Hari ini semua umat Islam seluruh dunia meraikan sambutan Maulidur Rasul, hari kelahiran kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW.
Dalam kita gembira menyambut hari kelahiran Baginda ini, ramai yang sudah lupa hari kewafatan Baginda. Hari kewafatan Baginda ini dianggap sebagai hari paling menyedihkan bagi seluruh umat Islam.
Dalam satu perkongsian yang ditulis di laman sosial twitter, pemilik akaun menggunakan nama @The_X_Guy membuat thread menarik menceritakan kisah sebelum kewafatan Nabi Muhammad SAW.
Mari kita imbas kembali ke tahun 7 Hijrah, sebab semuanya bermula dari situ. Pada tahun tersebut, umat Islam telah melancarkan peperangan terhadap kaum Yahudi di Khaibar. Sebabnya, mereka berpotensi untuk memberi ancaman kepada umat Islam di Madinah.
Hal ini berpunca apabila puak Yahudi iaitu Bani Nadhir, telah mengkhianati perjanjian dgn umat Islam. Lantas, mereka telah dihalau dari kota Madinah. Mereka keluar & kemudiannya bergabung dengan kaum Yahudi di Khaibar pula.
Atas dasar keselamatan, umat Islam telah mengambil keputusan untuk menguasai Khaibar sebelum kaum Yahudi boleh bertindak membalas dendam terhadap umat Islam. Dengan izin Allah, Khaibar berjaya ditawan & benteng kaum Yahudi dapat ditakluk oleh Nabi Muhammad ﷺ serta para sahabat.
Alkisah, sewaktu berada di Khaibar, Nabi Muhammad ﷺ serta beberapa sahabat yang lain telah dijemput makan oleh seorang wanita Yahudi. Wanita ini telah menghidangkan makanan berupa daging kambing.
[Sahih Bukhari no. 2617, 5777 & Sahih Muslim no. 2190]
Tetapi, makanan ini telah dibubuh racun. Bahkan, wanita Yahudi ini sengaja melebihkan racun pada bahagian paha kambing sebab itulah bahagian kegemaran Nabi Muhammad
Inilah tabiat masyhur kaum Yahudi, iaitu, mereka seringkali membunuh nabi & rasul yang diutuskan tanpa alasan kerana kekafiran mereka. Bacalah Al-Quran, betapa banyak ayat² yang menyebutkan hal ini. Dan wanita Yahudi ini berniat melakukan perkara yang sama terhadap baginda
Sewaktu mula makan daging tersebut, Nabi ﷺ tiba² berkata :- “Angkatlah tangan kalian! Kerana sesungguhnya makanan ini telah memberitahu aku bahawa ia telah diracun” [Sunan Abu Daud no. 4512, Hasan Sahih]
Walaupun mereka berhenti makan, namun racun tersebut sudah terlanjur masuk ke tubuh Nabi Muhammad ﷺ. Tetapi, baginda tidak wafat serta-merta dengan izin Allah. Cuma pengaruh racun itu mula tampak pada saat² akhir kehidupan baginda, iaitu pada tahun ke-11 Hijrah.
Betapa sakitnya racun tersebut, pernah baginda bersabda sewaktu akhir hayatnya :- “Wahai Aisyah, aku masih berasa sakit akibat makanan yang aku ambil di Khaibar. Inilah saatnya, urat nadiku akan terputus kerana pengaruh racun tersebut”
[Sahih Bukhari no. 4428]
Tetapi, bukan baginda seorang sahaja yang disakiti akibat racun tersebut. Ada sahabat lain yang mengambil racun tersebut kemudian meninggal lebih awal lagi, antaranya adalah anak kepada Ummu Mubasyir.
[Musnad Ahmad 6/18]
Adapun nabi Muhammad ﷺ, maka Allah telah mengizinkan baginda untuk hidup empat tahun lagi & bukannya wafat serta-merta. Inilah antara kelebihan yang Allah telah kurniakan kepada baginda, iaitu mampu menahan sakit dalam tempoh masa yang lama.
Pada tahun ke-10 hijrah pula, Nabi Muhammad ﷺ dan para sahabat telah berangkat menunaikan haji ke Mekah. Perisitiwa ini dinamakan sebagai ‘Haji Perpisahan’ sebab ia merupakan ibadah haji terakhir Nabi Muhammad
Dalam perisitiwa ini, baginda pernah bersabda :- “Ambillah dariku cara ibadah haji kalian, kerana mungkin setelah tahun ini, aku tidak akan berjumpa lagi dengan kalian semua” [Sunan Nasai no. 3062, Sahih]
Kemudian dalam perisitiwa ini juga, turunnya Surah An-Nasr.
اِذَا جَآءَ نَصْرُ اللّٰهِ وَا لْفَتْحُ ۙ [1] وَرَاَ يْتَ النَّا سَ يَدْخُلُوْنَ فِيْ دِيْنِ اللّٰهِ اَفْوَاجًا [2] فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَا سْتَغْفِرْهُ ۗ اِنَّهٗ كَا نَ تَوَّابًا [3]
Bertitik tolak daripada penurunan surah ini, seolah-olah terselit satu mesej tersirat bahawa Nabi Muhammad ﷺ bakal meninggalkan umatnya tak lama lagi. Bahkan, sesetengah sahabat seperti Ibnu Abbas sedar akan perkara ini berikutan turunnya surah An-Nasr. [Musnad Ahmad no. 3343]
Semenjak turun surah ini, nabi Muhammad ﷺ selalu memperbanyak istighfar kepada Allah semasa rukuk & sujud, dengan membaca doa ini :-
“سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ اللَّهُمَّ اغْفِرْلِي”
[Sahih Bukhari no. 817 & 4293]
Inilah antara sunnah teragung, iaitu, apabila semakin meningkat usia maka baginda akan mempertingkatkan istighfar & bermunajat kepada Allah. Sudahlah baginda banyak beristighfar, kemudian baginda melipatgandakan lagi amalan tersebut apabila makin hampir ajalnya. Allahu Akbar
Setelah menunaikan haji, Nabi Muhammad ﷺ pulang ke kota Madinah & terus duduk di sana hingga ke akhir hayat baginda.
Lebih kurang pertengahan bulan Safar tahun ke-11 Hijrah, baginda mula jatuh sakit. Dan sakit inilah yang menjadi asbab kewafatan baginda.
Dalam tempoh sakit tersebut, baginda pernah menyebut dalam khutbahnya :- “Sesungguhnya Allah telah memberikan pilihan kepada hamba-Nya, sama ada dia hendak memilih dunia atau apa yang ada di sisi Allah. Maka, hamba tersebut telah memilih apa yang ada di sisi Allah”
Mendengar sahaja perkataan ini, terus Abu Bakar menangis. Para sahabat berasa hairan, “Kenapa Abu Bakar menangis, sedangkan Nabi tidak menyebut pun siapa hamba yang dimaksudkan tadi?”
Kemudian barulah mereka sedar, bahawa hamba tersebut adalah Nabi Muhammad ﷺ sendiri. Baginda telah memilih di sisi Allah berbanding dunia, bermaksud baginda akan wafat tidak lama lagi. [Sahih Bukhari no. 3654]
Saat baginda sakit, nabi masih lagi mampu untuk berpindah-randah dari rumah isteri ke rumah isterinya yang lain. Walaupun bertambah sakit & parah, baginda berusaha untuk berpindah juga bagi memenuhi tanggungjawab sebagai seorang suami.
Pada permulaan bulan Rabi’ul Awwal, kesakitan baginda mula memuncak. Dan saat itulah, baginda sudah tidak larat nak berpindah ke rumah isterinya yang lain.
Pada waktu itu, baginda berada di rumah isterinya iaitu Maimunah. Baginda kemudian memanggil isteri² yang lain, lalu meminta izin mereka untuk berada di rumah Aisyah. Isteri² baginda memberi izin & kemudian baginda dibawa ke rumah Aisyah. Baginda dipapah oleh Ibn Abbas & Ali.
Kesakitan yang dilalui oleh baginda adalah amat dahsyat sekali. Bahkan, pernah diriwayatkan oleh Aisyah :-
“Aku tidak pernah melihat seseorang pun yang berasa sakit yang begitu dahsyat selain Rasulullah”
[Sahih Bukhari no. 5646 & Sahih Muslim no. 2570]
Pernah ketika Abdullah bin Mas’ud mengunjungi nabi, dia mendapati bahawa tubuh badan baginda adalah sangat panas akibat demam tinggi.
Baginda ﷺ berkata kepada Abdullah bin Mas’ud :- “Ya, sesungguhnya aku sedang demam sebagaimana dua orang dari kalian terkena demam” Hadis ini menunjukkan kesakitan yang dilalui oleh baginda adalah dua kali ganda berbanding insan² biasa.
Baginda juga sempat memberi peringatan kepada Ibnu Mas’ud :- “Tidaklah seorang Muslim yang ditimpa musibah berupa sakit & selainnya, melainkan Allah akan gugurkan dosa²nya sebagaimana pokok menggugurkan daun²”
[Sahih Bukhari no. 5647, 5648 & Sahih Muslim no. 2571]
Inilah antara peringatan jikalau ada antara kita yang sakit, iaitu, kita kena faham bahawa sakit itu sebenarnya adalah asbab kepada gugurnya dosa² kita. Kita ditimpa musibah seperti terganggu jiwa, sakit tubuh badan, sebenarnya Allah menggugurkan dosa kita pada saat itu.
Saat² kemuncak kesakitan, Nabi Muhammad ﷺ sudah tidak larat menjadi imam solat jemaah. Diriwayatkan dalam hadis, bahawa solat terakhir baginda menjadi imam adalah solat maghrib, 4 hari sebelum baginda wafat.
Dan sewaktu solat maghrib tersebut, diriwayatkan bahawa baginda telah membaca surah Al-Mursalat. Itulah solat terakhir baginda menjadi imam
[Sahih Bukhari no. 4429, Jami’ Tirmizi no. 308 & Sunan Nasai no. 985]
Bayangkan, nabi sakit pun masih larat membaca surah Mursalat yang panjangnya lebih kurang satu muka setengah. Kita mungkin mampu membaca Surah Ikhlas atau al-Kauthar sahaja. Silap² ada yang tak baca surah langsung, sekadar Al-Fatihah sahaja.
Apabila waktu solat Isyak telah masuk, kesakitan baginda semakin terasa berat & baginda tidak mampu untuk keluar solat berjemaah. Baginda bertanya kepada Aisyah, “Apakah mereka telah menunaikan solat?” Aisyah menjawab, “Belum, mereka masih menunggu kau wahai Rasulullah”.
Baginda kemudian berkata “Tuangkanlah air untukku pada al-Makhdab (tempat air untuk mandi)” Para sahabat melakukan seperti yang diminta oleh baginda. Kemudian baginda mandi daripada wadah tersebut lalu bangkit hendak ke masjid, tetapi baginda berasa lemah lalu pengsan.
Tidak lama kemudian, baginda sedar semula. “Apakah mereka telah solat?”, tanya baginda sekali lagi. “Belum, mereka masih menunggu kau wahai Rasulullah”, jawab sahabat. “Tuangkanlah air untukku ke dalam al-Makhdab”, pinta baginda
Tetapi sekali lagi, setelah baginda mandi & hendak berdiri untuk ke masjid, baginda jatuh pengsan. Apabila baginda sedar semula, sekali lagi baginda bertanya “Apakah mereka telah solat?” Para sahabat tetap menjawab “Belum, mereka masih menunggu kau wahai Rasulullah”
Situasi di atas berulang tetapi para sahabat tetap setia menunggu nabi Muhammad ﷺ menjadi imam. Setelah berusaha & tidak larat, barulah baginda memerintahkan Abu Bakar menggantikan baginda menjadi imam solat Isyak.
[Sahih Bukhari no. 687 & Sahih Muslim no. 418]
Apabila nabi suruh Abu Bakar menjadi imam, Aisyah berkata :- “Ya Rasulullah, sesungguhnya Abu Bakar adalah seorang lelaki yg lembut hatinya & apabila dia membaca Al-Quran, dia tidak mampu menahan air matanya. Sekiranya kau berkenan, bolehkah suruh sahabat selain Abu Bakar?”
Tetapi baginda tetap berkata “Perintahkan Abu Bakar jadi imam” Aisyah cuba pujuk baginda beberapa kali, namun baginda tetap hendak Abu Bakar menjadi imam.
[Sahih Muslim no. 418]
Apabila mendapat perintah menjadi imam, Abu Bakar berasa dirinya tidak layak & menyuruh Umar al-Khattab untuk menjadi imam pula. Tetapi Umar menjawab “Kau lebih layak”. Maka Abu Bakar pun menjadi imam solat Isyak tersebut. [Sahih Bukhari no. 687]
Perisitiwa nabi menyuruh Abu Bakar menjadi imam solat adalah satu petanda bahawa pengganti yang paling layak jikalau baginda wafat, adalah Abu Bakar. Ini menyangkal tuduhan Syiah bahawa kepimpinan adalah milik Ali bin Abu Talib. Wallahua’lam.