Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW nampak seperti satu zikir biasa namun manfaatnya sangat besar. Ini kerana di Padang Masyhar kelak, tiada manusia terlepas dari dosa kecuali Nabi Muhammad SAW. Malah Baginda adalah satu-satunya Nabi pemberi syafaat.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW), wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” (Surah al-Ahzaab, ayat 56).

Bagi mendapatkan jaminan syafaat daripada Nabi SAW kita digalakkan berselawat.

Dalam satu hadis, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperoleh syafaatku pada hari kiamat.” (Riwayat Tabrani)

Ternyata sering berselawat memberikan 1001 kebaikan kepada manusia yang tidak menyisihkan dunia sebaliknya melebihkan akhirat dalam kehidupan.

Itulah juga rahsia mengenai seorang warga emas berasal dari Pontianak, Kalimantan Barat iaitu Hubabah Anisah binti Sayyid Yusof Al Hadad yang kini berusia 105 tahun.

IKLAN

Siapakah wanita warga emas yang sangat istimewa ini?

Khatam Al-Quran 3 Kali Seminggu & Sering Dikunjungi Ulama. Rahsia Warga Emas Panjang Umur 105 Tahun Kerana Selalu Berselawat Nabi
Hubabah Anisah binti Sayyid Yusof Al Hadad yang kini berusia 105 tahun mampu khatam Al-Quran 3 kali seminggu
Khatam Al-Quran 3 Kali Seminggu & Sering Dikunjungi Ulama. Rahsia Warga Emas Panjang Umur 105 Tahun Kerana Selalu Berselawat Nabi
Sering mengumpulkan biji-biji buah-buahan seperti rambutan, longan dan lain lagi dan mengira jumlah surah Al-Ikhlas yang dibacanya beribu kali sehari.

Usinya sudah mencapai 105 tahun. Dan salah satu amalan rahsia panjang umurnya ialah dirinya suka berselawat dan pesannya, jangan sedikit pun membuka aib orang apatah lagi menghina seseorang itu.

Apabila rumahnya didatangi tetamu, dirinya akan menjamu tamu dengan ramah dan dirinya amat suka dibacakan qasidah memuji Datu beliau  iaitu Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam (berketurunan Nabi).

Beliau suka mengumpulkan biji-biji seperti buah iaitu biji rambutan, bii durian belanda, longan dan lain-lain. Biji itu beliau akan basuh dan dimasukkan ke dalam mangkuk untuk menghitung jumlah surah Al-Ikhlas yang dirinya bacakan. Salah satu amalan  dirinya ialah membaca surah Al-Ikhlas ribuan kali dan setiap hari tidak meninggalkan membaca Robitul Haddad.

IKLAN

Malah lebih mengujakan Hubabah Anisah mampu khatam Al-Quran tiga kali seminggu dan ternyata amalan dirinya sungguh luar biasa.

Kita mungkin tidak mampu menuruti amalan warga emas ini tetapi cukuplah kita minta didoakan kerana dirinya adalah seorang ahli ibadah dan Dzurriyat keturunan  Rasulullah SAW.  Dirinya suka bersedekah dan dirinya juga seorang auliya Allah.

Khatam Al-Quran 3 Kali Seminggu & Sering Dikunjungi Ulama. Rahsia Warga Emas Panjang Umur 105 Tahun Kerana Selalu Berselawat Nabi
Ramai habib dan ulama mengunjunginya di rumah dan beliau akan minta dibacakan qasidah dalam setiap kunjungan itu.

Khatam Al-Quran 3 Kali Seminggu & Sering Dikunjungi Ulama. Rahsia Warga Emas Panjang Umur 105 Tahun Kerana Selalu Berselawat Nabi

IKLAN

Banyak para habib dan dan ulama yang sering mengunjunginya di rumah. Didoakan agar dirinya dipanjangkan usia dan sihat tubuh badan.

Mudah-mudahan berkat  Rasulullah, para auliya dan orang-orang soleh. Dosa-dosa dan kesalahan kita zahir dan batin diampuni Allah, dikabulkan segala hajat, selamat dunia dan akhirat, peroleh husnul khatimah dan masuk syurga tanpa hisab, aamiin.

#HubabahAnisahBintiSayyidYusufaLHaddad
Pontianak-Kalimantan Barat.

 

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI