‘Kita hanya merancang, Allah yang tentukan.’ Bersatu semula di usia emas selepas 44 tahun terpisah. Kedua-duanya tidak pernah menyangka akan bertemu semula dan kemudian bersatu kembali.
Benarlah kalau jodoh masih ada, pasti ia akan datang juga. Apa lagi sebelum ini mereka berpisah secara baik.
Hubungan Mustafa Mohd Akhir dan Zainon Mohd Yusof pernah kecundang di pertengahan jalan 44 tahun lalu namun jodoh menyatukan semula mereka sebagai suami isteri walaupun usia kedua-duanya sudah mencecah lebih separuh abad.
Mustafa, 70, dan Zainon, 60, diijabkabulkan sebagai suami isteri dalam satu majlis akad nikah di rumah mereka dekat Kampung Parit Lima di sini pada 29 April lalu.
Memetik laporan Harian Metro, kisah penyatuan mereka mendapat perhatian selepas Suzana Sueb, 41, iaitu anak Zainon Mohd Yusof hasil perkahwinannya dengan suami terdahulu memuat naik video di TikTok.
Ads
Allah Yang Tentukan
Bercerita lanjut, jelas Mustafa, dia kali pertama berkahwin dengan Zainon ketika berumur 23 tahun.
Manakala, Zainon ketika itu berumur 13 tahun namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama tiga tahun saja sebelum berpisah dan tidak dikurniakan cahaya mata.
“Kami tak bergaduh dan berpisah dulu pun secara baik, malah reda kerana jodoh setakat itu saja.
“Selepas berpisah, kami tak berhubung dan saya berkahwin lagi pada tahun 1980 kemudian dikurniakan 13 anak namun ditakdirkan isteri meninggal sembilan tahun lalu (2014).
“Jadi sejak itu, saya menduda manakala isteri sekarang pernah berkahwin pada 1978 dan dikurniakan enam anak sebelum suaminya meninggal dunia, Ogos tahun lalu.
“Ditakdirkan, kami berjumpa secara kebetulan pada Disember tahun lalu dekat kedai makan di Jitra, Kedah dan itu titik permulaannya kami berhubung semula,” katanya.
Ads
Bersatu Semula Di Usia Emas
Menurut Mustafa, mereka pada awalnya sekadar berhubung menerusi telefon untuk bertanya khabar satu sama lain.
Tanpa disangka, kemesraan dan cinta antara mereka berputik semula hingga sepakat untuk mendirikan rumah tangga.
“Waktu jumpa, saya tak ambil nombor telefon isteri pun, tetapi cuba minta daripada ibu saudara yang ada bersama ketika pertemuan berkenaan.
“Oleh kerana kerap berhubung, timbul rasa sayang dan akhirnya saya luahkan perasaan kemudian beritahu hasrat untuk melamarnya.
Selepas 44 Tahun Terpisah
“Kami tak berbincang sesama kami saja, tetapi tanya juga pandangan anak-anak dan Alhamdulillah, tiada halangan daripada kedua belah pihak malah mereka gembira.
Ads
“Jujurnya, saya tiada niat nak kahwin lagi kerana sedar umur sudah berapa, tetapi kita hanya merancang dan mungkin Allah sudah tentukan dia jodoh saya awal dan akhir,” katanya.
Sementara itu, Zainon juga tidak menyangka akan berkahwin semula kerana tidak fikirkan soal jodoh pada usia emas namun dia mengakui gembira dengan perkahwinan itu.
Islam mewajibkan berbuat ihsan kepada kesemua makhluk meliputi manusia, tumbuhan dan juga haiwan. Berbuat ihsan kepada haiwan seperti kucing adalah wajib hukumnya dalam erti kata tidak menyakiti dan menzalimi haiwan tersebut. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Syaddad bin Aus R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :
Maksudnya : Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berbuat ihsan kepada setiap sesuatu. Riwayat Muslim (1955).
Pemergian artis disegani Adibah Noor meninggalkan kesan kepada mereka yang rapat dengannya. Bahkan selepas pemergiannya juga, dirinya meninggalkan 41 ekor kucing yang dipeliharanya termasuk kucing-kucing jalanan.
Semasa hayatnya, arwah pernah memaklumkan, sejujurnya dirinya kurang pasti berapa banyak berhabis bagi membayar makanan, kos bulanan dan perubatan untuk kucing-kucing yang dibela.
“Apa yang pasti, saya tidak pernah berkira jumlah wang untuk kegunaan mereka.” Kata arwah.
Dalam pada itu, nasib 41 ekor kucing miliknya, akan terbela apabila Rumah Amanah iaitu rumah perlindungan kucing yang terletak di Hulu Langat bersedia membelanya jika hubungi ole waris arwah.
Dalam hantaran di fb mereka, “tiada masaalah jika kucing-kucing arwah lebih 40 ekor nak berteduh di Rumah Amanah, Hulu Langat, Selangor.
“SOP no. 1 Kematian Tuan Kucing, warisnya bolehlah PM saya. Tak perlu bayar apa-apa dan tak perlu bagi makanan kucing-kucing tu setiap bulan. Malah setiap hari Ahad dari pukul 2.30 hingga 6.30 ptg adalah hari melawat. Terbuka kepada umum, tulis mereka.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Hujung Mac lalu kerajaan ada mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN iaitu bantuan secara ‘one-off’ kepada penerima yang layak.
Bukan itu saja, Kementerian Kewangan juga telah mengumumkan beberapa informasi berkaitan Bantuan Prihatin Nasional dan siapa yang layak memohonnya.
Pembayaran BPN ini akan dibuat secara 2 fasa iaitu pada akhir bulan April dan Mei 2020 dan tertakluk pada kelayakan ini.
Dan bagi mereka yang belum mendaftar, permohonan baru boleh dibuat mulai 1 April 2020 menerusi laman web rasmi LHDN pada klik pautannya. Untuk makluman semua permohonan boleh dibuat secara online sahaja.
Kaedah Pembayaran:
Kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 adalah seperti berikut:
Pembayaran sekiranya:
Ada maklumat akaun – bayaran adalah secara kredit ke akaun; atau
Jika status bayaran adalah gagal kredit – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional
Tiada akaun – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN)
Kaedah Bayaran Bantuan Prihatin Nasional M40 adalah seperti berikut:
Bayaran akan dibuat melalui akaun bank yang dinyatakan di dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini yang telah dikemukakan.
Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank ketua isi rumah.
Jika taksiran bersama telah dipilih semasa mengemukakan BNCP, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank atas nama pembayar cukai yang ditaksir.
Tempoh Membuat Semakan:
Penerima yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 boleh membuat semakan status mulai 1 April 2020. Pangkalan data BPN adalah berdasarkan:
Untuk B40, senarai penerima BSH yang diluluskan, dan
Untuk M40, senarai pembayar cukai pendapatan yang memenuhi kriteria pendapatan BPN yang ditetapkan
Semakan Status Boleh Dibuat Di Portal Rasmi Berikut:
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak Kementerian atau LHDNM melalui nombor-nombor telefon ini:
03-8882 9089 / 03-8882 9087 / 1-800 882 747 / 03-8911 1000
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Daripada Allah kita datang dan kepada Dia kita pergi.
Negara menerima berita duka semalam apabila dimaklumkan pemergian ulama tertua Malaysia, Tuan Guru Tok Ayah Haji Isa selepas Asar semalam. Pada usia 106 tahun, allahyarham yang sebelum ini kelihatan uzur pergi menemui pencipta-Nya.
Pernah mengijazahkan satu doa iaitu “Allahummagh”firli ummati muhammadin warhamhum rahmatan ‘ammah” yang sentiasa diamalkansemasa hayatnya, tuan guru disayangi ramai ini menyuruh kita mengamalkannya untuk keberkatan hidup dunia dan akhirat.
Doa ini hendaklah dibaca 10 kali selepas solat Subuh dan Maghrib dalam sujud akhir kita manakala bagi solat fardu yang lain, dibaca sekali sahaja.
Dari penerangan doa diijazahkan oleh ulama tertua ini ialah, sesiapa yang mengamalkannya keluar daripada dosanya seperti pada hari dia diberanakkan oleh ibunya. Sesiapa yang mengamalkannya juga pahala yang diperolehi adalah sebanyak ummat Nabi Muhammd SAW, jika ia dibaca 10 kali, pahalanya sangat besar. Allahuakbar.
Berikut adalah latar belakang ulama tertua ini.
Al Allamah Tuan Guru Haji Isa Gerik ( 1925 – 2022 ) Nama penuhnya ialah Tuan Guru Haji Ahmad Isa Bin Haji Yahya . Beliau menetap di Gerik , Perak . Tahun ini beliau sudah pun berusia 106 tahun.
Salah seorang anak murid Pak Daeil Mekah.
Mendapat pendidikan awal di pondok sekitar Patani diantaranya Pondok Dala sebelum berangkat ke Mekah . Diantara gurunya ialah :-
1. Tok Dala 2. Tok Moggoi 3. Pak Da Eil Mekah 4. Syeikh Abdul Qadir al Mandili 5. Sayyid Alwi Bin Abbas al Maliki 6. Sayyid Amin al Kutbi 7. Tuan Guru Haji Yahya Kupang
Beliau pernah berbaiah Tariqat Syatariyyah dan menerima amalan dalam Kitab Dala’il Khoirot dengan Pak Da Eil Mekah. Tuan Guru Haji Isa Gerik merupakan di antara orang yang terawal ke Makkah. Tuan guru ini dengan Tuan Guru Haji Salleh Musa Sik.
Banyak puji pujian yang beliau katakan buat sahabatnya tersebut . Di antaranya ialah Tuan Guru Haji Salleh Musa ini ialah seorang yang rajin mengaji di Makkah.
Sentiasa duduk di hadapan halaqah-halaqah ilmu serta amat meneliti pengajian kitab Bakuroh Amani daripada guru mereka Pak Da Eil Mekah.
Beliau seorang yang kuat beribadah. Ketika bulan Ramadhan, solat Terawihnya sentiasa 20 rakaat dan beliau sentiasa melazimi solat berjemaah di Masjid Daerah Gerik.
Sumber:-Mujahid Perak Tengku Yusuf
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Syawal berbaki lebih kurang dua minggu lagi dan masih ada peluang untuk kita melaksanakan puasa enam yang ganjarannya cukup besar.Disebutkan dalam hadis Nabi Muhammad...