Kita mungkin menerima pesanan begini di WhatsApp, inbox di sosial media atau SMS satu ketika dulu. Memang ada yang percaya dan melakukan suruhan ini.
Awas ya kerana ini bermakna anda telah melakukan tathayyur atau syirik kecil. Segeralah memohon keampunan Allah SWT.
Makna Thiyarah atau Tathayyur
Thiyarah merupakan istilah bahasa Arab yang membawa maksud burung. Sejarahnya bermula pada zaman orang Arab jahiliyyah ketika ingin mengerjakan safar.
Mereka akan merujuk kepada pergerakan burung yang telah dilepaskan ke langit kerana bagi mereka jika burung tersebut bergerak ke kiri, maka mungkin akan terjadi musibah di tengah jalan manakala jika burung tersebut bergerak ke sebelah kanan, maka nasib yang baik-baik sahaja akan menyusul dan mereka dibenarkan untuk mengerjakan safar (perjalanan) .
Dari segi umumnya, maksud thiyarah adalah beranggapan sial ketika terjadinya sesuatu musibah yang melanda dengan alasan sesuatu perkara yang terjadi sebelumnya. Ia adalah sama erti dengan tathayyur.
Contoh-contoh Tathayyur
– Tergigit lidah kononnya ada orang mengumpat hal kita.
– Kupu-kupu masuk rumah kononnya ada orang yang nak datang.
– Ambil gambar 3 orang kononnya salah satunya akan pendek umur.
– Keluar rumah terlupa sesuatu kononnya jangan patah balik ke rumah atau sesuatu musibah akan berlaku.
– Rebus anak lesong, kononnya tolak hujan.
– Tidak dapat merasa sesuatu makanan kononnya jilat telapak jari supaya tidak kempunan.
– Diberak burung kononnya ada rezeki.
– Air minuman tumpah kononnya tiada rezeki.
– Sedang berbicara cicak berbunyi kononnya tanda perbualan itu benar.
– Menjamah makanan sebelum keluar rumah kononnya supaya tidak kempunan.
– Jumpa ular melintas di jalan, kononya ada sesuatu yang buruk berlaku hari itu.
– Mimpi berak, kononnya akan ditimpa sakit.
Kenapa dikatakan syirik?
عن ابن مسعود رضي الله عنه قال : قال رسول اللّه، صلى الله صلى الله عليه وسلم : الطيره شرك، الطيره شرك، وما منا الا ولكن يذهبه بالتوكل
“Dari Ibnu Mas’ud R.A berkata: Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Bertathaiyur itu syirik, bertathaiyur itu syirik, dan tiada diantara kita yang tidak terlibat dengannya kecuali akan dijauhkan oleh Allah dengan bertawakkal”.
Hadis riwayat Ahmad [3411] at-Tibb. Turmizi [1539] as-Sair)
Bahaya At-Tathayyur
“At-Tathaiyyur” dapat meniadakan “At-Tauhid” dari dua sisi:
1. Pelaku “At-Tathaiyyur” telah menghilangkan tawakkalnya kepada Allah SWT serta bersandar kepada selain Allah SWT. Padahal Allah Taala adalah satu-satunya tempat bergantung. Sebagaimana disebutkan dalam surah Al-Ikhlas ayat ke-2 (yang ertinya):
اَللّٰهُ الصَّمَدُ ۚ
Allah tempat meminta segala sesuatu.
Al-Ikhlas: Ayat 2
Dan perintah Allah SWT
فَاعْبُدْهُ وَتَوَكَّلْ عَلَيــــهِ
“Maka sembahlah Dia, dan bertawakkallah (hanya) kepada-Nya.” (Hud: 123)
2. Pelaku “At-Tathaiyyur” sesungguhnya bergantung kepada sesuatu yang tidak ada hakikatnya, sedangkan hal tersebut hanya jangkaan dan khayalan sahaja (yang tidak layak untuk dijadikan tempat bergantung)
Setiap yang berlaku adalah dengan izin Allah
Setiap kejadian di muka bumi ini terjadi dengan izin Allah. Sebagai seorang hamba yang bertaqwa dan mempunyai iman di dada, wajib mempercayai kepada qada’ dan qadar.
“Kemudian apabila datang kepada mereka kesenangan, mereka berkata: “Ini ialah hasil usaha kami”, dan jika mereka ditimpa kesusahan, mereka mengatakan nahas dan malang itu disebabkan oleh nabi Musa dan pengikut-pengikutnya. (Tuhan berfirman): Ketahuilah sesungguhnya nahas dan malang mereka itu hanya ditetapkan di sisi Allah, akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.”
(Surah al-A’raaf, 7:131)
Sumber: Affendy Arifin, Sinar Islam Plus, Tzkrh
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI