Sejak zaman merdeka lagi kita semua rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama hidup aman dan harmoni. Walaupun berbeza agama dan bangsa, tetapi tidak membataskan ikatan ukhwah antara satu sama lain.
Seperti perkongsia Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Al Bakri yang memberitahu hari ini hari menyedihkan kerana menerima berita pemergian jirannya yang berangsa Cina.
Menurutnya jirannya mendiang Pakcik Choong atau nama sebenarnya Choong Kooy Choon selalu menghadiahkan pelbagai binatang peliharaan kerana mereka berkongsi hobi yang sama.
Malah setiap kali sambutan Tahun Baru Cina, beliau tidak pernah lupa menghadiahkan kek untuk mendiang sekeluarga. Dan mendiang akan membalasnya dengan beberapa kotak limau Mandarin.
Justeru Dr Zulkfli berterima kasih kepada Allah kerana menghadirkan insan ini untuk mencipta kenangan bersama dan mengingatkan beliau bahawa kita semua adalah dari nenda yang sama iaitu Adam dan Hawa.
Hari ini hari yang menghibakan apabila menerima berita pemergian seorang jiran saya yang berbangsa Cina.
Bagi yang mengikuti saya sejak beberapa tahun lepas di media sosial,mungkin mengenali mendiang Pakcik Choong atau pemilik nama sebenar Choong Kooy Choon yang selalu menghadiahkan saya pelbagai haiwan peliharaan beliau kerana kami berkongsi hobi yang sama.
SUMBER FOTO: INSTAGRAM MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN