‘Kita hanya merancang, Allah yang tentukan.’ Bersatu semula di usia emas selepas 44 tahun terpisah. Kedua-duanya tidak pernah menyangka akan bertemu semula dan kemudian bersatu kembali.
Benarlah kalau jodoh masih ada, pasti ia akan datang juga. Apa lagi sebelum ini mereka berpisah secara baik.
Artikel Berkaitan:
Hubungan Mustafa Mohd Akhir dan Zainon Mohd Yusof pernah kecundang di pertengahan jalan 44 tahun lalu namun jodoh menyatukan semula mereka sebagai suami isteri walaupun usia kedua-duanya sudah mencecah lebih separuh abad.
Mustafa, 70, dan Zainon, 60, diijabkabulkan sebagai suami isteri dalam satu majlis akad nikah di rumah mereka dekat Kampung Parit Lima di sini pada 29 April lalu.
Memetik laporan Harian Metro, kisah penyatuan mereka mendapat perhatian selepas Suzana Sueb, 41, iaitu anak Zainon Mohd Yusof hasil perkahwinannya dengan suami terdahulu memuat naik video di TikTok.
@suzanasueb Lepas ni mak dh ade kawan gelak,ken nangis,kwn kemas rumah,kawan tanam bunga depan rumah 🤣🤣#majliskahwin #fypシ ♬ original sound – Suzana
Bercerita lanjut, jelas Mustafa, dia kali pertama berkahwin dengan Zainon ketika berumur 23 tahun.
Manakala, Zainon ketika itu berumur 13 tahun namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama tiga tahun saja sebelum berpisah dan tidak dikurniakan cahaya mata.
“Kami tak bergaduh dan berpisah dulu pun secara baik, malah reda kerana jodoh setakat itu saja.
“Selepas berpisah, kami tak berhubung dan saya berkahwin lagi pada tahun 1980 kemudian dikurniakan 13 anak namun ditakdirkan isteri meninggal sembilan tahun lalu (2014).
“Jadi sejak itu, saya menduda manakala isteri sekarang pernah berkahwin pada 1978 dan dikurniakan enam anak sebelum suaminya meninggal dunia, Ogos tahun lalu.
“Ditakdirkan, kami berjumpa secara kebetulan pada Disember tahun lalu dekat kedai makan di Jitra, Kedah dan itu titik permulaannya kami berhubung semula,” katanya.
Menurut Mustafa, mereka pada awalnya sekadar berhubung menerusi telefon untuk bertanya khabar satu sama lain.
Tanpa disangka, kemesraan dan cinta antara mereka berputik semula hingga sepakat untuk mendirikan rumah tangga.
“Waktu jumpa, saya tak ambil nombor telefon isteri pun, tetapi cuba minta daripada ibu saudara yang ada bersama ketika pertemuan berkenaan.
“Oleh kerana kerap berhubung, timbul rasa sayang dan akhirnya saya luahkan perasaan kemudian beritahu hasrat untuk melamarnya.
“Kami tak berbincang sesama kami saja, tetapi tanya juga pandangan anak-anak dan Alhamdulillah, tiada halangan daripada kedua belah pihak malah mereka gembira.
“Jujurnya, saya tiada niat nak kahwin lagi kerana sedar umur sudah berapa, tetapi kita hanya merancang dan mungkin Allah sudah tentukan dia jodoh saya awal dan akhir,” katanya.
Sementara itu, Zainon juga tidak menyangka akan berkahwin semula kerana tidak fikirkan soal jodoh pada usia emas namun dia mengakui gembira dengan perkahwinan itu.
Baca Di Sini:
Jodoh Masih Panjang, Linda Hashim & Beego Bercerai Tapi Rujuk Semula Dalam Edah
Kashoorga: Dalam usia emas, tidak ada apa lagi yang kita harapkan melainkan ada insan yang menyayangi kita seadanya.
Sumber: myMetro, TikTok Suzana Sueb
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.