Khatam Al-Quran 3 Kali Sebulan Di Usia Hampir 90 Tahun

Share

Ajal maut jodoh pertemuan di tangan Allah. Malah setiap yang hidup mati adalah pasti. Namun sebagai khalifah Allah, kita dituntut melakukan segala kebaikan bagi membawa bekalan di akhirat kelak.

Perjalanan kisah kehidupan arwah bapa mentua kepada Ustaz Ahmad Dusuki yang meninggal dua hari lalu ini amat wajar kita ikuti kerana ia satu amalan yang sangat baik dan sangat dituntut iaitu menjadikan Al-Quran sebagai peneman kehidupan seharian kita.

Di saat usianya mencecah usia hampir 90 tahun, allahyarham Ustaz Md Azhari masih lagi mampu khatam al-Quran tiga kali sebulan. Bermakna allahyarham akan khatam al-Quran 30 juzuk hanya dalam tempoh 10 hari sahaja. Pastinya bibirnya sentiasa basah dengan alunan ayat suci ini.


Arwah bapa mentua khatam al-Quran 3 kali sebulan

Dua hari lalu, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani berkongsi di fbnya, kedua ibu bapa mentuanya, Ustaz Md Azhari Abd Rahman dan Fatimah bt Muda yang menghampiri usia 90-an dibawa ke Hospital Machang kerana keuzuran dan perlu di dialysis. Ustaz Ahmad Dusuki meminta doa dari orang ramai agar mendoakan kesihatan kedua ibu bapa mentuanya.
Namun Allah sudah menetapkan masa bapa mentuanya yang disahkan meninggal dunia.

Kongsinya, “saat itu tiba jua, Allah lebih menyayangi Ayahnda Ustaz Md Azhari, perjalanan sebentar sahaja, pagi tadi berkejaran ke Hospital Machang, jam 1.12 petang sekejap tadi menghembuskan nafas nafas terakhir di alam ini dengan kaliamah syahadah di bibirnya.

Moga amalan arwah ayah yang sentiasa mendampingi Al Quran ini, hampir setiap bulan pasti di khatamkan 3 kali sebulan Al Quran menjadi penemannya di alam barzakh sana.


ان شاء الله

Malam ini selesai solat Isyak kami akan mengiringinya menghantar arwah ke alam yang lebih indah di sana nanti. Sahabat yang berkelapangan bolehlah bersama solat jenazah dengan SOP yang di tetapkan di Masjid Al Azhari di @maahad tahfiz al azhari kampung Pangkal Chuit Machang malam ini. doakan untuk arwah ayah. Al Fatihah, kongsi Ustaz Ahmad Dusuki di fbnya.

Teman sehidup semati, di saat suaminya selesai dikebumikan, ibu mentua Ustaz Ahmad Dusuki belum mengetahui suaminya sudah tiada dan anak-anak juga tidak memaklumkannya kerana bimbang keadaan kesihatannya.

Ibu mentua menangis saat diusung di bawa ke tanah perkuburan

Dan saat mengetahui suaminya telah tiada, air matanya mengalir.

Saat senja yang mengalirkan lagi airmata keluarga kami, bonda Fatimah bt Hj muda dibawa pulang dari pembedahan di Hospital Kota Bharu. Mula adik beradik kami membisikkan di telinganya ketiadaan ayahanda, laju airmatanya mengalir.

Semenjak dari semalam lagi bonda tertanya-tanya ketiadaan ayahanda di sisinya. Hari ini kami adik beradik berterus terang kepada bonda. Sebelum sampai di rumah, ambulan yang membawa bonda didatangkan ke pusara Allahyarham suaminya. Mengalir air mata jernih bonda melihat pusara suaminya. Allahuakbar. Di iringi bacaan ayat ayat al Quran untuk di baca bersama.

Moga syurga buat keduanya.

Published by
almaswa Haji Che Ros