Hari ini semua umat Islam seluruh dunia meraikan sambutan Maulidur Rasul, hari kelahiran kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW.

Dalam kita gembira menyambut hari kelahiran Baginda ini, ramai yang sudah lupa hari kewafatan Baginda. Hari kewafatan Baginda ini dianggap sebagai hari paling menyedihkan bagi seluruh umat Islam.

Dalam satu perkongsian yang ditulis di laman sosial twitter, pemilik akaun menggunakan nama @The_X_Guy membuat thread menarik menceritakan kisah sebelum kewafatan Nabi Muhammad SAW.

Kisah Sedih Menyayat Hati, Detik Terakhir Kewafatan Baginda Rasulullah Di Pangkuan Isterinya, Aisyah

Pada tahun 7 Hijrah, berlakunya peperangan terhadap kaum Yahudi di Khaibar & kemenangan berpihak pada umat Islam

Mari kita imbas kembali ke tahun 7 Hijrah, sebab semuanya bermula dari situ. Pada tahun tersebut, umat Islam telah melancarkan peperangan terhadap kaum Yahudi di Khaibar. Sebabnya, mereka berpotensi untuk memberi ancaman kepada umat Islam di Madinah.

Hal ini berpunca apabila puak Yahudi iaitu Bani Nadhir, telah mengkhianati perjanjian dgn umat Islam. Lantas, mereka telah dihalau dari kota Madinah. Mereka keluar & kemudiannya bergabung dengan kaum Yahudi di Khaibar pula.

Atas dasar keselamatan, umat Islam telah mengambil keputusan untuk menguasai Khaibar sebelum kaum Yahudi boleh bertindak membalas dendam terhadap umat Islam. Dengan izin Allah, Khaibar berjaya ditawan & benteng kaum Yahudi dapat ditakluk oleh Nabi Muhammad ﷺ serta para sahabat.

Baginda serta sahabat dijemput makan seorang wanita Yahudi & hidangkan makanan berupa daging kambing. Dikatakan makanan ini telah dibubuh racun

Alkisah, sewaktu berada di Khaibar, Nabi Muhammad ﷺ serta beberapa sahabat yang lain telah dijemput makan oleh seorang wanita Yahudi. Wanita ini telah menghidangkan makanan berupa daging kambing.

[Sahih Bukhari no. 2617, 5777 & Sahih Muslim no. 2190]

Tetapi, makanan ini telah dibubuh racun. Bahkan, wanita Yahudi ini sengaja melebihkan racun pada bahagian paha kambing sebab itulah bahagian kegemaran Nabi Muhammad 

Inilah tabiat masyhur kaum Yahudi, iaitu, mereka seringkali membunuh nabi & rasul yang diutuskan tanpa alasan kerana kekafiran mereka. Bacalah Al-Quran, betapa banyak ayat² yang menyebutkan hal ini. Dan wanita Yahudi ini berniat melakukan perkara yang sama terhadap baginda

Sewaktu mula makan daging tersebut, Nabi ﷺ tiba² berkata :- “Angkatlah tangan kalian! Kerana sesungguhnya makanan ini telah memberitahu aku bahawa ia telah diracun” [Sunan Abu Daud no. 4512, Hasan Sahih]

Walaupun mereka berhenti makan, namun racun tersebut sudah terlanjur masuk ke tubuh Nabi Muhammad ﷺ. Tetapi, baginda tidak wafat serta-merta dengan izin Allah. Cuma pengaruh racun itu mula tampak pada saat² akhir kehidupan baginda, iaitu pada tahun ke-11 Hijrah.

Betapa sakitnya racun tersebut, pernah baginda bersabda sewaktu akhir hayatnya :- “Wahai Aisyah, aku masih berasa sakit akibat makanan yang aku ambil di Khaibar. Inilah saatnya, urat nadiku akan terputus kerana pengaruh racun tersebut”

[Sahih Bukhari no. 4428]

Tetapi, bukan baginda seorang sahaja yang disakiti akibat racun tersebut. Ada sahabat lain yang mengambil racun tersebut kemudian meninggal lebih awal lagi, antaranya adalah anak kepada Ummu Mubasyir.

[Musnad Ahmad 6/18]

Tetapi Nabi tidak wafat serta-merta tapi menahan sakit dalam tempo masa lama

Adapun nabi Muhammad ﷺ, maka Allah telah mengizinkan baginda untuk hidup empat tahun lagi & bukannya wafat serta-merta. Inilah antara kelebihan yang Allah telah kurniakan kepada baginda, iaitu mampu menahan sakit dalam tempoh masa yang lama.

Pada tahun ke-10 hijrah pula, Nabi Muhammad ﷺ dan para sahabat telah berangkat menunaikan haji ke Mekah. Perisitiwa ini dinamakan sebagai ‘Haji Perpisahan’ sebab ia merupakan ibadah haji terakhir Nabi Muhammad

IKLAN

Dalam perisitiwa ini, baginda pernah bersabda :- “Ambillah dariku cara ibadah haji kalian, kerana mungkin setelah tahun ini, aku tidak akan berjumpa lagi dengan kalian semua” [Sunan Nasai no. 3062, Sahih]

Kemudian dalam perisitiwa ini juga, turunnya Surah An-Nasr.

اِذَا جَآءَ نَصْرُ اللّٰهِ وَا لْفَتْحُ ۙ [1] وَرَاَ يْتَ النَّا سَ يَدْخُلُوْنَ فِيْ دِيْنِ اللّٰهِ اَفْوَاجًا [2] فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَا سْتَغْفِرْهُ ۗ اِنَّهٗ كَا نَ تَوَّابًا [3]

Bertitik tolak daripada penurunan surah ini, seolah-olah terselit satu mesej tersirat bahawa Nabi Muhammad ﷺ bakal meninggalkan umatnya tak lama lagi. Bahkan, sesetengah sahabat seperti Ibnu Abbas sedar akan perkara ini berikutan turunnya surah An-Nasr. [Musnad Ahmad no. 3343]

Semenjak turun surah ini, nabi Muhammad ﷺ selalu memperbanyak istighfar kepada Allah semasa rukuk & sujud, dengan membaca doa ini :-

“سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ اللَّهُمَّ اغْفِرْلِي”

[Sahih Bukhari no. 817 & 4293]

Inilah antara sunnah teragung, iaitu, apabila semakin meningkat usia maka baginda akan mempertingkatkan istighfar & bermunajat kepada Allah. Sudahlah baginda banyak beristighfar, kemudian baginda melipatgandakan lagi amalan tersebut apabila makin hampir ajalnya. Allahu Akbar

Setelah menunaikan haji, Nabi Muhammad ﷺ pulang ke kota Madinah & terus duduk di sana hingga ke akhir hayat baginda.

Mula jatuh sakit pada bulan Safar tahun ke 11 Hijrah & sakit ini menjadi ashab kewafatan Baginda

Lebih kurang pertengahan bulan Safar tahun ke-11 Hijrah, baginda mula jatuh sakit. Dan sakit inilah yang menjadi asbab kewafatan baginda.

Dalam tempoh sakit tersebut, baginda pernah menyebut dalam khutbahnya :- “Sesungguhnya Allah telah memberikan pilihan kepada hamba-Nya, sama ada dia hendak memilih dunia atau apa yang ada di sisi Allah. Maka, hamba tersebut telah memilih apa yang ada di sisi Allah”

Mendengar sahaja perkataan ini, terus Abu Bakar menangis. Para sahabat berasa hairan, “Kenapa Abu Bakar menangis, sedangkan Nabi tidak menyebut pun siapa hamba yang dimaksudkan tadi?”

IKLAN

Kemudian barulah mereka sedar, bahawa hamba tersebut adalah Nabi Muhammad ﷺ sendiri. Baginda telah memilih di sisi Allah berbanding dunia, bermaksud baginda akan wafat tidak lama lagi. [Sahih Bukhari no. 3654]

Saat sakit, Baginda minta izin untuk berada di rumah isterinya Aisyah

Saat baginda sakit, nabi masih lagi mampu untuk berpindah-randah dari rumah isteri ke rumah isterinya yang lain. Walaupun bertambah sakit & parah, baginda berusaha untuk berpindah juga bagi memenuhi tanggungjawab sebagai seorang suami.

Pada permulaan bulan Rabi’ul Awwal, kesakitan baginda mula memuncak. Dan saat itulah, baginda sudah tidak larat nak berpindah ke rumah isterinya yang lain.

Pada waktu itu, baginda berada di rumah isterinya iaitu Maimunah. Baginda kemudian memanggil isteri² yang lain, lalu meminta izin mereka untuk berada di rumah Aisyah. Isteri² baginda memberi izin & kemudian baginda dibawa ke rumah Aisyah. Baginda dipapah oleh Ibn Abbas & Ali.

Kesakitan dialami Baginda amat dahsyat sekali, dua kali berbanding insan biasa lain

Kesakitan yang dilalui oleh baginda adalah amat dahsyat sekali. Bahkan, pernah diriwayatkan oleh Aisyah :-

“Aku tidak pernah melihat seseorang pun yang berasa sakit yang begitu dahsyat selain Rasulullah”

[Sahih Bukhari no. 5646 & Sahih Muslim no. 2570]

Pernah ketika Abdullah bin Mas’ud mengunjungi nabi, dia mendapati bahawa tubuh badan baginda adalah sangat panas akibat demam tinggi.

Baginda ﷺ berkata kepada Abdullah bin Mas’ud :- “Ya, sesungguhnya aku sedang demam sebagaimana dua orang dari kalian terkena demam” Hadis ini menunjukkan kesakitan yang dilalui oleh baginda adalah dua kali ganda berbanding insan² biasa.

Baginda juga sempat memberi peringatan kepada Ibnu Mas’ud :- “Tidaklah seorang Muslim yang ditimpa musibah berupa sakit & selainnya, melainkan Allah akan gugurkan dosa²nya sebagaimana pokok menggugurkan daun²”

[Sahih Bukhari no. 5647, 5648 & Sahih Muslim no. 2571]

IKLAN

Peringatan sakit itu adalah asbab kepada gugurnya dosa-dosa kita

Inilah antara peringatan jikalau ada antara kita yang sakit, iaitu, kita kena faham bahawa sakit itu sebenarnya adalah asbab kepada gugurnya dosa² kita. Kita ditimpa musibah seperti terganggu jiwa, sakit tubuh badan, sebenarnya Allah menggugurkan dosa kita pada saat itu.

Saat² kemuncak kesakitan, Nabi Muhammad ﷺ sudah tidak larat menjadi imam solat jemaah. Diriwayatkan dalam hadis, bahawa solat terakhir baginda menjadi imam adalah solat maghrib, 4 hari sebelum baginda wafat.

Dan sewaktu solat maghrib tersebut, diriwayatkan bahawa baginda telah membaca surah Al-Mursalat. Itulah solat terakhir baginda menjadi imam

[Sahih Bukhari no. 4429, Jami’ Tirmizi no. 308 & Sunan Nasai no. 985]

Walaupun sakit Baginda masih lagi larat menjadi imam dan membaca surah yang panjang

Bayangkan, nabi sakit pun masih larat membaca surah Mursalat yang panjangnya lebih kurang satu muka setengah. Kita mungkin mampu membaca Surah Ikhlas atau al-Kauthar sahaja. Silap² ada yang tak baca surah langsung, sekadar Al-Fatihah sahaja.

Apabila waktu solat Isyak telah masuk, kesakitan baginda semakin terasa berat & baginda tidak mampu untuk keluar solat berjemaah. Baginda bertanya kepada Aisyah, “Apakah mereka telah menunaikan solat?” Aisyah menjawab, “Belum, mereka masih menunggu kau wahai Rasulullah”.

Baginda kemudian berkata “Tuangkanlah air untukku pada al-Makhdab (tempat air untuk mandi)” Para sahabat melakukan seperti yang diminta oleh baginda. Kemudian baginda mandi daripada wadah tersebut lalu bangkit hendak ke masjid, tetapi baginda berasa lemah lalu pengsan.

Tetap bertanya mengenai solat kepada sahabatnya yang tetap menunggu baginda menjadi imam

Tidak lama kemudian, baginda sedar semula. “Apakah mereka telah solat?”, tanya baginda sekali lagi. “Belum, mereka masih menunggu kau wahai Rasulullah”, jawab sahabat. “Tuangkanlah air untukku ke dalam al-Makhdab”, pinta baginda

Tetapi sekali lagi, setelah baginda mandi & hendak berdiri untuk ke masjid, baginda jatuh pengsan. Apabila baginda sedar semula, sekali lagi baginda bertanya “Apakah mereka telah solat?” Para sahabat tetap menjawab “Belum, mereka masih menunggu kau wahai Rasulullah”

Sebelum Baginda menitahkan Abu Bakar menggantikannya untuk menjadi imam

Situasi di atas berulang tetapi para sahabat tetap setia menunggu nabi Muhammad ﷺ menjadi imam. Setelah berusaha & tidak larat, barulah baginda memerintahkan Abu Bakar menggantikan baginda menjadi imam solat Isyak.

[Sahih Bukhari no. 687 & Sahih Muslim no. 418]

Apabila nabi suruh Abu Bakar menjadi imam, Aisyah berkata :- “Ya Rasulullah, sesungguhnya Abu Bakar adalah seorang lelaki yg lembut hatinya & apabila dia membaca Al-Quran, dia tidak mampu menahan air matanya. Sekiranya kau berkenan, bolehkah suruh sahabat selain Abu Bakar?”

Tetapi baginda tetap berkata “Perintahkan Abu Bakar jadi imam” Aisyah cuba pujuk baginda beberapa kali, namun baginda tetap hendak Abu Bakar menjadi imam.

[Sahih Muslim no. 418]

Apabila mendapat perintah menjadi imam, Abu Bakar berasa dirinya tidak layak & menyuruh Umar al-Khattab untuk menjadi imam pula. Tetapi Umar menjawab “Kau lebih layak”. Maka Abu Bakar pun menjadi imam solat Isyak tersebut. [Sahih Bukhari no. 687]

Perisitiwa nabi menyuruh Abu Bakar menjadi imam solat adalah satu petanda bahawa pengganti yang paling layak jikalau baginda wafat, adalah Abu Bakar. Ini menyangkal tuduhan Syiah bahawa kepimpinan adalah milik Ali bin Abu Talib. Wallahua’lam.

Setelah kesakitan jadi ringan, baginda kembali tunaikan solat jemaah dengan dipapah sahabatnya untuk ke masjid

Beberapa waktu kemudian, kesakitan baginda menjadi ringan sedikit. Dan baginda berhajat untuk kembali menunaikan solat jemaah bersama para sahabat di masjid. Baginda keluar dari rumah menuju ke masjid sambil dipapah oleh dua orang sahabat.
Aisyah melihat keadaan nabi dipapah itu telah berkata :- “Seakan-akan aku melihat kedua-dua kaki baginda membuat garisan di tanah kerana diseret kakinya akibat kesakitan yang baginda derita”
[Sahih Bukhari no. 664]
Apabila baginda tiba di Masjid, saat itu Abu Bakar menjadi imam solat zohor. Abu Bakar hendak berundur untuk memberi laluan agar nabi menjadi imam tetapi baginda memberi isyarat supaya Abu Bakar kekal jadi imam. Baginda dipapah & diletakkan di samping Abu Bakar.

Solat sambil duduk dan inilah solat jemaah terakhir Nabi Muhammad SAW

Pada waktu itu, baginda solat sambil duduk. Abu Bakar telah mengikuti solat Nabi, sementara para sahabat mengikuti solat Abu Bakar. Dan inilah solat jemaah terakhir yang dilakukan oleh Nabi Muhammad ﷺ.
[Sahih Bukhari no. 664 & Sahih Muslim no. 418]
Tanggal hari Isnin 12 Rabi’ul Awwal, suatu perisitiwa yang ganjil telah berlaku. Sewaktu solat subuh, Abu Bakar mengimamkan solat seperti biasa bersama para sahabat.
Ketika sahabat sedang menunaikan solat, tiba² Rasulullah membuka kain tirai yang menutupi antara rumah Aisyah & Masjid Nabawi. Baginda melihat ke arah para sahabat yang sedang berbaris dalam saf. Lalu baginda tersenyum berseri-seri.

Hari terakhir Baginda tersenyum berseri-seri melihat Abu Bakar menjadi imam menyempurnakan solat

Para sahabat berasa sangat terkejut. Hampir² mereka terfitnah bahawa Nabi sudah sembuh daripada sakit kerana melihat baginda tersenyum. Tetapi mereka tidak tahu, itulah hari terakhir baginda hidup.
Waktu itu Abu Bakar hendak berundur ke dalam saf sebab dia menyangka Nabi akan kembali jadi imam solat. Tetapi baginda memberi isyarat supaya mereka kembali menyempurnakan solat. Kemudian baginda menutup semula tirai.
[Sahih Bukhari no. 680, 754 & Sahih Muslim no. 419]
Pada pagi tersebut (12 Rabi’ul Awwal), kesakitan nabi semakin parah. Anak baginda, iaitu Fatimah, telah mengunjungi baginda lalu berkata, “Alangkah beratnya penderitaanmu wahai ayahku!”
Baginda menjawab, “Sesungguhnya selepas ini, tidak ada lagi penderitaan yang akan mendera bapamu”
[Sahih Bukhari no. 4462]

Ketika sakit, sering berpesan mengenai solat kepada para sahabat

Saat baginda sakit, baginda masih sempat memberikan wasiat kepada para sahabat. Antara pesanan akhir baginda :- “Perhatikanlah solat kalian! Perhatikanlah solat kalian! Dan bertaqwalah kepada Allah dalam urusan hamba² kalian”
[Sunan Abu Daud no. 5156, Adabul Mufrad no. 158]
Ketika baginda sedang menderita kesakitan, Aisyah melihat ada sebuah bekas air di sebelah baginda. Nabi celupkan tangannya ke dalam air tersebut, lalu mengusapkan wajahnya dengan air lalu membaca doa berikut :-
“اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى سَكَرَاتِ الْمَوْتِ”

 

Doa ini bermaksud :- “Ya Allah, bantulah aku dalam menghadapi Sakaratul Maut!”
[Jami’ Tirmizi no. 978 & Sunan Ibn Majah no. 1623]
Bayangkan, walaupun baginda adalah seorang Rasul, tetap sahaja meminta pertolongan Allah agar membantunya dalam menghadapi Sakaratul Maut. Apatah lagi kita. Moga² kita semua dipermudahkan dalam menghadapi Sakaratul Maut, ameen.
Setelah membaca doa tadi, baginda bersandar pada Aisyah & sempat berdoa :- “Ya Allah, ampunilah dosa² aku, rahmatilah aku, dan angkatlah aku ke Rafiqul A’la (bersama orang² terbaik di syurga)”
[Sahih Bukhari no. 5674]

Baginda berada dipangkuan Aisyah sambil mengucapkan kalimah mulia. Menghembuskan nafas terakhirnya di pangkuan Aisyah.

Ketika berada di pangkuan Aisyah, baginda tiba² pengsan dalam tempoh masa yang lama. Kemudian baginda sedar kembali, lalu melihat ke arah siling sambil
berdoa :- “اللَّهُمَّ الرَّفِيْقَ الأَعْلَى”
“Ya Allah, Rafiqul A’la (masukkanlah aku ke syurga)
[Sahih Bukhari no. 4463]
Baginda mengucapkan kalimah tersebut berulang kali. Dan itulah kalimah terakhir yang diucapkan oleh Nabi Muhammad ﷺ. Kemudian, baginda pun wafat.
Rasulullah ﷺ telah menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika berada dalam pangkuan Aisyah. Pada waktu itu, seolah-olah kota Madinah terasa gelap gelita keseluruhannya, kerana kehilangan baginda.
Saat baginda wafat, Abu Bakar tidak berada di situ tetapi dia berada di rumahnya. Umar al-Khattab pula, apabila dia mendapat berita kewafatan Nabi, dia mendapat tamparan yang hebat bahkan dia enggan menerima kenyataan tersebut.
Umar al-Khattab berkata :- “Demi Allah, saya yakin Rasulullah masih hidup sehingga baginda akan memotong tangan² dan kalam orang² munafiq yang mengatakan bahawa baginda telah wafat!”
[HR Ahmad / al-Fath Rabbani 21/241-242]

Abu Bakar menangis melihat wajah Baginda, lalu mencium keningnya. Baginda wafat pada tangggal 12 Rabi’ul Awwal tahun ke 11 hijrah pada usia 63 tahun

Begitulah sikap sahabat yang begitu mendalam cinta mereka terhadap Rasulullah. Kalau kita kehilangan orang tersayang, mungkin kita pun enggan menerima kenyataan itu. Samalah perasaan Umar al-Khattab, dia tidak mampu menerima realiti bahawa baginda telah wafat.
Mendengar berita kewafatan nabi, Abu Bakar segera datang menuju ke rumah Aisyah. Dia melihat jenazah baginda yang ditutup dengan kain, lalu menyingkap kain tersebut. Abu Bakar terus menangis apabila melihat wajah baginda ﷺ.
Abu Bakar mencium kening Rasulullah sambil menangis, lalu dia berkata :- “Demi bapa & ibuku! Engkau tetap wangi ketika masih hidup & juga setelah wafat”
[Sahih Bukhari no. 3667 & 3668]
Selepas itu, Abu Bakar cuba menenangkan Umar al-Khattab, tetapi gagal. Dia menyuruh Umar untuk duduk tetapi Umar enggan.
Kemudian Abu Bakar bangkit untuk memberikan ucapan kepada orang ramai.
Dia berkata :- “Barangsiapa yang menyembah Muhammad, maka sesungguhnya Muhammad telah mati. Dan barangsiapa yang menyembah Allah maka sesungguhnya Allah maha hidup & tidak akan mati”
[Sahih Bukhari no. 1241]
Lalu Abu Bakar membaca ayat daripada surah az-Zumar, ayat ke-30 :-
“Sesungguhnya kamu (wahai Muhammad) akan mati dan mereka juga akan mati”
Abu Bakar juga membaca ayat berikut :- “Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul. Sesungguhnya telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia mati atau terbunuh, kamu akan berbalik (menjadi kafir)?
…Barangsiapa yang berbalik ke belakang (kepada kekafiran) maka dia tidak dapat mendatangkan kemudaratan kepada Allah sedikit pun. Dan Allah akan memberi balasan kepada orang² yang bersyukur”
[Surah Ali Imran, ayat ke-144]
Mendengar ucapan Abu Bakar, maka semua sahabat pun menangis. Mereka terpaksa menerima kenyataan bahawa Nabi Muhammad ﷺ, telah pun wafat.
Nabi Muhammad ﷺ wafat pada hari Isnin, tanggal 12 Rabi’ul Awwal, pada tahun ke-11 Hijrah. Saat itu, baginda berusia 63 tahun.

 

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI