah mama dan sentiasa menghormati mereka. Terima kasih sayang.
Kamu juga sahabat saya, terima kasih kerana terus doa dan support. Saya tahu ini hasil doa doa kalian.
Kashoorga: Semoga Hafiz Mahamad sentiasa murah rezeki dan dapat membuat lebih banyak kebaikan untuk orang sekelilingnya.
‘Ada kotoran pada pakaian, cucilah dulu! jangan tibai terus bawa solat.’ Ini pesan buat wanita berpakaian labuh hingga mencecah lantai.
Tidak dinafikan, wanita digalakkan melabuhkan pakaian, tetapi jangan sampai pakaian yang kita bawa solat terkena najis, jadi tak sah solat nanti.
Namun begitu, bila kita berjalan jauh atau travel, mungkin perkara ini amat remeh jika kita terlalu mengambil berat. Oleh itu, ikuti penjelasan Daei Husna Ghani dan hadam baik-baik apa yang dia sampaikan.
Bila sebut saja perempuan, sebaiknya pakai labuh. Tak kiralah pakai jubah ke, skirt ke, labuhkan skirt daripada buku lali atau pun sebanyak sejengkal daripada tanah supaya tutup elok aurat kaki.
Tapi tak kotor ke? Persoalan ini pasti bermain di fikiran bukan? Mesti terfikir dan risaulah bila kain terkena lopak air atau terseret najis… Iyalah kain itu kan seret lantai…
Sebenarnya, suatu ketika dahulu ada seorang wanita ini dia pergi bertemu dengan Ummu Salamah iaitu isteri kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Dia bertanya, “Aku perempuan yang biasa memanjangkan pakaian dan adakalanya aku berjalan di tempat yang kotor.’
Jangan Tibai Terus Bawa Solat
Maka jawab Ummu Salamah, sabda rasulullah s.a.w,
‘Tanah yang berikutnya, menjadi pembersih kepadanya.’ (Al-Muwaththa, No 24/65. Sunan Abu Dawud, No 383. Subab At-Tirmidzi, No 143)
Jadi di sini, dapat dihuraikan bahawa, sekiranya ada jalan kotor yang kita lalui, tanah seterusnya yang kita lalu akan bersihkan kotoran tadi. Tak kiralah najis ataupun kotoran yang kena pada pakaian itu kering ataupun basah.
Ini Pesan Buat Wanita Berpakaian Labuh
Sebab tulah kita ini tak digalakkan cari-cari sangat bahagian yang kotor pada bahagian pakaian bila kita hendak solat. Cukup sekadar pada pandangan umum. Memadai kita periksa pakaian yang dpakai suci dan bersih di mata, maka sudah boleh dibawa solat.
Cara ini juga hendak elakkan kita daripada terlalu was-was. Ada pun kalau memang nampak secara zahir ada najis pada pakaian itu sebelum nak solat, cucilah dulu. Jangan tibai bawa pergi solat pula, tak sah nanti. Begitulah mudahnya Islam.
Kashoorga : Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat untuk semua. Jangan pula disebabkan sikap was-was kita kita tertinggal solat. Minta dijauhkan.
Selain melakukan perubatan moden untuk menyembuhkan sesuatu penyakit, terdapat juga pelbagai kaedah yang diamalkan sebagai alternatif dan ikhtiar untuk merawat penyakit.Antaranya adalah dengan perawatan...